Monday, 28 November 2016

Nikmat sebuah sabar

Dalam keributan, Allah berikan cahaya.... Allahuakhbar.... Sungguh itulah rasa hati ini. Terduduk syukur 😂 Terima kasih Ya Allah.... Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyayang... Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan 😂

Menjadi manusia ni, sememangnya kita banyak sangat kekurangannya. Sedang aku serabut dengan benda yang tidak selesai. Tiba-tiba aku dapat message yang benda lain yang memang aku nantikan, telah selesai.

Allahuakhbar, memang dua perkara berbeza tapi Allah bayar satu dahulu. Dengan kesabaran, insyaAllah tak lama lagi yang satu lagi pun akan settle. Aku pasti 😊


Kata-kata yang paling aku suka, apabila diuji, bersabar dan solatlah. Tak payah susah-susah mikir nak buat apa. Lepas solat mengadu dan berdoalah banyak-banyak. Allah pasti tunjukkan jalan.

Itulah yang aku katakan. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan. Apabila difikir-fikirkan, kecik sangat perkara yang aku hadap jika dibandingkan dengan isu Rohingya yang dibunuh di Myanmar 😰 Tapi kita ni banyak je mengadu kan? Benda-benda kecik je pun...

Terima kasih Ya Allah.... Jadikanlah aku ini hambaMu yang bersabar.... HambaMu yang bersyukur.... Sesungguhnya nikmatMu terlalu luas. 

Semoga diri ini belajar untuk lebih bersabar. Tiada yang lebih indah apabila bersabar dan mencapai apa yang dihajati. 😊 Doaku untuk semua, agar kita sabar dan tabah dalam menghadapi segala ranjau dan duri hidup ini dan dipermudahkan segala urusan.

Pengedar Shaklee anda:
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628


No comments:

Post a Comment