Fahami mood swing wanita mengandung

Wanita ni, perangainya memang menyimpan 1001 misteri. Kalau tak mengandung pun, ada masa-masanya datang mood swing bila dekat nak period. Boleh baca link ini. Bila dah mengandung, mood swing wanita mengandung semakin bertambah-tambah.


Siapa yang harus dipersalahkan? Hormon. Hahahaha. Rasanya betul sangat sebab kehadiran hormon ini sebenarnya yang mengubah mood wanita. Kadang ok, happy dan gembira je. Tiba-tiba boleh pulak berubah 360 darjah. Serabut, rasa tak sihat, rasa nak nangis semua.

Yang selalu melihat dan menjadi 'mangsa' kepada up and down mood wanita ini, semestinya para suami πŸ˜‚ Sabarlah wahai lelaki. Wanita ini memang misteri. Bila mengandung, apa yang suka dilakukan sebelum mengandung, mungkin dah tak suka dibuat semasa mengandung. 

Jadi, apabila isteri hamil, jangan cepat buat assumptions atau anggapan seperti mana isteri sebelum hamil. Contohnya, makanan kegemaran isteri suatu masa dulu, mungkin bukan lagi kegemarannya semasa hamil. Ada yang langsung jadi tak suka atau tiada selera nak makan makanan yang digemarinya semasa hamil.

Memang ada wanita yang berubah 100%! Pada masa hamil juga, sesetengah wanita mengalami simptom morning sickness yang teruk. Jadi memang pada waktu ini, si isteri akan kelihatan sangat letih, moody dan kalau boleh nak tidur atau tidak diganggu. Nak ke tempat kerja pun mungkin akan terasa letih tak bermaya 😞 

Keletihan, morning sickness, mungkin terasa sakit kepala, sakit badan dan sebagainya menyebabkan si isteri mudah melenting, menangis dan buat perkara-perkara yang kadangkala membuatkan si suami terkejut! 

Being a husband, cuba fahami keadaan isteri. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah:

πŸ’— Banyakkan berkomunikasi dengan isteri. Jangan sesekali membuat assumptions atau tanggapan. Selalu tanya keadaan isteri.

πŸ’— Fahami bahawa isteri berada dalam keadaan yang 'fragile'. Perubahan hormon dan perubahan fizikal akan menyebabkan isteri berada dalam keadaan yang sangat sensitif. 

πŸ’— Jaga percakapan dan perbuatan anda. Hati-hati supaya tidak terlepas cakap seperti 'isteri pemalas', 'gemuk' dan sebagainya.

πŸ’— Pastikan isteri berada dalam keadaan happy dan jauhkan daripada perkara-perkara yang membuatkannya stress.

πŸ’— Galakkan juga isteri untuk berkongsi perasaan supaya tidak menyimpan perasaan di dalam hati.

πŸ’— Luangkan lebih banyak masa bersama. Jika boleh, pergi bercuti.

πŸ’— Si isteri pun, tak perlu nak stresskan diri untuk menyiapkan segala kerja rumah. Minta bantuan cik abang πŸ˜€

Sebenarnya keadaan mengandung ni adalah saat-saat bahagia seorang isteri atau ibu. Sebab itulah wanita sangat-sangat kuat kerana walaupun diuji dengan mood yang ups and downs. Sanggup lagi untuk hamil walaupun menempuh tempoh yang sukar πŸ˜€

Yang penting, semasa hamil, kesihatan diri kena dijaga. Pada waktu ini, bayi yang berada di dalam kandungan sangat-sangat perlu nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan mental dan fizikal.

Walaupun si ibu mungkin tak lalu makan atau cerewet dengan pemilihan makanan, usahakan juga untuk makan makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan. Macam kak yone, walaupun tak berapa suka makan sayur, bila dah stabil, kak yone usahakan juga makan sayur berdaun yang banyak khasiatnya πŸ˜€ Demi baby. Berilah yang terbaik.

Sebab tu kak yone amalkan Set Prenatal Shaklee yang banyak sangat manfaatnya. Badan ibu akan lebih bertenaga. Bila bertenaga, mood pun akan lebih stabil. Bila mood stabil, ibu akan rasa happy πŸ˜€ Alhamdulillah lain sangat rasa apabila mengamalkan SET PRENATAL SHAKLEE ini dengan konsisten.

Nak tengok testimoni dan kebaikan Set Prenatal Shaklee, boleh baca di SINI.

Kak yone doakan ibu-ibu semua tabah dalam menghadapi proses kehamilan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan ibu dan baby yang sihat 😘😘😘


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Menjayakan penyusuan exclusive susu ibu

Hari ni kak yone sharekan pasal penyusuan susu ibu exclusive untuk bayi. Sekarang ni memang ramai dah sedar akan kepentingan menyusukan bayi dengan susu ibu. Walaupun penyusuan susu ibu adalah suatu yang semulajadi, namun ia tidaklah semudah yang disangka.


Semulajadi sebab susunya datang dari ibu. Tapi nak menjayakan penyusuan susu ibu, ibu dan bayi kena bekerjasama memastikan susu tu sampai kepada bayi. Lagi satu, ibu-ibu semua harus ingat, tak semua orang bertuah ada susu selepas bersalin. Maksudnya nampak susu keluar daripada payudara. Selalunya nampak seperti tiada susu langsung.

Pada waktu lepas bersalin, yang ada adalah kolostrum, iaitu cecair pekat yang sangat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir. Jika lekapan bayi betul, bayi akan berjaya mendapatkan kolostrum ini. Malah ibu-ibu juga boleh memicit dengan tangan untuk mengeluarkan kolostrum ini. Pada masa ini, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu. Jangan fikir takde susu.

Nak tahu kehadiran kolostrum ni, ibu-ibu boleh marmet atau urut-urut di sekitar payudara untuk mengeluarkan kolostrum ini. Sediakan syringe 1ml untuk mengumpul titisan kolostrum yang pekat ini. Jika tiada syringe, boleh gunakan cup kecil untuk menadah titisan emas ini.

Cara-cara mengurut payudara. Setelah mengurut mengikut langkah 1 dan 2, tekanan diberikan di bahagian atas daripada areola untuk mengeluarkan kolostrum. Picit perlahan-lahan dan boleh dilakukan di sekeliling areola seperti gambar 3 dan 4. Elakkan memicit di kawasan areola untuk mengelakkan kesakitan.

Hakikatnya perut bayi yang baru dilahirkan sangat kecil. Hanya sebesar guli atau buah ceri pada hari pertama dilahirkan. Jom kita tengok keperluan susu bayi dari lahir sampailah ke sebulan.


Yang penting, untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara exclusive, pastikan selepas bayi dilahirkan, terus diberikan kepada ibu untuk disusukan. 

Ada sesetengah hospital bersalin, terus mengambil bayi dan diletakkan di bawah jagaan nursery. Manakala ibu dibiarkan berehat. Jika nak menjayakan penyusuan exclusive, pastikan hospital dimaklumkan yang bayi hendaklah ditinggalkan bersama ibu untuk terus disusukan dan tidak diberikan langsung susu formula selepas dilahirkan.

Yang penting, di saat awal selepas kelahiran bayi, pastikan lekapan bayi di payudara adalah betul. Pastikan kedua-dua bibir bayi terkeluar seperti memuncungkan mulut apabila melekap di payudara. 

Lekapan itu juga hendaklah di bahagian areola, bukan di bahagian puting. Jika lekapan terjadi di bahagian puting, bayi tidak akan dapat menstimulasikan pengeluaran susu dengan baik, malah mungkin juga tidak akan mendapat susu. Ibu juga akan mengalami kesakitan apabila menyusu, kerana puting melecet.


Ramai ibu-ibu risau bayi tidak mendapat susu ibu secukupnya. Haaa nak tengok baby dapat susu secukupnya dan kenyang, boleh tengok cue ini.

Have you ever worried that your newborn fell asleep hungry after breastfeeding?


"When a baby is hungry, he tends to clench his fists tightly and bring them toward his face. If he falls asleep hungry, his fists usually stay clenched. But when he gets milk, he relaxes starting with his face. Then his shoulders relax, and finally those fists unclench. Eventually they're as limp as the rest of him. Think of his hands as a built-in fuel gauge." -- La Leche League's Womanly Art of Breastfeeding, 8th edition

Jadi, apabila menyusukan bayi dan bayi terlena. Tengok wajah baby sama ada kelihatan tenang, atau pun nampak stress dan dahi berkerut. Jika badannya kelihatan keras dan tegang, tangan juga seolah menggenggam penumbuk, itu bermakna bayi masih tidak puas menyusu. Kemungkinan besar, flow susu ibu perlahan dan bayi kurang sabar.

Namun, jika bayi kelihatan releks, lena tidurnya serta tangannya terkulai dan lembut, maka yakinlah bayi sudah puas menyusu 😊

Tengok tangan baby ni dah terbuka dan terkulai, tanda baby kekenyangan.

Untuk ini, ibu-ibu boleh usahakan untuk menjaga pemakanan, minum air secukupnya. Jika boleh banyakkan makanan yang bersup untuk membantu mempertingkatkan lagi pengeluaran susu. 

Bayi pula jangan dibiarkan lapar sehingga menangis baru hendak disusukan. Apabila dah nampak cue seperti tangan dibawa ke mulut atau pun muka bayi mula mengalih ke sisi seolah-olah mencari susu ibu, maka segeralah menyusukan bayi. 

Ini untuk mengelakkan bayi mengamuk-ngamuk dan kesukaran untuk mendapatkan lekapan yang betul kerana bayi sudah terlalu lapar dan tidak sabar mahukan susu yang mungkin flownya agak perlahan.

Ibu-ibu yang hendak menjayakan penyusuan exclusive ini juga haruslah memastikan diri sendiri berada dalam keadaan yang sihat fizikal dan mental. Jika ibu terasa sakit, stress, kemungkinan besar, akan mengganggu proses penyusuan susu ibu. Bayi juga akan merasa stress yang dialami oleh ibu.

Untuk ibu, pastikan ibu mendapat pemakanan yang cukup nutrisi, supaya badan lebih segar dan bertenaga dan juga luka bersalin dapat sembuh dengan baik.

Kak yone cadangkan, selepas sahaja melahirkan anak, minumlah ESP daripada Shaklee untuk tenaga dan membantu boostkan pengeluaran susu untuk bayi. Selain itu, ESP juga membantu memulihkan luka-luka bersalin. Kombinasi dengan Alfalfa Complex juga akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu serta membantu ibu-ibu membuang darah kotor dengan lebih lancar.

Selain itu, amalkan juga vitamin C Shaklee yang membantu menguatkan sistem imun ibu, supaya semakin sihat, membantu memulihkan luka serta menyalurkan zat vitamin C ini kepada bayi melalui susu ibu.

Selain itu, vitamin lain yang terdapat di dalam Set Postnatal Shaklee ialah:

πŸ’™ Vitamin B Complex yang membantu ibu lebih bertenaga dan juga membantu mengelakkan stress dan meroyan.

πŸ’™ Ostematrix. Membekalkan keperluan kalsium untuk ibu menyusu dan juga menyalurkan melalui susu ibu kepada bayi.

πŸ’™ Omega Guard. Mengandungi khasiat DHA dan EPA yang membantu mengurangkan inflamasi pada ibu dan membantu perkembangan otak bayi supaya menjadi anak yang lebih bijak dan pintar (disalurkan melalui susu ibu).

πŸ’™ Vitalea iaitu multivitamin yang membantu top-up keperluan nutrisi harian si ibu supaya lebih cergas dan bertenaga.


Masa hamil, kak yone memang mengambil set ini (kecuali Alfalfa Complex) yang mana boleh diteruskan sebagai Set Berpantang. Memang terasa badan lebih bertenaga, lawas dan happy apabila mengamalkan set ini πŸ˜‰

Kak yone amalkan, dan of courselah kak yone nak share kebaikannya. So nak dapatkan Set Postnatal Shaklee ini, boleh hubungi kak yone di 012-5538628 atau 016-2364796.

Selamat menjayakan penyusuan susu ibu dan berpantang dengan happy 😊

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Cara-cara untuk berhenti merokok

Kak yone nampak betapa sukarnya perjuangan seseorang untuk berhenti merokok. Apabila dah berhenti merokok, ada masa-masanya kembali semula merokok kerana tak tertahan dengan dugaan sekeliling. Proses berhenti merokok bukanlah perkara yang mudah dan boleh dipaksa terjadi serta-merta πŸ˜‚ 


Sebenarnya, adakah cara-cara yang spesifik untuk berhenti merokok? Bagi kak yone la, apabila merokok, ia sebenarnya adalah suatu ketagihan. Kak yone sendiri rasa ketagih apabila lama tak minum nescafe dan seangkatannya. Bila rasa ketagih tu, memang akan rasa nak minum coffee. Akhirnya memang mungkin sekali sekala, kak yone akan minum juga apabila lama tak minum.

