Kesan jatuh semasa mengandung

Semestinya ibu-ibu yang sedang mengandung akan berasa panik apabila terjatuh. Terutamanya jatuh di atas perut yang membesar di trimester ketiga. Apakah kesan jatuh semasa mengandung ini membahayakan bayi di dalam kandungan?

Dalam tiga kali mengandung ni, semasa hamil baby kedua, kak yone ada terjatuh dalam keadaan melutut dan disokong dua tangan apabila tak perasan lantai licin yang baru sudah dimop. Dalam hal ni, kak yone tak risau sebab tiada tekanan ke atas perut yang besar. Senang cakap, baby tak kena hempap akibat daripada jatuh ni.

Pagi tadi, secara tak sengaja, kak yone nak cepat-cepat pegang anak kak yone daripada jatuh katil, kak yone telah berada dalam posisi macam meniarap. Perut mcm terhempap sekejap atas tilam. Hmmmm rasa macam ragu-ragu pulak ok ke keadaan baby apabila kak yone terhempap sekejap macam tu 😢

Lebih kurang beginilah posisi kak yone masa nak tarik anak kak yone tu. Gambar ihsan Google.

Lepas kak yone da duduk elok-elok balik tu, kak yone dapat rasa baby bergerak macam biasa. Lagipun permukaan tilam lembut je. Cuma, sebagai wanita yang mengandung ni, memang tak boleh lari daripada berfikir yang bukan-bukan. Maka Google lah kak yone cari pendapat ibu-ibu hamil yang lain.

Dalam membaca-baca tu, memang ada macam-macam pengalaman ibu-ibu yang hamil. Ada yang mengalami kemalangan dan hentaman ke atas perut. Alhamdulillah, bayi tetap terjaga. Ada yang terkena bucu meja atau benda keras, semuanya ok.

Apabila seorang ibu tengah mengandung, bayi di dalam kandungan telah Allah jadikan terpelihara dengan cukup baik. Uterus atau rahim itu sendiri cukup kuat untuk memelihara bayi daripada hentaman kuat daripada luar. Ditambah lagi bayi berada di dalam kantung cecair amniotik yang menyerap hentaman dan melindungi bayi daripada terkena kesan hentaman yang kuat.

Apa-apa pun, ibu-ibu kena pantau keadaan diri ibu sendiri. Jika terasa sakit, pergerakan bayi berkurangan, berlakunya pendarahan atau kontraksi / contractions, bersegeralah ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang selanjutnya. Tak perlu lagi bertanya-tanya di Google 😶

Harap entry kali ini bermanfaat 😊 Semoga ibu-ibu dan bayi-bayi yang dikandung sihat-sihat selalu. Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628. Ohhh ya. Produk kosmetik Youth pun akan kembali ke pasaran 28 April ini dengan tawaran yang menarik. Dapat free gift lagi. So cepat-cepat hubungi kak yone sebab produk adalah terhad. Siap dapat free membership dan penghantaran lagi 😍


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar