Thursday, 17 November 2016

Cara menghilangkan sakit kepala tanpa ubat

Semalam saya dan seorang lagi kawan sepejabat dikehendaki membantu sebagai AJK untuk menguruskan pendaftaran untuk dinner di sebuah hotel. I have been looking forward for this event sebab nak makan free (Lecithin tidak dilupa sebelum nak makan tu πŸ˜‹). 

Ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari πŸ˜” Memang ramai orang yang datang. Ntah kenapa sakit kepala mula menyerang. Aduh... Memang sakit. Ingatkan sebab hectic sangat dengan registration dan tak makan lagi yang membuatkan daku sakit kepala. 



Apabila majlis dah bermula, saya dan sahabat saya masuk ke dewan. Duduk sekejap kemudian makanan pun dihidangkan. Daku mulalah makan. Tapi sakit kepala tak hilang-hilang. Sampai aje hidangan butter prawns, ku cuba makan. Tapi tak lepas tekakku. Masa ni belum ada rasa nak muntah. Cuma hampir-hampir nak mula rasa nak muntah.

Risau sebab sebelum ni, sakit kepala ni menjurus kepada muntah yang teruk. Masa tu nak bangun pun tak boleh.

Saya pun makanlah prawn tu setengah dan saya stop. Tak boleh nak telan (sebelum tu masih boleh lagi). Perut pulak rasa bergelodak. Saya pun meminta diri ke tandas. Pagi tu, memang perut saya memulas. Tak sangka sambungannya ada lagi. 

Namun, walaupun dah ke tandas dua kali, sakit kepala saya masih tak hilang-hilang. Saya tiada sebarang vitamin atau ubat dengan saya waktu tu. Risau macam mana nak drive balik nanti πŸ˜“ Saya masuk semula ke dewan dan duduk. Hidangan butter prawns takde siapa dah makan. 

Normally kalau udang tu, memang favourite saya. Tapi itulah, Allah dah menentukan saya makan sikit je. Nak buat macam mana. Ketentuan Allah tak mampu diubah. Walaupun depan mata, tapi bukan rezeki saya. Saya redha dan tersandar kerana sakit kepala menjadi-jadi.

Tiba-tiba, pengacara pun mula bercakap selepas pertunjukan slide show. Saya pun tengok dan dengar apa yang dicakapkan oleh pengacara majlis. Mula-mula tidak menarik perhatian. Tapi rupanya pengacara sedang berjenaka di tengah pentas.

Sedikit sebanyak hati mula tercuit dan terhibur. Memang kelakor. Terbahak-bahak saya dan kawan saya gelak. Makin banyak saya ketawa, makin kurang sakit kepala saya. Allahuakhbar. Saya kembali tenang. Saya enjoy mendengar jenaka yang dilakukan oleh pengacara tersebut. 

Akhirnya, sakit kepala saya hilang! 😊Hebat sungguh kuasa Allah. PerancanganNya yang terbaik. Allah tahu yang saya kena drive agak jauh di malam hari. Walaupun awalnya diuji sakit kepala sampai nak tengok fon pun tak boleh. Tapi sekelip mata boleh hilang!

Bersyukur sangat. Walaupun saya sampai berkira-kira nak telan ubat. Tapi semua itu tak perlu jika dikehendakiNya. Memang hilang dan saya dah boleh makan hidangan seterusnya. Allahuakhbar. 

Jika dikaji secara saintifik, rasa gembira sebenarnya akan membebaskan hormon Serotonin yang akan membuatkan kita rasa gembira, mengurangkan rasa stress atau tertekan.

Selain itu, hormon endorfin juga akan dibebaskan dan membantu mengurangkan kesakitan. Macam sakit kepala yang saya hadapi semalam, dikurangkan oleh hormon endorfin.

Ada banyak lagi hormon-hormon yang dibebaskan apabila kita gembira yang memberi kesan yang sangat baik ke atas tubuh badan :) Jadi, usahakanlah agar selalu tersenyum dan tertawa agar kita sihat selalu, InsyaAllah. Dengarlah cerita jenaka atau tonton sesuatu yang membuat anda gembira.

Jika anda sudah berkahwin, bermesralah dengan pasangan anda. Pasti hilang sakit kepala 😁

Tapi, kalau terasa terlalu stress atau tertekan, dapatkn vitamin-vitamin yang membantu menghilangkan muka ketat, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Pengedar Shaklee anda.

No comments:

Post a Comment