Penyelesaian kepada masalah lekapan di payudara apabila bayi tidak membuka mulut dengan luas

Proses penyusuan ni, memang banyak cabarannya. Kak yone baca, ada ibu-ibu yang dah elok menyusu, tiba-tiba bayi taknak latch atau menyusu di payudara dan hanya mahukan susu melalui botol. Ada juga apabila dah dilatih minum melalui botol kerana ibu akan kembali bekerja, bayi pula terus taknak menyusu di payudara. Memang bermacam-macam cabaran dan dugaan.

Ada juga baby kecil, yang apabila hendak menyusu, bukaan mulutnya kecil, menyebabkan lekapan di payudara tidak efektif dan stimulasi susu ibu menjadi sukar. Bertabahlah wahai ibu-ibu sekalian. Kak yone sendiri pun masih belajar 😊 

Hari ni kak yone terjumpa satu video mengenai cara untuk melatih bayi membuka mulut lebih luas untuk memudahkan proses lekapan yang betul di payudara. Hakikatnya setiap perkara ada usahanya. Even bayi premie yang kecil tu pun boleh melekap dengan baik, asalkan membuka mulut cukup luas untuk melekap di payudara.

Walaupun bayi kecil saiznya, tapi masih boleh melekap dengan baik untuk menyusu. Gambar ihsan Google

Berikut adalah video yang kak yone share yang boleh membantu ibu-ibu yang mengalami masalah lekapan kerana bayi tidak membuka mulut dengan luas semasa menyusu. 

Ada masanya baby malas membuka mulut secara luas dan lebih suka minum susu melalui botol kerana susu mengalir dengan mudah 😂 Selain itu, teknik di bawah membantu baby menggunakan lidahnya dengan efektif.

Sebelum melaksanakan teknik di bawah, pastikan:

💋 Tangan dan jari bersih.

💋 Kuku semuanya pendek dan bersih.

💋 Boleh basahkan jari dengan susu ibu. Boleh gunakan jari penunjuk tapi masukkan hanya sedikit saja jari ke dalam mulut bayi.

💋 Mulakan dari dalam mulut ke luar.

💋 Gosok gusi seperti menggosok gigi.

💋 Gosok dan urut bahagian pipi dalam mulut (untuk menggalakkan bayi membuka mulut luas-luas).

💋 Urut juga di atas lidah dan lelangit bayi. Buat sehingga bayi menggerakkan lidah dan menolak jari (untuk mengaktifkan pergerakan lidah).

💋 Selesai bahagian dalam mulut, urut di sekeliling bahagian luar mulut bayi dengan jari yang lain pula.

Boleh buat teknik ini berulang-ulang kali untuk menggalakkan bayi membuka mulut dengan luas semasa menyusu dan mengaktifkan pergerakan lidah 😊 Untuk lebih pemahaman, bolehlah hadam video di bawah.







Semoga ibu-ibu yang hendak menjayakan penyusuan ekslusif susu ibu, tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.

Jika mahukan Set Berpantang Shaklee atau hendak mendapatkan mana-mana vitamin, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar