Pengalaman kelahiran yang ketiga

Alhamdulillah syukur. Sabtu, 5 May 2018, selamat dah kak yone melahirkan puteri sulung kami, merangkap kelahiran anak ketiga kami.

Sementara ingat lagi kenangan melahirkan bayi ni, kak yone coretkan di sini. Sebenarnya Jumaat petang tu kak yone dah rasa semacam. Maklumlah dah semakin dekat due date, kak yone rajin buat squat dan senaman cobbler untuk bantu percepatkan kelahiran. Tapi Jumaat tu rasa tak berdaya sikit.

So sampai rumah petang tu, kak yone rasa macam lemah je. Penat, emosi macam tak stabil. Rasa contractions 'main-main'. Sebab kejap ada kejap hilang. Tak konsisten. Pada masa yang sama, kak yone macam sembelit. Dah dari hari sebelumnya lagi. Nak membuang, memang kena teran sikit 😭

Kak yone pun heran jugak sebab kalau nak bersalin, dari pembacaan kak yone, selalunya ibu akan mudah membuang. Bukannya sembelit. So kak yone tak pikir sangat pasal nak bersalin. Contractions yang kak yone rasa dianggap sebagai Braxton Hicks je.

Sampai ke malam, mood kak yone macam tak best je. Rasa contractions tu ada. Tapi tak konsisten. Cuma yang tak best, nak membuang air besar tapi macam malas sebab sembelit. Semua orang malam tu pulak tidur awal. Kak yone masih duk depan tv. 

Sebelum masuk tidur, kak yone makan Ostematrix 4 biji dulu. Dengan harapan esok pagi senang sikit nak membuang dan tak sembelit dah. Malam tu, tidur memang asyik terjaga. Almost setiap jam kot kak yone bangun. Ada terduduk kat katil, ada gi tandas. Sebab rasa macam sakit pinggang. Cumanya kak yone tak kira pun kekonsistenan contractions tu. Lagipun tak sakit sangat. Jadi kak yone pandang remeh je.

Bangun subuh, kak yone cuba membuang sekali. Memang kena teran juga 😭 Masa tu kak yone dapat rasa kat bahagian bawah tu, membulat je 😰 Risau pulak. Jadi lepas settle, kak yone beritahu En. Asben yang kak yone nak jumpa gynea kak yone hari ni. Klinik buka pukul 9.30 pagi. Kak yone taknak gi ke bahagian kecemasan sebab tak confident nak bersalin hari ni ke. 

Lepas solat subuh semua, kak yone releks je depan tv. Minum ESP dan makan pisang sebab nak membantu mudahkan buang air besar lagi dan juga alas perut di waktu pagi sebelum bersarapan lepas jumpa doktor nanti. Sambil tu kak yone cuba time kan waktu contractions melalui apps yang kak yone download kat fon.

Hmmmmm nampaknya contractions agak konsisten. 6-7 minit sekali. Ada masanya macam kuat juga. Pagi tu pulak, anak-anak semua da bangun and siap mandi dah. So cepatlah boleh keluar rumah. Sempat lagi kak yone membuang second round. Kali ni mudah sikit. Then kak yone cakap taknak gi klinik gynea tapi nak gi kecemasan terus sebab rasa contractions ni dah semacam.

Dalam pukul 9 lebih kot, sampai kecemasan. Tapi takde orang melainkan kat kaunter registration, ada sorang tengah bercakap ngan staff registration. Then staff tu tanya kak yone, da masa ke puan? Kak yone kata ye kot. Dia minta buku checkup dan terus minta kak yone masuk dalam. 

Kat dalam, nurse amik BP and panggil MO untuk tengokkan kak yone. Tanya contractions punya gap, bila edd, pergerakan baby ok tak dan sebagainya. Masa tu kak yone cakap tak pastilah nak bersalin lagi, takut false contractions je. Pergerakan baby pun tak rasa sangat sebab sakit. Pas amik BP, diorang sorong kak yone naik tingkat dua ke labour room.

Kat labour room, CTG dibuat. Releks la kak yone sebab CTG memang makan masa. Dalam 15 minit, nurse cakap baby tidur sebab takde pergerakan sangat. Disuruhnya kak yone mengiring sikit baru nampak movements baby dalam graf. Contractions pun ada. Tapi tak konsisten sangat.

Tunggu punya tunggu, doktor pun datang and buat VE. Macam dalam kul 10 gitu kot. Lepas buat VE, nampak doktor minta nurse bagi batang plastik panjang kat doktor. Then doktor guna untuk jolok ke dalam. Panik juga kak yone. Mujur ada nurse disebelah suruh kak yone tarik nafas and hembus perlahan-lahan. 

