5 Cara-cara menghalang dan menghilangkan ruam lampin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak citer juga pengalaman anak mengalami ruam lampin... Rasanya apabila anak kena ruam lampin atau nappy rash ni... mak-mak semua dah jadi risau... Sebab kesian sangat kat baby.. Bila teruk sangat sampai tak boleh pakai pampers dan kena ke klinik amik ubat. Jom kita tengok cara-cara menghalang dan menghilangkan ruam lampin.

Cara-cara menghalang dan menghilangkan ruam lampin:

1. Sentiasa tukar pampers baby dengan kerap. Ibu-ibu boleh check pampers baby sama ada dah penuh atau belum... Memang ada masa-masanya baby kurang kencing... Tapi janganlah biarkan sampai sehari tak bertukar-tukar pampers tu. Jika pengasuh yang menjaga bayi anda, pengasuh selalunya akan tukar pampers baby apabila telah dipakai dalam setengah hari.

2. Kalau baby berak, cepat-cepat basuh dan pakaikan pampers baru... Kesan najis boleh menyebabkan kulit baby kemerah-merahan.

3. Biarkan baby tanpa pampers untuk seketika. Kalau boleh, apabila baby dah selesai mandi, tak perlu cepat-cepat pakaikan pampers kepada baby. Angin-anginkan dulu punggung baby :) Tapi pandai-pandailah bajet ekk... Nanti banjir pula... Heeee

4. Apabila tukar pampers baby, pastikan kawasan punggung, kemaluan dan paha baby kering. Gunakan tuala yang lembut. Jangan lap sangat cuma 'dap' aje area sensitif baby tu. Takut kalau lap, nanti kulit baby cepat melecet. Bak kata orang, angin-anginkan dulu supaya kering. Baby pun selesa...

5. Boleh pakaikan baby krim-krim untuk nappy rash atau pun untuk memberi keselesaan baby. Kalau saya, saya cadangkan krim Herbal Blend yang ternyata bebas bahan kimia dan steroid... 


Alhamdulillah, anak kedua saya ni, memang konsisten saya pakaikan krim Herbal Blend untuk ruam lampin... Situasi anak kedua dan anak pertama saya dulu sangatlah berbeza. Yang sulung tu, siap saya terpaksa bawa ke klinik (dalam beberapa situasi) kerana ruam lampin yang dihadapi sangat teruk. Sampai masa ke klinik tu, tak dipakaikan pampers sebab baby saya kesakitan. Nak kencing pun menangis... :'(

Tapi baby saya yang kedua ni, Kadang-kadang, area punggung dan kemaluan tu macam jadi merah-merah. Terus saya sapukan krim Herbal Blend. Esoknya mesti hilang... Alhamdulillah. Pemulihan semuanya daripada Allah. Herbal Blend tu asbab aje :)

Selain daripada area lampin, jika di bahagian leher tu naik ruam-ruam peluh, saya akan pakaikan krim Herbal Blend juga... Alhamdulillah sangat. Krim Herbal Blend ni memang sangat lembut ke atas kulit baby. Orang dewasa pun boleh pakai Krim Herbal Blend ni :)

Keistimewaan krim Herbal Blend:
  • Ekstrak Rosemary dalam krim Herbal Blend ini bertindak sebagai antibakteria untuk melawan jangkitan kuman. Selain itu, ekstrak Rosemary ini juga menggalakkan pembaharuan sel ke atas kulit yang sensitif tersebut. 
  • Ekstrak Chamomile membantu meredakan keradangan. Kalau masalah ruam lampin yang teruk, semestinya berlaku keradangan ke atas kulit. Maka ekstrak Chamomile ini membantu melegakan keradangan tersebut.
  • Memberi rasa nyaman dan keselesaan kepada kulit.
  • Membantu melembutkankan kulit.
  • Mengurangkan masalah gatal-gatal pada kulit.
  • Menghilang dan melembutkan kawasan-kawasan kering pada kulit yang telah menjadi keras seperti kawasan tumit, siku, lutut dan sebagainya...
Anda tertanya-tanya mana nak dapatkan krim Herbal Blend ini? Mudah sahaja, anda boleh dapatkan daripada saya melalui COD di kawasan-kawasan Shah Alam, Klang, PJ dan juga sekitar Lembah Klang (COD hujung minggu). Hubungi 012-5538628.

Atau, anda boleh order secara online dengan klik butang Order di bawah :)


Terima kasih. Semoga anda semua sihat-sihat selalu :)

Diana
SID: 1112978 (boleh pakai ID saya jika anda walk-in terus ke Shaklee)
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

tips yang baik mengenai ruam lampin...selalu amalkan petua diatas dan jarang anak terkena ruam lampin....sekarang lega dah bebas lampin

Balas