Elakkan 5 jenis makanan ni untuk turunkan tekanan darah tinggi. Orang muda take note!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni nak share pasal tekanan darah tinggi.... Rupa-rupanya mudah sebenarnya nak turunkan tekanan darah tinggi ni... Cuma kena elakkan 5 jenis makanan ni untuk turunkan tekanan darah tinggi :) Satgi saya terangkan apa jenis makanan yang kena dielakkan :)

Orang sekarang ni... Orang muda umur 30-an, ada yang dah meninggal kerana masalah jantung... Yang menghidap tekanan darah tinggi memang ramai... Punca masalah jantung, asalnya adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. 




Kesan tekanan darah tinggi akan mengganggu:

  • Jantung
  • Buah Pinggang
  • Otak
Walaupun nampak macam simple... Tapi kesannya sangat bahaya... Boleh membawa kepada:
  • Masalah jantung
  • Masalah buah pinggang
  • Strok
  • Aneurysm
Tahukah anda, apabila seseorang itu mengidap penyakit tekanan darah tinggi, kemungkinan besar, jantungnya sedang membengkak.... Saya amik contoh yang Dr. Safari Elis (pakar jantung) berikan. 

Bayangkan kita pam tayar basikal yang penuh angin pakai pam yang manual tu.. Yang zaman dulu-dulu, kita kena tekan-tekan tu... Apabila tayar dah penuh angin, kita dah rasa berat nak pamkan angin tu...

Begitu juga dengan jantung kita... Apabila saluran darah kita semakin mengecil kerana banyak tersumbat disebabkan kolesterol, jantung terpaksa bekerja keras untuk pam darah ke seluruh badan. 

Pergerakan darah menjadi perlahan sebab terpaksa melalui lorong-lorong kecil... Sebab itu, orang yang menghidap tekanan darah tinggi, kadangkala rasa pening, nak pitam dan sebagainya. Jantung pula akan membengkak disebabkan ini.

Untuk ikhtiar menurunkan tekanan darah tinggi, apa yang perlu anda lakukan ialah, JAGA PEMAKANAN anda. Nak jaga makan, memang susah, tapi saya yakin, dengan azam yang kuat, kita semua mampu merubah kepada tabiat eat clean. 

Nak jaga pemakanan dari segi apa? Kurangkan makan makanan yang masin-masin.... Garam tu masih boleh dimakan, tapi biar berpada-pada. 

Selain garam, awasi 5 jenis makanan-makanan ini:

1. Makanan yang dikeringkan
Contohnya macam ikan kering, ikan bilis, sotong kering, udang kering dan apa sahaja yang dikeringkan... Sebab kandungan garam yang sangat tinggi digunakan untuk mengering dan mengawet makanan-makanan ini. Kita mungkin selalu makan ikan bilis kan.. Ikan bilis tu, kalau makan on its own, memang masin... Jadi berpada-pada lah ye..

2. Makanan dalam tin
Contoh terbaik adalah seperti sardin.... dan banyak lagi la...

3. Makanan dalam botol 
Haaa... ni mungkin kita tak perasan sangat... Sebab tak rasa masin pun... Tapi kita suka masukkan macam sos tiram ke dalam masakan... Indirectly badan kita menerima banyak sangat bahan yang berasaskan sodium (masin)...

4. Belacan
Nak buat sambal, mesti kena letak belacan kan :)

5. Ajinomoto
Haaaa... penyedap rasa tapi sangat bahaya untuk kesihatan kita... Kalau boleh tak payah la pakai ajinomoto ni.. Kandungan monosodium glutamate terlalu tinggi...

Cuba anda berpantang dengan 5 jenis makanan ini selama 2 minggu. InsyaAllah, kandungan garam yang tinggi dalam badan akan dinyahkan melalui air kencing. InsyaAllah, tekanan darah tinggi juga akan menjadi stabil. 

Anda boleh tonton video ihsan daripada ZonKuliah mengenai penerangan Dr. Safari Elis mengenai cara-cara nak menurunkan tekanan darah tinggi :)




Selain menjaga pemakanan, penghidap tekanan darah tinggi juga jangan culas mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor. 

Namun, jika ingin berikhtiar cara lain, penghidap darah tinggi juga boleh mengamalkan supplemen yang insyaAllah boleh membantu memperbaiki dan melancarkan saluran darah. 

Supplemen Vivix memang sangat baik dalam memperbaiki sel-sel yang rosak di dalam badan dan membantu melancarkan pengaliran darah. Memang sangat sesuai untuk pengidap tekanan darah tinggi untuk mengamalkannya. Nak makan pun senang, hanya sesudu teh setiap hari. Tak perlu telan tablet banyak-banyak :)

Jom kita tengok testimoni-testimoni pengidap tekanan darah tinggi yang alhamdulillah telah terkawal dengan pengambilan Vivix.








Anda berminat dengan Vivix? Boleh hubungi saya di 012-5538638. Saya boleh COD kan di kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. Jika anda nak beli online pun boleh... klik aje button order di bawah. 



Saya ada masukkan juga beberapa supplemen lain yang sesuai untuk diambil bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Untuk ini, anda boleh menghubungi saya (012-5538628) untuk mendapatkan panduan pengambilan vitamin yang sesuai. Jangan malu-malu. Sebagai pelanggan saya, panduan yang diberikan adalah esklusif untuk anda seorang sahaja :) Sebab setiap orang adalah unik.

Saya doakan agar anda semua sentiasa sihat-sihat selalu... 

Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh pakai ID saya jika anda walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Wake up call.. kerja makan gaji VS berbisnes

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah di atas nikmat satu hari lagi kita bangun dalam keadaan yang baik dan sihat. Hari ni ku layankan video-video daripada Vimeo Ireach semasa National Conference Shaklee Sabtu lepas. Ireach ni group besar keluarga Shaklee kami.. :) Itula, buat bisnes bukan sorang-sorang.. Tapi kami ade group yang menyediakan pelbagai platform untuk maju dalam bisnes :)

Banyak sangat video inspirasi dalam Ireach tu... Salah satu daripadanya ialah perkongsian oleh Master Farihah... Allahuakhbar...Suatu wake up call untukku... Allah memberi ingatan kepadaku melalui video tersebut...

Bayangkanlah pembaca-pembaca sekalian, kehidupan normal kebanyakan daripada kita... Termasuklah diri saya sendiri... Dari pukul 9 pagi sehingga jam 6 petang, terikat dengan masa di pejabat. Ada sesetengah orang pula, mungkin sampai ke Maghrib, masih lagi di pejabat. Tak hairan kan... Sebab tu memang cara hidup sekarang... Anak-anak pula ditinggalkan di nursery atau bersama pengasuh atau pembantu rumah...

Kalau anak sihat, alhamdulillah.. Tapi kalau anak pun masih kecil... Baby lagi... Perlukan perhatian kita... Kemudian diuji dengan demam... Cuba cakap... Sanggup ke kita tinggalkan anak-anak untuk sebab cuti dah nak habis? Ataupun nanti bos pandang semacam? Nak taknak, kita apply cuti...

Masuk pula bab nak balik kampung,.. Raya dah dekat... Cuti dah sikit sebab dah banyak ambil cuti untuk anak... Ni nak jumpa orang tua kita yang telah dan masih lagi berpenat lelah untuk kita... Tu pun berkira juga nak cuti lama-lama... Takut nanti kena amik unpaid leave... Mahai ooo sehari kena potong.. Silap-silap mak ayah kita rajin turun KL sebab rindu kat cucu-cucu dia... Allahuakhbar... Selesa sangat ke hidup kita?

Kita terlupa ke... Masa kecik-kecik dulu, betapa mak ayah kita mengorbankan segala-galanya untuk kita... Yes, we are doing the same thing to our children.. But don't forget our parents... Pengorbanan mereka... Takkan mampu kita balas... Baliklah... Tak payah ingat berapa hari lagi cuti tinggal... Serahkan pada Allah sebab dia Maha Pemurah... Kita korbankan untuk mak ayah kita... Allah bagi lebih-lebih lagi...

Tula pentingnya kita menjalankan bisnes... Tapi nak jalankan bisnes dan dapatkan hasil yang baik, kenalah buat betul-betul bersama dengan disiplin yang tinggi... Bukan nak kata kerja makan gaji tak bagus... Semua tu rezeki yang Allah tentukan... Tapi... Kalau emergency ke... Kalau sesuatu terjadi, apa backup plan kita? Semoga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan dapat bersama dengan keluarga apabila mereka memerlukan kita...


Sama-sama kita ambil iktibar daripada kisah Master Farihah ni ye... Video ni buka hati saya supaya berfikir balik apa yang kita lokek sangat dengan orang-orang yang kita sayangi... Panjang video ni.. Tapi berbaloi untuk menontonnya...


Master Farihah Speech National Conference 2016 from iReach HD on Vimeo.

Kalau anda nak tahu lebih lagi pasal Shaklee ni dan macam mana nak menjana pendapatan dengannya, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628. Tak pun, kalau rasa nak try dulu makan supplemennya, boleh juga dapatkan daripada saya... Nak COD, saya boleh hantar ke area Shah Alam, Subang Jaya, PJ dan Klang :)

Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan memudahkan perjalanan hidup ini :)

SID: 1112978 (boleh guna ID saya untuk beli direct dari Shaklee)
Tel: 012-5538628

Awas pengidap kencing manis yang selalu kebas kaki - kaki mungkin terpaksa dipotong

Assalamualaikum.... Salam sejahtera semua... Saya suka mendengar penerangan Dr. Safari Elis melalui page ZonKuliah ini. Penerangan yang sangat detail untuk kita semua.. Cuma dalam loghat utara la :) Kali ni, nak cerita pula pasal bahaya kebas kaki, terutamanya kepada pengidap kencing manis... 

Secara jujurnya, saya sebelum menonton video di bawah, tak tahu pun kenapa sesetengah orang yang mengidap kencing manis terpaksa dipotong kakinya... Setelah mendengar penerangan Dr. Safari Elis barulah saya tahu dan saya sharekan dengan anda semua ye...

Sesetengah orang yang mengidap kencing manis akan mengalami dua masalah utama iaitu:

  • Salur darah kaki tersumbat
  • Masalah saraf kaki

Di sini, akan ditekankan lebih lagi tentang masalah no. 1 iaitu salur darah di kaki tersumbat. Apabila kaki selalu terasa kebas-kebas, sesetengah orang mungkin takkan terfikir pun yang sebenarnya dia mengalami masalah dengan salur darah di kaki. 


Tanda-tanda salur darah kaki tersumbat:

  • Apabila berjalan jauh, kawasan betis terasa sakit. 
  • Semakin lama, jarak berjalan semakin kurang kerana kerap mengalami kesakitan di bahagian betis.
  • Hujung jari-jari kaki terasa sejuk seperti ais dan kebas
  • Hilang deria rasa di kaki.
  • Kulit mula kelihatan kehitam-hitaman
  • Boleh menjadi gengrene, suatu keadaan di mana kaki sudah mula membusuk dan rosak.
  • Akibatnya kaki harus dipotong.



Apabila sudah mendapati tanda-tanda di atas, pengidap kencing manis harus mengambil langkah lebih berjaga-jaga:

1. Mengurangkan risiko memijak benda-benda yang boleh menyebabkan mendapat luka di kaki yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2. Apabila sedang dalam keadaan berbaring atau duduk, bangun secara perlahan-lahan. Jangan terus berjalan. Berdiri setempat selama beberapa saat untuk memastikan kestabilan diri untuk mengelakkan jatuh. Apabila sudah rasa stabil, baru berjalan. Point ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk pada tubuh badan.

3. Jangan berjalan di atas batu-batu refleksologi yang berada di taman-taman untuk memulihkan aliran darah, kerana dibimbangi kaki akan bertambah teruk. Di samping itu, kurangkan mendemah / bertungku kaki dengan batu yang panas kerana dikhuatiri, kaki akan melecur dan luka. 

Anda boleh dengar dengan lebih terperinci penerangan Dr. Safari Elis mengenai salur darah kaki yang tersumbat melalui video di bawah.




Sebaiknya, apabila telah disahkan mengidap kencing manis, cubalah berikhtiar untuk mengurangkan atau memulihkannya terus. Sampai bila nak bergantung kepada ubat-ubatan?  

Pemakanan memang harus dijaga. Selain daripada mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, tidak salah untuk mengambil supplemen-supplemen lain yang membantu mengurangkan penyakit kencing manis ini. 

Sebagai contoh, Vivix. Cecair Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol tinggi membantu dalam pemulihan sel dan melancarkan aliran darah. Tahukah anda, salur darah tersumbat disebabkan oleh sel-sel yang telah rosak?

InsyaAllah, pengambilan yang konsisten membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, memberi tenaga kepada sel-sel di kaki, membantu memperbaiki luka. Di samping, membantu sistem badan untuk cakna dengan hormon yang mengawal kandungan gula di dalam darah. 

Di bawah disertakan beberapa testimoni hasil daripada pengambilan Vivix:




InsyaAllah, kita berikhtiar, yang menyembuhkannya tetap Allah. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi saya di 012-5538628 untuk panduan pemakanan dan pembelian. Jika nak daftar sebagai ahli pun, lagi bagus kerana anda boleh menikmati harga yang lebih rendah.

Semoga entry kali ini bermanfaat.

Terima kasih.
SID: 1112978 (Boleh guna ID saya untuk pembelian di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Dengkur suami yang isteri harus takuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah.... Syukur dengan apa sahaja yang terjadi pada hari ini. Semoga kehidupan kita lebih baik.... Hari ni, nak share pasal dengkur.... Dengkur suami yang isteri harus takuti...



Heeee... Bukanlah cerita seram ke apa.. Cumanya nak cerita pasal dengkur yang mungkin berkait dengan masalah kesihatan yang lain.... Si isteri mesti sayang suami kan... Lagipun, isteri la yang paling tahu keadaan suami apabila suami sedang tidur... :)

Saya nak share satu video daripada page ZonKuliah. Dr. safari Elis menerangkan tentang orang-orang yang tidur berdengkur. Tolong perhatikan ciri-ciri berikut pada suami anda. (Sebenarnya, anda sebagai isteri, kalau suami tegur kuat berdengkur pun kena pi check juga tau).


  • Tidur berdengkur huuuhaaaahuuuhaaaa kemudian tiba-tiba senyap dalam seminit dua. Selepas itu, berlaku dengkuran yang kuat dan orang yang berdengkur tu pun terkejut dan terjaga... Kemudian sambung tidur...
  • Di siang hari, apabila bangun tidur, terasa badan penat dan macam nak tidur lagi.
  • Apabila duduk-duduk depan tv ke atau menunggu orang ke, boleh tertidur.
Dengan 3 tanda di atas ni, eloklah pergi check dengan pakar... Kemungkinan ini adalah tanda-tanda Obstructive Sleep Apnea (OSA) di mana, lidah telah menutup saluran pernafasan menyebabkan pernafasan terhenti semasa tidur. Tu yang bila berdengkur, tiba-tiba senyap, kemudian terkejut bersama dengkuran kuat....

Gejala sleep apnea ni sebenarnya menjejaskan kualiti tidur. Tu yang badan tidak mendapat rehat yang secukupnya dan menyebabkan badan penat dan mengantuk. 

Walaupun nampak macam alaaa takde apa la... Tapi gejala sleep apnea ini boleh menyebabkan risiko penyakit-penyakit lain seperti:
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Stroke
  • Diabetes
  • Obesiti
  • Meningkatkan risiko kegagalan jantung kerana sleep apnea menyebabkan jantung kanan membengkak
  • Degupan jantung yang tidak konsisten
  • Meningkatkan risiko kemalangan kerana tertidur semasa bekerja atau memandu
  • Meninggal dalam tidur

Apabila anda hendak mendapatkan rawatan, pergilah berjumpa dengan doktor yang betul. Untuk masalah ini, berjumpalah dengan pakar ENT (Ear Nose Throat) atau Pakar paru-paru.




Penerangan Dr. Safari Elis mengenai Sleep Apnea


Minta dijauhkan semua jenis penyakit ini. Siapalah yang nak orang tersayang berisiko kepada penyakit-penyakit ni semua... Isteri yang sayang suami, jagalah pemakanan dan cara hidup, kerana dua perkara ini yang mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai penyakit.


Apabila sihat, semua indah dan manis belaka. Apabila sakit, banyak perkara terpaksa difikirkan. Yang paling memeningkan kepala adalah masalah kewangan untuk perubatan. Sementara sihat, jaga kesihatan baik-baik. 

Dalam kehidupan sekarang ini, semua orang memerlukan pengambilan nutrisi yang mencukupi. Nak harap pada pemakanan aje, memang tidak mencukupi. Isteri-isteri boleh rujuk pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si suami di SINI. Kalau nak mudah, malas nak telan tablet, amik aje Vivix. Sesudu kecik aje setiap hari :)

Menjadi seorang wanita pun, tidak lari daripada memerlukan nutrisi. Wanita ni tunjang keluarga. Kalau sakit, habis kelam kabut dan tidak terurus seisi rumah... Berikut adalah keperluan nutrisi yang diperlukan oleh seorang wanita:
  • Sumber Protein
  • Multivitamin
  • Vitamin C
  • Vitamin B Complex
  • DHA dan EPA 
  • Sumber Kalsium 
Kami menyediakan pelbagai supplemen untuk keperluan seorang wanita. Semua supplemen ini memang penting untuk kesihatan seorang wanita. Supplemen-supplemennya ialah:
  • ESP yang merupakan sumber protein yang penting untuk tubuh manusia.
  • Vitalea iaitu multivitamin yang tertua di dunia yang melengkapi keperluan nutrisi asas.
  • Sustained Release Vita-C Plus yang memang menjadi sumber penggantian kolagen yang hilang daripada badan untuk kesihatan imun dan sendi.
  • Vitamin B Complex untuk kesihatan rambut dan kuku serta pertumbuhan.
  • Omega Guard iaitu sumber DHA dan EPA untuk kesihatan tekanan darah dan jantung.
  • Ostematrix untuk keperluan kalsium yang sangat penting untuk wanita.
  • Vivix untuk keremajaan diri seorang wanita. Senang untuk awet muda la :)
Anda boleh membeli supplemen-supplemen ini secara online dengan mengklik butang Order di bawah:

Pembelian begini melayakkan anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Jadi, hubungi saya untuk pembelian secara COD di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang atau pos serta urusan pendaftaran keahlian di 012-5538628.

Semoga entri ini bermanfaat dan dapat membantu anda dalam menjadi sihat, bahagia dan gembira :)

Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (Boleh guna ID ini jika anda beli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:

http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/sleepapnea

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sleep-apnea/basics/definition/con-20020286

Kisah pengidap kencing manis pulih 100%

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Wahhh... Terasa bersemangat ku menulis hari ini.. Alhamdulillah. Bukan apa, hati terasa happy apabila terbaca kisah pengidap kencing manis yang pulih 100% dengan Vivix. 



Bagi sesetengah orang, Vivix ni masih lagi asing. Macam mana Vivix boleh membantu memulihkan kencing manis.. Tak pernah dengar katanya.. Produk mana? Haaaa... Produk mana saya akan terangkan kemudian tapi biarlah saya terangkan dulu kandungan formulasi Vivix ni. 

Buat pengetahuan anda, Vivix adalah supplemen (bukan ubat tau) dalam bentuk cecair yang berwarna merah, yang sangat kaya dengan resveratrol. Apakah resveratrol ini? 

Resveratrol adalah terdiri daripada sebatian tumbuhan polifenol yang sangat tinggi antioksidan. Resveratrol didapati daripada kulit buah anggur merah. Dalam Vivix, kandungan Resveratrol yang tinggi didapati daripada anggur muscadine yang besarnya seperti sebiji bola golf. 

Anda boleh rujuk kandungan-kandungan Vivix yang lain berdasarkan gambarajah di bawah.


Untuk masalah diabetes atau kencing manis, Vivix sebenarnya membantu dalam mencegah rintangan insulin. Rintangan insulin ini ialah keadaan di mana badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Akibatnya badan tidak peka terhadap hormon yang membantu mengurangkan aras gula di dalam darah. 

Jadi, dengan mengamalkan Vivix, Vivix akan membantu badan supaya lebih peka terhadap kehadiran insulin yang membantu mengawal kandungan gula di dalam darah. Maka masalah kencing manis akan dapat dikurangkan.

Jom kita tengok testimoni seorang warga emas ini... Walaupun telah berusia 64 tahun, tapi Pak Ngah ni kelihatan sangat sihat. Mesti ramai tak percaya yang dulu Pak Ngah adalah penghidap kencing manis atau diabetes yang agak kronik. 


Berilah peluang kepada diri sendiri atau bantulah orang-orang tua kita untuk merasa bebas daripada penyakit diabetes atau kencing manis ini... Saya sendiri telah menyaksikan arwah tok sedara yang meninggal kerana kencing manis setelah kakinya dipotong.... Saya yakin, ramai yang sanggup berhabis wang ringgit untuk pulih daripada kencing manis... 

Apabila sihat, kita memandang enteng kepentingan supplemen dalam kehidupan kita... Tapi apabila sakit, bermacam-macam ubat kita ambil untuk mendapatkan semula kehidupan yang sihat. Betulkan? Saya sendiri pun begitu... 

Harga retail Vivix adalah RM475.00. Tapi saya rasa adalah lebih berbaloi jika anda join sebagai ahli Shaklee dan beli Vivix pada harga ahli iaitu RM402.80. Jika beli dua botol Vivix, anda secara automatik akan mendapat keahlian Shaklee secara percuma, membeli Vivix dengan harga ahli, cash bonus pada bulan seterusnya serta penghantaran percuma terus ke rumah anda :)

Untuk pembelian, anda boleh order secara online dengan klik butang di bawah:


Atau anda boleh menghubungi saya di 012-5538628 untuk pembelian secara pos atau COD di sekitar area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. COD ke sekitar Lembah Klang boleh dibuat semasa hujung minggu :)

Semoga kita semua sihat, bahagia dan ceria selalu :)

SID: 1112978 (boleh guna ID saya untuk pembelian terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628


Rujukan:

5 Sebab kena bangun awal untuk hari yang berkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Alhamdulillah, memulakan hari dengan bangun awal... Kul 5 pagi tadi hujan agak lebat bersama angin yang kuat... InsyaAllah hari ni meneruskan penggantian puasa dan juga puasa sunat Syaaban. Hari ni nak cerita pulak kepentingan tidur awal untuk hari yang lebih berkat.



Haha.. Selalu orang cakap untuk hari yang lebih bertenagakan.. Tapi saya tukar kepada yang lebih berkat... Tidur awal tu sendiri adalah suatu sunnah... Nabi Muhammad SAW mementingkan tidur awal untuk bangun di satu pertiga malam untuk bertahajud dan berqiyamulaill. 

Orang sekarang ni banyaknya trend tidur lambat.. Saya pun tak terkecuali... Dulu-dulu, saya berpegang kepada prinsip saya ni 'orang malam'. Maksudnya saya suka tidur lewat untuk membaca, menonton tv, study, drive balik kampung dan sebagainya. Saya macam lemau sikit kalau berpagi-pagian... Ishhhhhh mentaliti orang muda... Konon la sangat kan.... 

Sebenarnya, saya nak ajak semua, ubah cara hidup... Lebih baik kita berpagi-pagian daripada bermalam-malaman... Kalau nak rasa malam, bangunlah di satu pertiga malam, kan masih gelap, sunyi dan sepi... :) Nak study ke.. nak basuh pinggan ke... nak kemas rumah ke... Senang sebab takde orang kacau...

Lebih berkat bangun di awal pagi kerana:

  • Dapat berdating dengan Allah melalui solat tahajud, taubat, hajat dan sebagainya... Pada masa inilah, kita nak meluah segala rasa hati dan masalah.... Allah sendiri pun dah cakap, pada masa ini, adalah masa yang berkat untuk Allah akan mengabulkan doa-doa hamba-hambaNya....
  • Solat Subuh di awal waktu. Bukankah kita mengejar solat di awal waktu. Kalau bangun dekat kul 7 pagi, tak dapatlah Subuh di awal waktu. 
  • Dengan bangun awal, kita akan dapat fokus untuk lebihkan berdoa dan berzikir. Kalau Subuh dah lewat, kita dah terkejar-kejar nak bersiap-siap pergi kerja, hantar anak sekolah. Silap-silap berdoa pun laju-laju.. Berzikir entah ke mana...
  • Memulakan hari dengan awal. Apabila dah awal, semuanya pun akan jadi awal. Sampai ofis awal. Anak pun siap awal. 
  • Apabila semuanya awal, hari akan lebih teratur, emosi akan lebih tenang dan bahagia... Hari pun akan berjalan dengan lebih baik... Bukankah itu namanya hari yang berkat :) Cuba bayangkan kalau bangun lambat, mesti kelam kabut dan rasa pun dah tak best... Kadang-kadang, jadi perkara-perkara yang tak best lepas satu ke satu.... sabar aje la...

Bagi yang baru nak bermula, nak bangun awal ni, memang kuat sangat dugaannya... Bila kita nak buat sangat tu, lagi kuat kita akan diuji... Yang penting jangan putus asa... Kalau tak jadi, teruskan aje nekad tu.. InsyaAllah, lama-lama akan jadi juga :)

Nak senang bangun awal, rancanglah malam anda supaya anda boleh tidur awal... Badan kita ni akan mengikut kebiasaan. Kalau dah biasa tidur 8 jam, nanti kalau kita tidur lambat dan bangun awal, akan terjadi sleep deprived. Tidur yang tak cukup akan menyebabkan kita berhutang tidur dengan badan kita... Jadi jangan terkejut apabila badan kita tiba-tiba shut down and doze off.. Sebab badan kita nak ganti tidur yang kurang tu...

Kalau nak cheat pun boleh... Haha... Sebelum tidur malam tu, ambillah 4 biji tablet kalsium Ostematrix... InsyaAllah, esok pagi, kita akan terasa lebih segar... Nak bangun awal pun senang... keperluan kalsium dalam badan pun akan mencukupi. Esok pagi, nak membuang pun, InsyaAllah lawas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita ubah kepada corak hidup yang lebih sihat. Kalau nak tablet Ostematrix tu, jangan segan-segan hubungi saya di 012-5538628. Memang terasa lain sangat bila amalkan Ostematrix tu tau... Saya boleh CODkan Ostematrix tu pada anda di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang, 

Terima kasih.
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh pakai ID ini jika anda walk-in  sendiri ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Cara untuk Bertenaga Semasa Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni banyak pulak saya bercerita tentang berpuasa... Kali ni, saya nak cakap pasal cara untuk bertenaga semasa berpuasa... Ramai orang memang kalau boleh nak sentiasa cergas bertenaga, especially semasa berpuasa... Heeee...




Saya nak kongsikan caranya lah ni... Haaaa... Cara yang terbaik ialah, detoxkan dahulu badan anda sebelum Ramadhan tiba. Jangan tak percaya.. Hanya orang yang dah melalui proses dan program detox akan merasai kesannya, MACAM SAYA :D

Alhamdulillah, saya dah jalani program detox dalam sebulan lebih... Kemudian, selepas detox, saya mula menggantikan puasa-puasa yang yang telah tertinggal. Alhamdulillah, memang rasa sihat bertenaga sepanjang saya berpuasa... This tip applies untuk orang yang bekerja biasa... Bukan yang selalu duduk bawah panas matahari ye...

Macam mana bagusnya berpuasa selepas detox?

  • Kurang rasa lapar. Steady je berpuasa walaupun kiri kanan semua orang tengah makan. 
  • Kurang rasa mengantuk. Ni yang agak ketara sebab masa berpuasa tahun lepas, adehh mengantuk sungguh... Boleh baca tips mengurangkan mengantuk semasa berpuasa di sini.
  • Steady aje walaupun terlewat berbuka puasa (tak dapat elak sebab jalan sesak sebelum sampai umah). 

Kenapa detox bantu mengurangkan rasa letih lesu berpuasa?
  • Badan dah bersih. Oleh itu, zat-zat daripada makanan yang kita makan mudah diserap dan membantu memberi tenaga.
  • Usus juga telah bersih. Tiada masalah angin atau kembung perut.
  • Macam saya, menjalani detox parasit, maka craving atau keinginan nak makan makanan manis tu semua hilang.
  • Selera makan juga terkawal sebab masa detox kita 'eat clean'. Jadi kita takdelah rasa nak makan banyak sangat.


Apa kata anda mulakan 7-hari detox anda? Masih ada masa. Dengan disiplin yang tinggi, InsyaAllah anda akan lebih segar dalam menghadapi Ramadhan serta kesihatan anda juga akan lebih superb. Bagi sesetengah orang, berat badan pun hilang tau...

Berikut adalah supplemen yang anda boleh dapatkan untuk membantu proses detox anda:
  • Vivix
  • Alfalfa Complex
  • Nutriferon
  • DTX Complex
  • Garlic Complex
  • Peppermint Ginger Plus
  • Herblax
Anda jangan risau, untuk melaksanakan program detox ini, anda akan diberi juga 'mealplan' untuk membantu anda merancang pemakanan anda... Semuanya memang esklusif untuk pelanggan-pelanggan saya :)

Jom layan video di bawah. Kawan kita ni, dulu berat 100kg, turun sampai 75kg sebab berdetox aje... Siapa nak? :) Kalau kurus dengan detox pun bagus... InsyaAllah badan maintain, berat tak naik balik.


 

Cara Kuruskan Badan Dengan Betul Sambil Buang Toxin Dalam Badan from iReach HD on Vimeo.


Nak dapatkan supplemen-supplemen detox ni, anda boleh tekan butang Order di bawah. Penghantaran percuma tau sebab ada Vivix :)



Nak beli direct secara pos atau COD daripada saya pun boleh :) Saya boleh CODkan di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. Hubungi saya di 012-5538628. Nak jimat lagi, baik daftar sebagai ahli. Memang tak menyesallah. Banyak sangat manfaat jadi ahli Shaklee tau :) Cepat hubungi saya.... :D

Terima kasih.
SID: 1112978 (boleh pakai ID saya kalau ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Cuaca panas, puasa dan tenaga

Allahuakhbar... Panas betul cuaca sekarang walaupun ada masanya hari hujan.... Hujung minggu yang baru-baru ni, memang agak sibuk sikit. Ada hari sukan anak dan keesokannya berurusan dengan kontraktor... 

Terasa bahang panasnya apabila berada di luar rumah... Memandangkan saya nak mengambil sunat Nisfu Syaaban, saya berpuasa semalam... Ya Allah, walaupun saya kebanyakan masanya duduk di bawah bumbung.... Tapi terasa berpuasa seperti anak-anak kecil... Panas, haus dan letihnya... Allah sahaja yang tahu... Macam terkena heat stroke pun ada.


Silap saya juga tidak terbangun sahur pagi semalam... Dahla malam sebelum itu pun agak kurang minum air... Korang bangun sahur tau.. Banyak pahala dan keberkatannya...

Masa hari sukan anak saya pada hari Sabtu tu pun boleh tahan juga... Berada di luar... Tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpuasa... Boleh minum air... Yang best lagi bawalah air Performance Drink yang berperisa oren.... Memang bagus untuk mengekalkan badan bertenaga selalu dan kurang haus :)

Sebab apa saya cakap saya macam terkena heat stroke? Sebab saya terasa sakit kepala sangat... Itu adalah petanda heat stroke.. Anda boleh rujuk maklumat tentang heat stroke di sini.

Hari ni, saya ambil pengajaran daripada peristiwa semalam, dan memastikan saya bersahur di pagi hari... Saya memang agak ala kadar je apabila makan sekarang ni... Heee... Jadi pagi tadi, saya bersahur telur goreng dan minum ESP. Tapi yang bestnya, kalau anda ni nak bersahur express, yang terbaik, amalkan minuman yang terdiri daripada:
  • ESP
  • Mealshakes
  • Performance Drink
Kombinasi ketiga-tiga ini dinamakan Mighty 3 Gems. Berikut adalah kebaikan Mighty 3 Gems ini :)


Haaaa... Memandangkan ramai dah mula berpuasa sunat sekarang ni, tak rugi anda mulakan sekarang. Bukan sahaja anda akan menikmati hari yang penuh bertenaga, malah kombinasi ini juga membantu mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh badan anda. Ibu-ibu yang sedang menyusukan anak tu, digalakkan sangat mengamalkan set Mighty 3 Gems ni...

InsyaAllah, selain mengandungi kandungan indeks glisemik yang rendah (melepaskan tenaga secara perlahan-lahan dan mengurangkan rasa lapar), hasilnya anda akan lihat sendiri, kesihatan anda akan lebih baik serta memberi kesan kepada keadaan kulit anda sebab ESP dan Mealshakes adalah sumber protein yang sangat-sangat penting untuk keperluan badan anda :) 

Okay, sekarang masanya anda fikir. Percayalah, tak rugi kalau anda melabur untuk set Mighty 3 Gems ni. Seisi keluarga boleh menikmatinya. Jika anda nak order secara online, anda boleh menekan butang Order di bawah.


Anda juga boleh dapatkan daripada saya secara COD atau pos :) Yang nak saya COD kan, saya COD di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.. Untuk pembelian atau pertanyaan, bolehlah hubungi saya di 012-5538628. Pembelian secara online, pos atau COD, semuanya wajib mendapat konsultasi saya secara percuma mengenai pengambilan Vitamin :D

Saya doakan semua orang sihat bahagia dan gembira selalu :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Bimbang Si Ibu.. Anak nak exam

Hati terasa resah... Masa semakin singkat... Macam mana ibu nak buat ni?

Beginilah jiwa seorang ibu... Apa yang dirisau sangat tu? Gara-gara anak nak exam.. Ibu yang tak senang duduk...

Alhamdulillah setakat ni pencapaian abang sangat bagus... Ibu ni bukanlah nak paksa abang sangat.. Cuma tinggal kat Malaysia yang pendidikannya berasaskan exam.. Sedikit sebanyak ibu terpaksa menyediakan abang juga..

Lagi seminggu lebih aje lagi ujian kemasukan ke sekolah agama akan dijalankan.. Tengok soalan soalannya.. Aduh... Ibu kecik-kecik dulu langsung tak tahu apa...



Anak-anak sekarang memang advance berbanding zaman ibu ayah dulu... Jadi ibu terpaksa ikut rentak zaman sekarang.. Padahal ibu nak aje abang main sepuas-puasnya..

Ibu minta maaf abang... Bila ibu jadi cikgu... Ibu memang garang macam singa... Garangnya... Ibu sendiri tak percaya...

Alhamdulillah... Tak sukar untuk mengajar anak-anak... Otak mereka bagaikan sponge.. Mudah menerima apa yang diajarkan dan ingat pulak tu :)

Abang ni dulu, mula-mula ibu dan ayah ingat nak kenalkan kepada supplemen sebab picky eater dan telah stop minum susu apabila umur menginjak 2 tahun... Tapi doktor nasihatkan tak perlu dulu... 

Sampailah pada awal bulan November 2014, pada dinihari tersebut, abang tiba-tiba bangun sambil menangis-nangis... Aku lihat matanya bengkak... Rupanya alergi abang menyerang. Boleh baca kisah selanjutnya di sini.

Saat itu, setelah abang pulih, aku mula berikan Omega Guard Shaklee kepadanya untuk mengurangkan keradangan alergi. Di samping itu, aku juga tambahkan Mealshakes untuk meningkatkan selera makan serta Chewable Vitamin C untuk memantapkan sistem imun abang.

Alhamdulillah, kesihatan abang sangat-sangat baik.. Syukur kepada Allah. Mulai saat itu, sangat jarang abang ke klinik... Omega Guard tu, selain membantu mengurangkan keradangan, juga sangat baik untuk perkembangan otak anak-anak. Anak-anak sememangnya dah bijak tapi pengambilan Omega Guard akan meningkatkan lagi potensi anak-anak itu.

Bagi ibu bapa yang mencari supplemen untuk anak-anak, saya sangat menggalakkan pengambilan:
  • Mealshakes mengandungi vitamin dan mineral untuk perkembangan anak-anak serta membantu mengurangkan masalah sembelit anak-anak.
  • Chewable Vitamin C membantu meningkatkan  sistem pertahanan badan anak-anak.
  • Omega Guard membantu dalam perkembangan otak, memperkuatkan sistem imun badan serta mengurangkan masalah batuk dan selsema anak-anak.
  • Vitalea for children merupakan multivitamin untuk anak-anak yang membantu mencukupkan nutrisi asas yang diperlukan untuk perkembangan anak-anak.

Maaflah terlencong pula pasal supplemen... InsyaAllah, anak-anak mempunyai potensi yang sangat baik, encourage them but don't force them. Ibu yakin, abang akan buat yang terbaik untuk exam itu nanti. Ibu serahkan kepada Allah untuk menentukan yang terbaik :)

Yang nak beli supplemen untuk anak-anak, anda boleh beli secara online dengan klik butang order di bawah.


Kalau nak tanya saya mengenai supplemen-supplemen ini atau dapatkan daripada saya secara pos atau COD, boleh hubungi saya di 012-5538628. Nak jimat lagi, anda boleh mendaftar sebagi ahli. Hubungi saya segera :)

Saya COD di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.

Terima kasih.

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh guna ID saya jika walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628