Rumah - Nak beli atau sewa?

Cerita pasal rumah ni, kak yone rasa bersyukur sangat Alhamdulillah, rezeki sebab apabila dah kahwin dulu, terus dapat melangkah masuk rumah sendiri. Muda ke kak yone beli rumah dulu? Umur 24 rasanya. 

Masa tu, Ya Allah, rumah teres pun RM200k++ di KLANG VALLEY yang sekarang dah 500k-600k or even higher. Muda ke tua beli rumah, that one put aside first. Persoalan di sini, adakah lebih baik beli atau sewa rumah?



Kalau tanya pandangan kak yone la pasal nak beli rumah atau menyewa, my personal view agak mix up sikit.

Mesti semua orang akan cakap, better beli rumah sendiri, sebab apabila kita beli, duit instalment bulan-bulan yang kita bayar tu akhirnya rumah tu dapat kat kita juga. Memang betul sangat pandangan ni, even kak yone berpandangan begitu.

Tapi jauh dalam hati kak yone fikir, kalau beli rumah sendiri and tiba-tiba kita kena berpindah ke negeri lain..... Macam mana pula? Rumah dah beli, sayang nak sewakan kat orang. Nak jual pun makan masa juga.

Apabila berpindah pula, kena sewa rumah lain, atau beli pula rumah lain. The process starts all over again. The next question is, cukupkah pendapatan nak tanggung dua rumah? Haaa mesti ramai yang berperasaan begini juga kan.

Satu lagi, dari segi kebebasan rekod dengan bank, of course menyewa ni tak affect financials kita. Sebab takde loan rumah, komitmen macam wow. Faham tak?  Bank tengok pun, bersih aje. paling teruk ada loan kereta.

Hahaha kak yone taknak menggugat hati korang. Kedua-duanya ada pro and cons masing-masing. Kalau nak selesa, memang elok beli rumah. Sebab kalau rasa nak jimat dan menyewa, dan nak cari pulak rumah sewa macam apartment atau rumah teres, less than RM1000 di Klang Valley ni dengan lokasi yang mantop, adalah MUSTAHIL, kecuali rumah tu berhantu 😝

Cumanya, jika memang dah settle down dan rasa tak pindah ke mana-mana dah, ada peruntukan kewangan, bolehlah beli rumah sendiri. Apabila membeli rumah ni, dengan harga rumah sekarang, satu perkara yang harus dijaga ialah aliran keluar masuk gaji setiap bulan.



Pastikan betul-betul merancang perbelanjaan setiap bulan. Tulis setiap perbelanjaan supaya tidak berlaku ketidakcukupan wang di tengah bulan setelah membayar semua komitmen

Kalau rasa macam belum ready nak beli rumah, nak tambahkan pendapatan, mai join kak yone. Pelan-pelan kita mula. Apabila keperluan kita semakin meluas, kita usaha luaskan pendapatan. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan

Ikhlas,
Kak Yone mentor and agen Shaklee korang,
012-5538628
Hearty . Love . Healthy

Previous
Next Post »
0 Komentar