Kak yone tanya doktor ada bukaan ke? Kata doktor dah 4.5cm-5cm 😬 What!!!! Memang kak yone tak sangka!!!! Ingatkan false contractions. Takde sign lain melainkan contractions. Lepas doktor check semua, kak yone diminta tukar baju. Drip iv dah dipasang. Ingatkan antibiotik untuk GBS dah dimasukkan sebab dah disambung ngan botol air. So kak yone minta nak gi membuang lagi di toilet. 

Kak yone tak teran just buang je. Perut rasa tak best nak duduk berbaring. Lama juga di toilet sampai nurse tegur jangan teran takut terberanak. Kak yone cakap tak. Tapi bagi kak yone masa. Nurse cakap, apa-apa, buang kat katil je πŸ˜“ Hahaha memang taknaklah.

Sebelum tu sempat wasap En. Asben cakap bukaan dah 4.5cm-5cm. En. Asben tak dapat masuk sebab anak-anak ada ngan dia dan budak-budak tak boleh masuk labour room. Adoi terpikir juga, aku beranak sorang-sorang ke kali ni πŸ˜” Takde siapa dapat tengokkan budak-budak. Tapi kak yone dah minta En. Asben check dengan abang dia in case boleh datang.

Anak-anak makan dulu sementara menunggu.

Lepas keluar toilet, kak yone duduk di pinggir katil. Nak tenangkan diri. Tapi nurse suruh baring sebab nak pasang CTG. Nak taknak, kak yone ikut je la. Kak yone tanya antibiotik da masuk ke? Belum lagi πŸ˜“ Adoi. Panikla kak yone sebab doktor cakap 2 jam sebelum kelahiran. So cepat-cepat lah kak yone minta nurse masukkan. Dalam 11.09 pagi, antibiotik dimasukkan.

Lepas dah masuk, pitosin pun dimasukkan juga. Pitosin ni inducer juga. Sama macam masa kak yone nak bersalin anak sulung dulu. So masa berbaring, kak yone buka youtube selawat Nabi Yunus. Sambil tu layan contractions yang ok-ok la. Boleh lagi πŸ˜‚

Then nurse suruh kak yone beritahu En. Asben daftarkan kak yone and dapatkan wad. Mujur kakak ipar kak yone leh datang tengokkan budak-budak. 

Tak lama, kak ipar dah sampai. Cumanya anak kedua kak yone ni attach sikit ngan ayahnya. Maka menangis-nangislah bila nak kena tinggal. Puas pujuk tapi nangis juga. Jadi bila En. Asben datang, dia macam tak seronok. Plannya dalam kul 1.30 petang nak hantar budak-budak ke rumah Babysitter. Hahaha masa tu kak yone cakap yang kak yone nak bersalin dah. Boleh pulak dia cakap kejap je nak gi hantar πŸ˜‚

Contractions dah makin kuat. Nurse tanya nak gas tak? Awal-awal tu tolak dulu. Tapi bila dah semakin menjadi-jadi, kak yone pun request la gas etonoks tu. Mak aiiii dalam pengalaman kak yone ngan gas ni, kali ni punya penangan memang high jadinya. Lalok habis!!! 

Lepas dua tiga kali sedut etonoks, nurse tanya ada rasa nak teran? Kak yone kata ada. So VE dibuat. Katanya dah 8cm-9cm dah. Masa tu memang sakit sangat. Keras-keras badan kak yone tahan sakit. Doktor pun dipanggil. Memang kalutlah doktor datang, sarung baju plastik semua. Tempat penahan kaki pun dipasang dan tilam bawah tu dibuka.

Kak yone dah boleh teran. First contractions, kak yone tahan. Doktor cakap jangan tahan, teran je. So next contractions, kak yone teran. Disebabkan masih lagi rasa nak buang air besar, makanya najis keluar dulu. Lepas dibersihkan, baru kak yone usaha teran untuk baby pulak.

Kali ni drama meneran, kak yone tak tutup mulut. Doktor suruh tutup mulut macam orang geram tu. Ok, kak yone cuba. Masih tak tutup mulut πŸ˜‚ Doktor, nurse and En. Asben ingatkan lagi. So kak yone fokus and teran. Kali ni memang rasa nak push. 

Nurse memang support habis. Kak yone pandang doktor and dengar katanya. Doktor cakap jangan teran laju sangat takut terkoyak. Teringat tulisan Prof. Imelda dalam FB, suruh hembus nafas je. So kak yone cuba teran yang terkawal. Tak kuat dan tak lemah sangat. 

