Thursday, 28 July 2016

6 cara mengurangkan masalah hidung tersumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Lama tak bersiaran... Macam terkena writer's block pun ada juga :D 

Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Harapnya sihat-sihat selalu. Heeeee, mesti beraya sakan ni... Raya tu raya juga.. Makan tu berpada-pada. Jangan tak terkawal sangat. Makan Lecithin sebelum mula makan banyak-banyak :) Yang penting raya-raya ni, ikatan silaturahim sentiasa terjalin. 

Saya pula seminggu dua ni rasa macam 'under the weather'. Batuk dan selsema. Tapi yang tak bestnya ialah hidung tersumbat. Saya jadi susah nak bernafas. Nak tidur pun kena tunggu hidung clear dulu. 

Hidung tersumbat ni bukan boleh hilang dengan menghembus hingus. Sebab bila hembus pun, hingus tak banyak pun keluar. Sebenarnya hidung yang tersumbat adalah disebabkan oleh saluran darah yang mengalami inflammasi (inflammation) di bahagian sinus (di bahagian pipi dan bahagian atas kening).



Inflammasi yang terjadi ini boleh disebabkan oleh:
  • Kesejukan
  • Mengalami flu - batuk dan selsema
  • Alergik
  • Jangkitan pada kawasan sinus

Tapi saya belajar beberapa teknik nak mengurangkan masalah hidung tersumbat ni :)

Cara terpantas nak mengurangkan hidung tersumbat ialah:

  • Menunduklah dalam seminit dua. InsyaAllah, perlahan-lahan akan terbuka semula salur pernafasan daripada tersumbat. 
  • Duduk dalam bilik air, buka shower air panas dan mandilah. InsyaAllah lama-lama salur pernafasan akan terbuka. Konsepnya sama macam buat steam air panas pada baby. Wap panas ini akan menipiskan mukus yang berada dalam hidung.
  • Duduk dalam keadaan seperti bersujud. Bersujud lama-lama sikit supaya hidung tersumbat akan clear.
  • Minum banyak air supaya badan kita sentiasa hydrated. Air akan membantu menipiskan mukus dan membuang mukus yang menyumbat hidung.
  • Ambil tuala yang direndam dengan air panas-panas suam. Bilas tuala tersebut kemudian letakkan tuala tersebut di dahi dan di kawasan batang hidung. InsyaAllah akan membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat.
  • Jangan duduk dalam bilik yang berhawa dingin.

Haaaa... Kadang-kadang tak buat apa-apa pun, lama-lama hidung yang tersumbat pun akan clear. Tapi rimaslah rasa. Nak tarik nafas dengan mulut, tekak jadi kering dan rasa nak batuk sebatuk-batuknya... 

Selain itu, bagi yang malas nak ambil ubat batuk atau ubat selsema sebab boleh menyebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat, bolehlah amalkan Sustained Release Vita-C Plus, Omega Guard dan Nutriferon. 

Ketiga-tiga supplemen ni memang bagus untuk mengurangkan inflammasi, meningkat ketahanan sistem imun tubuh dan menjadikan tubuh lebih peka dan bersedia menghadapi serangan penyakit.

Macam sekarang vitamin C tu, memang saya ambil megadose. InsyaAllah, untuk sekarang memang nak melawan penyakit dan upkan imun sistem. Tapi dalam jangka masa yang panjang, kulit saya lebih stabil - takde jerawat, parut pun mula menghilang, sakit sendi dapat dielakkan.

Nak tahu lagi atau nak beli supplemen Shaklee ni, hubungi 012-5538628.

Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh guna ID ni bila walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:



Monday, 25 July 2016

Rasa nak demam? Ambillah GLA Complex

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni saya nak ekstrak maklumat berkenaan GLA Complex yang dikongsikan oleh salah seorang Master dalam Shaklee. Ceritanya berkenaan demam. 



Dalam keadaan sekarang ni, ramai yang terkena batuk dan selsema. Apabila dah menjadi-jadi batuk dan selsema, mulalah rasa nak demam. Jadi, mungkin sebagai salah satu ikhtiar kepada pembaca-pembaca sekalian, kalau waktu tu takde panadol, tapi anda makan GLA Complex, dan anda rasa nak demam, maka ambillah GLA Complex.

Alkisahnya begini cerita Master N (saya ambil daripada secret group Euphoria Biz):

"Kalau rasa badan lemah dan ada tanda nak demam, saya akan standby GLA Complex siap2.

Baru ni masa raya, suami bagi tahu badan dia dah mula panas nak demam... So saya terus ambilkan air dan bagi 2 biji GLA Complex Shaklee.

Alhamdulillah malam tu tak jadi demam dengan izin Allah.

Mengapa saya berikan GLA? Kerana GLA menstabilkan prostagladin dalam tubuh.
Apa pula prostaglandin?


Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah. 

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan. 

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. 

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Minyak ini mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel."

Itu kata Master N. Haaaa sama-sama kita belajar ilmu baru hari ini iaitu cara-cara nak elak demam :) Saya selalu amalkan Ostematrix dan vitamin B Complex kalau sakit kepala. Now, saya dah tahu, kalau rasa nak demam, baik amik GLA Complex awal-awal untuk halang demam daripada terjadi. Prevention is better than cure right?

GLA Complex ni significant nya memang ramai wanita yang amalkan untuk menstabilkan hormon untuk kitaran haid yang lebih teratur. Boleh baca entry saya mengenai GLA Complex di entry sebelum-sebelum ini. 

Nak dapatkan GLA Complex atau mana-mana vitamin Shaklee yang lain, boleh dapatkan daripada saya :) Hubungi 012-5538628 untuk pertanyaan dan pembelian. Dengan saya, anda akan dapat panduan pemakanan vitamin secara percuma.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Thursday, 21 July 2016

Bagaimana pembelian Shaklee secara online membantu saya berkembang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Hari ni saya nak sambung satu lagi bahagian berkenaan kelebihan menjadi ahli Shaklee dan bagaimana pembelian Shaklee secara online membantu saya berkembang :)



Dua tahun lepas, sebelum saya mendaftar dengan upline saya Ainul Malik, saya tanya dia.... "Shaklee ni boleh order online tak?" Ainul Malik jawab, boleh!

Happy saya rasa sebab kalau nak kena ke Shaklee sepanjang masa untuk beli stok, agak tak convenient sebab banyak masa terbuang di situ. 


"Tidak perlu buang masa ke branch Shaklee untuk beli produk, online aje"

Kalau dah beli online, Shaklee terus sediakan sekali dengan pakej penghantaran dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM10.60 untuk semenanjung Malaysia dan RM21.20 untuk Sabah dan Sarawak. Harga ni sama aje walaupun kita memborong sampai satu lori :D

Yang bestnya, apabila kita beli secara online dan letak alamat pelanggan, Shaklee boleh hantarkan terus ke pintu rumah pelanggan. Tak payah kita susah-susah ke pejabat pos :)


"Shaklee hantar direct ke rumah pelanggan melalui pesanan online"

Lagi satu, sekarang kan semuanya pun berasaskan web dan shopping atas talian, jadi mudah sangat apabila Shaklee pun menyediakan platform yang serupa. 


"Shaklee menyediakan platform online yang up-to-date"

Kalau yang dah join sebagai ahli Shaklee mesti tahu kan, macam mana website Shaklee dan platform online shopping yang disediakan. Memang mudah, convenient, tepat dan pantas :)

Jom saya bawa anda memasuki laman web Shaklee. Anggap aje anda dah menjadi ahli Shaklee.


Login ID ialah nombor yang akan diberikan kepada anda apabila anda mendaftar. Password terpulang kepada anda untuk menentukannya :)


Ini adalah page pertama yang anda akan lihat selepas login. Ada 10 button kat bawah bendera Malaysia tu yang saya akan terangkan secara ringkas. 
  • Member message adalah page utama seperti di atas. Apa-apa sahaja pengumuman daripada Shaklee, termasuklah promosi bulanan akan dinyatakan di situ.
"Apa-apa pengumuman daripada Shaklee, rujuk online je"
  • Geneology Inquiry adalah page yang anda boleh rujuk jumlah uv dan jumlah pembelian yang telah anda buat pada bulan tersebut. Anda juga boleh rujuk uv yang diperoleh pada bulan-bulan sebelumnya. Senang, tak payah pergi ke kaunter pun.
"UV terkumpul setiap bulan boleh dirujuk secara online"
  • Bonus Inquiry adalah pecahan-pecahan bonus yang anda dapati setiap bulan berdasarkan performance anda dan kumpulan anda. Anda tengok sendiri segala bonus yang Shaklee bagi kalau anda buat betul-betul bisnes Shaklee ni.


- Kalau buat Shaklee tanpa downline (downline ialah orang yang mendaftar dengan anda), anda akan mendapat Personal Bonus sahaja.

- Kalau buat Shaklee dengan downline yang membuat pembelian, akan ada pulangan Net Personal Bonus.

Begitulah seterusnya apabila perniagaan Shaklee mula berkembang, banyak lagi bonus-bonus yang boleh didapati. Yang bestnya, bonus Shaklee ini boleh digunakan sebagai 'slip gaji' untuk apply loan. Cetak aje secara online.


