Thursday, 18 May 2017

Hampir Mengalami Kerosakan Otak Kerana Silent Chest Asthma

Hari ni kak yone nak share pasal seorang anak yang mengalami asma yang ganjil. Tidak seperti asma yang biasa, di mana ada simptom seperti wheezing atau pernafasan yang berbunyi.

Asma atau lelah yang dialami hampir membuatkan anak ini mengalami kerosakan otak kerana kekurangan oksigen. Sebabnya udara tidak masuk ke dalam paru-paru. Asma ini dikenali sebagai Silent Chest asthma.

Jom kita baca perkongsian ibu kepada anak ini.

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

ANAK BEBAS ASMA SELEPAS 2 BULAN AMALKAN VIVIX

Hai Assalamualaikum W.B.T.. Nama saya Azlinda. Saya ingin berkongsi kisah anak saya, Muhammad Haqeem Al-Raziq yang diserang asma 'silent chest'. 

Pada Januari 2016, Haqeem mengalami batuk tak berhenti dan kesukaran bernafas. Apabila dibawa ke wad kecemasan, pihak hospital tidak dapat memberikan rawatan segera kerana tiada simptom asma atau semput. Setelah 3 kali berulang ke hospital dalam hari yang sama, saya nekad membawa Haqeem ke hospital yang lain. 

Setibanya di sana, doktor mendapati bacaan oksigen telah berkurang dan mungkin berdepan dengan kerosakan otak sekiranya lewat menerima rawatan. Doktor memberikan rawatan segera kepada Haqeem dan dimasukkan ke wad pagi itu. 

Keadaan Haqeem tidak begitu memuaskan, oleh itu doktor memutuskan untuk menempatkan Haqeem di Unit Rawatan Rapi bagi tujuan pemantau lanjut.

Doktor mengesahkan Haqeem mengalami "silent chest". Silent chest merupakan salah satu penyakit asma yang jarang berlaku namun menjadi teruk apabila ianya menyerang seseorang individu. Doktor mengesan dengan menggunakan stestoskop dan mendapati tiada bunyi udara yang memasuki paru-paru.


Antara simptom yang dihadapi Haqeem ialah batuk berterusan, tiada "wheezing" dan kesukaran bernafas. Selain itu kadar pernafasan Haqeem juga agak laju melebihi 60 per minit (boleh dipantau sendiri di rumah). Simptom-simptom ini sebenarnya telah berlaku sekitar tahun 2015 lagi.

Saya kerap kali membawa Haqeem ke klinik dan hospital sekiranya Haqeem diserang penyakit tersebut. Saya juga mengawal pemakanan Haqeem seperti mengelakkan makanan-makanan sejuk dan makanan yang boleh menyebabkan batuk. 

Haqeem jarang menghidap batuk, tetapi akan menjadi sangat teruk apabila ia menyerangnya. Oleh itu, kawalan yang dapat dibuat hanyalah dengan memberikan bantuan pernafasan dan ubat nebulizer.

Sebelum ini, Haqeem memang makan Set Kesihatan kanak-Kanak yang terdiri dari Vitalea for children, OmegaGuard, Vita-C Chewable dan Mealshake. 

Setelah melihat banyak kesan perubahan positif terhadap pelanggan dan rakan-rakan yang mengalami masalah pernafasan dan mengambil Vivix sebagai suplemen tambahan, saya nekad untuk memberikan alternatif lain kepada Haqeem dan disitulah bermulanya episod Haqeem dan Vivix.

Saya berniat untuk memberikan Haqeem Vivix setelah berbincang dengan pakar nutrisi dan juga pakar kanak-kanak. Saya membawa bersama rujukan dan informasi Vivix kepada doktor pakar, dan berbincang sama ada boleh atau tidak saya berikan Vivix kepada Haqeem. 

Setelah doktor pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Indah meneliti kandungan Vivix, beliau tidak menegah pengambilan Vivix malahan menggalakkan Haqeem makan makanan yang berkualiti bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Saya beri sesudu kecil kepada Haqeem, 3 kali seminggu. Rasanya masam-masam manis tanpa gula tambahan, dan Haqeem memang sukakan rasanya. Antara kegemaran Haqeem ialah OmegaGuard. Kalau tak dihalang, boleh habis sebotol dimakan begitu sahaja. 

Kata doktor, OmegaGuard ni pun sangat bagus untuk kesihatan paru-paru Haqeem. Apa salahnya saya berhabis duit dengan makanan untuk kesihatan daripada berikan makanan yang bukan-bukan kepada anak-anak saya.

Selepas discaj daripada hospital, doktor memberikan tarikh rawatan susulan untuk menentukan samada Haqeem benar-benar mengalami masalah asma atau tidak. 

Sekiranya ya, Haqeem mungkin terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan asma sehingga dewasa kelak. Seminggu pertama selepas discaj, Haqeem mula ambil Vivix. Dah tiada lagi bunyi batuk dan kadar pernafasan Haqeem pada lebih kurang 30 per minit. Bacaan oksigen pun cantik je, 99-100% walaupun lepas berlari.

2 minggu selepas discaj, rawatan susulan pertama untuk Haqeem. Doktor kata setakat ini progress Haqeem nampaknya elok. Namun pemantauan masih perlu dibuat 2 minggu seterusnya. Rawatan susulan kedua, doktor senyum lebar tengok Haqeem. Kami diberi rawatan susulan terakhir, sebulan akan datang.

Ahamdulillah Haqeem beri respon yang baik dengan Vivix. Tak ada kesan pemulihan yang teruk pada Haqeem cuma selera makannya semakin bertambah dan pembuangan.

Setelah 2 bulan konsisten dengan Vivix dan megadose OmegaGuard, Alhamdulillah saya dah tak gusar nak berjumpa doktor pada rawatan susulan nanti.

Memandangkan Haqeem hanya ambil sekali sekala, sebotol pun tak habis selama 2 bulan Haqeem konsisten minum Vivix. Rawatan susulan ketiga, dan yang terakhir selepas 2 bulan Haqeem discaj, Alhamdulillah doktor sahkan Haqeem bebas dari asma. Bermakna, Haqeem tak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan boleh aktif seperti biasa.

Ibubapa yang sayangkan anak, jangan susah hati berbelanja untuk kesihatan anak-anak. Anak-anak hanya pinjaman Allah swt, dan kita diamanahkan menjaga mereka sebaik-baiknya. Jangan risau nak berikan suplemen, namun belilah suplemen yang betul untuk mereka.

Alhamdulillah, saya dah tak lagi gusar nak memikirkan keadaan kesihatan Haqeem dan anak-anak yang lain. Kerana saya tahu perlindungan kesihatan yang saya telah berikan ini.

Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan suplemen yang terbaik ini. Terima kasih Shaklee!

💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟

Alhamdulillah. Syukur sangat Puan Azlinda mendapatkan second opinion. Demi anak, memang kita rela melakukan apa sahaja untuk mereka.

Kebiasaannya anak-anak memang selalu terdedah dengan jangkitan batuk-batuk dan selsema. Untuk mengurangkannya, jangan culas memberikan Omega Guard, vitamin C, Vitalea for children, dan Mealshakes. InsyaAllah sangat-sangat membantu dalam mengawal jangkitan batuk-batuk selsema.

Puan Azlinda juga mendapatkan pendapat doktor yang merawat untuk berikhtiar dengan Vivix. Syukur kandungan Vivix yang tinggi antioksidan serta mengandungi bahan-bahan semulajadi sesuai diberikan kepada anak bagi kes ini.

Sekian sharing kak yone, semoga bermanfaat. Nak dapatkan vitamin-vitamin ini semua, boleh hubungi kak yone di 016-2364796.

Mentor dan pengedar Shaklee Shah Alam, Subang, PJ, Mid Valley, Klang dan seluruh Malaysia.

016-2364796

No comments:

Post a Comment