Sunday, 20 November 2016

Peringatan Allah melalui Grand Ihtifal anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca semua 😊 Hari ni nak share moment yang sangat sebak meruntun jiwa semasa menghadiri Grand Ihtifal anak sulungku. Saya ni ibu berhati tisu. Mudah aje jadi lembut tengok anak yang semakin membesar 😭



Sesungguhnya banyak peringatan Allah dalam majlis itu 😭 Sebelum ku terlupa, harapnya dapatlah bersama-sama kita ambil pengajaran dalam entry ini.

Tema Grand Ihtifal tahun ini ialah Quran in my heart. Ada empat cawangan LC untuk majlis ini, dan semuanya mempersembahkan persembahan yang dipetik daripada ayat-ayat Al-Quran.

Tapi yang sangat meruntun jiwa ku ialah persembahan yang membabitkan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya daripada surah Lukman Ayat 12-19, Surah al-Fath ayat 1-3, dan Surah Al-Kahfi ayat 7-11. Baca dan fahamilah maksud-maksud ayat-ayat Al-Quran ini ya. Sesungguhnya ayat-ayat ini memberi peringatan dan nasihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Saya akan kongsikan pada entry seterusnya tentang pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya, insyaAllah. Nak share di sini, panjang sangat la pulak entry ni 😊

Entry ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri sebagai seorang ibu dalam mendidik anak-anak yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Pilihan di tangan kita sama ada nak membiarkan anak-anak berdiri bersama pimpinan Imam Mahadi atau hanyut menjadi pengikut Dajjal. Inilah masa yang akan menentukannya, sementara mereka masih kecil, didiklah mereka.

Kita pun tahu, kita berada dalam fasa zaman ke-4 iaitu zaman yang penuh fitnah, derita dan sengsara. Pada zaman ini, manusia hanyut, terlalai dan terleka dengan pelbagai hiburan yang dihidangkan di depan mata. Dunia di hujung jari kan....

Sedangkan kita sendiri pun tidak cukup kuat dalam menghadapi terlalu banyak keseronokan, inikan pula anak-anak kita. Takkan kita nak membiarkan mereka juga hanyut. Jangan biarkan mereka, generasi masa depan kita hancur kerana kelalaian kita sendiri 😰

Gadgets Gadgets Gadgets



Kebanyakan daripada ibu bapa pada masa kini tidak dapat lari daripada menyogokkan anak-anak dengan gadgets. Kalau bukan tab, smart phone pun jadilah kan? 

Satu pelempang tepat ke muka saya yang membiarkan anak-anak terlalu terdedah dengan gadgets ini. Kononnya nak membiarkan mereka menghabiskan masa dan tidak mengganggu kita buat kerja. Aduhai, sedihnya! Dulu-dulu ada ke mak ayah kita buat begitu pada kita?

Walaupun zaman dah berbeza, gadgets is the thing now, tapi berpada-padalah juga kita mendedahkan anak-anak kita kepada alat-alat ini. Yang terbaik adalah hanya 1 jam setiap hari kalau nak mengadap gadgets including TV!

Banyak kesan tidak baik terhadap anak-anak dengan penggunaan gadgets ini. Antaranya ialah:

- Weak motor skills 
Jari anak yang terbiasa swipe touch screen akan mengalami masalah untuk berfungsi dengan baik terutamanya dalam kemahiran memegang pensel untuk menulis dan mewarna. Malah nak pegang sesuatu dengan kuat pun sukar.

- Affected body posture
Posisi kepala dan leher yang asyik menunduk melihat tab akan merosakkan postur badan mereka. Posisi badan mereka akan kelihatan menunduk daripada posisi asal yang sepatutnya menegak.

- Anak-anak kurang fokus
Anak-anak yang terbiasa dengan gadgets, tidak dapat memberi tumpuan yang lama terhadap perkara. Tidak seperti sumber-sumber dalam gadgets yang boleh ditukar-tukar kepada apa sahaja yang diminati dengan pantas.

- Cenderung berada di alam sendiri
Kanak-kanak kebiasaannya suka berkawan dan bermain-main. Tetapi kerana ketagih terhadap gadgets, masing-masing akan sibuk dengan tab masing-masing. Tengok aje kalau pergi ke gathering. Yang ada tab akan sibuk dengan tab masing-masing dan yang tiada akan mengerumini anak-anak yang ber-tab. 

Banyak lagi kesan-kesan gadgets terhadap anak-anak. Anda boleh google sendiri untuk mengetahuinya.

Terkesan dan kagum dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah dididik oleh Ayahandanya Sultan Murad II untuk menjadi seorang raja yang sebaik-baik raja. Pada usia 21 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menawan Constatinople. 

Sejak dari kecil lagi, Muhammad Al-Fateh memang telah dididik dengan pelbagai ilmu oleh ayahandanya untuk menjadikannya sebagai individu yang bijaksana. Memang telah ditanam di dalam dirinya yang suatu hari Kota Constantinople akan jatuh pada tangannya. 

Hayatilah video berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh seperti dibawah, di mana Nabi Muhammad SAW sendiri dengan diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa 


"Akan dibebaskan Kota Constatinople itu.... 
Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya. 
Sebaik-baik tentera, itulah tenteranya..."




Di manakah tahap kita dalam memberikan yang terbaik kepada anak-anak? Sudah-sudahlah wahai ibu bapa sekalian. Gadgets is never the solutions for us to use in order to raise our children up. Our children need us to listen to them when they speak, and to spend more QUALITY time with them. Put aside the gadgets when the children are with us. 

Sediakan masa untuk mereka. InsyaAllah masa yang kita peruntukkan untuk mereka akan membantu kita pada masa hadapan. Peringatan untuk diri saya sendiri juga 😰

Harap entry ini bermanfaat. Sama-samalah kita merubah diri kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dalam mendidik generasi yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Suatu masa nanti anak-anakku, apabila kamu membaca entry ini, ketahuilah bahawa ibu dan ayah cuba menjadi yang terbaik untuk kamu. Sesungguhnya terlalu banyak kelemahan ibu dan ayah. Maafkan kami.  InsyaAllah akan kami beri yang terbaik untuk kamu.... Semoga kamu menjadi anak-anak yang soleh.

Diana
Hearty . Love . Healthy

No comments:

Post a Comment