Alhamdulillah pukul 12.55 tengahari baby pun keluar. Ya Allah. Mudahnya rasa kali ni πŸ˜… Tak boleh lupa di saat baby diletakkan di atas dada kak yone. Saat yang kalau boleh dihentikan. Seronok sangat rasanya. Kalau boleh, nak ulang perasaan tu berkali-kali. Ya Allah, baby yang ditunggu-tunggu 9 bulan sekarang dah berada di atas dada. Subhanallah nikmat sangat rasanya. Baby pun selesa je. Senyap dan tenang 😍

Kak yone tanya doktor, kena episiotomy ke. Doktor cakap ye, potong sikit. Tapi kali ni bebas daripada vakum. Yeayyyy! So sementara nak jahit, doktor suruh hidu gas untuk kurangkan rasa sakit. Disebabkan lalok jadinya, maka baby diambil dulu untuk diukur apa-apa yang patut. Alhamdulillah berat Baby sama macam abang keduanya, 3.25kg.

Lepas dah dijahit, baby diletakkan di sisi untuk disusukan. Lama juga nurse tinggalkan kami bertiga dalam labour room untuk kak yone spend masa susukan baby.

Dalam dekat kul 2 petang, baru kak yone dihantar ke wad. Alhamdulillah anak-anak tunggu di situ bersama kakak ipar. Takyah hantar ke Babysitter. 

Syukur sangat dengan pengalaman bersalin baby ketiga ni. Apa-apa pun, masa mengandung, banyakkan berdoa secara spesifik agar dipermudahkan proses bersalin. Alhamdulillah doa kak yone agar tak kena induce dimakbulkan walaupun kena juga pitosin. Tapi okla sebab kak yone taknak kena induce yg masuk tablet tu. Pitosin tu pun half way dah. Syukur alhamdulillah. Suatu pengalaman yang sangat lain daripada abang-abangnya.

Kak yone doakan, ibu-ibu di luar sana yang sedang menantikan kelahiran, agar dipermudahkan segala-galanya 😘😘😘 

Haaa set berpantang pilihan kak yone semestinya Set Postnatal Shaklee. Selamat tak perlu risau kalau baby kuning pun, boleh terus makan sebab kita perlukan tenaga semasa berpantang. 

Walaupun sedang berpantang, nak order mana-mana vitamin Shaklee, boleh je whatsapp kak yone di 012-5538628 😍

Cara mempercepatkan kelahiran tanpa perlu induce

Ramai geng-geng kak yone yang tengah menanti hari nak bersalin. Termasuklah kak yone πŸ˜‚ Kak yone ingatkan kali ni baby akan keluar awal. Rupa-rupanya nak hujung-hujung juga. Disebabkan kak yone tak bersalin lagi, maka kak yone tak tahu la kali ni kalau tarikhnya melebihi tarikh EDD ke idak πŸ˜€ EDD kak yone minggu depan lepas election.

Masa anak kedua dulu, kak yone memang melewati tarikh EDD. Patut 19 haribulan tapi lahirnya baby pada 21 haribulan. Doktor pula mencadangkan induce sebab baby kelihatan besar. Jadi untuk mengelakkan kesukaran dalam proses bersalin, maka kak yone kena induce. Kalau baby berada dalam saiz yang ok, mungkin kehamilan yang dulu akan extend lebih sikit πŸ˜„


Kali ni, kak yone cubalah juga untuk mengelak daripada kena induce. Sebab prosesnya menyakitkan. Tak tahula apa beza antara bersalin tanpa induce dan kena induce sebab masa nak bersalin, kak yone kena induce aje 😁 

Yelaaa kalau kena paksa, tak ke lebih sakit, berbanding bersalin secara semulajadi. Tu je la yang kak yone fikir. Apa-apa pun proses bersalin memang menyakitkan. Mudah atau susah, rezeki masing-masing. 

Apa yang kak yone baca, ada faktor-faktor yang menyebabkan proses bersalin ini lambat. Antaranya ialah:

πŸ’™ Pernah mengalami proses bersalin yang mencapai EDD atau overdue pada kehamilan sebelumnya.

πŸ’™ Diri ibu itu sendiri sebenarnya dilahirkan overdue.

πŸ’™ Ada keturunan yang melahirkan anak overdue.

πŸ’™ Period yang tidak teratur

πŸ’™ Tak ingat tarikh period. Jadi EDD tak dapat ditentukan dengan betul.

πŸ’™ Mengambil pil perancang sebelum hamil.

Oleh itu, kali ini, kak yone nak cuba amalkan cara-cara mempercepatkan kelahiran tanpa perlu induce. Sebabnya masa gi scan checkup, berat baby bertambah dengan agak extreme. Dalam masa seminggu, berat naik lebih kurang 400g. Sebelum-sebelum ni naik dalam 100g jer.