"Slip bonus Shaklee boleh dicetak daripada website Shaklee dan digunakan sebagai 'slip gaji' kalau nak apply loan"


  • UV Transfer ialah apabila downline membeli produk-produk Shaklee di bawah ID anda, maka anda akan dapat transfer UV bagi produk yang dibeli secara online. Tak payah susah-susah nak ke branch.
"Transfer UV secara online tanpa perlu ke kaunter Shaklee"
  • Online Enrollment adalah apabila anda nak mendaftar downline baru. Senang, anda daftar secara online dan boleh terus activatekan keahlian Shaklee secara online juga :)
"Daftar downline baru secara online tanpa perlu ke kaunter Shaklee"
  • Shopping ialah apabila nak membeli mana-mana produk Shaklee. Semuanya di hujung jari. Sistem Shopping ini tepat, pantas serta menjimatkan masa. 
    Kita tak perlu susah-susah nak kira berapa total semua pun... Sistem akan kirakan semua sekali termasuklah menguruskan penghantaran. Nyatakan aje alamat penghantaran. InsyaAllah esoknya kita atau pelanggan akan dapat barang yang diorder jika lokasi alamat yang diberi berada dalam kawasan bandar. 
"Order secara online hari ini, esok dapat jika lokasi penghantaran di bandar - cepat dan effisyen"

  • My Account adalah maklumat diri anda yang telah anda berikan semasa pendaftaran. Jika berlaku perubahan maklumat, anda boleh edit di sini.
  • Calendar adalah tarikh di mana dinyatakan kelas-kelas offline yang dijalankan oleh Shaklee di seluruh branch Shaklee di seluruh negara.
  • Resource Center adalah ilmu-ilmu yang dikumpulkan sebagai rujukan ahli Shaklee. Terdiri daripada ilmu nutrisi, resepi smoothies, kebaikan produk dan banyak lagi. 
  • Esell adalah online platform yang boleh dijanakan sendiri  / 'customise' oleh ahli Shaklee mengikut produk-produk spesifik yang ingin dijual. Esell akan menghasilkan link URL terus ke online shopping platform supaya pelanggan dapat membeli secara terus di link tersebut, tanpa perlu berhubung dengan ahli Shaklee pun.
"Link URL yang dijanakan Esell membantu pelanggan membeli secara terus tanpa perlu berhubung dengan ahli Shaklee"

Inilah platform online Shaklee yang memang sangat memudahkan semua ahli-ahli Shaklee dan membantu ahli Shaklee berkembang sebagai peniaga yang berjaya.

1. Tak membuang masa hendak ke kaunter Shaklee untuk melaksanakan pembelian produk.

2. Masa yang ada itu, ahli Shaklee dapat fokus kepada perkara-perkara lain seperti merangka strategi perniagaan, mencukupkan diri dengan ilmu pemasaran, ilmu perniagaan dan sebagainya.

3. Dengan adanya platform online ini, ahli Shaklee juga dapat berinteraksi dengan pelanggan yang berada di lokasi yang jauh.

4. Traksaksi perniagaan online ahli Shaklee boleh dijalankan di mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan syarat ada gadget yang menyambungkan kepada Internet untuk capaian online.

5. Perniagaan Shaklee secara online juga dapat membantu ahli Shaklee memperbaiki skill berkomunikasi kerana tidak perlu berjumpa face-to-face. Kalau malu-malu pun, masih boleh close deal juga :)

6. Dengan adanya platform online shopping yang dijanakan oleh Esell, ahli-ahli Shaklee juga dapat membangunkan blog sendiri untuk memasarkan produk Shaklee dan pelanggan boleh membeli secara online tanpa perlu ke website rasmi Shaklee pun.

7. Pembelian produk Shaklee secara online membolehkan ahli Shaklee memberi lebih fokus kepada keluarga terutamanya anak-anak. 

Memang banyak sangat kelebihan menjadi ahli Shaklee dan kemudahan pembelian secara online ini. Tak payah lagi bersusah payah nak ke branch Shaklee. Semuanya di hujung jari. Masa yang ada boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara lain yang lebih penting :)

Anda nak memulakan perniagaan? Shaklee adalah platform yang terbaik untuk memulakan perniagaan anda. Tak perlu menyimpan stok, order apabila pelanggan order. Sangat mudah dan senang. Yang penting, anda buat dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah akan ada hasil yang positif. 

Jom sertai kami. Hubungi saya (Diana) di 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Tuesday, 19 July 2016

Kelebihan menjadi ahli Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini, saya nak share - Kelebihan menjadi ahli Shaklee.



Sesungguhnya, saya stick to Shaklee ni atas sebab yang terlalu banyak. Alang-alang saya selalu makan vitamin-vitamin Shaklee ni, maka eloklah saya mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee terus. Jadi, apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee?

