Fahami mood swing wanita mengandung

Wanita ni, perangainya memang menyimpan 1001 misteri. Kalau tak mengandung pun, ada masa-masanya datang mood swing bila dekat nak period. Boleh baca link ini. Bila dah mengandung, mood swing wanita mengandung semakin bertambah-tambah.


Siapa yang harus dipersalahkan? Hormon. Hahahaha. Rasanya betul sangat sebab kehadiran hormon ini sebenarnya yang mengubah mood wanita. Kadang ok, happy dan gembira je. Tiba-tiba boleh pulak berubah 360 darjah. Serabut, rasa tak sihat, rasa nak nangis semua.

Yang selalu melihat dan menjadi 'mangsa' kepada up and down mood wanita ini, semestinya para suami 😂 Sabarlah wahai lelaki. Wanita ini memang misteri. Bila mengandung, apa yang suka dilakukan sebelum mengandung, mungkin dah tak suka dibuat semasa mengandung. 

Jadi, apabila isteri hamil, jangan cepat buat assumptions atau anggapan seperti mana isteri sebelum hamil. Contohnya, makanan kegemaran isteri suatu masa dulu, mungkin bukan lagi kegemarannya semasa hamil. Ada yang langsung jadi tak suka atau tiada selera nak makan makanan yang digemarinya semasa hamil.

Memang ada wanita yang berubah 100%! Pada masa hamil juga, sesetengah wanita mengalami simptom morning sickness yang teruk. Jadi memang pada waktu ini, si isteri akan kelihatan sangat letih, moody dan kalau boleh nak tidur atau tidak diganggu. Nak ke tempat kerja pun mungkin akan terasa letih tak bermaya 😞 

Keletihan, morning sickness, mungkin terasa sakit kepala, sakit badan dan sebagainya menyebabkan si isteri mudah melenting, menangis dan buat perkara-perkara yang kadangkala membuatkan si suami terkejut! 

Being a husband, cuba fahami keadaan isteri. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah:

💗 Banyakkan berkomunikasi dengan isteri. Jangan sesekali membuat assumptions atau tanggapan. Selalu tanya keadaan isteri.

💗 Fahami bahawa isteri berada dalam keadaan yang 'fragile'. Perubahan hormon dan perubahan fizikal akan menyebabkan isteri berada dalam keadaan yang sangat sensitif. 

💗 Jaga percakapan dan perbuatan anda. Hati-hati supaya tidak terlepas cakap seperti 'isteri pemalas', 'gemuk' dan sebagainya.

💗 Pastikan isteri berada dalam keadaan happy dan jauhkan daripada perkara-perkara yang membuatkannya stress.

💗 Galakkan juga isteri untuk berkongsi perasaan supaya tidak menyimpan perasaan di dalam hati.

💗 Luangkan lebih banyak masa bersama. Jika boleh, pergi bercuti.

💗 Si isteri pun, tak perlu nak stresskan diri untuk menyiapkan segala kerja rumah. Minta bantuan cik abang 😀

Sebenarnya keadaan mengandung ni adalah saat-saat bahagia seorang isteri atau ibu. Sebab itulah wanita sangat-sangat kuat kerana walaupun diuji dengan mood yang ups and downs. Sanggup lagi untuk hamil walaupun menempuh tempoh yang sukar 😀

Yang penting, semasa hamil, kesihatan diri kena dijaga. Pada waktu ini, bayi yang berada di dalam kandungan sangat-sangat perlu nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan mental dan fizikal.

Walaupun si ibu mungkin tak lalu makan atau cerewet dengan pemilihan makanan, usahakan juga untuk makan makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan. Macam kak yone, walaupun tak berapa suka makan sayur, bila dah stabil, kak yone usahakan juga makan sayur berdaun yang banyak khasiatnya 😀 Demi baby. Berilah yang terbaik.

Sebab tu kak yone amalkan Set Prenatal Shaklee yang banyak sangat manfaatnya. Badan ibu akan lebih bertenaga. Bila bertenaga, mood pun akan lebih stabil. Bila mood stabil, ibu akan rasa happy 😀 Alhamdulillah lain sangat rasa apabila mengamalkan SET PRENATAL SHAKLEE ini dengan konsisten.

Nak tengok testimoni dan kebaikan Set Prenatal Shaklee, boleh baca di SINI.

Kak yone doakan ibu-ibu semua tabah dalam menghadapi proses kehamilan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan ibu dan baby yang sihat 😘😘😘


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
0 Komentar