Last week kak yone ingat baby kali ni lebih kecil berbanding abang-abangnya. Bila tengok berat tadi, adoi. Kalau lewat, mesti doktor cadangkan induce untuk memudahkan kelahiran sebab baby agak besar. Pada masa yang sama, doktor nasihatkan supaya kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis untuk mengawal berat badan kak yone dan juga baby πŸ˜‹

Daripada pembacaan kak yone, kak yone jumpa beberapa cara untuk mempercepatkan kelahiran untuk mengelakkan overdue atau induce. 

Berikut ialah cara-caranya untuk mempercepatkan kelahiran secara semulajadi:

1. Banyakkan berjalan. Kalau rasa sihat bertenaga, silalah berjalan dengan banyak daripada duduk sahaja. Cuma dalam situasi kak yone sebelum ni, kak yone macam sakit di  tulang pubis atau celah paha. Jadi doktor nasihatkan kurang berjalan. Ikut keupayaan dan kapasiti masing-masing ya.

2. Banyakkan bersama dengan suami untuk membantu mempercepatkan proses bersalin secara semulajadi. Apabila wanita hamil mengalami orgasme, hormon oksitosin akan dilepaskan. Maka, wanita akan mengalami contractions. Di samping itu, sperma lelaki juga mengandungi hormon prostaglandins yang membantu melembutkan pembukaan serviks untuk mencetuskan proses kelahiran.

3. Rangsang payudara. Mungkin pada waktu ini, ibu-ibu boleh stimulate payudara dengan pam susu atau marmet. Kalau keluar susu awal iaitu Colostrum, boleh simpan dan diberi kepada bayi selepas dilahirkan. Tapi kalau tak keluar pun tak apa. Sekurang-kurangnya payudara dah mula bersedia untuk proses penyusuan bayi. Sebenarnya merangsang payudara juga akan merembeskan hormon oksitosin yang mencetuskan contractions.

4. Makan kurma. Kajian mendapati wanita yang makan kurma sekurang-kurangnya sebulan sebelum kelahiran akan membantu memudahkan proses bersalin. Kita pun tahu kurma sangat berkhasiat dan membantu memberi tenaga, terutamanya semasa di dalam labour room. Jadi makanlah kurma. Untung sekarang dah nak masuk Ramadhan. Jadi boleh didapati dengan lebih mudah πŸ˜‹

5. Banyakkan bersenam seperti squat dan senaman cobbler (duduk sambil menemukan kedua-dua belah kaki). Senaman seperti squat membantu bayi untuk turun dan peregangan di bahagian serviks. Manakala senaman cobbler membantu mengurangkan kesakitan semasa peregangan di dalam proses bersalin.

6. Rajin-rajin mengemas rumah, membasuh bilik air dan mengemop lantai πŸ˜… Hahaha bukanlah nak membuli ibu mengandung. Tapi dengan banyak bergerak, akan membantu baby untuk turun dan mempercepatkan proses kelahiran. Kalau basuh bilik air tu, cuba berada dalam posisi merangkak, untuk membantu bayi memperbetulkan kedudukannya yang sesuai untuk bersalin. Kedudukan macam mana? Baca di SINI.

Sebenarnya ada banyak lagi cara-cara mempercepatkan kelahiran. Ada yang suggest minum minyak........, makan bendi dan sebagainya. Tapi kak yone selesa dengan cadangan-cadangan mudah di atas. Lebih praktikal dengan kehidupan seharian. Yang penting, aktifkan diri di saat-saat akhir kehamilan untuk memudahkan proses bersalin πŸ˜€

Semoga celoteh kak yone bermanfaat. Semoga ibu-ibu semua dipermudahkan dalam proses kelahiran dan diberi kekuatan untuk menjaga baby yang lama ditunggu-tunggu 😘

Haaaa, yang masih lagi mencari-cari Set Berpantang, boleh amalkan Set Postnatal Shaklee yang memang sangat best bagi ibu-ibu selepas bersalin. Lagi satu, tak perlu rungsing kalau baby jaundis, sebab set ini memang selamat diamalkan tanpa memberi kesan buruk kepada bayi.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Posisi terbaik bayi untuk kelahiran

Secara amnya kita tahu, nak melahirkan bayi secara normal, syaratnya kepala baby hendaklah berada di bawah. Tapi apabila kepala baby dah berada di bawah pun, kedudukan kepala dan badannya masih dalam keadaan bebas, sehinggalah proses kelahiran berlaku. So kali ni kak yone baca dan share pasal posisi terbaik bayi untuk kelahiran.

Topik ni keluar sebab semalam gi checkup, doktor scan dan kata belakang baby macam berada di bahagian sebelah kanan kak yone. Sebabnya kak yone selalu tidur mengiring ke kanan. So doktor nasihatkan cuba ubah posisi tidur mengiring ke kiri, yang mana lebih baik berbanding mengiring ke kanan.