Samalah dengan konsep berhenti merokok. Walaupun ada masanya macam dah lama tak merokok. Tetapi apabila berada dalam persekitaran orang merokok, ketagihan tu mungkin akan datang balik. Apabila terjadinya perkara ini, perokok atau bekas perokok itu sendiri kena kuat untuk menghalang diri daripada keinginan untuk merokok.

Kat sini, ada beberapa cara untuk membantu diri daripada berhenti merokok:

πŸ’š Tekadkan semangat di dalam diri untuk betul-betul berhenti merokok.

πŸ’š Berdoa memohon agar Allah permudahkan niat dan urusan untuk berhenti merokok.

πŸ’š Buat target secara spesifik tarikh untuk betul-betul berhenti merokok.

πŸ’š Dapatkan sokongan orang-orang tersayang dan orang-orang sekeliling yang anda sedang berusaha berhenti merokok.

πŸ’š Tulis kata-kata semangat dan positif dan pandang selalu untuk mengingatkan diri yang anda nak berhenti merokok.

πŸ’š Jauhkan diri daripada orang-orang yang selalu melepak dan merokok.

πŸ’š Divert attention atau alihkan keinginan untuk merokok dengan buat perkara-perkara lain yang membuatkan anda melupakan niat untuk merokok.

πŸ’š Banyakkan minum air masak dan kurangkan minuman yang berkafein. Kafein and nikotin ni macam adik beradik yang mudah buat orang ketagih πŸ˜‚

πŸ’š Boleh juga minum air kelapa muda untuk membantu mengurangkan keinginan untuk merokok. 

πŸ’š Banyakkan bersenam atau beriadah. Biarkan diri melihat dan menikmati kehijauan alam.

πŸ’š Selalu basuh tangan dan segarkan diri dengan mandi untuk menenang dan menyegarkan tubuh badan. Orang yang kuat merokok ni, tangannya ada bau rokok. So selalulah bersihkan tangan dan mandi.

πŸ’š Kunyah gula-gula getah sebagai satu cara untuk mengurangkan keinginan untuk merokok.

πŸ’š Amalkan Vivix daripada Shaklee untuk membantu memberikan rasa pahit dan tak sedap apabila merokok.

Dah terbukti ramai yang berjaya berhenti merokok dengan cara-cara yang dinyatakan di atas. Sebab hakikatnya diri sendiri HARUS bertekad apabila nak berhenti merokok. Orang lain takkan mampu lakukan apa-apa kecuali memberi sokongan dan dorongan.

Ramai juga yang berjaya berhenti merokok apabila minum tonik merah Vivix Shaklee πŸ˜€ Boleh tengok video di bawah. Haaa En. Uzir ni meroko sejak umur 14 tahun tau. Bayangkan betapa lamanya dia jadi perokok tegar. Macam-macam cara diusahakan, akhirnya dengan Vivix, dia berjaya!




Ada banyak lagi testimoni-testimoni orang yang berjaya berhenti merokok dengan Vivix. Jom tengok!






Kak yone ucapkan selamat berjaya dalam usaha untuk berhenti merokok. Jika ingin berikhtiar dengan Vivix, boleh dapatkan daripada kak yone. Sekarang pulak tengah ada promosi. Jadi jangan lepaskan. Hubungi kak yone di 012-5538628 atau 016-2364796.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Harvesting Colostrum - Mengumpul kolostrum sebelum bayi dilahirkan

Hari ni kak yone terjumpa satu info pasal 'Harvesting Colostrum before birth'. Bermakna, ibu-ibu yang sedang hamil dalam hujung trimester ketiga, cuba untuk mengeluar dan mengumpul kolostrum untuk diberi kepada bayi selepas bayi dilahirkan.

Kolostrum yang dikumpulkan di dalam syringe

Kita semua tahu, apabila bayi dilahirkan, susu awal yang ada adalah kolostrum iaitu sejenis cecair pekat yang dipanggil sebagai 'liquid gold' yang sangat-sangat berkhasiat untuk bayi kerana mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan juga garam yang membantu bayi kekal terhidrat dan mengurangkan risiko jaundis atau demam kuning. Di samping itu, kolostrum juga membantu menguatkan antibodi bayi dan mengekalkan paras gula yang baik pada bayi yang baru dilahirkan. 

Masa kak yone tengah hamil anak kedua dulu, memandangkan kak yone dah pun menjangkau 40 minggu, maka sehari dua sebelum tarikh induce, kak yone ada juga pam dengan elektrik pam untuk stimulate pengeluaran susu. Masa ni kak yone memang tak tahu lagi pasal 'harvesting colostrum'. Niat kak yone pada masa tu, hanyalah untuk menggalakkan pengeluaran susu dengan lebih cepat.

Pada masa pam tu, memang tiada pengeluaran susu langsung. Even kolostrum pun kak yone tak perasan πŸ˜‚ Kak yone pun masih banyak lagi belajar pasal penyusuan. So sama-samalah kita belajar dan menambah ilmu dalam bab penyusuan susu ibu ni ya.

Susu badan hanya akan keluar dalam 3-4 hari selepas bayi dilahirkan. Sebelum itu, ibu-ibu hanya ada kolostrum. Kebanyakan ibu mungkin tidak sedar akan kehadiran kolostrum ini kerana ia sangat pekat dan bagi sesetengah ibu, kuantitinya sangat sedikit, tapi cukup untuk memenuhi keperluan bayi yang baru dilahirkan.

Apa yang penting, bagi ibu-ibu yang hendak menyusu bayi secara esklusif hendaklah sentiasa 'direct latch' atau menyusu secara langsung mengikut kehendak bayi. Pastikan juga lekapan bayi pada payudara betul untuk mengoptimakan stimulasi susu ibu. InsyaAllah, pengeluaran susu akan dihasilkan mengikut kehendak bayi. Yang penting, ibu-ibu hendaklah berfikiran positif selalu. 

Ok, berbalik kepada topik harvesting colostrum, selalunya digalakkan bagi kes-kes berikut:

πŸ’™ Ibu yang mengalami diabetes semasa hamil. Oleh itu, bayi yang dilahirkan juga akan mengalami kadar gula yang rendah dalam darah dan perlu menyusu sekerap yang mungkin. Jika ada kolostrum yang telah sedia dikeluarkan sebelum bersalin, akan sangat-sangat membantu ibu-ibu untuk meningkatkan lagi penyusuan bayi untuk mengelakkan risiko neonatal hypoglycaemia (kadar gula rendah dalam darah).

πŸ’™ Bayi yang mengalami mulut sumbing (cleft lip or palate) 

πŸ’™ Bayi yang mengalami masalah kesihatan seperti masalah jantung atau down sindrom

πŸ’™ Ibu yang melahirkan bayi kembar

πŸ’™ Ibu yang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi

Jadi, bagi ibu-ibu yang sihat semasa hamil, digalakkan menyusu secara direct selepas bayi dilahirkan. Tapi tidak salah jika ingin mengeluarkan kolostrum sebelum bayi dilahirkan. Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dilaksanakan pada minggu ke 37.

Ada sesetengah kajian mengatakan stimulasi pada payudara semasa kehamilan mungkin akan mempercepatkan proses bersalin. Sebab itulah digalakkan dilaksanakan pada minggu ke-37. Namun jika tiada kolostrum yang keluar atau hanya sedikit sahaja yang keluar, jangan kecewa kerana itu adalah perkara yang normal. Sesungguhnya lekapan bayi pada payudara adalah cara yang paling efektif untuk mengeluarkan kolostrum.

Selalunya 'Harvesting Colostrum' ini dikeluarkan dengan kaedah hand express. Kalau pakai pam elektrik, takut titisan emas akan terbazir kerana kolostrum yang keluar mungkin dalam bentuk titisan-titisan yang halus. Syringe 1 atau 2ml digunakan untuk mengumpul kolostrum yang keluar. 

Cara untuk hand express dan info lanjut mengenai 'Harvesting Colostrum' boleh dirujuk di link ini

Semoga entry kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua. Yang penting, jaga makan, minum dan kesihatan semasa hamil. Pastikan diri mendapat cukup nutrisi untuk ibu dan bayi.

Jika ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh hubungi kak yone di 012-5538628 atau 016-2364796.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Kisah abah yang lemah kaki

Baru-baru ni kak yone pulang ke kampung halaman menjenguk mama dan abah yang dirindui. Kak yone bawa balik sekali sebotol Vivix untuk bekalan abah. Hari tu abah ada beritahu yang kakinya terasa lemah.

Tersentuh hati kak yone sebab walaupun dah berusia, abah masih aktif ke masjid dan join group-group Tabligh keluar 3 hari ke masjid berdekatan. Jadi abah memang kena kuat.

Untuk mama, kak yone KIV dulu sehingga mama menjalani CT Scan kemudian barulah mama akan memulakan semula pengambilan Vivix. 

Mama telah pun menjalani chemo yang terakhir semalam. Alhamdulillah. Sekejap sangat 6 sesi chemo yang mama harus lalui. Alhamdulillah juga, mama menghadapi rawatan chemo dengan cukup tabah. Tiada lagi bedridden seperti kali pertama yang terjadi sebelum ini. Boleh baca di sini kisah Kemoterapi Mama yang pertama.

Sebagai anak, jangan lupa doakan untuk ibu ayah selalu

Apa yang kak yone nak ceritakan di sini ialah reaksi abah dengan Vivix. Memang agak konsisten juga kak yone belikan mereka, abah dan mama kak yone Vivix. Sebab Vivix merupakan supplemen paling mudah untuk dimakan. Especially untuk orang yang dah berumur. 

Vivix dalam bentuk cecair pekat yang mudah untuk ditelan dengan rasa masam-masam gitu. Bila dah bawa balik, kak yone tuangkan ke atas sudu plastik dan beri pada abah. Haha sedapnya Vivix, abah makan dalam dua sudu gitu. 

Sebagai seorang anak, happy tengok abah suka makan Vivix. Walaupun abah tak pernah meminta, tapi kak yone tahu, abah rasa lebih bertenaga dan sihat dengan Vivix. Kak yone pun tahu, abah have been so strong since mama was diagnosed with cancer. 

Untuk pengetahuan pembaca, abah kak yone memang regular ambil ubat kolesterol dan darah tinggi. Check-up ke klinik kesihatan pun regular juga. Alhamdulillah, keadaan abah sangat stabil. Few years back, abah pernah menjalani operation 'Bypass' di IJN. So kesihatan abah memang kena dijaga. Sebab tu kak yone cuba berikhtiar juga dengan pengambilan Vivix.

So far, kak yone happy sebab bila kak yone ada atau takde, abah ambil je Vivix daripada peti sejuk dan makan sendiri tanpa perlu diingatkan 😊 Alhamdulillah. Kak yone doakan agar abah dan mama sihat dan bahagia dalam meniti umur emas mereka. Sebagai anak, kak yone usaha beri yang terbaik.

Bercakap pasal Vivix, mungkin ramai pembaca dah tahu apa tu Vivix.


Vivix adalah supplemen yang diperbuat daripada buah-buahan yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Vivix merupakan anti-aging supplemen yang membantu memperbaiki sel-sel di dalam badan kita dan menghapuskan radikal-radikal bebas. 

Tahu tak, kita boleh mendapat radikal-radikal bebas ini daripada luaran (contoh, debu-debu daripada udara yang tercemar) dan badan kita sendiri boleh membentuk radikal bebas akibat daripada stress. Haaa tu orang yang stress mudah mendapat penyakit.

Jadi, Vivix sebenarnya sangat bagus untuk kita amalkan sebagai makanan tambahan untuk membantu memulihkan sel-sel yang sedang mengalami penuaan dan juga sebagai ikhtiar untuk mengurangkan risiko-risiko penyakit yang tidak diingini.

Alang-alang tu, kak yone sharekan testimoni- testimoni Vivix secara rawak.








Banyak dah orang merasai kebaikan Vivix. Bulan ni pula, Vivix ada promosi lagi. Fuhhh bukan selalu tau Shaklee nak bagi diskaun untuk pembelian Vivix. 


Haaa dengan setiap pembelian promosi di atas, automatik percuma dengan keahlian yang bernilai RM68.90 dan juga bulan depan, enjoylah dengan cash back daripada Shaklee 😊

Nak dapatkan Vivix, hubungi kak yone dengan segera di 012-5538628 / 016-2364796.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Surah penenang jiwa

Apa yang aku nak tulis hari ni ekk? In order to write something good, you need to read to increase your knowledge πŸ˜€ Cliche sangat ayat tu. Tapi tula. Betullah. Kalau tak macam katak bawah tempurung. Langsung tak tahu apa-apa.

Okla dah nampak jalan sikit dah nak tulis apa. Kita tulis pasal stress atau perkara-perkara yang membuatkan diri rasa serabut, tak best, dan seangkatan dengannya. Macam berat pulak bunyinya. Tapikan, stress ni ada je. Cuma kita nak layan atau taknak je. Kita yang tentukan macam mana diri kita nak react dengan sesuatu perkara yang kita hadapi.

Kak yone pun kadang tak dapat lari juga daripada being emotional. Rasa serabut. Selalunya kan, semua tu terjadi apabila kita lalai dan jauh dari Allah. Maka, sedikit demi sedikit hilanglah kebergantungan kita kepadaNya, menyebabkan kita akan merasa stress. Itu pendapat kak yone la.

Ubat untuk tenang ialah, dekatkan diri balik kepada Sang Pencipta. Rajin-rajin baca al-Quran dan solat sunat taubat, memohon keampunan Allah. Tapi, kalau rasa susah sangat nak solat sunat taubat, the least that we can do is selalu BERISTIGHFAR. Istighfar di atas segala dosa-dosa kita. InsyaAllah itu juga akan membantu kita mencapat ketenangan.


Kak yone nak share satu video yang kak yone jumpa kat FB. Pada yang rasa hidup sungguh stress dan berserabut, cuba renung-renungkan ayat-ayat daripada satu surah ni, iaitu Surah Ad-Dhuha. InsyaAllah, bila dah faham maksudnya dan penerangannya, kita akan lebih rasa tenang πŸ˜‰



Kredit to Muslim Speakers


Haaa macam mana? Rasa lega tak? Satu lagi, kak yone nak tambah. Kak yone dengar dalam Ikim. Makanan fizikal kita semuanya daripada sumber tanah sebab kita sendiri berasal daripada tanah. Macam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau kita makan ayam daging sekalipun, makanan ayam dan daging juga berasal daripada tanah.

Tapi apa pulak makanan jiwa? Jiwa kita berasal dari mana? Dari Allah Sang Pencipta yang Maha Esa. Jadi apa makanan jiwa? Semestinya zikir dan ayat-ayat al-Quran yang membantu jiwa kita jadi 'kenyang' dan tenang πŸ˜‰

Apa yang baik kita kongsi-kongsikan 😊

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Keperluan kalsium untuk kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸ˜€Lama sungguh kak yone tak bersiaran. Hari ni tiba-tiba kak yone nak kongsi kisah pasal keperluan kalsium untuk kanak-kanak yang sedang membesar. 

Kak yone terpikir nak share pasal keperluan kalsium ni sebab tengokkan anak kak yone sendiri yang semakin meningkat umur. Nak kata dewasa, idaklah lagi. Baru nak masuk 8 tahun.

Kisahnya begini, anak kak yone yang sulung ni, berhenti minum susu, tepat-tepat umurnya 2 tahun. Dia memang taknak minum apa-apa yang berkaitan susu pun. Masa tu, kak yone punyalah risau sebab kak yone sedar kepentingan kalsium. Sebab budak-budak memang sangat memerlukan kalsium untuk membesar dan juga untuk tulang yang sihat dan kuat.

Macam-macam jugak cara kak yone berikhtiar. Dari tukar jenama susu hinggalah ke membeli Yakult sebagai pengganti susu. Haaa bayangkan, berapa banyak Yakult kak yone beli dulu sebab nak ganti keperluan kalsium. 

Anak kak yone pula jenis picky eater. Adoiiiii memilih makan sungguh! Jadi susah juga nak pastikan dia mendapat nutrisi-nutrisi penting. Masa tu, kak yone berikhtiar dengan Mealshakes Shaklee. 

Alhamdulillah. Memang nampak selera dia makin bertambah-tambah. Yang best lagi, Mealshakes sendiri ada 24 jenis vitamin dan mineral yang memang bagus sangat untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Dalam Mealshakes, kalsium memang ada. Fuhhhh lega.

Gambar beberapa tahun lepas masa kak yone kenalkan Mealshakes kepada anak kak yone.


Tapi memang sungguh mencabar nak suruh anak kak yone ni minum Mealshakes sebab dia memang tak gemar susu πŸ˜‚ Tu yang kak yone bagi juga Mealshakes ni, dalam keadaan kuantiti yang sikit-sikit. Asalkan minum.

Semasa ambil Mealshakes ni, memang nampak perubahan pada anak kak yone. Yang jelas sekali, selera makannya lebih baik berbanding masa tak amik Mealshakes dulu. Alhamdulillah.

Semakin anak kak yone membesar, kak yone tengok giginya halus-halus. Haha tu pun kak yone risau. Sebab giginya pendek dan halus. Macam pelik. Kak yone fikir, adakah sebab tak cukup kalsium? 😌

Jadi sekarang ni, bekalan supplemen yang kak yone berikan ialah Vitalea For Children. Yes, multivitamin Shaklee untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun.


Kandungan Vitalea For Children yang terkini (rujuk new formulation)


Tapi kan, supplemen, namanya tetap supplemen yang bermaksud makanan tambahan. Ikutkan tak cukup juga keperluan kalsium dalam multivitamin Vitalea for Children tu. Nak pastikan anak-anak mendapat keperluan kalsium yang cukup, makanan yang kita sediakan juga harus mengandungi nutrisi-nutrisi yang diperlukan badan.

Jadi, disebabkan anak kak yone ni tak suka minum susu (sekarang ni okla, dia dah mula minum bila ada mood). Tapi still tak cukup lagi. Sebab bagi umur dia, 7 tahun tahu ke korang berapa keperluan kalsium bagi umur 7 tahun? Haaaa. Kak yone pun terkejut juga. Bukan setakat 200-500mg tapi untuk umur 4-8 tahun, memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Haaa, tengoklah table di bawah yang menunjukkan keperluan kalsium mengikut umur.

At agesChildren and teens should consume this much calcium every day:
Younger than 6 months200 mg/day
6 ot 12 months260 mg/day
1 to 3 years700 mg/day
4 to 8 years1,000 mg/day
9 to 13 years1,300 mg/day
14 to 18 years1,300 mg/day
Dirujuk daripada website NICHD

Itula yang kak yone cuba sampaikan. Kesian juga pada anak-anak yang tak mendapat nutrisi yang mencukupi, especially nutrisi kalsium. Kalau dapat kalsium SAHAJA pun belum mencukupi sebab untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang, kita sangat-sangat memerlukan Vitamin D. Jadi, ibu-ibu kena pandai main dengan menu pemakanan anak-anak seharian.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium ialah:

πŸ’™ Ikan bilis
πŸ’™ Sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, kangkung atau sayur-sayuran yang berdaun
πŸ’™ Buah-buahan seperti prun, oren
πŸ’™ Kacang kekacang seperti almond
πŸ’™ Tofu atau kacang soya

Lastly jika kak yone rasa menu yang disediakan masih lagi tak mencukupkan keperluan kalsium anak kak yone, kak yone akan bagi tablet kalsium Ostematrix yang memang kandungan nutrisi dan mineralnya sangat-sangat penting untuk keperluan tulang dan gigi kita.


Haaa satu tablet Ostematrix mengandung 250mg kalsium. Kak yone akan pastikan anak kak yone sekurang-kurangnya makan 2 biji tablet ini untuk membantu melengkapkan keperluan nutrisi kalsiumnya. 

Kalsium ni sangat-sangat penting untuk kesihatan tulang anak-anak. Pada saat mereka sedang membesar inilah kita sebagai ibu bapa harus cakna dengan keperluan nutrisi mereka. Nak anak-anak membesar dan tinggi apabila mereka dewasa nanti, pastikan kalsium mereka mencukupi. 

Kak yone sendiri mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee. Jangan risau dan ragu-ragu takut ada kesan ke atas buah pinggang ke apa, sebab vitamin-vitamin Shaklee semuanya berasaskan bahan-bahan semulajadi. 

Berminat nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee untuk anak-anak ataupun diri sendiri? Meh whatsapp je kak yone di 016-2364796. 

Yang baik-baik kita amalkan dan kita kongsi 😊

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley