Stress Ohhh Stress, Apa Nak Buat?

Hari ni, terkenang zaman stress masa belajar di matriks dulu.. Biasalah kan masa student, stress belajar. 

Kalau selalu stress dengan umur sekarang ni boleh kena darah tinggi. Tapi masa belajar dulu manalah fikir penyakit... Haha... Yang fikir nak happy je kan...

Tapi stress saya masa di matriks tu memang teruk. Rasa nak berhenti belajar. Nangis-nangis tu memang banyak. Result pun teruklah waktu tu.

Masuk sem 2 saya nekad. Nak berhenti matriks tu sebenarnya tak dapat nak dijadikan pilihan. Saya buat apa tau? Saya ubah cara hidup saya. Cane? Saya buat keputusan untuk exercise! Haha... Tiba-tiba pulak nak exercise. Macam mana pulak nak relate dengan result teruk dan stress dengan exercise ni? Adeh....

Sebenarnya masa tu saya nak bagi diri saya cergas sikit. Tak mau lemau lembik. Maklumlah belajar pun dah tercorot... Takkan nak biar diri pun nampak lembik kan? 

Petang-petang lepas kelas dalam kul 5.30 saya akan keluar jalan ke taman tasik. Saya tak jogging pun... Saya jalan laju. Orang putih cakap brisk walk. 

Jarak dari asrama dan tasik tu boleh tahan juga. Memang setiap hari saya jalan. Saya jalan sorang-sorang sebab nak tunggu kawan, alamatnya tak jalan la saya. Kalau hujan atau ada hal yang tak dapat dielakkan je saya tak jalan 😁

Tujuannya nak mengurangkan stress. Biar badan dapat enjoy angin petang sepoi-sepoi bahasa, cuci-cuci mata tengok hijau... Alhamdulillah. Kalau diikutkan kajian sains, memang exercise dapat menghasilkan hormon gembira 😀 dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Plus point lagi, stamina up, berat badan pun elok dan fit 😉

Bila dah ok, saya cari kawan yang pandai untuk bantu saya buat tutorial. Haha. Belajar tetap kena paksa juga kan 😂 Alhamdulillah akhir sem 2, result improve banyak. Syukur. Terima kasih korang for being there 😊

Sebenarnya apa saja yang terjadi adalah suatu pengajaran. Dugaan hidup ni macam-macam. Cara penerimaan kita akan menentukan cara kita menerima sesuatu ujian tu. Kalau dibuatnya saya layan je stress dulu memanjang, tak tahu lah apa jadi sekarang. 

Yang penting kalau rasa tak larat, stop, bertenang dan fikir. InsyaAllah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya 😉


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

Diana
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar