Menguruskan badan, tetapi taknak ke gym

Nak menguruskan badan... Tetapi mostly taknak ke gym... Itu perkara biasa.. Kalau boleh buat senaman di rumah lagi bagus :) Jimat duit kan... Apa yang diperlukan, hanya disiplin diri dan pandai membahagikan masa untuk bersenam :D

Saya yakin, apa sahaja senaman yang dibuat, jika konsisten, InsyaAllah akan membuahkan hasil.... Pernah saya dapat pertanyaan melalui Whatsapp, bertanya boleh ke kurus dalam masa dua bulan jika buat senaman... Jawapan saya, sememangnya BOLEH! 

Pengalaman saya sendiri masa muda remaja dulu-dulu... 

Pengalaman Pertama:

Mari saya bawa anda menaiki kapsul masa ke tahun 1997 rasanya... Masa tu saya baru tingkatan 2. 

Ceritanya begini... Saya sekolah pagi. Sampai rumah dalam pukul 2.30 gitu... Lepas mandi, solat semua.. Apa saya buat? Kalau takde kerja sekolah, saya TIDUR... Heee biasalah tidur petang sampai kul 5 gitu...

Kemudian... pas bangun, saya rasa lapar... Saya membaham roti Gardenia dengan mentega dan jem, hampir habis sebungkus SETIAP HARI! Memang nafsu makan masa tu... Tak tahu nak kata... Heeee...

Tabiat pemakanan petang begitu diteruskan sampai lama juga rasanya... Sampai berat saya yang comel molek (saya tak ingat berapa berat saya sebelum tu, mungkin hampir 50kg) naik sampai 58kg... Memang semakin comel la jadinya... 

Lepas da jadi macam tu, saya dengan gigihnya brisk walking (berjalan laju) atas treadmill, saya tak lari sebab saya tak larat.. Heee.. Saya buat sekurang-kurangnya 45 minit SETIAP HARI tanpa jemu... 

Selalunya buat setiap petang, kalau petang tak free sampai kul 12 malam pun saya buat juga... Memang wajib saya buat setiap hari. Lepas brisk walk, saya buat sit up pula, atau senaman aerobik selama sejam lagi... 

Makan pula, hanya sesudu nasi (sudu periuk nasi, bukan sudu besar makan ye) bersama lauk tak pantang (tak kisah berminyak atau tak, asalkan makan je mama masak). Haaaa amik kau... Kesannya, berat badan saya maintain balik :D (Rajin gila aku waktu tu). 

Pengalaman Kedua:

Ni dah masuk zaman matrikulasi. Masa ni, berat badan ok-ok je la... Comel-comel aje.. Dalam dekat 55kg kot.. Niat saya nak menguruskan badan tu bukanlah prioriti. Tapi tahukah anda, apabila anda konsisten bersenam, keyakinan diri anda juga akan meningkat? Haaaa...

Kisahnya bermula sebab saya stress masa di Matrix dulu... Almaklumlah, saya ni hakikatnya bukanlah budak aliran sains.. Jiwa saya jiwa sastera.. Heeee... Paksa diri belajar Fizik dan Kimia... Mahu tak meraung... Studies memang terukla... Jadi, apa saya buat?

Saya lepas habis kelas dalam pukul 5 petang, terus balik asrama, solat dan siap-siap sarungkan baju sukan, gi brisk walk kat taman tasik.... 

Dari asrama ke taman tasik pun bukanlah dekat... Masa tu, saya bawa diri seorang diri, sebab saya taknak tunggu orang... Nak harap kawan-kawan, ramai yang nak rest di petang hari... Kadang-kadang ada la yang mengikut juga.. Tapi saya tak paksa. Kalau diorang taknak, saya memang proceed sorang-sorang. Haishhh fikir-fikir balik, gila berani aku dulu... Hahaha...

Alhamdulillah, di akhir Matrix, kawan-kawan yang tak sematrix dengan saya, tegur... Ehhh Doyone da kurus (berat 50kg gitu)... Kah kah kah... Ku ingat.. Mim yang tegur... :) Okla... Alhamdulillah. Tabiat berbrisk walking ni saya teruskan sampai saya masuk universiti... Perangai sama, gi solo... Kalau kawan nak ikut, silakan... Masa tu berat jatuh ke 45kg... Cane... Ada bran (Tapi tu termasuk faktor-faktor lain juga). 



Ok.. Naik kapsul masa ke masa sekarang.... Apa yang dapat saya simpulkan ialah, nak menguruskan badan, biar dengan cara yang betul... Kebanyakan orang sekarang, nak kuruskan badan dengan mengurangkan makan, makan supplement tapi tak bersenam dengan alasan takde masa...

Bukanlah tak kurus dengan teknik ni, cumanya nanti jadi diet YOYO. Apakah diet YOYO? Diet yang kurus sebentar, lepas tu bila dah tak pantang, berat naik dengan mendadak dan lagi dahsyat daripada sebelumnya... Sebabnya, masa kita kurang makan tu, berat yang hilang hanyalah berat air... Lemaknya tak mengecut pun...

Apabila kita bersenam, kawal makan, minum banyak air, InsyaAllah, badan kita akan lebih konsisten dalam proses membuang lelemak. Perut yang mengeleber pun akan hilang... Badan kita akan lebih segak dan kemas. Berat pun akan lebih maintain sebab yang hilang lemak, yang kita nak maintainkan adalah otot dalam badan yang membantu dalam metabolisme badan serta pembakaran kalori.

Pernah dengar diet Atkins yang sarankan kita makan banyak protein kan? Memang, sebab protein akan membantu membentuk otot-otot di dalam badan kita. Tapi dalam pemakanan pun, dengan cara memasak, banyaknya protein telah musnah. 

Anda nak proses menguruskan badan dengan efektif, amalkan SET CINCH. Set ni terdiri daripada:
  • Cinch Shake yang ada 3 perisa iaitu Coklat, Vanila dan Cafe Latte. Kebaikan Cinch Shake ini ialah, ia adalah sumber protein daripada soya. Mengandungi Leucine yang membantu mengekalkan otot dan menyingkirkan lelemak di dalam badan. 
  • Cinch Energy Tea Mix iaitu teh yang memang akan menyegarkan mata serta membantu meningkatkan metabolisme kita. Memang segar bugar jadinya...

Hasilnya, InsyaAllah, badan akan lebih cantik dan fit. Sihat dan bertenaga. Jangan ditinggal ye proses bersenam. Saya lebih menyarankan senaman kardiovaskular, kerana senaman ini membantu membentuk otot dan menyingkirkan lemak, berbanding, senaman aerobik atau pun jogging. 

Aerobik dan jogging ni, memang cepat nampak kurus. Tapi kurang dalam pembentukan otot yang penting dalam metabolisme badan :)

Anda nak memiliki Set Cinch ni, anda boleh dapatkan secara online dengan klik butang Order di bawah.

Jika anda nak mendapat harga yang lebih baik, anda boleh juga mendaftar sebagai ahli. Lebih jimat dan boleh dapat cash bonus jika pembelian melebihi 150UV. Haaa nak tahu, hubungi saya di 012-5538628

Anda juga boleh dapatkan melalui COD dari saya di area Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Petaling Jaya dan Klang :) Apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang.

Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh guna ID saya jika walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Kalau malas kena ambil supplement...tapi kalau rajin bersenam ok...cuma rajin ka?

tapi lagi bagus kawal pemakanan

Balas
avatar

Yang terbaik, bersenam, kawal pemakanan dan supplemen. InsyaAllah hasilnya memang superb :)

Balas