Friday, 4 November 2016

Kesihatan Itu Mahal Harganya

Dua hari semalam saya tengok suami beli bekas air besar 2 liter. Kemudian semalam lepas balik kerja, tengok kosong bekas air 2 liter tu... Alhamdulillah suka saya tengok sebab at least ada effort nak mencukupkan bekalan air untuk badan kita. Tu pun 2 liter belum cukup untuk berat badan suami saya. Dia kena minum lebih lagi... Tapi okla for a start. 

Keperluan air seorang manusia. Gambar Ihsan Google

Konsistenkan pengambilan air yang MENCUKUPI setiap hari. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Bukan apa, baru-baru ni aja, kami dapat berita abang masuk hospital kerana mengalami luka dalam perut. Disebabkan luka tersebut, makanan yang pedas, berminyak semuanya kena pantang. Memang abang pun tak berani nak jamah dah. Takut katanya tengok luka-luka dalam perutnya yang ditunjukkan doktor.

Luka-luka dalam perut yang disebabkan oleh gastrik. Gambar ihsan Google.

Sedikit sebanyak perkara tersebut menyedarkan kami sekeluarga untuk lebih menjaga makan. Memang di saat kesihatan kita baik, kita lupa dengan nikmat kesihatan ini, sehinggalah kita diuji. Mesti taknak kan kerana sakit, ada organ atau sebahagian daripadanya terpaksa dibuang. Nauzubillahiminzalik.  

Alhamdulillah saya juga pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee. Dulu-dulu saya tak sedar kepentingan pengambilan supplemen atau makanan tambahan dalam kehidupan seharian. Bila dah sakit, sebenarnya agak terlambat nak memulakan supplemen. Dulu tujuan saya ambil supplemen adalah untuk sementara waktu, sementara menunggu sihat kembali. Tetapi apabila dah amalkan, sebenarnya supplemen sangat penting untuk diamalkan secara konsisten.

Badan kita memerlukan nutrisi daripada supplemen atau vitamin ini, kerana pemakanan seharian tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan kita. Semakin meningkat umur, semakin tinggi risiko kita terdedah kepada pelbagai penyakit. Kalau nak harap daripada pemakanan yang terjaga sekalipun, kita akan masih kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. 

Contohnya kolagen dalam badan akan semakin berkurangan apabila usia meningkat. Nak gantikan kolagen, kena amalkan kolagen atau vitamin C yang membantu menghasilkan kolagen. Barulah kita dapat kurangkan risiko sakit-sakit sendi yang memang femes terjadi apabila usia semakin meningkat.

Alhamdulillah, asbab menjadi ahli Shaklee, saya lebih sedar bahawa pentingnya untuk mengamalkan supplemen-supplemen tambahan. Sesungguhnya kesihatan ini menjadi sangat mahal harganya apabila kita sakit. Bukanlah tujuan saya di sini nak menjual semata-mata, tetapi adalah untuk sama-sama mengingati rakan-rakan yang lain juga supaya lebih sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan pentingnya makanan tambahan. Jangan kata saya tak payung tau :D


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

Diana
ID Shaklee: 1112978 (boleh gunakan ID saya jika membeli di Shaklee)
Tel: 012-5538628

No comments:

Post a Comment