Showing posts with label Raikan perbezaan. Show all posts
Showing posts with label Raikan perbezaan. Show all posts

Raikan perbezaan, tak payah gaduh-gaduh

Dua tiga hari ni, isu panas yang dibincangkan ialah pasal pilot AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang suruh penumpang berdoa. Kemudian dibidas pulak oleh seorang ahli politik yang mempersoalkan kenapa perlu berdoa? Awat nak mati dah ka? (ni ayat kak yone tambah). Fuhhhhh memang panas!

Kita sebagai netizen ni, ecewahhh 😁 Bila membaca isu-isu panas macam ni, jangan layan sangat aura panas yang dah wujud tu. Be calm and think! Sebab apa, SEMUA manusia berbeza. Takdak satu pun yang sama. Masing-masing ada pendapat masing-masing. 

Kita raikan perbezaan, tak payah gaduh-gaduh 😊 DAN doakanlah... haaa keluar lagi perkataan 'doa'. Doakanlah diberi petunjuk dan dibukakan hati mana-mana sahaja individu yang terlibat. Sebab yang memegang hati-hati manusia ni, tak lain tak bukan HANYA YANG MAHA PENCIPTA

Benda yang salah, jangan di'accept'. Bila dah ditegur, serahkan pada Allah

Kita duk pompang-pompang kutuk sana-sini, tak guna juga. Silap-silap tambah pulak saham dosa. Takmau la kan.

Perbezaan pendapat ni terjadi sebab banyak faktor. Antaranya:

1. Cara didikan
2. Pengalaman
3. Ego

Hahaha cukuplah tiga dulu kak yone bagi. Jelas tak faktor-faktor yang di atas?

Cara didikan dari kecil, akan membentuk bagaimana individu tersebut apabila besar. Sebab tu, kita disuruh mendidik anak-anak kecil dengan baik. Ni peringatan untuk kak yone juga sebagai seorang ibu. Jangan duk biaq anak-anak sibuk sangat dengan segala gadgets. Tak perlulah kak yone nak explain lebih kan. Korang mesti tahu 😊

Pengalaman. Haaa ni pun akan membentuk bagaimana seseorang itu react apabila berada dalam sesuatu situasi, terutama situasi yang pernah dialaminya. Contoh ekkk... Kak yone ni dulu skeptikal atau sinis la ngan vitamin-vitamin Shaklee. 

Baguih sangat ka? Kawan-kawan kak yone sibukkkkk duk promote Shaklee Shaklee Shaklee. Meluat jadinya. Tapi meluat pun, kak yone try juga sejenis dua. Bila dah rasa sendiri baru kak yone percaya, baguih rupanya vitamin-vitamin Shaklee ni. Sampai la ni la kak yone jadi pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee. Sebab memang banyak sangat perubahan yang kak yone alami.

Tapi, tak dapat dinafikan, di luar sana, masih ramai ragu-ragu dengan vitamin Shaklee. Mungkin makan takde kesan apa-apa atau pun ada pengalaman tak best dengan seller vitamin Shaklee. Akhirnya sampai ke sudah 'ban' Shaklee. 

Bagi kak yone, itu pendapat masing-masing. Tak cuba tak tahu. Kalau dah cuba, masih tak capai KPI juga, itu pun kehendak Allah. Ada hikmah tersembunyi. Setiap orang ada prinsipnya. So kita raikan perbezaan pendapat tak payah gaduh-gaduh. Kita doakan yang baik-baik 😊

Sekadar celoteh kak yone
016-2364796


Pengedar dan mentor Shaklee anda di seluruh Malaysia. Nak COD boleh di sekitar Shah Alam, PJ Amcorp Mall, VSQ, PJ SS14, Klang, Mid Valley dan kawasan-kawasan sekitarnya. Roger aje.