Sunday, 17 July 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni tangan terasa lenguh-lenguh... Haha baru memegang mop semalam, hari ni dah sakit. Sibuk kemas rumah tak ingat dunia. Terlupa nak telan Ostematrix daripada Shaklee untuk mengurangkan rasa kejutan otot ini. Nampak sangat badan dah tua... Heeee :) 

Tua itu sebahagian daripada kehidupan. Kita tak boleh pun menghentikan masa untuk menghentikan perjalanan kehidupan. Tapi kita boleh 'meremajakan' dalaman dan luaran dengan pengambilan diet harian yang baik, tinggal di kawasan yang aman, dan persekitaran yang bersih. Tapi dapatkah kita nak capai semua kriteria di atas?

Kalau ikut zaman sekarang ni, macam susah. Kalau tinggal di kota, macam Kuala Lumpur ni.... Susah nak cakap. Beruntunglah siapa-siapa yang masih tinggal di desa, kurang pencemaran, suasana yang lebih aman. Balik raya hari tu, memang terasa sangat suasana di kampung yang lebih tenang, anak-anak pun, alhamdulillah, sihat walafiat. Sebagai ibu ni, rasa happy tengok diorang happy. Jauh daripada huru-hara bandar :)






No comments:

Post a Comment