Thursday, 28 July 2016

6 cara mengurangkan masalah hidung tersumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Lama tak bersiaran... Macam terkena writer's block pun ada juga :D 

Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Harapnya sihat-sihat selalu. Heeeee, mesti beraya sakan ni... Raya tu raya juga.. Makan tu berpada-pada. Jangan tak terkawal sangat. Makan Lecithin sebelum mula makan banyak-banyak :) Yang penting raya-raya ni, ikatan silaturahim sentiasa terjalin. 

Saya pula seminggu dua ni rasa macam 'under the weather'. Batuk dan selsema. Tapi yang tak bestnya ialah hidung tersumbat. Saya jadi susah nak bernafas. Nak tidur pun kena tunggu hidung clear dulu. 

Hidung tersumbat ni bukan boleh hilang dengan menghembus hingus. Sebab bila hembus pun, hingus tak banyak pun keluar. Sebenarnya hidung yang tersumbat adalah disebabkan oleh saluran darah yang mengalami inflammasi (inflammation) di bahagian sinus (di bahagian pipi dan bahagian atas kening).



Inflammasi yang terjadi ini boleh disebabkan oleh:
  • Kesejukan
  • Mengalami flu - batuk dan selsema
  • Alergik
  • Jangkitan pada kawasan sinus

Tapi saya belajar beberapa teknik nak mengurangkan masalah hidung tersumbat ni :)

Cara terpantas nak mengurangkan hidung tersumbat ialah:

  • Menunduklah dalam seminit dua. InsyaAllah, perlahan-lahan akan terbuka semula salur pernafasan daripada tersumbat. 
  • Duduk dalam bilik air, buka shower air panas dan mandilah. InsyaAllah lama-lama salur pernafasan akan terbuka. Konsepnya sama macam buat steam air panas pada baby. Wap panas ini akan menipiskan mukus yang berada dalam hidung.
  • Duduk dalam keadaan seperti bersujud. Bersujud lama-lama sikit supaya hidung tersumbat akan clear.
  • Minum banyak air supaya badan kita sentiasa hydrated. Air akan membantu menipiskan mukus dan membuang mukus yang menyumbat hidung.
  • Ambil tuala yang direndam dengan air panas-panas suam. Bilas tuala tersebut kemudian letakkan tuala tersebut di dahi dan di kawasan batang hidung. InsyaAllah akan membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat.
  • Jangan duduk dalam bilik yang berhawa dingin.

Haaaa... Kadang-kadang tak buat apa-apa pun, lama-lama hidung yang tersumbat pun akan clear. Tapi rimaslah rasa. Nak tarik nafas dengan mulut, tekak jadi kering dan rasa nak batuk sebatuk-batuknya... 

Selain itu, bagi yang malas nak ambil ubat batuk atau ubat selsema sebab boleh menyebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat, bolehlah amalkan Sustained Release Vita-C Plus, Omega Guard dan Nutriferon. 

Ketiga-tiga supplemen ni memang bagus untuk mengurangkan inflammasi, meningkat ketahanan sistem imun tubuh dan menjadikan tubuh lebih peka dan bersedia menghadapi serangan penyakit.

Macam sekarang vitamin C tu, memang saya ambil megadose. InsyaAllah, untuk sekarang memang nak melawan penyakit dan upkan imun sistem. Tapi dalam jangka masa yang panjang, kulit saya lebih stabil - takde jerawat, parut pun mula menghilang, sakit sendi dapat dielakkan.

Nak tahu lagi atau nak beli supplemen Shaklee ni, hubungi 012-5538628.

Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh guna ID ni bila walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:



No comments:

Post a Comment