7 Adab-Adab Melawat Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Kali ni nak share pasal adab-adab melawat bayi baru lahir. 


Apabila kita nak melawat bayi baru lahir, kita tak bolehla nak terjah tak tentu pasal... Jom kita tengok 7 adab-adab melawat bayi baru lahir.



1. Datanglah melawat pada waktu yang bersesuaian. Kalau di hospital kerajaan, waktu lawatan tu dah ok. Plus hospital kerajaan tak izinkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun melawat (ada sebab tu, cer baca point no 5). Janganlah melawat baby waktu azan Maghrib tengah berkumandang. Walaupun mungkin pada waktu itu, anda nak menolong si ibu dalam membetulkan cara menyusukan bayi. Kalau nak datang malam pun, agak-agakla ye.. Tak elok... bayi tu fresh lagi... mudah diganggu syaitan-syaitan yang berkeliaran...



2. Apabila datang melawat baby, pastikan kita yang melawat ni, berada dalam keadaan bersih dan sihat. Sistem pertahanan bayi masih lemah pada waktu ini. Jadi kalau anda sedang mengalami batuk-batuk atau selsema... tak payah la pergi melawat baby langsung.



3. Kalau nak dukung baby, minta izin daripada ibunya dulu ya. Mana tahu, puas dah si ibu sebelum anda datang mendodoi nak tidurkan baby. Bila da tidur, tiba-tiba kena angkat, bangun pulak kan :) 



4. Ini pun salah satu adabnya... Doakan pelan-pelan dalam hati pun takpe... Nak hulurkan buah tangah atau hadiah untuk ibu dan baby pun boleh... Kalau tak tahu nak bawa apa, boleh hadiahkan si ibu Set Berpantang Shaklee. Mesti si ibu happy :)



5. Apabila kita melawat bayi yang baru lahir dan bawa pula anak-anak kita bersama, pleaseeeee pastikan yang anak-anak kita juga sihat untuk melawat baby. Banyak ibu bapa kurang prihatin bab kesihatan anak-anak mereka. Tolong jangan biarkan anak-anak yang tengah selsema atau batuk mendekati baby... atau pegang baby... Kasihankan baby.... Sistem imun baby kan masih lemah.



6. Point ni pun penting.... Memang salah satu adab yang harus dijaga. Ibu yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan yang lemah dan sensitif... Jangan kita gasak dengan pertanyaan atau kata-kata yang sensitif, seperti mempersoalkan cara si ibu mengendalikan babynya, jangan condemn fizikal si ibu pada waktu tu, cara menyusukan bayi, dan banyak lagi perkara-perkara yang sensitif yang daripada kita bercakap, baik kita diam. 



7. Mungkin ramai yang tidak sedar akan hal ini. Tapi selalunya pun, kita jarang mengambil gambar menggunakan flash. Alhamdulillah. Tapi beringatlah ye, kalau nak ambil gambar, pastikan setting camera tu takde flash. Kasihan pula pada baby, nanti sel pada matanya rosak... Jadi, bawa-bawa beringat.

Harapnya entri ini membawa manfaat. Saya dulu, sebelum melahirkan lagi, saya dah beritahu suami saya, yang saya taknak ramai sangat pelawat. Bukan tak suka, tapi sekarang ni banyak sangat kes-kes bayi dijangkiti penyakit daripada orang-orang yang datang melawat. Keadaan sekarang dah tak macam dulu... Kasihan pada ibu dan baby. Sekadar peringatan untuk kita renung-renungkan... Lebih baik kalau nak melawat selepas ibu dah habis berpantang. Sekurang-kurangnya baby pun dah semakin kuat :)

Anda nak cari supplemen untuk immune booster? Dalam 6 hari lagi promosi Nutriferon akan berakhir. Sekarang ni pula musim batuk-batuk selsema. Meh dapatkan immune booster anda daripada saya dengan harga istimewa. Hubungi 012-5538628 :)

Diana
SID: 1112978
Previous
Next Post »
0 Komentar