Anak Nak Exam, Mak Yang Kalut

Hari ni kak yone buat latihan melukis dan mewarna dengan anak sulung kak yone. Anak nak exam, mak yang kalut 😂

Macam yang kak yone share sebelum-sebelum ni, kak yone detect sedikit masalah pada anak kak yone. Dia mudah hilang fokus dan tak minat menulis. Leh baca ceritanya di SINI. Tapi kak yone tengok, kalau mewarna, dia suka dan boleh buat 😁 Alhamdulillah. Lega kak yone.

Sebab mewarna akan membantu sangat-sangat dalam menguatkan motor skill tangan supaya lebih mudah nak menulis. InsyaAllah, lama kelamaan, teknik dalam menulis juga akan lebih mudah.

Tapi kak yone risau, di hari exam, dia blur. Harapnya dia ingat. Ya Allah, permudahkan urusan anakku di sekolah semasa exam nanti.

Untuk persediaan exam, kak yone ada buat latihan bersama. Ingat tak ingat, kak yone berserah pada Allah. InsyaAllah kak yone yakin kasih sayang dan perhatian ibu ayah akan membantu anak untuk buat yang terbaik.

Satu lagi, konsistenkan pemberian Omega Guard setiap malam. InsyaAllah anak akan lebih fokus dan mudah mengingat. 

Pemakanan memang penting untuk anak strive dalam pembelajaran. Sebab anak-anak akan berasa letih. Jadi elakkan memberi makanan yang kaya dengan perisa, pewarna sebab akan menganggu perkembangan otak anak-anak 😥

Banyakkan memberi makanan yang kaya dengan protein, kaya dengan Omega 3, DHA dan EPA untuk perkembangan otak dan juga kaya dengan vitamin B Complex untuk tenaga.

Sarapan setiap pagi sangat penting untuk anak-anak. Kalau rasa susah sangat nak sediakan sarapan, bancuhkan aje Mealshakes sebagai sarapan setiap pagi. Mealshakes ni adalah minuman yang rendah indeks glisemik yang membantu mengurangkan rasa lapar dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.

Setiap hari juga, jangan lupa beri Vitalea For Children sebagai multivitamin harian anak-anak. Yang penting anak-anak kena dapatkan nutrisi yang mencukupi setiap hari tau.

Mak-mak pun pastikan diri sentiasa tenang dan stabil semasa mengajar anak-anak. Memang kalau hilang kesabaran, kasihan kat anak. Pastikan telan vitamin B Complex sebelum mengajar anak-anak agar diri kita lebih tenang dan bersabar dan dapat mengawal stress dengan baik.

Korang tahu kan, orang cakap jangan marah nanti cepat tua 😁 haaaa, kak yone faham sangat, mak-mak ni, hampir keseluruhan rumah tangga dan anak-anak diuruskan. Mesti badan lesu, muka kusam. So Vivix jangan lupa. Vitamin wajib yang setiap wanita harus amalkan. Barulah berseri-seri 😊

Last sekali kak yone sharekan lukisan anak kak yone. Apa pun, kak yone bangga dan yakin anak kak yone mampu menghadapi cabaran kehidupan dunia ini dengan cemerlang. InsyaAllah 😊


Sekadar coretan seorang ibu dan penjual Shaklee,
Kak yone
016-2364796
Previous
Next Post »
0 Komentar