Resepi Butter Prawn Yang Mudah Disediakan Dan Sedap Untuk Kanak-kanak Dan Dewasa

Salam Ramadhan semua 😀 Setiap hari ibu-ibu pasti terfikir nak masak lauk apa untuk berbuka atau pun sahur. Hari ni kak yone masak butter prawn yang mudah disediakan dan sedap dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa 😊

Resepi ni kak yone dapat daripada sahabat baik kak yone. Anak dia memang suka sangat lauk ni. Kak yone pula, sebelum-sebelum ni memang tak biasa masak resepi sebegini. So it's a good try today 😀 Alhamdulillah.

Bahan-bahan:

1. Sebiji telur
2. Minyak masak (nak sihat pakai Olive Oil)
3. Mentega atau marjerin seperti Naturel, Dorina, Mother's Choice dan sebagainya pun boleh.
4. Selabu bawang
5. Dua ulas bawang putih
6. Sedikit carrot
7. Fresh milk atau susu cair

Cara-caranya:

1. Pecahkan sebiji telur dlm mangkuk dan kacau sedikit supaya telur kuning pecah dan bercampur.

2. Panaskan olive oil dan butter (butter lebih sikit pun sedap) Boleh juga pakai marjerin macam Dorina, Naturel dan sebagainya.

3. Masukkan telur tu (tuang sikit-sikit & perlahan-lahan. Tarik mangkuk tinggi-tinggi ke atas macam buat teh tarik. Kacau laju-laju guna belakang sudip. Masak telur sampai masak. Toskan daripada minyak dan put aside).

4. Baki minyak yang masak telur tadi, tumis pula bawang putih dan bawang besar cincang (blender pun boleh). Goreng sampai kuning sikit.

5. Masukkan carrot potong panjang-panjang. Kalau ada sayur yg keras-keras sikit boleh campur. Kacau sampai carrot lembut sikit.

6. Masukkan fresh milk kotak kecik atau susu cair mengikut jumlah kuah yang diinginkan.

7. Perasakan dgn garam gula.

8. Masuk udang dgn telur yang di tos tadi.

9. Siap

Inilah hasilnya 😍😍😍


Memang creamy kuahnya. Anak kak yone yang setahun setengah makan bertambah-tambah 😍 Kak yone pun bertambah-tambah juga nasinya 😂

InsyaAllah anak berselera ibu pun happy. Kalau pening-pening anak susah nak makan, bagi minum Mealshakes yang mempunyai pelbagai vitamin dan mineral. Sangat baik untuk anak-anak. 

Bagi ibu ayah, terutamanya Ramadhan ini, boleh amalkan Mighty-3-Gems semasa sahur. InsyaAllah membantu badan lebih cergas bertenaga semasa berpuasa 😊


Nak dapatkannya, hubungi kak yone di 012-5538628.

Terima kasih. Selamat mencuba 😊

Ikhlas, 
Kak yone
012-5538628
Pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, Klang, PJ, Mid Valley dan seluruh Malaysia!

Previous
Next Post »
0 Komentar