Control Air Yang Diminum Sebelum Tidur

Hari ni kak yone nak sharekan satu tip 😀. Kak yone sekarang memang control sangat air yang diminum sebelum kak yone tidur.

Kebelakangan ni kak yone asyik batuk-batuk dan berkahak di waktu pagi. Memang badan kak yone agak sensitif dengan persekitaran. Seksa juga bila batuk-batuk sampai tahap macam lelah dengan kahak yang tebal

Kebelakangan ni juga kak yone suka sangat minum air sejuk. All the time okeh! Dari pagi sampai ke malam. Sebenarnya sebelum ni kebanyakannya kak yone minum air kosong atau suam-suam sikit. Tapi tula berubah tabiat pulak. Mungkin sebab cuaca panas.

Tapi disebabkan pagi-pagi tahap kesihatan tak memuaskan macam batuk-batuk lelah. Maka tak sangguplah kak yone nak biarkan lama-lama.

So, inisiatif yang kak yone ambil ialah, kurangkan minum air sejuk. Kak yone tukar kepada air suam-suam gitu. Malam-malam memang kak yone minum air banyak sebab makan supplemen 😁 Jadi memang air suam je kak yone minum.
Kak yone makan vitamin C dan B Complex selepas dinner. Vitamin C tu kak yone upkan dosnya ke dua biji sebab keadaan kak yone sekarang ni. Penting tau kita upkan dos vitamin C apabila sistem imun rendah sebab berada dalam keadaan kurang sihat seperti batuk-batuk berkahak.

Vitamin B Complex pula membantu mengurangkan sakit-sakit urat setelah seharian penat bekerja. Tak dilupakan juga tablet kalsium Ostematrix yang penting untuk kita sebagai wanita yang semakin meningkat usia dan kehilangan kalsium yang banyak sepanjang proses kehamilan, menyusu dan juga apabila datang haid. Kak yone amik sebelum tidur.

Alhamdulillah, pagi-pagi kurang sangat dah batuk-batuk yang trigger kepada lelah atau asma 😀 Sedikit sebanyak memang penting untuk mengamalkan air suam. Lagipun sebelum tidur memang kena minum air kosong untuk melancarkan proses dalaman badan kita 😁

So korang dah minum ayaq kosong malam ni? 😀 Good night ya. Sweet dreams.
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

70% badan manusia adalah air jadi minumlah air nanti kering heeh

Balas