Kelebihan utama apabila mendaftar sebagai ahli Shaklee ialah, dapat menikmati harga yang lebih menjimatkan berbanding membeli harga retail (harga pasaran). Vitamin yang wajib saya amalkan ialah Vitamin C dan Omega Guard. Kedua-duanya memang agak mahal. Tapi kualiti vitamin-vitamin ni memang tiptop. Dah cuba, baru percaya :) Tapi percayalah cakap saya :D


"Harga ahli yang lebih menjimatkan"


Ni harga ahli waktu takde apa-apa promosi. Kalau ada promosi, lagi berjimat berlipat kali ganda. Bayangkan harga ahli bagi sebotol Vivix ialah RM403. Tapi apabila promosi, sebotol Vivix boleh dapat dengan harga RM3xx (untuk ahli sahaja tau). Ishhhh masa ni lah nak borong banyak-banyak. Sebab sangat-sangat menjimatkan.


"Harga semasa promosi yang berkali ganda penjimatannya"


Setiap pembelian mana-mana vitamin atau produk Shaklee, bagi ahli Shaklee, akan mendapat point. Point ini dinamakan sebagai UV. Kalau ahli Shaklee mendapat UV melebihi 150UV, maka pada pertengahan bulan seterusnya, ahli Shaklee akan mendapat bonus berupa duit daripada Shaklee.


"Bonus berupa duit daripada Shaklee untuk UV 150 ke atas"


Bagi orang yang mendaftar Shaklee untuk menjalankan perniagaan, semestinya hasil jualan Shaklee akan mendatangkan keuntungan. Macam mana nak dapat keuntungan? Harga untuk ahli Shaklee adalah lebih rendah daripada harga retail/harga pasaran. Jadi, keuntungan yang didapati adalah daripada baki harga retail/harga pasaran setelah ditolak harga ahli. Contoh: Harga ahli bagi vitamin Zinc Complex ialah RM28.60. Harga retail/harga pasaran ialah RM33.75. Jadi keuntungan yang didapati ialah RM33.75 - RM28.60 = RM5.15.

Oleh itu, sebagai peniaga, jadilah peniaga berhemah. Shaklee dah tetapkan harga retail/harga pasaran yang boleh digunakan. Jadi gunakanlah. Untuk adil pada diri sendiri juga sebagai seorang peniaga kan? Kalau jual harga ahli juga, baik jangan buat bisnes :)


"Keuntungan retail hasil jualan vitamin atau produk Shaklee"


Walaupun Shaklee adalah MLM (Multi-Level-Marketing) tapi Shaklee bukanlah berasaskan sistem piramid yang menguntungkan orang-orang atasan tu. Untuk berjaya dalam perniagaan Shaklee, semestinya kena berusaha, baru dapat. NO SUCH THING as GOYANG KAKI ya. 

Apabila betul-betul komited dalam menjalankan perniagaan Shaklee, kita juga boleh naik pangkat. Takkan nak duduk setempat selama-lamanya kan? Asasnya, tak perlu pun cari orang bawahan. Usaha sendiri, kemudian naik pangkat sebagai Supervisor (pangkat pertama dalam Shaklee). 

Tempoh masa nak naik pangkat ni bergantung pada diri sendiri. Kalau nak, mesti dapat :) Jadi rancanglah strategi dalam menjalankan perniagaan. Apabila naik pangkat dan mengekalkan pangkat ni, Shaklee bagi juga bonus tau. Jadi berusahalah! Nak best lagi, usaha lebih lagi untuk naik pangkat Senior Supervisor, Coordinator dan sebagainya. Lagi banyak kelebihan dan keuntungan.

"Pengiktirafan dari segi sales performance dalam Shaklee"

Dapat kereta tak kalau jadi ahli Shaklee? Heeee Shaklee bagi duit untuk bayar kereta yang kita beli bulan-bulan. Keistimewaan ini dinamakan sebagai CAR BONUS. Tapi untuk dapatkan car bonus ni, kenalah capai syarat-syarat yang ditetapkan oleh Shaklee. Apabila da join, make sure tanya saya ye macam mana nak dapatkan CAR BONUS ni :)

"Car bonus daripada Shaklee"


Satu lagi insentif yang best daripada Shaklee ialah dapat gi jalan-jalan makan angin yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Untuk mendapat insentif ni, ikut aje syarat-syarat yang ditetapkan oleh Shaklee. Macam baru-baru ni, ramai yang merasa pergi ke Bangkok yang ditaja oleh Shaklee. Siap naik Cruise lagi... Best... Semua ditanggung. Duit poket shopping pun Shaklee bagi. 

Bagi yang usaha lebih lagi, boleh pergi tempat yang lebih jauh, siap boleh bawa orang-orang yang tersayang ikut sekali. Ada yang memilih untuk trip Umrah yang ditaja Shaklee atau pun ke US tahun ni... :) Semuanya free. Trip yang Shaklee taja juga bukan cikai-cikai tapi trip 6 bintang.


"Insentif trip 6 bintang tajaan Shaklee"


Shaklee ni perniagaan yang adil dan sama rata. Buat dengan bersungguh-sungguh, mesti akan dapat. Macam yang saya ceritakan kat atas tu, ada pangkat Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator sampailah Master Coordinator (level tertinggi). 

Apabila jadi ahli Shaklee, semua orang berpeluang naik sampai level Master Coordinator. Semua orang berpeluang dapat apa sahaja yang Shaklee tawarkan macam Car Bonus, Insentif Trip, bonus kewangan dan sebagainya, ASALKAN buat, jangan tak buat. Tak ada kuota yang kata, hanya 100 orang je boleh dapat Car Bonus... TIADA. Jadi rebutlah dengan bersungguh-sungguh.


"Semua orang berpeluang membolot semua insentif yang Shaklee tawarkan"


Dengan menjadi ahli Shaklee juga, sebenarnya kita membantu orang-orang yang sedang berikhtiar untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Apakah rasanya apabila kita berjaya membantu orang untuk lebih sihat? Mesti rasa gembira dan puas kan? Kegembiraan dan kepuasan ini tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya Allah yang membalasnya di kemudian hari :)


"Kepuasan dalam membantu orang mendapat kesihatan yang lebih baik"


Satu lagi, anda-anda yang nak jadi ahli Shaklee, jika serius nak berbisnes dan nak capai semua yang dinyatakan di atas tu, carilah upline (upline ni adalah orang yang anda mendaftar semasa jadi ahli Shaklee) yang bertanggungjawab. 

Bertanggungjawab untuk guide anda dalam memulakan perniagaan, bertanggungjawab untuk bawa anda ke dalam network Shaklee yang lebih luas. Kenal mengenali di antara satu sama lain. 

Apabila menjadi ahli Shaklee di bawah group yang betul, maka mudah untuk anda meniru orang-orang yang telah berjaya dalam Shaklee. Apa yang master-master ni buat, kita buat, kita aplikasikan dalam kehidupan. InsyaAllah, akan ada hasilnya nanti :)

"Network Shaklee yang luas, tiru aje orang-orang yang dah berjaya dalam Shaklee"

Ada lagi satu kelebihan apabila menjadi ahli Shaklee. Kelebihannya ialah Master Checklist yang hanya yang dah menjadi ahli Shaklee akan tahu :) Nak tahu apa Master Checklist ni, jom mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan saya :) InsyaAllah, anda daftar dengan saya, anda adalah tanggungjawab saya untuk guide anda dalam Shaklee ni.


Apa tunggu lagi, banyak lagi perancangan Shaklee yang best untuk kita semua. Baik kita rebut betul-betul... Rugi kalau lepaskan peluang kan :) 

Hubungi saya - Diana di 012-5538628.


Terima kasih

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Sunday, 17 July 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni tangan terasa lenguh-lenguh... Haha baru memegang mop semalam, hari ni dah sakit. Sibuk kemas rumah tak ingat dunia. Terlupa nak telan Ostematrix daripada Shaklee untuk mengurangkan rasa kejutan otot ini. Nampak sangat badan dah tua... Heeee :) 

Tua itu sebahagian daripada kehidupan. Kita tak boleh pun menghentikan masa untuk menghentikan perjalanan kehidupan. Tapi kita boleh 'meremajakan' dalaman dan luaran dengan pengambilan diet harian yang baik, tinggal di kawasan yang aman, dan persekitaran yang bersih. Tapi dapatkah kita nak capai semua kriteria di atas?

Kalau ikut zaman sekarang ni, macam susah. Kalau tinggal di kota, macam Kuala Lumpur ni.... Susah nak cakap. Beruntunglah siapa-siapa yang masih tinggal di desa, kurang pencemaran, suasana yang lebih aman. Balik raya hari tu, memang terasa sangat suasana di kampung yang lebih tenang, anak-anak pun, alhamdulillah, sihat walafiat. Sebagai ibu ni, rasa happy tengok diorang happy. Jauh daripada huru-hara bandar :)






Thursday, 14 July 2016

Kepentingan bekerja secara berjemaah

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Alhamdulillah... Cepat betul masa berlalu. Dah pun 15 Julai 2016. Kejap je dah tengah bulan... Hari ni dah pun 10 Syawal. Bermakna 10 hari dah Ramadhan meninggalkan kita... Ku terkenang masa Ramadhan, kenikmatan bangun sahur...

Heee hari ni saja nak berceloteh pasal nikmatnya bangun sahur bersama keluarga... Keluarga saya tak besar pun, suami je la.. Anak-anak kecil lagi... Kalau dibanding-bandingkan antara berpuasa di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain, sebenarnya, seronok berpuasa semasa Ramadhan sebab semua orang berpuasa :)

Bagi saya, saya rancang nak berpuasa 6 di bulan Syawal ni... Tapi rasa tak seronok sebab berseorangan... Sebab tu apabila difikir-fikir balik, apabila melakukan sesuatu perkara, baik lakukan secara berjemaah. Dengan syarat buatlah benda baik... Bukan benda tak elok....



