Kenapa Saya Sakit Muka Dan Kepala

Maaflah sahabat-sahabat kak yone semua. Kak yone macam tak aktif dua tiga hari ni sebab diuji dengan kesakitan.

Selsema yang membawa kepada batuk dan mild fever. Tapi sakitnya.... Walaupun hanya selsema kan. Lagi-lagi kita yang dah tua ni, sepatutnya macam kacang je. Tapi bagi kak yone, teruk juga. Mungkin ada sinus. Sakit muka, sakit gusi, sakit kepala seluruhnya. Memang sangat tak selesa.



Alhamdulillah dah beransur baik 😉 Ni kak yone nak share my natural remedy sebab panadol takdak kat rumah. Ntah ke mana-mana kak yone letak sejak berpindah haritu. 

Kak yone amik megadose untuk:

Vitamin B Complex sebab vitamin ni bagus untuk menenangkan urat saraf kita. Membantu mengurangkan stress dan memberi tenaga.

Ostematrix iaitu tablet kalsium Shaklee ni, membantu mengurangkan ketegangan otot. Faham-faham aje la kalau terkena flu, kita akan sakit-sakit badan. Jadi tablet kalsium Ostematrix bantu merehatkan otot-otot.

Kombinasi vitamin B Complex dan Ostematrix ni bagus sangat dalam membantu mengurangkan ketidakselesaan kepala kak yone. Sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit kepala.

Nutriferon yang dalam sachet tu penting sangat untuk boost sistem pertahanan badan kita.





Vitamin C dan minyak ikan Omega Guard (takde dalam gambar) lagilah kak yone tak tinggal sebab penting untuk membantu melawan virus dan bakteria serta mengurangkan masalah kahak.

Satu lagi tips yang kak yone rasa penting sangat bila diserang selsema ni, tolong jangan sayang kahak dan hingus anda. Selagi boleh buang, buanglah sekerap mungkin. 

Awal-awal tu, kak yone rasa sangat tak sihat sebab sakit tekak juga. Nak telan pun susah. Tapi kak yone kerap gi toilet hembus hingus. Ajaibnya, kejap sangat sakit tekak tu hilang. 

Sekian celoteh kak yone hari ni. Nak dapatkan vitamin-vitamin boleh hubungi kak yone ya 😉

Kak yone mentor and agen Shaklee anda:
Previous
Next Post »
0 Komentar