Thursday, 24 November 2016

Yang Dulu Jadikan Pengajaran

Ni kisah kak yone dulu. Sebelum berkahwin. Lepas habis belajar terus bekerja di bandar metropolitan ini. Tak sempat pun berehat di kampung halaman, walaupun kampung kak yone, bukanlah kampung pun 😄

Tinggal di bandar metropolitan Malaysia ni... Ishhhhh bukan senang. Kalau diimbas balik, penat rasanya. Bekerja pagi, petang sampai malam, sampai ke pagi balik baru nak balik rumah.... Semuanya semata-mata nak kejar duit lebih nak bayar komitmen tinggal di bandar besar 😓

Masa bujang oklah. Kerjalah sampai macam mana pun.. Tapi apabila dah kahwin, ada anak, takkan nak stayback, bukan aja sampai lewat malam malah sampai ke pagi lagi.... Ya Allah, sudah-sudahlah kak yone masa tu. Dahlah tengah mengandungkan anak yang sulung... Maka kak yone terpaksa tinggalkan semua itu. Kehidupan memang sukar. 

Kemudian, nak teruskan kehidupan, kak yone ajar home tuition dan mengajar di tuition centre pula. Lepas kerja 8 to 5, kak yone bergegas pula ke rumah anak-anak murid kak yone atau tuition centre. Anak sendiri, kak yone minta tolong ma abah tolong jaga nun jauh di Penang 😰 memang sadis. 

Penat memang tak payah cakap. Tapi kak yone bersyukur, jumpa dengan ramai anak-anak murid yang baik. Saat-saat tu adalah kenangan yang terindah dan merupakan pengalaman yang sangat mahal. Life goes on.

Biasalah kan.. Itulah kehidupan... Di awal perkahwinan, memang struggle. Macam-macam dibuat untuk stabilkan kewangan, termasuklah upgrade sijil dengan sambung belajar. Memang banyak sangat berdoa agar diberikan kemudahan. 

Sampai suatu masa, kak yone tekad nak jaga semula anak kak yone. Sampai bila kak yone nak menyusahkan ma dan abah. Betapa hebatnya kuasa doa, Allah tunjukkan jalan yang lebih baik sebelum kak yone habis belajar lagi, ada rezeki pekerjaan yang lebih baik. Dengan itu, kak yone tak perlu lagi mengajar tuition dan dapatlah kak yone luangkan masa dengan anak kak yone.

Daripada pengalaman yang lepas-lepas ini, kak yone ambil iktibar, untuk kehidupan sekarang, untuk persediaan kehidupan mendatang. 

Cabaran dan dugaan dalam hidup memang takkan berhenti. Kini, kak yone masih lagi bekerja dan pada masa yang sama memulakan bisnes Shaklee secara online. Ikutkan komitmennya harus sama macam mengajar tuition. Tapi yang bagusnya, kak yone tak perlu keluar daripada rumah. Semuanya boleh dibuat dengan anak-anak berada di sekeliling kak yone 😊




#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Pengedar Shaklee anda:
Diana / Kak Yone
Hearty . Love . Healthy
COD: Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Mid Valley
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

No comments:

Post a Comment