Jadi, nak seronok berpuasa 6, ajaklah suami sekali berpuasa... Boleh bangun sahur bersama-sama :) 

Jadi, apabila kita melakukan apa sahaja perkara, bukan sahaja di dalam solat, tapi di dalam pekerjaan ataupun hidup, kita ajaklah orang lain bersama-sama dengan kita... Tak best kalau buat sorang-sorang. Hasilnya pun tak seberapa.

Begitu jugalah apabila kita berniaga.... Macam bisnes Shaklee ni... Bukannya buat sorang-sorang. Apabila seseorang itu dah decide untuk menjalankan bisnes Shaklee, perkara utama yang harus diambil berat ialah:

1. Dengan siapa anda mendaftar keahlian Shaklee. Kalau orang tu sekadar suruh isi nama dan details lain, bayar duit keahlian RM79.50 dan tak cakap apa-apa dah, baik jangan. Tapi carilah orang yang menerangkan kepada anda tentang Shaklee, group yang disertai, serba sedikit tentang bisnes online dan yang paling penting, mudah untuk anda berkomunikasi tanpa sebarang rasa kekok, maka mendaftarlah dengan orang tersebut.

2. Apabila dah mendaftar, mulalah bertanya soalan. Kalau betul-betul serius nak berniaga, tanya macam mana nak bermula dengan orang anda daftar tu.. Semestinya seorang leader yang baik, bukan sahaja menunjuk cara tapi juga membuka pintu memperkenalkan anda kepada rakan-rakan bisnes yang lain untuk berkongsi maklumat. InsyaAllah, ramai peniaga Shaklee yang baik-baik akan membantu. 

3. Selain itu, bisnes Shaklee ni ada group sokongan besar yang bantu semua network yang berada di bawahnya. Jangan risau, group ni ada di seluruh Malaysia. Kenal atau tak aje... Nak mudah berkomunikasi, bertukar-tukar ilmu, ada group couching melalui Whatsapp, group FB dan banyak lagi sumber yang boleh dicapai. Jangan risau. Tak susah. Ada masanya, tugasan pun diberi setiap hari. Kita buat aje.

Maka, sebenarnya, tak susah pun kalau nak memulakan perniagaan dengan Shaklee. Modal yang dibayar untuk pendaftaran, insyaAllah akan terbayar kembali. Lagi pun perniagaan Shaklee tak memerlukan anda membeli dan menyimpan stok. Kalau orang order, baru anda beli dan hantar kepada pelanggan. Memang mudah.

Kesimpulannya, apabila nak memulakan sesuatu, jangan malu-malu untuk bertanya. Kalau hendak memulakan perniagaan, Shaklee adalah platform yang terbaik. Nak memulakan bisnes Shaklee? Hubungi saya di 012-5538628.

InsyaAllah, anda yang mendaftar dengan saya adalah tanggungjawab saya. Apa yang saya dapat, saya nak anda juga dapat :)

Terima kasih.
SID: 1112978 (boleh pakai ID saya kalau walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628.

Mengapa ada bintik-bintik di sekitar mata yang tak hilang-hilang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Seorang sahabat baik ada meminta bantuan mengenai masalah bintik-bintik di sekitar mata yang tak hilang-hilang. Nak kata jerawat, bukan. Dah puas mencuba pelbagai produk kecantikan, tapi bintik-bintik tersebut masih lagi ada....

Bintik-bintik tu, kelihatan macam jerawat nasi.... Ikutkan kalau jerawat, lama-lama mesti masak, pecah dan hilang. Tapi berbeza pula dengan bintik-bintik kolesterol. Bintik-bintik kolesterol kekal aje sedemikian rupa dalam tempoh yang sangat lama. Selagi tak buat apa-apa, selagi itulah ia kekal di situ.

Ada juga yang mempunyai bintik-bintik yang warnanya sama seperti warna kulit. Tak nampak macam jerawat, tapi membentuk seperti bintik-bintikla.... Tak bestla kan...



Kemungkinan besar, bintik-bintik di sekitar mata yang tak hilang-hilang tu adalah bintik-bintik kolesterol. 

Cadangan saya, in the first place, untuk confirmkan yang bintik-bintik tu memang bintik-bintik kolesterol, periksa dulu kandungan kolesterol dalam darah dan berdasarkan result, dapatkan nasihat doktor. Kemudian baru kita berikhtiar. Bagi saya, taknaklah kita membeli sesuatu yang tidak dapat membantu dalam masalah yang dihadapi kan...

Kadangkala sukar juga nak percaya sebab umur masih muda... Takkan muda-muda kolesterol dah tinggi kan... Untuk kes sebegitu, saya nasihatkan, periksa dulu paras kolesterol dalam darah dan kemudian baru kita ikhtiarkan yang terbaik.

Tapi andainya bintik-bintik tersebut adalah bintik-bintik kolesterol, maka bolehlah kita berikhtiar dengan mengamalkan beberapa supplemen berikut:

- Phytocol-ST
- Omega Guard
- Lecithin

Ketiga-tiga supplemen daripada Shaklee ini sangat bagus dalam menghalang dan mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Apabila paras kolesterol dalam badan berkurangan, maka perlahan-lahan bintik-bintik kolesterol ini akan mengecut dan menghilang.

Boleh baca beberapa testimoni yang dilampirkan di bawah:







Saya juga ada sebiji bintik kolesterol ini di area kelopak mata. Memang lama berada di situ tapi tak hilang-hilang, Selepas saya removekan dengan membuat facial, hilanglah 'sekejap'. Yang terkejutnya datang balik bintik kolesterol tu. Naiklah yang kecil comel di tempat yang sama.

Geram juga rasanya. Tapi pada masa itu, saya rajin bermasker dengan yogurt asli dan ESP. Basuh juga muka dengan pencuci muka Shaklee, iaitu Nutriwhite. Omega Guard dan Lecithin memang saya ambil secara konsisten juga. 

Suatu hari, apabila membelek muka, terkejutnya saya apabila hilang dah sebiji bintik kolesterol tu... Haaa memang tak sangka sangat. Saya tak pasti sama ada masker yogurt dan ESP tu ke atau pencuci muka Nutriwhite yang best tu ke... atau kesemua sekali.... :) 

Jadi, anda mempunyai beberapa pilihan. Yang terbaik, hapuskan kolesterol dari dalam dengan mengamalkan Phytocol-ST, Omega Guard dan Lecithin. Pada masa yang sama, rajin-rajinlah bermasker dengan yogurt dan ESP Shaklee dan cuci muka dengan Nutriwhite. InsyaAllah, hasil yang lebih positif akan kelihatan :)

Nak dapatkan produk-produk tersebut, senang aje.. Hubungi 012-5538628. Saya boleh poskan ke seluruh Malaysia atau COD di kawasan sekitar Shah Alam, Subang Jaya, PJ di sekitar Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ Tower, Klang di Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas dan AEOn Bukit Tinggi secara PERCUMA.

Semoga kesihatan kita lebih baik.. :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Wednesday, 13 July 2016

Kesan jangka masa panjang detox

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... hari ni nak cerita lagi kesan jangka masa panjang detox. Hari tu kan saya berdetox Shaklee dan parasit... Alhamdulillah.. walaupun dah 3 bulan dari masa last detox, kesannya terhadap tubuh badan sangat baik.

Raya baru sahaja lepas... Tapi kita raya sebulan kan... Makanya, tak stop lagi lah makan-makan semua tu, cuma kuranglah sikit... Raya hari tu, saya idaklah makan ketupat, lemang semua... Heee saya ni tak makan nasi yang berkepal dan melekat. Saya banyak makan kambing je... 

Jadi, semalam, saya menimbanglah berat semua... Alhamdulillah, daripada last result masa berdetox 3 bulan lepas, berat saya ada turun dalam dekat dua kg lagi... Happy rasa sebab masa raya haritu, memang membaham tak ingat dunia... Banyak pula makan kambing... Adehhhh... favourite.... 

Yang paling menggembirakan ialah body age yang sangat ketara turun. Mula-mula dulu, body age saya 46, Selepas 6 hari berdetox, turun 44, semalam dah jadi 39.... Waaaa... Saya target, selepas detox yang nak dijalankan ni, sekurang-kurangnya nak kembali ke umur sekarang atau muda lagi :)

Memang banyak kesan positif berdetox ni... Hasil yang kita nak sebenarnya adalah kesihatan yang lebih baik. Apabila body age semakin menyamai umur sekarang, itu bermakna, badan kita juga akan lebih bertenaga dan sihat. Takdelah rasa tak larat, semput dan sebagainya. 


Apa-apa pun, banyak lagi yang harus diperbaiki. Terutama dengan pemakanan seharian kita. Saya ni kekurangan protein. Kandungan lemak dalam badan masih tinggi. Jika protein macam ESP and Cinch Shake diambil dengan konsisten, InsyaAllah, kandungan lemak akan berkurangan kerana metabolisme akan lebih tinggi, pembakaran lemak akan menjadi lebih efisyen dan lebih banyak otot akan terbentuk. Hasilnya inch loss, badan akan lebih kemas, perut tak mengeleber.

Jom, siapa yang nak berdetox dengan saya, boleh hubungi saya dengan segera. Mealplan yang sesuai akan dikongsikan untuk diamalkan dalam program ini, Bulan ni pula dahla ada promosi Vivix, memang the right time nak beli Vivix :) Hubungi 012-5538628.