Saranan doktor tu supaya posisi baby kembali lurus, berbanding keadaan sekarang yang agak menyenget ke kanan 😊

Sebaik-baik posisi baby untuk kelahiran ialah, kepala berada di bawah dan bahagian belakang baby menghadap ke bahagian perut ibu. Posisi ini dipanggil occipito-anterior position.

Kedudukan occipito-anterior

Dalam keadaan ini, proses kelahiran akan menjadi lebih mudah dan cepat kerana bayi akan mudah dikeluarkan, rasa sakit yang terkawal dan dapat mengurangkan risiko cser. 

Bagaimana yang jadi mudah tu? Sebabnya, kepala baby akan muat dengan baik ke dalam kawasan pelvis, bahagian belakang kepala baby akan menekan secara serata ke arah pintu rahim yang akan memudahkan pembukaan.

Ada juga bayi yang berada dalam keadaan kepala di bawah, namun bahagian belakangnya bersandar pada tulang belakang ibu. Posisi ini dipanggil occipito-posterior position.
Pada posisi ini, proses bersalin mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang dan lebih menyakitkan. Walau apa pun, selalunya sebelum dilahirkan bayi akan cuba untuk memusingkan badan ke posisi yang betul iaitu posisi anterior.

Kak yone baca, takde kaedah khusus pun untuk membetulkan kedudukan bayi secara spesifik. Tapi apabila dah masuk minggu ke 37 ke atas, ibu-ibu banyak-banyakkan bersujud dan luangkan masa untuk berada dalam keadaan merangkak. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan membantu bayi memperbetulkan kedudukannya sebagai persediaan kelahiran 😊

Nak dapatkan set berpantang Shaklee atau mana-mana vitamin/produk Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Untuk hati yang mencari

Hidup tak seindah yang diharapkan. Ada masa kita mengharapkan pelangi indah menyinari hari kita. 

Gambar ihsan Google.

Tapi Allah takdirkan hujan lebat bersama petir dan guruh. 

Gambar ihsan Google.

Tapi kan, bila difikir-fikir balik, apa yang telah Allah tentukan untuk kita sebenarnya ialah permintaan kita sendiri?

Fikir sendiri ekkk. Kita selalu berdoa macam-macam, antaranya ialah agar diperluaskan lagi rezeki ke atas kita. Mungkinkah, dugaan yang melanda adalah suatu anjakan paradigma untuk memakbulkan doa kita itu sendiri? Mana mungkin kehidupan yang mudah datang mudah-mudah sebegitu sahaja kepada kita. Pasti ada onak duri untuk kita tempuh sebelum mencapainya.

It's not the end of the world anyway. Apa pun dunia hanya sementara. Sejauh mana kita hendak bergembira dan berbahagia, padahal akhirat yang kekal abadi menanti kita. Lagi indah jika kehidupan di sana nanti kita dalam keadaan bahagia dan gembira 😊

Oleh itu, tak perlu pun kita buat kerja Tuhan. Allah dah mentadbir kehidupan kita serba cantik. Apabila dugaan datang, apa yang kita harus lakukan ialah bersabar dan solat. Takkan lari rezeki yang telah ditetapkan ke atas setiap hambaNya. Malah takkan berkurang dan bertambah tanpa izinNya. 

Lalui dan tempuhi setiap dugaan dengan redha. Macam kak yone cakaplah, it's not the end of the world. InsyaAllah dengan redha, akan datangnya tenang. Dengan tenang, hati akan lebih bersyukur. Allah pilih kita untuk menghadapi semua ini sebab Dia sayang dan rindukan kita. Tak ke pada masa ni, kita akan lebih mengingatiNya (memang lumrah sifat manusia). 

Senang cakap kalau tak kena pada batang hidung sendiri. Tapi hakikatnya hidup ini takkan pernah sunyi daripada ujianNya. Mana mungkin keimanan seseorang itu dibuktikan tanpa ujian. 

Sementara hidup ni, jangan abaikan dua perkara, masa lapang sebelum sempit dan masa sihat sebelum sakit. Berikan yang terbaik sementara masih berpeluang. Perbaiki diri, jaga solat di awal waktu dan jaga pemakanan untuk kesihatan yang lebih baik.

Sekian nukilan kak yone. Hati selalu terlupa. Hidup hanya sementara. Apa yang nak dirunsing-rungsingkan sangat?

Kesan jatuh semasa mengandung

Semestinya ibu-ibu yang sedang mengandung akan berasa panik apabila terjatuh. Terutamanya jatuh di atas perut yang membesar di trimester ketiga. Apakah kesan jatuh semasa mengandung ini membahayakan bayi di dalam kandungan?

Dalam tiga kali mengandung ni, semasa hamil baby kedua, kak yone ada terjatuh dalam keadaan melutut dan disokong dua tangan apabila tak perasan lantai licin yang baru sudah dimop. Dalam hal ni, kak yone tak risau sebab tiada tekanan ke atas perut yang besar. Senang cakap, baby tak kena hempap akibat daripada jatuh ni.

Pagi tadi, secara tak sengaja, kak yone nak cepat-cepat pegang anak kak yone daripada jatuh katil, kak yone telah berada dalam posisi macam meniarap. Perut mcm terhempap sekejap atas tilam. Hmmmm rasa macam ragu-ragu pulak ok ke keadaan baby apabila kak yone terhempap sekejap macam tu 😒

Lebih kurang beginilah posisi kak yone masa nak tarik anak kak yone tu. Gambar ihsan Google.

Lepas kak yone da duduk elok-elok balik tu, kak yone dapat rasa baby bergerak macam biasa. Lagipun permukaan tilam lembut je. Cuma, sebagai wanita yang mengandung ni, memang tak boleh lari daripada berfikir yang bukan-bukan. Maka Google lah kak yone cari pendapat ibu-ibu hamil yang lain.

Dalam membaca-baca tu, memang ada macam-macam pengalaman ibu-ibu yang hamil. Ada yang mengalami kemalangan dan hentaman ke atas perut. Alhamdulillah, bayi tetap terjaga. Ada yang terkena bucu meja atau benda keras, semuanya ok.

Apabila seorang ibu tengah mengandung, bayi di dalam kandungan telah Allah jadikan terpelihara dengan cukup baik. Uterus atau rahim itu sendiri cukup kuat untuk memelihara bayi daripada hentaman kuat daripada luar. Ditambah lagi bayi berada di dalam kantung cecair amniotik yang menyerap hentaman dan melindungi bayi daripada terkena kesan hentaman yang kuat.

Apa-apa pun, ibu-ibu kena pantau keadaan diri ibu sendiri. Jika terasa sakit, pergerakan bayi berkurangan, berlakunya pendarahan atau kontraksi / contractions, bersegeralah ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang selanjutnya. Tak perlu lagi bertanya-tanya di Google 😢

Harap entry kali ini bermanfaat 😊 Semoga ibu-ibu dan bayi-bayi yang dikandung sihat-sihat selalu. Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628. Ohhh ya. Produk kosmetik Youth pun akan kembali ke pasaran 28 April ini dengan tawaran yang menarik. Dapat free gift lagi. So cepat-cepat hubungi kak yone sebab produk adalah terhad. Siap dapat free membership dan penghantaran lagi 😍


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Bilalah nak bersalin

Hahaha tengok tajuk ni, mesti ramai yang sedang menunggu hari yang dinanti-nantikan akan tertanya-tanya, bilalah nak bersalin. Dah masuk 9 bulan. Cuma tak tahu bila Allah nak tetapkan baby keluar.



Hari tu kak yone tanya juga doktor, kalau dah melepasi 36 minggu, consider baby dah ok untuk dilahirkan pada bila-bila masa. Takde da term "Preemie". Alhamdulillah. Kiranya menunggu masa je 😊

Penantian itu suatu penyeksaan kan πŸ˜‚ Setiap hari mesti ibu cautious je dengan apa-apa tanda bersalin. Haaa boleh baca tanda-tanda bersalin di SINI. Apa yang perlu dibuat ialah banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah ketetapan Allah itu yang terbaik. 

Bagi kak yone, everything will fall into places. Cuba check balik, semua persediaan dah lengkap? Persediaan macam mana?

πŸ’™ Barang-barang baby semua dah ready?

πŸ’™ Keadaan rumah dah ready nak sambut orang baru?

πŸ’™ Semua yang dirancang dah settle?

πŸ’™ Beg hospital dah sedia?

Kalau nak dihuraikan setiap satu point kat atas ni, memang panjang. Even keadaan rumah atau plan yang dirancang pun, boleh buat satu entry baru πŸ˜€

Kalau ada yang belum ready, sediakanlah. InsyaAllah lepas tu dipermudahkan pula urusan nak sambut orang baru 😊 Macam tu ajelah yang kak yone fikir. Sebab bila semua dah sedia, anytime baby nak keluar, semua dah sedia. Takdelah kelam kabut itu ini masih tak cukup atau tak de kan?

From part kak yone, masih ada sikit lagi yang belum ready, hahahaha. Nampaknya kena cari masa settlekan semua dulu. Tak banyak pun. Kak yone lupa nak basuh boots and mittens baby, beg hospital pun tak dimasukkan baju lagi πŸ˜‚ Dengan rumah yang kak yone nak nampak kemas sikit, heeee. 

Apa-apa pun, kak yone doakan semua yang sedang menanti si pipi merah berada dalam keadaan yang terbaik dan semoga baby dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat 😊

Nak dapatkan set vitamin postnatal / berpantang Shaklee? Boleh terus hubungi kak yone di 012-5538628. Set ini memang best! Selamat dimakan pada bila-bila masa dan tidak memberi kesan ke atas jaundis yang dialami oleh bayi.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Muntah semasa trimester ketiga petanda nak bersalin?

Muntah-muntah semasa hamil adalah perkara biasa, especially di awal kehamilan iaitu trimester pertama. Tapi jarang orang yang mengandung muntah di saat trimester ketiga kan? Walaupun memang ada ibu-ibu yang hamil mengalami simptom morning sickness sehingga trimester ketiga.

Semalam kak yone tiba2 termuntah. Sebenarnya mengandung kali ni, kak yone tak pernah termuntah lagi, terutamanya semasa trimester pertama. So memang macam pelik tiba-tiba urge nak muntah tu datang.

At the end, kak yone rasa kak yone muntah sebab angin 😁 Mungkin tempoh masa kak yone makan lunch (dalam pukul 12 tengahari) sampai ke selepas waktu maghrib adalah sangat lama (tanpa makan dan minum). So lepas makan tu, tiba-tiba terasa angin naik ke kepala, then terus muntah. Alhamdulillah, muntah tak berpanjangan. Sekali tu je.

Tapi kan.... Sebenarnya kalau diikutkan, muntah di saat trimester ketiga, especially ibu-ibu yang tengah menunggu hari ni, juga adalah petanda yang si ibu akan bersalin tak lama lagi πŸ˜‚ Haaa dah ready?

Selain itu, muntah juga menunjukkan petanda-petanda lain yang harus kita ambil berat, iaitu:

πŸ’₯ Pedih ulu hati ataupun reflux asid

πŸ’₯ Petanda nak bersalin dah tak lama lagi, sebab sistem badan kita akan mengosongkan usus. Pada masa yang sama, mungkin berlaku cirit-birit juga.

πŸ’₯ Pre-eklamsia. Petanda lain yang menunjukkan pre-eklamsia ialah sakit kepala, mata menjadi kabur, tak boleh melihat cahaya terang, sembab kaki dan tangan, sesak nafas, badan mudah lebam dan tekanan darah meningkat (segeralah ke hospital)

πŸ’₯ HELLP (hemolysis elevated liver enzymes and low platelet count) 

πŸ’₯ Keracunan makanan atau mungkin stomach flu

Kesimpulannya, banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu muntah. Tapi si ibu sebenarnya ada instict atau rasa hati yang cukup kuat untuk mengetahui sama ada nak bersalin dah atau belum. 

Jika ragu-ragu, muntah pulak tak henti-henti, bersegeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Jangan dibiarkan tau.

Semoga entry kali ni bermanfaat πŸ˜‰ Nak dapatkan vitamin-vitamin prenatal, postnatal atau apa-apa sahaja vitamin Shaklee? Boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Jangkitan GBS daripada ibu kepada bayi yang dilahirkan

Kali ni kak yone nak tulis pasal GBS. Bukan Geng Bas Sekolah ekk. Tapi Group B Strep. GBS ni adalah bakteria yang selalunya terdapat dalam saluran rektum, vagina, dan juga saluran usus. Wanita yang mempunyai bakteria ini, selalunya sihat dan normal dan tak sedar pun adanya bakteria ini, melainkan rajin buat pap smear.


Masalah akan timbul jika wanita ini mengandung. Bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami jangkitan GBS jika dilahirkan secara normal. Sebabnya bakteria tersebut berada di saluran vagina. Jadi semasa melalui birth canal tu, bayi akan dijangkiti dengan bakteria ini.

Namun, terdapat cara untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria GBS ini kepada bayi. Ibu-ibu yang sedang hamil hendaklah membuat pemeriksaan vagina melalui sample swab yang akan diambil oleh doktor semasa kandungan berada dalam 35-37 minggu. 

Mengikut pengalaman kak yone mengandung yang lepas-lepas, even yang sekarang pun, kalau kita tak request pemeriksaan swab ini, rasanya hospital pun takkan minta kita buat. Jadi, nasihat kak yone, buatlah pemeriksaan semasa kandungan 35-37 minggu, untuk mengurangkan risiko jangkita GBS kepada bayi yang dilahirkan. Requestlah pada doktor ye.

Ini pun kak yone amik langkah-langkah berjaga-jaga sebab dalam dua tahun lepas, result pap smear menunjukkan adanya GBS. Setahun lepas punya result dah tak menunjukkan GBS positif. Tapi kak yone amik inisiatif sendiri minta buat pemeriksaan.

Jika wanita tersebut mempunyai GBS, maka semasa proses bersalin bermula, wanita tersebut hendaklah datang awal ke hospital untuk mendapatkan antibiotik yang dimasukkan melalui drip, sekurang-kurangnya 4 jam sebelum bayi dilahirkan.

