12 Tips menghadapi musim tengkujuh

Alhamdulillah, rupa-rupanya tahun 2016 ni hampir sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan November. Tak lama lagi, budak-budak pun dah nak cuti sekolah.

Tapi hujung-hujung tahun ni, cuaca tak cerah. Banyak hari-hari akan hujan. Di sesetengah negeri kat Malaysia akan mengalami banjir 😔 

Ingat dulu, masa kecik-kecik saya di Penang. Rumah saya memang tak kena banjir. Tapi banjir kilat terjadi di kawasan yang dalam perjalanan saya nak ke sekolah. Heeee masa tu gagah juga nak pergi sekolah walaupun kebetulan saya tengah demam waktu tu... Nangis-nangis pulak tu.. 😅 Haha.. Kenangan...

Penghujung 2014, pantai timur dilanda bah yang sangat teruk. Kasihan sangat saudara-saudara kita yang berada di sana. 



Apa yang perlu kita lakukan ekk sebagai persediaan menghadapi bah atau banjir walaupun kawasan kita tak terkena?

1. Doakanlah walau apa sahaja terjadi, kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

2. Pastikan kawasan parit atau longkang di sekeliling rumah kita lancar pengaliran airnya untuk mengelakkan longkang tersumbat dan boleh menyebabkan pengaliran air perlahan semasa hujan lebat.

3. Jaga kebersihan sekeliling rumah. Kita nak juga mengawal pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

4. Di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir, sebelum air mula naik, pastikan stok makanan dan minuman mencukupi jika tak dapat keluar rumah kerana banjir.

5. Tak dilupa juga stok ubat-ubatan yang diperlukan sekiranya ahli keluarga ditimpa penyakit seperti demam, batuk-batuk dan selsema.

6. Sediakan peralatan seperti lampu suluh, lilin, power bank sekiranya terjadinya gangguan bekalan elektrik kerana banjir.

7. Dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, passport dan sebagainya hendaklah disimpan dalam bekas kalis air dan disimpan di tempat yang selamat.

8. Pastikan juga memiliki duit dalam tangan untuk kecemasan. 

9. Jaga ahli keluarga daripada bermain air banjir. Air tersebut adalah air yang tercemar dan dibimbangi mudah mendapat jangkitan penyakit.

10. Jika memang setiap tahun anda dikehendaki berpindah kerana bajir, sediakan pakaian yang selesa dan mudah dipakai dan simpan di suatu tempat yang memudahkan anda mencapai jika dikehendaki berpindah.

11. Sebagai persediaan, kuatkan sistem pertahanan badan ahli keluarga dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengamalkan senaman ringan agar badan sentiasa aktif. Kalau nak mudah, amalkan supplemen yang baik untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan seperti Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex dan vitamin B Complex.

12. Bagi yang selamat dan terhindar daripada musibah banjir, ringan-ringankan tangan menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

InsyaAllah, semoga tips ini dapat membantu kita supaya lebih tenang dan bersedia menghadapi pelbagai keadaan dan kemungkinan yang tidak disangka-sangka ini.

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628.
Previous
Next Post »
0 Komentar