Di sini saya lampirkan beberapa testimoni-testimoni detox bagi orang yang telah melaluinya :)





Memang banyak sangat respons positif bagi yang dah menjalani detox. Detox ni, bukan aja membersihkan usus, malah kita membersihkan tubuh kita daripada toksin-toksin yang telah lama berkumpul. Anda bila lagi? 


SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Tuesday, 12 July 2016

Jenis-jenis sakit kepala dan cara mengurangkannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Haaa nak berceloteh hari ni... :) Hari-hari pun berceloteh juga kan... Saja nak share cerita pasal sakit kepala... Rasanya sakit kepala ni sakit yang paling basic selain daripada demam, batuk dan selsema. Sebab sakit kepala ni datang anytime je...

Terdapat empat jenis sakit kepala. Sila rujuk gambar di bawah.


1. Tension Type Headache
Sakit kepala yang paling biasa terjadi. Terasa seperti bahagian dahi dikelilingi oleh suatu band yang menjerut bahagian kepala ataupun ketegangan di bahagian kepala dan leher. Kesakitannya bergantung daripada 'mild' ke 'moderate'. Penyebab sakit kepala ini tidak diketahui. Kalau untuk kes ini, bagi yang taknak mengambil Panadol, anda boleh amalkan supplemen daripada Shaklee iaitu vitamin B Complex dan Ostematrix. InsyaAllah, sakit kepala akan hilang.

2. Sinus Headache
Sakit kepala yang terjadi di sekitar dahi, hidung dan pipi. Sakit kepala ini disebabkan oleh masalah resdung. Kesannya boleh menyebabkan nafas berbau, hidung berair, dan menjurus kepada simptom-simptom alergik seperti nafas berkahak dan lelah. 

Saya selalu juga terkena keadaan ini. Cara yang terbaik ialah sentiasa amalkan Omega Guard, Sustained Release Vita-C Plus, Vitamin B Complex dan Alfalfa Complex daripada Shaklee. InsyaAllah, serangan sinus atau resdung ini akan berkurangan dan alergik pun jarang akan berlaku.

3. Migrain
Ramai juga orang yang mengalami masalah migrain sampai tak boleh buka mata kerana sensitif terhadap cahaya. Saya selalu juga terkena sakit sebelah kepala... Tapi saya tak pasti adakah migrain atau sebab-sebab lain seperti angin.... Apa yang saya buat ialah, saya telan dulu Ostematrix dan B Complex daripada Shaklee. Kemudian minta tolong suami untuk urut-urutkan bahagian belakang kepala dan melurut ke leher seterusnya ke bahu dan ke bawah. 

Tujuannya adalah untuk 'menurunkan' angin di bahagian kepala... (ini bukan nasihat professional, hanya tips daripada saya yang selalu mengalaminya). Pada masa kepala diurut ini, selalunya akan sendawa tanda angin sedang dibebaskan. InsyaAllah, lepas tu akan terasa lega dan berehat atau tidurlah :)

4. Cluster Headache
Sakit kepala jenis ini jarang terjadi dan selalunya dialami oleh kaum lelaki. Terjadi secara mendadak. Kesakitannya lebih kuat daripada migrain. Tapi tidak terjadi terlalu lama berbanding migrain. Sebab-sebab terjadinya sakit kepala jenis ini juga tidak diketahui. Jika mengalaminya, yang terbaik ialah minumlah sesudu besar Vivix, bersama Ostematrix dan vitamin B Complex. Kemudian rehat. 


Ada juga sakit kepala yang menjurus kepada sakit yang lebih teruk seperti aneurysm di mana salur darah pecah dan boleh membawa kepada stroke, koma dan meninggal dunia. Mungkin sebelum pesakit mengalami stroke atau koma, pesakit telah pun mengalami salur darah kecil yang pecah yang menyebabkan sakit kepala yang keterlaluan. Oleh itu, jika selalu mengalami sakit kepala, pergilah mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk mengetahui status selanjutnya. 



Jika ingin berikhtiar dalam kes sakit kepala yang berlanjutan, boleh amalkan Vivix, iaitu sejenis supplemen yang tinggi antioksidan dan kandungan resveratrol berfungsi membantu memulihkan sel-sel yang rosak. Namun yang penting, sentiasa merujuk kepada pakar perubatan dari masa ke semasa untuk mengetahui status kesihatan.

Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang dinyatakan di atas, boleh hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh COD secara percuma di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Petaling Jaya di sekitar VSQ, Menara PKNS, Amcorp Mall dan kawasan-kawasan sekitarnya, Mid Valley dan Klang di kawasan Bukit Tinggi, Aeon Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas.

Selain itu, penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia. Kalau ada Vivix, penghantaran adalah percuma :)

Terima kasih.
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Rujukan: