10 cara tingkatkan metobolisme badan untuk mudah kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Isu untuk menguruskan badan ni memang selalu dicari orang.. Popular search sangat... Banyak orang nak menguruskan badan daripada menambah berat badan... Heeee... Hari ni jom kita kenalpasti 10 cara tingkatkan metabolisme badan untuk mudah kurus.

Apakah metabolisme?

Metabolisme ialah suatu proses kimia yang terjadi di dalam badan untuk menguraikan zat-zat yang telah masuk ke dalam badan. Cepat atau lambatnya proses ini bergantung kepada komposisi tubuh seseorang individu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh badannya.

Tisu-tisu otot di dalam badan akan membakar dan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Ini bermakna, kita memerlukan otot di dalam badan.. Kita juga perlukan lemak... Tapi taknaklah banyak sangat :) Sebab lemak tak membantu sangat untuk fungsi badan kita.

Ini juga bermakna mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding mereka yang banyak lemak. 




Ok, jom ketahui 10 cara-cara untuk tingkatkan metabolisme badan untuk mudah kurus:

1. Perkara yang paling asas dalam proses menguruskan badan serta apa sahaja proses lain yang anda nak kecapi macam nak kulit cantik dan banyak lagi... MINUM AIR SECUKUPNYA setiap hari. 

Ramai yang mengadu tidak mendapat manfaat yang optimum apabila makan supplemen untuk kurus atau pun kulit masih lagi berjerawat apabila start makan supplemen untuk kulit... Apabila ditanya mengenai pengambilan air... Ohhhh air memang minum banyak... Ditanya banyak mana.... Sebotol besar mineral water 1.5 liter setiap hari.... Jangan terasa hati ye... Kes-kes begini memang ada... Saya sarankan, minumlah air sekurang-kurangnya 2.5 liter hingga 3 liter SETIAP HARI.

2. Pastikan anda mencukupkan keperluan nutrisi kalsium setiap hari... Haha.. Ni pun tricky juga... Kenapa tiba-tiba kalsium? Kajian mendapati, kekurangan kalsium dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita berpaut pada lemak yang sepatutnya boleh dibakar... Tak bestla kan... Patut lemak tu boleh dikecutkan... Tapi sebab badan kita 'sayang' pada lemak tu... Terpaksalah simpan.... Jadi, minumlah susu yang tinggi kalsium dan rendah lemak hari-hari.. Sumber kalsium juga boleh didapati daripada bahan-bahan lain seperti keju, tauhu dan sebagainya. Nak kalsium yang semulajadi dan confirm badan serap, amiklah Ostematrix (hubungi saya).

3. MAKAN! Haha.. Kalau nak kuruskan badan, janganlah skip makan... Tapi anda makanlah secara sihat... Bukanlah tak boleh makan nasi.... Tapi makan dalam kuantiti yang betul... Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat setiap hari. Nak membuang air besar pun insyaAllah lawas. Badan kita memerlukan tenaga. Nak membakar lemak pun memerlukan tenaga. Kalau tak makan, macam mana nak bakar lemak kan? Lebih baik makan sikit-sikit... tapi kerap...

4. Tidur yang cukup. Ramai orang tidak mendapat tidur yang mencukupi... Ni memang sukar juga bagi sesetengah orang. Dalam Islam pun, adalah menjadi sunnah untuk tidur awal dan bangun awal pagi untuk beribadat. Mari kita ubah... Paling lewat, tidur kul 11 malam... Kenapa kena tidur awal? Sebab semasa kita tidur, organ-organ kita akan mula bekerja. Apabila tidur lewat, masa yang optimum untuk organ bekerja telah terlepas... Kesannya, bangun keesokan hari pun dalam keadaan lemah lesu.... Apabila dah lemah lesu, metabolisme kita pun slow...

5. JANGAN STRESS! Ni pun satu hal.... Apabila stress, nanti hormon kortisol yang berfungsi memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak akan meningkat. Apabila rasa stress, tarik nafas panjang-panjang, tengok jauh-jauh, banyakkan beristighfar. 

6. Berjemur... Hahaha... Janganlah berjemur macam mat salleh kat tepi pantai tu... Tapi nikmati cahaya matahari pagi dalam kul 8 - 9 pagi. Sebabnya, apabila kita selalu berada dalam tempat yang bertutup ia menyebabkan kesan fisiologi yang sama seperti kita tidur atau menambah berat badan. 

7. Bersenam menggunakan pemberat. Senaman kardiovaskular bersama pemberat membantu badan meningkatkan komposisi otot di dalam badan kita. 1 paun otot membakar dalam 35 - 50 kalori, manakala 1 paun lemak hanya membakar 5 - 10 kalori. Meningkatkan otot dalam badan akan menaikkan kadar metabolisme asas sehingga 40%. Tak payah susah-susah beli dumpbell. Pakai aje botol yang diisi dengan air :)

8. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan metabolisme. Vitamin C membantu penyerapan mineral seperti kalsium dan zat besi. Anda boleh dapatkan vitamin C yang sangat bagus daripada saya :)

9. Makan masakan yang pedas seperti yang berempah dan bercili. Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya.

10. Minum teh hijau.... Haha mesti peminat-peminat teh sangat gembira... Nak teh yang best lagi, boleh dapatkan Cinch Energy Tea Mix yang memang fokusnya nak meningkatkan metabolisme badan. Memang best :)

Saya dah kongsikan cara-cara nak tingkatkan metabolisme badan... Ada juga supplemen tambahan yang boleh membantu anda meningkatkan metabolisme dan membantu dalam proses menguruskan badan. Antara supplemen yang dicadangkan ialah:

1. Ostematrix (tablet kalsium)
2. Sustained Release Vita-C
3. Cinch Energy Tea Mix
4. Cinch Shake

Untuk supplemen 1 hingga 3, saya dah terangkan di atas. Bagi Cinch Shake ada 3 perisa, iaitu Coklat, Cafe Latte dan Vanilla. Supplemen ini bertindak sebagai meal replacement dan kandungan leucine yang terdapat dalam Cinch Shake membantu badan mengekalkan otot dan membuang lemak. Kita memang memerlukan otot kan... 


Sekarang terpulang kepada anda untuk fikirkan yang terbaik untuk kesihatan anda :)

Anda nak membeli, anda boleh terus klik butang di bawah untuk membuat pembelian terus secara online.



Anda mahukan penjimatan dan menjadi ahli, hubungi saya :) Melalui saya, anda boleh dapatkan panduan dan cara pemakanan vitamin, serta boleh juga membuat pembelian. Hubungi saya di 012-5538628

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Semoga anda sihat, gembira dan bahagia selalu :)

Diana
SID: 1112978 (boleh gunakan ID saya jika anda membeli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

nice tip...sy pun pling kurang minum 3L air kosong stp hari in oder to increase my metabolism...

Balas
avatar

Minum air banyak memang terbaik :)

Balas