Monday, 14 November 2016

8 petanda yang menyebabkan mata berdenyut-denyut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Heee... Nak tanyalah, mata korang selalu berdenyut-denyut tak? Adehhhhh mata kanan asyik berdenyut-denyut aje. Kononnya orang tua cakap nak dapat benda baik. Hahaha... Kalau ya Alhamdulillah. Tapi jangan percaya kerana Allah yang Maha Menentukan semuanya 😉



Hari ni ku cuba cari sebab-sebab saintifik kenapa mata berdenyut. Sebab dah seminggu lebih tak hilang-hilang. Mata kananlah yang selalu sangat berdenyut-denyut. Kadang-kadang mata kiri pun berdenyut juga tapi takde lama macam mata kanan 😆

Saya tak nak ulas pasal kepercayaan orang-orang tua tu. Tapi saya nak cerita kenapa mata kita berdenyut-denyut 😊

Mata berdenyut-denyut juga dipanggil sebagai myokymia dalam bahasa saintifiknya. Terdapat 8 faktor-faktor yang menyebabkan mata berdenyut-denyut:

1. Stress!
Hahahaha... Mungkin juga daku stress. Kepala ku serabut memikirkan banyak benda. Kemungkinan besar inilah sebabnya mata asyik berdenyut-denyut bersilih ganti.

2. Kurang tidur
Ni satu lagi sebab yang mungkin juga menyebabkan mata ku berdenyut-denyut. Badan letih dan tanpa disedari rupanya kurang tidur 😂

3. Eye strain
Mungkin kalau pakai cermin mata dan berlaku perubahan kepada power mata juga akan menyebabkan mata berdenyut-denyut. Selain itu, kalau asyik mata menghadap komputer atau laptop juga boleh mendorong kepada kepenatan mata dan seterusnya menyebabkan mata berdenyut-denyut (ada juga kena mengena denganku 😅)

4. Kafein
Haaa kalau anda penggemar minuman kopi, teh dan coklat, kemungkinan kandungan kafein yang terdapat di dalamnya menyumbang kepada sebab-sebab mata berdenyut-denyut. Cuba kurangkan atau stop terus pengambilan kafein dan lihat adakah mata anda masih berdenyut-denyut.

5. Alkohol
Merupakan salah satu penyebab juga. jadi cuba-cuba kurangkan pengambilannya ya. Bagi Muslim is a no-no. Haram!

6. Kekeringan mata
Banyak faktor yang menyebabkan mata kering, antaranya ialah:
- Usia dah melebihi 50 tahun
- Selalu mengadap komputer
- Mengambil ubat seperti antihistamines, antidepressants, etc
- Pakai contact lense
- Minum terlalu banyak kafein / alkohol
- Letih dan stress

Fuhhh faktornya serupa macam faktor-faktor yang menyebabkan mata berdenyut-denyut kan? 

Jumpalah pakar mata untuk memeriksa sama ada anda mengalami masalah kekeringan mata.

7. Kekurangan nutrisi
Kekurangan nutrisi adalah faktor kepada banyak masalah kesihatan. Ada yang mengatakan kekurangan nutrisi Magnesium boleh menyebabkan mata berdenyut-denyut. Walaupun belum dapat dibuktikan secara saintifik, sebenarnya keperluan Magnesium itu penting untuk kesihatan otot 😉

8. Elergik mata
Ada sesetengah orang mengalami elergi di bahagian mata yang menyebabkan mata menjadi gatal-gatal. Kesannya kita selalu menyentuh dan menenyeh mata. Keadaan ini menyebabkan suatu bahan kimia Histamine dilepaskan tisu kelopak mata dan air mata dan menyebabkan masa berair. dan berdenyut-denyut. 

Jika berjumpa doktor, pasti ubat titik mata antihistamine akan diberikan. Tapi jangan beli ubat titik mata antihistamin seberangan ye sebab ubat antihistamine juga membuatkan mata kering. Jadi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu 😊

Sekarang kita tahu, ada penjelasan saintifik terhadap perkara-perkara yang terjadi pada mata kita. Kemungkinan besar adalah disebabkan STRESS atau keletihan kerana kurang tidur. Ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil boleh baca method 4K untuk mengurangkan stress dalam menjaga dan mendidik anak-anak.

Selain itu, kalau tak selesa sangat dengan mata berdenyut-denyut ini, apa kata cuba kurangkan simptom ini dengan mengamalkan supplemen secara konsisten. 

Antara supplemen-supplemen yang membantu ialah:

1. Vitamin B Complex
Vitamin ini mempunyai nutrisi yang membantu menyeimbangkan mood agar kita mampu mengawal tahap stress yang dialami. Vitamin B Complex juga kita ketahui sebagai vitamin yang membantu mempertingkatkan tenaga. Selain itu, urat saraf juga akan lebih tenang. Apabila saraf tenang, maka urat saraf di mata juga akan tenang dan kurang berdenyut.

2. Ostematrix
Ostematrix adalah tablet kalsium yang mengandungi Magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium secara optima di dalam badan kita. Kekurangan magnesium akan menyebabkan otot-otot mata berdenyut. Oleh itu, amalkan Ostematrix agar otot-otot lebih relaks dan mudah meregang.

3. Carotomax
Carotomax adalah vitamin yang kaya dengan beta karotene di mana terdapat kandungan vitamin A yang sangat tinggi antioksidan dan membantu dalam kesihatan mata. InsyaAllah power mata juga akan kembali baik jika mengamalkan Carotomax secara konsisten 😊

Apa lagi? Walaupun mata berdenyut-denyut ini tiada apa-apa. Tapi jangan dibiarkan melarat. Pastikan anda cukupkan apa yang tak cukup dan jangan lupa dapatkan vitamin untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita.

Elakkan terjadinya masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Itu sangat penting sebab kita tidak mampu mencukupkan keperluan nutrisi daripada makanan. Jadi ambil langkah bermula sekarang. Nak dapatkan vitamin-vitamin tersebut, hubungi 012-5538628.

Bagi yang berada di sekitar:
Shah Alam
USJ
Subang Jaya
PJ - Area Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ
Klang - Area Bukit Tinggi
Mid Valley

Saya boleh COD kan 😊


Terima kasih.
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

No comments:

Post a Comment