Penawar sakit tekak, batuk dan selsema

Apa khabar pembaca sekalian 😊 Lama kak yone tak bersiaran. Kali ni kak yone nak bercerita pasal pengalaman sendiri dalam ikhtiar mengurangkan sakit tekak, batuk dan selsema yang kak yone alami. Agaknya berjangkit daripada anak kak yone yang baru je keluar hospital baru-baru ni.


Disebabkan kak yone berbadan dua, maka pengambilan ubat-ubatan tu, kak yone nak kurangkan. Jadi masa nak mula sakit ni, kak yone rasa macam nak sakit tekak. Selalunya kak yone akan buang hingus untuk clearkan sakit tekak. Cumanya awal-awal tu, takde hingus pun 😀

Jadi dalam keadaan mengandung, selain mengambil SET HAMIL SHAKLEE, kak yone amalkan Nutriferon, Garlic Complex dan Omega Guard (Omega Guard memang terdapat dalam Set Kehamilan Shaklee). Nutriferon berfungsi meningkat sistem pertahanan badan kita. Garlic pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk melawan bakteria dan Omega Guard bagus untuk mengurangkan radang dalaman dan membantu mengurangkan wheezing dan kahak.

Alhamdulillah, lepas sehari, bila kak yone menghembus hingus, keluar hingus berwarna putih. Kak yone pun buang sepenuh hati. Selalunya bila da buang hingus, sakit tekak akan hilang 😉 

Lepas tu, memang kak yone rasa lega sikit sebab sakit tekak dah takde walaupun masih ada kahak dan hingus. Kunci dalam situasi begini ialah, jangan sayang kahak dan hingus tu. Selalulah buang hingus dan kahak supaya dapat bernafas dengan lancar especially time mengandung ni. 

Kak yone pun amalkan juga minum air lemon yang dicampur dengan madu untuk mengurangkan batuk-batuk yang kak yone alami. Alhamdulillah lega rasa salur pernafasan ni. Tak susah pun nak buat air lemon madu ni. 

Cara-caranya:

1. Ambil sebiji lemon. Basuh bersih-bersih. 
2. Potong lemon dalam dua slice. 
3. Perah lemon tersebut ke dalam gelas dan masukkan sekali dua slice lemon tersebut.
4. Letak air bersuhu bilik. Kalau nak suam, tambahkan sedikit air panas.
5. Masukkan dalam dua atau tiga sudu madu ke dalam air tersebut dan kacau sehingga sebati. Sila gunakan sudu plastik ya.
6. Sedia untuk diminum 😉

Air lemon madu (gambar ihsan Google)

Semoga bermanfaat! Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar