Showing posts with label Sharing is loving. Show all posts
Showing posts with label Sharing is loving. Show all posts

Kisah Cili Padi Dan Krim Yang Melegakan

Kisahnya kak yone tumbuk cili padi dalam lesung batu. Melompat-lompatlah biji cili nak keluar daripada lesung. Untuk mengelakkan biji cili bersepah-sepah di luar lesung batu, maka kak yone coverlah dengan tangan, sudahnya tak lama lepas tu, pedih dan gatal-gatal tangan kak yone 😂

Tapi biasalah kan jadi orang perempuan, apa kisah pedih gatal-gatal tangan. Releks je terus masak, bagi anak-anak makan, basuh pinggan semua 😁

Lepas tu, barulah kak yone cari 'something' nak legakan pedih dan gatal-gatal tangan ni. Kalau dibiarkan lama-lama tak sedap rasanya. Kat rumah kak yone ni, banyak je krim ada. Tapi pilihan hati kak yone, satu jer.



Mujur ada krim Herbal Blend. Krim pelbagai guna. Lepas da settle di dapur, kak yone sapu krim di bahagian-bahagian yang pedih gatal. Alhamdulillah soothing rasa. Lega kulit kak yone. Rasa pedih gatal semakin menghilang.

Herbal Blend ni, krim serbaguna. Bila ada gatal-gatal pada anak-anak kak yone, Herbal Blend yang ditempeknya. Kalau luka-luka, nyamuk gigit, semua letak Herbal Blend. Memang kak yone utilise habislah fungsi krim serbaguna Herbal Blend ni.

Yang bestnya dan paling penting, Herbal Blend bebas PARABEN ya. Sebab tu, apa-apa especially kalau berkaitan anak-anak, memang kak yone pakai tanpa ragu-ragu. Dijamin selamat dan berkesan 😀

Macam kak yone cakap tadi, kat rumah kak yone ada banyak lagi body cream. Tapi pujaan hati tetap Herbal Blend, sebab mostly krim-krim yang ada, slack betul. Bila tengok kandungannya ada Ethyl Paraben la. Methyl Paraben. Malah krim sakit otot dari klinik yang kak yone dapat pun ada paraben 😂

Kak yone ada baca juga, bahaya ke kandungan paraben ni? Sebab melalui pembacaan lain, paraben penyebab kanser payudara wanita. Tapi ada artikel mengatakan paraben hanya bahaya apabila terlalu banyak digunakan. Artikel tu siap suruh gabung pula dengan produk semulajadi macam produk-produk yang dikeluarkan Shaklee 🤣

Hakikatnya terlalu banyak produk yang mengandungi paraben. Barangan kosmetik wanita dah tentu-tentu ada. Let say pakai sikit sinu sini. Akhirnya bukan ke kuantiti paraben akan jadi banyak juga? Cumanya produk-produk di bawah jenama Shaklee memang mengekalkan kesemulajadiannya dan bebas paraben 😊 Bukan auta tapi fakta.


Sayang si adik pada Herbal Blend ya?

Sebab tu kak yone suka sangat rekemenkan Herbal Blend dan produk-produk Shaklee yang lain. Dah lama kak yone merasai kebaikannya, why not kak yone share juga dengan korang kan? 

Nak tahu lebih-lebih lagi, klik je link ni --> http://TanyaKakYone.wasap.my @ Wasap 016-2364796. Harga satu tiub Herbal Blend ialah RM37.50. Memang berbaloi-baloi.

Tips membeli kasut

Hari ni kak yone nak kongsikan tips membeli kasut. Pemakaian kasut yang sesuai dan betul sangat penting untuk kita tau. Especially yang mengalami sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggang semua. Kak yone kan dulu kena sakit tumit. So memang kak yone sangat-sangat mementingkan pemakaian kasut yang betul.

Macam-macam kasut di pasaran. Tapi mana satu yang sesuai? 
Kredit: Gambar sumber Google

Jadi apabila nak shopping kasut, kak yone sangat particular. Baru-baru ni disebabkan kasut kak yone dah rosak, kenalah cari penggantinya. Puas jalan dari satu kedai ke kedai lain. Ada yang hampir melekat tapi tak jadi sebab kak yone rasa kaki kanan macam longgar, kaki kiri pun just nice. Hahaha kaki kanan kak yone macam kecik sikit 😂

Kak yone pun beritahulah pada En. Husband. Dengan itu, kak yone dapatlah tips yang berguna daripada si dia 😀

Berikut adalah tips apabila nak membeli kasut yang bersesuaian:

1.

Tak sangka mama yang selalu kelihatan sihat tu...

Hari ni kak yone memilih untuk mengabadikan cerita yang agak personel dengan pembaca-pembaca yang disayangi semua. Tujuannya hanyalah satu - Supaya kita lebih peka kepada tahap kesihatan kita. Kisahnya berkenaan mama kak yone sendiri. Mama kak yone sakit. Tak sangka rupanya mama kak yone yang selalu kelihatan sihat tu sakit yang sukar ubatnya. 

Memang tak sangka, sebab secara generalnya, mama kak yone sangat sihat. Setiap hari mesti masak. Memang rajin. Cuma biasalah bagi orang yang berumur emas, sakit-sakit kaki, lutut dan penat. Kadang-kadang mama sakit perut juga. 

Other than that, memang takde apa-apa simptom yang kronik. Tapi mama kak yone memang ada bacaan gula yang hypo (rendah sangat) sampai kena makan gula-gula atau coklat untuk stabilkan gula dalam darah. Bila hypo, mama akan rasa macam nak pitam. Mama memang makan ubat-ubat dari hospital secara konsisten.

Kisahnya bermula masa awal Ramadhan baru-baru ni. Tiba-tiba suatu malam, mama terjaga kerana rasa macam basah. Tengok di kain, keluar macam darah period. Tapi mama kak yone dah 17 tahun menopaus. So definitely it's not period. 

Mula-mula takde rasa apa-apa, cuma sehari dua lepas tu, abah beritahu yang mama macam sakit perut. Memulas-mulas. Kak yone rasa, sakitnya seolah-olah sakit senggugut. Mama kak yone masa muda-muda dulu pula jenis kalau period, memang senggugut teruk sangat. Sampai terbaring-baring kesakitan. Just to give some history. 

Lepas tu, bila dah sakit-sakit ni, mama gi rujuk di klinik kesihatan. Pap Smear dijalankan. Cuma result pap smear tu sampai ke sudah tak dapat-dapat. Tapi lepas buat pap smear, klinik kesihatan ada bagi surat referral untuk rujuk di General Hospital (GH). 

Maka on the same day, mama abah gi GH nak buat appointment. Cumanya appointment yang ditetapkan bulan September. Padahal masa tu hujung bulan May. Adoiii lambat sungguh. Grrrrrrr 😤 I have nothing to say. Mungkin yang set appointment tu pun tak tahu severity kes tu. Faham-faham aje hospital kerajaan. Cumanya kalau orang tu dah kronik nak mati, by the date of the appointment, mungkin dah meninggal. (Tu ma abah yang cakap ekk).

So mama decided untuk proceed check-up di hospital private. Bila ultrasound dijalankan, doktor O&G cakap nampak normal. Cuma dinding rahim kelihatan tebal. So doktor cadangkan buat D&C (Dilation & Curettage) procedure. Macam orang yang keguguran dan nak cuci rahim tu.

So mama pun menjalani D&C lebih kurang seminggu lepas tu. Sel-sel yang diambil, dihantar ke lab untuk dikaji. Masa kak yone balik raya, sembang-sembang juga dengan mama. Mama tanya agak-agaknya nape ekk Mama bleeding. Kak yone cakap, mungkin sebab hormon. Kita doakan yang baik-baik ye. Lepas 2 minggu kot. Mama jumpa doktor untuk follow up. 



Doktor cakap, mama kena kanser rahim. So rahim tu harus dibuang. Bila kak yone dengar berita tu, sebab kita ni dah terbiasa tengok tv sangat, tertanya-tanyalah, kanser stage berapa? Then mama call beritahu, stage kanser hanya akan diketahui setelah rahim dibuang. Sebab tak tahu keadaan dalaman tu macam mana. Hmmmmmmm.....

Tapi doktor tu ada bagi referral letter untuk rujuk di GH. Cuma doktor tak include sekali lab result tu. Adoiiii 😤 So bila gi GH, appointment date tak boleh diberi sebab takde lab result. Nurse cakap nanti dia tanya doktor pakar and call mama or abah. Haishhh geram jugak kak yone dengar. 

Dalam situasi mama, kak yone rasa semua harus bergerak cepat. It's kanser yang boleh merebak dengan pantas. Betul-betul panas punggung. Tunggu sehari dua, nurse tak call. Bila abah call, depa cakap depa too busy and will call back later. Tapi korang faham-faham aje la kan. Memang tak call balik. Mama cakap lambat-lambat, mama gi private je. Hmmmm..... Tapi kak yone nak juga 2nd opinion.

Disebabkan kak yone tak biasa dengan situasi begini. Kak yone pun tak tahu, sama ada buang rahim itu adalah the best option untuk mama. Apa yang kak yone tahu, apabila organ dalaman dibuang, sedikit sebanyak, pasti akan ada kesannya kepada orang tersebut. Faham-fahamla kan, when part of you being remove. Do you think you won't feel anything?

Bila bersembang-sembang dengan kawan-kawan yang tahu atau pun punya pengalaman saudara yang terdekat, ada yang mencadangkan untuk buat PET Scan. Hangpa google sendiri PET scan tu apa. Memang accurate result PET scan sebab kanser ni memang ada banyak stage. Contoh kalau stage 1, ada stage 1a atau 1b gitu. Jadi PET scan boleh tentukan.

Masa tu kak yone fikir, if only I was there when the doctor explain to my parents about mama's condition. Sebab tanya mama, doktor tak cakap apa sangat. Cuma cakap it's cancer and need to remove the rahim. Mungkinkah doktor dah tahu yang its too bad dan tak payah da nak PET scan bagai?

So kak yone mintalah abang kak yone tolong call GH untuk set appointment. Sebab abang kak yone ni always ada miracle touch. Dulu abah nak bypass di IJN pun, abang kak yone yang manage to get the appointment. So I hope the same miracle again. 

Alhamdulillah, abang kak yone berjaya dapatkan appointment seminggu lepas raya. Syukur sangat. Tapi kena minta lab report daripada private hospital yang mama pergi tu. Okla senang je.

Then, on the day, doktor pakar di GH tu pun suggest benda yang sama. Mama kena operate untuk buang rahim tu. Based on the report, memang itu je solution buat masa tu. Kak yone rasa report tu clear mengatakan the severity of mama punya kes. So no other option, mama setuju untuk menjalani pembedahan untuk buang rahim.

Kiranya masa mama jumpa tu, tarikhnya 4 Julai 2017. Doktor setkan tarikh operation pada 27 Julai 2017. Tapi admit ke hospital 25 Julai supaya further check-up dapat dijalankan. Plus mama kena puasa dua hari sebelum operation tu.

25 haribulan tu, tengahari onwards, mama dah takleh makan benda-benda berat. Tapi boleh lagi minum milo semua. Malam tu, bacaan gula mama jatuh sampai 1.9 kot. Cepat-cepat nurse suruh minum air manis (teh krisantemum) dan milo. Alhamdulillah lepas tu dah stabil balik.

26 haribulan, mama hanya boleh minum air kosong je sepanjang hari, sampailah ke saat nak operation keesokan harinya. On the 27th, alhamdulillah, mama selamat menjalani operation. 

Kalau orang cser, perut dipotong melintang, mama, perut dipotong menegak. Adalah dalam 14cm gitu. Bila kak yone balik dan duduk ngan mama, memang mama kesakitan - post operation. Bius mama dah ditanggalkan sebab takut jangkitan bila dibiarkan lama-lama. 

Lepas tu, kak yone duduk dengan mama tanya doktor dah beritahu ke keadaan sebenar? Mama cakap dah. Mama kak yone tak tahu nak sebut apa. Tapi mama cakap yang macam gambar yang ada di kaunter nurse tu (gambar tu korang rujuk gambarajah kat bawah). Semua tu dibuang. Sebab dah stage 4. 

Doktor cakap di bahagian perut, di bawah lapisan-lapisan lemak, ada juga sel-sel kanser tu. Tu yang kadangkala mama rasa macam sakit perut, macam gastrik. Padahal bukan gastrik. 

Kalau ikutkan gambar kat kaunter nurse tu, nilah semua bahagian yang dibuang :(

Allahuakhbar. nak gugur jantung kak yone dengar yang its already stage 4. Selama ni, mama kak yone sangat sihat. Mama memang konsisten pergi checkup untuk masalah kencing manis dan darah tinggi. Tapi semuanya terkawal. Malah mama takde pun demam, batuk-batuk selsema semua tu. 

Apa yang meruntun hati kak yone lagi ialah mama cakap, "takpela Na, mama redha". Ya Allah. Kak yone menangis-nangis masa mengurut mama yang kesakitan akibat post operation tu. Cuma masa tu, mama pejamkan mata. Makan ubat pula, keluar balik. Hati kak yone memang tak tertahan melihat penderitaan seorang ibu yang telah berkorban bersusah payah membesar dan menjaga kak yone selama ni. Tapi mama memang sangat-sangat kuat.

Hari tu, memang telan ubat je, tak lama mama muntah. Sampai keesokan hari pagi mama still muntah bila telan ubat. Menjelang tengahari baru mama nampak ok. Malah bila ada sedara atau sahabat datang melawat, mama memang put up a strong face. Nampak sihat dan tersenyum walaupun mama sangat sakit. 

Sekarang mama dah ada kat rumah. Ada la hari tu, doktor suruh buat CT scan dan pergi beberapa kali untuk buka benang jahitan. Mama macam biasa je kelihatannya. Bila follow up, dari result CT scan doktor cakap, sel-sel tu dah berada dalam tahap 4. Jadi chemo akan dijalankan minggu depan. Semuanya 6 sesi chemo dalam selang 3 minggu. Untuk chemo tu mama kena warded.

Kak yone sebenarnya tak sanggup nak tengok mama menderita. Tapi mama memang seorang yang positif dan kuat. InsyaAllah, minta juga kalian semua doakan mama tabah dalam menjalani treatment chemo and hope there's a positive outcome setelah chemo. Tak payah la mama nak hadap sampai 6 sesi.

Apa yang kak yone nak cakapkan ialah, jagalah kesihatan. Bagi wanita, please buatlah pap smear dua tahun sekali. Kalau rajin setahun sekali. Dalam bersedih dengan kisah mama ni, kak yone dengar beberapa orang yang lebih-lebih kurang sebaya kak yone meninggal sebab kanser. 

Keadaan sekarang dah berbeza dengan dulu. Dulu mungkin umur tu memainkan peranan. Sekarang, sesiapa saja berisiko. Amalkan gaya hidup sihat. Jaga makan, rajin bersenam. Kak yone tulis ni pun untuk peringatan kepada diri sendiri. 

Walaupun kak yone seorang yang rajin makan supplemen, tapi kalau part lain kak yone tak jaga, macam makan berlebih-lebihan, tak guna juga. So jomlah kita berusaha untuk jaga lifestyle kita ya. 

Akhirnya, mohon doa kalian agar mama kak yone kuat dan tabah dan kembali sihat selepas menjalani rawatan-rawatan ini. 

Thank you sebab baca coretan yang panjang. Hanya perkongsian sebagai iktibar untuk kita bersama.

Control Air Yang Diminum Sebelum Tidur

Hari ni kak yone nak sharekan satu tip 😀. Kak yone sekarang memang control sangat air yang diminum sebelum kak yone tidur.

Kebelakangan ni kak yone asyik batuk-batuk dan berkahak di waktu pagi. Memang badan kak yone agak sensitif dengan persekitaran. Seksa juga bila batuk-batuk sampai tahap macam lelah dengan kahak yang tebal

Kebelakangan ni juga kak yone suka sangat minum air sejuk. All the time okeh! Dari pagi sampai ke malam. Sebenarnya sebelum ni kebanyakannya kak yone minum air kosong atau suam-suam sikit. Tapi tula berubah tabiat pulak. Mungkin sebab cuaca panas.

Tapi disebabkan pagi-pagi tahap kesihatan tak memuaskan macam batuk-batuk lelah. Maka tak sangguplah kak yone nak biarkan lama-lama.

So, inisiatif yang kak yone ambil ialah, kurangkan minum air sejuk. Kak yone tukar kepada air suam-suam gitu. Malam-malam memang kak yone minum air banyak sebab makan supplemen 😁 Jadi memang air suam je kak yone minum.
Kak yone makan vitamin C dan B Complex selepas dinner. Vitamin C tu kak yone upkan dosnya ke dua biji sebab keadaan kak yone sekarang ni. Penting tau kita upkan dos vitamin C apabila sistem imun rendah sebab berada dalam keadaan kurang sihat seperti batuk-batuk berkahak.

Vitamin B Complex pula membantu mengurangkan sakit-sakit urat setelah seharian penat bekerja. Tak dilupakan juga tablet kalsium Ostematrix yang penting untuk kita sebagai wanita yang semakin meningkat usia dan kehilangan kalsium yang banyak sepanjang proses kehamilan, menyusu dan juga apabila datang haid. Kak yone amik sebelum tidur.

Alhamdulillah, pagi-pagi kurang sangat dah batuk-batuk yang trigger kepada lelah atau asma 😀 Sedikit sebanyak memang penting untuk mengamalkan air suam. Lagipun sebelum tidur memang kena minum air kosong untuk melancarkan proses dalaman badan kita 😁

So korang dah minum ayaq kosong malam ni? 😀 Good night ya. Sweet dreams.

Kisah sepasang spek mata

Kisah sepasang spek mata ni adalah kisah kak yone sendiri 😊 Kak yone ni rabun orangnya. Sejak dari sekolah rendah lagi. Kak yone perasan yang kak yone rabun bila duduk belakang tak nampak apa yang ditulis kat papan hitam. Rupanya kenalah pakai spek mata.

Kak yone dah melalui zaman pakai spek mata yang jenis, kalau tak tengok jauh, kak yone tak pakai spek. Senang kata, sebenarnya taknak pakai spek mata langsung. Zaman pakai contact lense berwarna yang jadikan mata kelabu kucing gitewwww. Contact lense yang permanent 2 tahun, yang memang lama juga kak yone pakai. Habis 2 tahun, kak yone buat lagi. 

Lepas dah boring, kak yone tekad pakai spek mata. Kelihatan skema giteww. Spek mata ni memang lama tak bertukar-tukar kak yone pakai. Rasanya sampai 5 tahun plus-plus. Sampai spek tu dah meretak di bucunya, akhirnya perlahan-lahan, kak yone mula pakai contact lense yang beli ikut power kak yone je. Spek mata tu pula, sampai dah tercabut cerminnya. Jadi memang takleh pakai dah.

Baru-baru ni, kak yone kena jangkitan mata. Haaaa lama tau nak baik jangkitan ni. Mula-mula anak kak yone yang sakit mata. Tapi mata dia tak merah. Cuma bangun pagi ada tahi mata yang banyak. Then kak yone terkena. Start dengan mata merah dan bertahi mata. Dah seminggu lebih, mata merah dah hilang. Tapi pagi-pagi bangun, masih banyak tahi mata.

Jadi kak yone takdelah nak melawa bercontact lense semua. Kak yone buatlah spek baru sebab yang lama tu dah tercabut bagai. Seronoknya buat spek kat satu kedai spek di AEON Shah Alam, kedai spek mata Jepun. Fuhh canggih, tak payah da masuk bilik gelap. Ada macam mesin, tergantung je, boleh da check mata ikut power kita. Setengah jam spek tu siap, dengan syarat, power spek mata kak yone ada. Puas hati. Harganya pun mampu milik 😊

spek mata baru

Tapi, apa yang kak yone nak ceritakan kat sini, bukanlah pasal spek mata baru. Tapi nak cerita pasal power mata baru! Seronok tau bila power spek mata menurun! Haritu, masa kak yone beli contact lense, dah turun skit.

Buat pengetahuan korang, power spek mata kak yone dari dulu, dua-dua mata tak sama power. Dari 300++ dulu, sekarang yang terbaru, power dua-dua mata dah sama, jadi 225 😄 Cuma power silau je berbeza, dalam 75 dan 100. Alhamdulillah happy sangat kak yone rasa.

Macam mana power spek mata boleh turun? First of all, dengan izin Allah, asbab mengamalkan supplemen semulajadi secara konsisten untuk jangka masa yang lama juga. Cuma tahun 2017 ni, kak yone memang minum beberapa botol Vivix. Supplemen yang lain kak yone konsisten ialah, Sustained Release Vita-C Plus, Vitamin B Complex, Ostematrix, Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard. Haaa kiranya vitamin-vitamin penting keperluan harian.

Haaa bestkan. Makan supplemen ni bagi kak yone, kalau nak makan, kenalah cari yang berasaskan yang semulajadi macam supplemen-supplemen Shaklee. InsyaAllah, jangka masa panjang, kesannya sangat baik untuk tubuh kita. Macam kak yone, alhamdulillah, syukur sangat power spek mata menurun. Harap makin menurun lagi 😁

Kak yone saja share kisah ni. Badan kita bukan semakin muda. So kita memang perlukan nutrisi yang mencukupi dalam diet seharian kita. Kalau nak dapatkan nutrisi daripada makanan, mungkin makanan seharian tak cover keperluan nutrisi penting dengan mencukupi. Tu yang kita perlukan supplemen atau vitamin untuk top up keperluan nutrisi yang tak mencukupi.

Kak yone share sebab kak yone makan vitamin-vitamin Shaklee ni. Kalau korang nak juga start makan vitamin, pilihlah vitamin Shaklee. Nak tanya atau nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh aje hubungi kak yone di 016-2364796.

Menyepi Mengenal Diri

Menyepi Mengenal Diri
Hari ini..
Aku tercari-cari..
Sesuatu yg patut diketahui..
Tapi aku tidak tahu...
Patutkah aku menggunakan aku...
Atau aku itu tiada?
Resah gelisah jiwa mencari...
Tak boleh berpeluk tubuh..
Menjadi kewajipan untuk mencari..
Moga jumpa ilmu bermanfaat...
Dipermudahkan segala urusan
Agar persinggahan sementara ini..
Tidak sia-sia..
Aku harapkan hanya padaMu Ya Rabb..
Mencari jalan mengenal diri...
Agar aku dapat mengenalMu..