Melalui pembacaan kak yone, jika wanita ini mendapatkan antibiotik melalui drip, maka risiko jangkitan kepada bayi akan dapat diturunkan ke 1 daripada 4000 bayi yang dilahirkan. InsyaAllah, kita usaha buat yang terbaik untuk memastikan bayi yang bakal dilahirkan itu sihat-sihat selalu.

Apa kesan jangkitan GBS ke atas bayi yang baru dilahirkan?

πŸ‘Ά Bayi kelihatan tidak aktif dan lemah

πŸ‘Ά Tidak menyusu dengan baik 

πŸ‘Ά Membuat bunyian seperti mengerang atau bunyi seolah-olah sembelit

πŸ‘Ά Mempunyai suhu badan yang tinggi atau rendah

πŸ‘Ά Degupan jantung pantas atau perlahan

πŸ‘Ά Kadar pernafasan yang cepat atau perlahan

πŸ‘Ά Menunjukkan keadaan yang tidak selesa

Jangkitan GBS ni juga ada dua jenis iaitu:

1. Jangkitan awal (early onset disease)
2. Jangkitan lewat (late onset disease)

Jangkitan daripada ibu yang positif GBS boleh dialami oleh bayi bermula dari 12-24 jam selepas kelahiran, ini dinamakan early onset disease. Manakala late onset disease boleh berlaku daripada umur seminggu sehingga 3 bulan.

Yang late onset disease ni, sebenarnya bukan dijangkiti daripada ibu yang melahirkan, tapi daripada sumber-sumber luar, seperti orang lain yang mempunyai GBS 😟 Sebab tu la kita tidak digalakkan berjumpa atau expose dengan persekitaran yang ramai orang ketika dalam pantang. Orang-orang yang tak sihat pun, tolonglah jangan nak mendukung bayi yang baru dilahirkan. Tunggulah bila dah sihat ya. 

Kesan jangkitan GBS terhadap bayi:

πŸ’’ Gangguan pernafasan atau pneumonia

πŸ’’ Jangkitan kuman di dalam darah atau sepsis

πŸ’’Menjangkiti cecair yang meliputi kawasan otak (meningtitis)

πŸ’’ Jika lambat dirawat, boleh menyebabkan kematian

Semoga entry kali ni bermanfaat untuk semua ibu dan ayah yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata penyejuk hati.

Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau mana-mana vitamin dan produk Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Shaklee Baby - Produk Baby yang selamat untuk bayi

Hari tu kak yone mengambil kesempatan gi HQ Shaklee di Sunway Geo untuk mendapatkan salah satu promo untuk bulan ni, iaitu Shaklee Baby 😍 Produk baby yang selamat untuk bayi.

Haaaa beli dua set Shaklee Baby, dapat satu set lagi free. Kak yone dan kawan-kawan yang sedang menantikan kehadiran si pipi merah tak lama lagi, apa lagi kena lah rembat promo ni. Rugi tak rembat mandian baby, minyak dan losyen Shaklee Baby ni. Semuanya bebas Paraben! Tu yang penting sekali.


Berbanding dengan produk-produk baby di luar sana, produk Shaklee Baby ni dah menjalani pelbagai ujian klinikal untuk memastikan keselamatan penggunaan ke atas bayi. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan semestinya bahan-bahan semulajadi, telah diuji sendiri oleh pakar paedriatik, pH seimbang serta tidak menimbulkan alahan, even kepada kulit yang sensitif.

Bukan ajer baby boleh pakai, mak budak pun boleh πŸ˜„. Macam kak yone, losyen dan minyak tu dah rasmikan ke anak-anak kak yone yang dua ni. Mandian baby, kak yone reserve untuk baby nanti. Boleh pakai tanpa was-was. 

Losyen Shaklee Baby tu pun, sangat sesuai dipakai untuk ibu-ibu yang hamil yang mengalami regangan kulit perut. Faham aje la kan, bila perut semakin membesar, akan jadi gatal-gatal pada kulit perut disebabkan regangan. Memang melegakan dan membantu melembutkan kulit.




Tengok si adik yang bakal menjadi abang tu, memang claim semuanya dia punya πŸ˜† hahaha. Okla. Memang puas hati beli set Shaklee baby ni. Dapat tuala yang bukan aje lembut malah besar. Sesuai untuk saiz abang yang sulung.


Produk Shaklee Baby, beli dua, dapat tiga


Nak tahu kebaikan setiap satu produk Shaklee Baby ini, boleh rujuk poster-poster di bawah.




Nak rebut promo Baby Shaklee untuk bulan ni? Cepat-cepat wasap kak yone di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley