Kak Yone Dulu Dan Sekarang

Dulu dan sekarang...

Masa tahun 2013 ni, kak yone belum lagi makan Shaklee dengan konsisten. Ada lah sekali sekala kak yone amik Ostematrix 😊 

Kulit muka kak yone, bila da tua² ni... Macam ada masalah T-Zone. Dulu-dulu masa remaja memang kulit berminyak dan berjerawat on and off. Yang paling teruk jerawat keluar masa di uni. Tengok dalam gambar 2013 tu, parut-parut jerawat masih kelihatan.

Masuk tahun 2014 baru kak yone konsisten sikit makan vitamin-vitamin Shaklee. Sebelum tu memang ada makan vitamin brand lain, tapi tak nampak apa-apa kesan pun. Penat nak bagi habis berbotol-botol tapi tak rasa apa-apa.

Vitamin yang kak yone konsisten makan ialah Ostematrix, Omega Guard, GLA, Alfalfa, vitamin E, Vivix, B Complex. Penghujung tahun 2015, kak yone pregnant, so start amalkan set hamil Shaklee yang ada Vitalea, B Complex, ESP, Ostematrix, vitamin C, Omega Guard semualah πŸ˜€

Yang bagusnya apabila kita konsisten makan vitamin ialah, kita beri makan makanan yang berzat kepada sel-sel kita. Apabila sel kita dapat zat yang bagus-bagus, insyaAllah sihatlah badan kita 😊


Kiranya memang banyaklah jenis vitamin kak yone makan secara konsisten. 9 bulan mengandung campur lepas berpantang lagi. Sekarang kak yone selalu pastikan vitamin C, Omega Guard, Ostematrix, B Complex kena sentiasa ada 😊 

Alhamdulillah nampaklah kesan luaran macam kulit lebih stabil, jerawat pun dah malu-malu nak keluar. Kalau dalaman, dulu sakit tumit, sekarang dak dah. Hidung selalu tersumbat pun dah ok. Banyak sangatlah kesan baiknya. Alhamdulillah atas keizinan Allah jua. Kita beri yang terbaik untuk diri kita.

Bukan jangka masa yang pendek kak yone lalui dengan Shaklee. Jadi nampak kesan jangka masa panjang yang sangat positif. Apa pun kena konsisten. Badan sendiri, nak pakai lama. Memang diakui masa muda remaja memang kak yone cergas. Tapi bila umur dah meningkat ni berbeza rasanya. Tu pentingnya supplemen. Kasihan sel-sel dalaman. Nak juga nutrisi yang baik-baik kan?



Kak yone makan, kak yone share and kak yone jual πŸ˜‰
Shaklee di hatiku ecewahhh 

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Setiap Rumah Harus Ada

Hari ni kat area kak yone, dari pagi tadi sampai sekarang hujan. Alhamdulillah nyaman je hari ni.   Belanja satu gambar dengan vitamin C yang kak yone rasa harussssss sangat sentiasa ada di rumah kak yone. Malah kak yone cadangkan setiap rumah harus ada 😊



Mesti bersebab kak yone kata harus ada kannn. Sebabnya:
1. Kulit kak yone ni tak stabil. Kalau kurang nutrisi mulalah naik jerawat-jerawat walaupun dah berumur πŸ˜‚ Bila makan vitamin C ni, alhamdulillah jerawat terkawal πŸ˜€

2. Kak yone mula serius makan vitamin C ni masa mengandung anak kedua. Sebelum tu memang tak pernah makan langsung. Jadi bila mengandung, masa demam, batuk, selsema, vitamin C ni lah yang kak yone telan. Ibu mengandung kan risau nak telan macam-macam ubat. Tapi bukan tak boleh. Kak yone pilih not to. 

Lagipun vitamin Shaklee semuanya semulajadi dan bebas bahan-bahan sintetik. Plus Vitamin C memang kita dah sedia tahu membantu mempertingkatkan sistem imun kita.

3. Walaupun 'hanya' vitamin tapi ada teknologi tau. Teknologi apa? SUSTAINED RELEASE. Walaupun hanya 500mg tapi disebabkan teknologi ini, hanya 100mg dilepaskan layer by layer setiap jam. Jadi badan kita akan utilise vitamin C untuk keperluan badan dan bertahan dalam badan selama 5 jam.

Tiadalah pembaziran nutrisi. Kalau yang takde teknologi ni, walau 1000mg sekalipun, bila masuk badan, badan hanya serap ikut keperluan (takkan capai 1000mg pada satu-satu masa) selebihnya dibuang melalui urin, peluh dan sebagainya πŸ˜‚ Rugilah the precious vitamin C.

Banyak lagi kebaikan vitamin C ni. Macam siapa nak mencerahkan bukan sahaja muka, tapi seluruh badan, boleh berikhtiar dengan vitamin semulajadi ini 😊




Saja kak yone share juga video testimoni vitamin C yang kak yone 2 tahun konsisten amalkan 😊





Dalam sebotol vitamin C ni ada 180 biji. Boleh makan sampai 6 bulan. Sangat-sangat berbaloi tau untuk anda semua dapatkan vitamin C Shaklee ni.

Sekian sharing kak yone
Pengedar vitamin C anda:

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Suatu Hari Di Kampung

Omega Guard ni banyak sejarahnya dalam keluarga kak yone. Sebab itulah Omega Guard merupakan antara vitamin yang paling kak yone suka dan kak yone sayang (vitamin pun nak sayang? 😁)

Kali ni nak cerita pula kisah Omega Guard masa balik kampung raya tahun lepas... Memang kebiasaannya kak yone akan bawa beberapa botol vitamin keperluan keluarga kak yone. 

Nak dijadikan cerita, masa balik tu, mak mertua kak yone tiba-tiba terkena alergik. Habis bengkak bawa mata dan di bahagian dahi. Klinik bagi ubat yang mengantukkan.... Jadinya masa raya tu mak mertua drowsy je πŸ˜₯

Selepas beberapa hari raya, apabila kami dah nak balik, kak yone tinggalkan Omega Guard yang dah buka (untuk makan sendiri) untuk mak. InsyaAllah Omega Guard ni bagus untuk inflammasi (bengkak-bengkak) dan juga bantu mengurangkan sakit lutut yang mak memang dah lama deritai.

Setelah beberapa minggu, mak tanya kat kakak ipar kat mana nak beli 'ubat' yang kami bagi tu 😊 Allahuakhbar syukur sangat kami rasa sebab mak dapat merasai kebaikan Omega Guard itu. Dengan izin Allah jua 😊

Sekarang ni... Omega Guard ni memang kami bekalkan pada mak setiap bulan dan mak memang tak abaikan pengambilan Omega Guard ini setiap hari. Inilah yang boleh kami lakukan untuk mak walaupun tak dapat kami nak balas segala jasa dan pengorbanan mak... πŸ˜ƒ



Kak yone belanja beberapa testimoni Omega Guard ni ya.



Haaaa tu yang kak yone sayang sangat Omega Guard ni. Dulu Kak yone pun sakit tumit teruk juga. Tapi apabila dah konsisten makan Omega Guard, alhamdulillah hilang 😊

Nak dapatkan Omega Guard ni, hubungi kak yone di 012-5538628. Beza beli dengan kak yone dan 'platform' yang lain ialah, kak yone akan berikan konsultasi dan pemakanan vitamin secara percuma.

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Ohhhh hujan di kampung yang ku rindu

Sekarang ni di beberapa buah negeri, boleh kata hari-hari mesti hujan... Hujan lebat pulak tu... Jangan lupa berdoa tau waktu hujan lebat-lebat ni...

Masa kecik-kecik dulu memang kalau hujan, dekat luar rumah mesti air naik 4 inci... Rajinlah amik penolak air... Tolak air masuk longkang (sambil tu main air 😁) 

Tapi kesian juga kat anak-anak bandar sekarang... Memang tak dapat main hujan sangat sebab kat bandar ni, udaranya tercemar... Terkena kulit... Ada yang jadi gatal-gatal... 

Tapi kak yone biarkan aje anak kak yone main hujan kalau balik kampung nun di timur... Masih lagi terasa nyaman di malam hari.... Kalau hujan macam ada aircond je πŸ˜€


Tapi lepas tu jangan lupa bagi makan Omega Guard dan Chewable Vitamin C 😊dengan konsisten untuk membantu dalam memperkuatkan sistem pertahanan badan serta memanaskan badan anak-anak kita.

Jom layan beberapa testimoni berkaitan Omega Guard ni 😊




Tu yang best sangat Omega Guard ni untuk anak-anak. InsyaAllah, jika sebelum ni anak-anak selalu tak sihat, cuba konsistenkan pengambilan Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus. InsyaAllah ibu-ibu pasti gembira πŸ˜…

Nak dapatkan vitamin-vitamin ini, boleh hubungi kak yone di 012-5538628.

Mentor dan agen Shaklee anda:
Kak Yone
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Senang Sangat Berbiz Shaklee

Apabila kita menjalankan perniagaan, tentu sekali kita kena rekodkan segala transaction jual beli yang telah dijalankan. Kalau idak, mesti keliru, beli apa lah banyak sangat. Last-last hati sendiri tak syok.

Kalau yang berniaga secara kecil-kecilan, macam orang yang belum aktif sepenuhnya dalam berniaga, mesti harap ingatan aje apabila membeli stok atau barangan  jualan.

Last-last lupa juga kan πŸ˜‚

Kalau macam berbisnes Shaklee, macam mana agaknya ye kita nak rekodkan segala pembelian vitamin-vitamin kita? 

Senang sangat... Kalau beli online atau offline, semestinya akan dapat tax invoice dan resit bagi setiap pembelian. Tapi kadangkala ada customer yang membeli dengan menggunakan ID kita secara direct di Shaklee, maka segala rekod boleh dirujuk secara online je di Historical Order je.


Memang mudah sangat. Shaklee dah sediakan platform yang terbaik untuk kita uruskan dengan bijak πŸ˜€ Nak taknak je kan....

Jom, nak join Shaklee, senang aja. Hubungi Kak yone di 012-5538628 πŸ˜‰

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Penting Ke Handphone Canggih Untuk Biz Online?

Apabila nak memilih telefon yang smart sekarang ni... Saya terkejut dengan diri saya sendiri... Mungkin dulu-dulu saya akan pilih jenama... Tapi sekarang.... Saya lebih releks... Terlalu banyak pilihan smart phones sekarang dan semuanya pun bagus-bagus juga.


Memang diakui iphone, Samsung semua nampak fancy... Tapi apa yang penting bagi saya sekarang ialah.... Telefon tu, kena ada banyak space untuk saya save gambar-gambar yang saya guna untuk promote di kedai online saya πŸ˜‰ dan kelajuan fon tu biarlah acceptable.. taknaklah asyik hang je...

Satu lagi ciri-ciri penting telefon saya ialah kena tough! Haha... Biasalah jadi ibu ni, anak-anak selalu pegang juga... Saya sendiri kadangkala kelam kabut, jatuh pulak fon saya. Jadi, telefon saya kena kuat dan skrinnya pun takleh manja-manja. Kalau tak memang dah retak seribu.

Haaaa satu lagi, bateri kena tahan lama sebab kalau kena cas... Tak best πŸ˜‘ Kalau boleh tak cas lagi bagus 😝

Apa pendapat anda? Cer komen 😊

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Rezeki Di Mana-Mana Asal Rajin Jer

Hampir setiap pagi, apabila kak yone nak ke tempat kerja, pasti di suatu kawasan yang ada trafik light yang lama sikit ni, kak yone akan melihat sekumpulan anak muda dalam 3-4 orang mengendong bakul yang berisi sandwich. 

Gambar ihsan Google

Jadi, kereta-kereta yang sedang menunggu untuk jalan ni, ada yang beli sandwich ini daripada mereka. Tersenyum aje kak yone tengok. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. Malah ada yang dah mengendong bakul kosong. Habis dijual. 

Nak berniaga memerlukan usaha. Asal mahu pasti ada jalannya 😊

Begitu juga apabila berbisnes secara online. Nama pun online, bisnes di hujung jari. Hanya memerlukan usaha untuk jari jemari ini menaip di muka buku, di blog atau di mana-mana sahaja platform yang kita boleh promote bisnes secara online. Apa sahaja pekerjaan yang diusahakan, awal-awalnya pasti akan melalui kesukaran. 

Kalau buat fanpage di FB macam Fanpage kak yone www.facebook.com/Hearty.Love.Healthy bukan dalam masa satu hari likers akan mencecah ribuan. Memang amik masa. Tapi InsyaAllah, lama-kelamaan pasti akan ada genuine likers dan followers tersendiri 😊 Yang penting don't give up and don't stop moving. 


Dalam keadaan sekarang ini, perniagaan secara online ini sedikit sebanyak memang membantu untuk 'cover' keperluan yang semakin meningkat. Perniagaan secara online pun tidak memerlukan kedai fizikal. Hanya ada akaun FB pun dah ok dan sedikit keberanian untuk menulis di FB πŸ˜†

Jika hanya berharap pada satu pekerjaan, sangat-sangat berbahaya sekarang ini. Sebab kita sendiri tak dapat ramal sejauh mana stabilnya sesuatu organisasi tersebut. Malah, komitmen tahun ke tahun semakin meningkat.

Kak yone sendiri terasa the pinch apabila anak mula bersekolah. Walaupun sekolah kerajaan, tapi banyak duit yang harus dikeluarkan. Ingatkan tadika aje mahal. Dah bersekolah pun, kita kena fikir mengenai transport dan penginapan anak sementara ibu bapa bekerja πŸ˜“

Satu lagi, kalau macam kak yone berbisnes Shaklee, Shaklee sendiri telah menyediakan platform online yang bagi kak yone sangat effisyen. Perniagaan secara online berfungsi 24 jam.


Kalau kak yone nak order vitamin, boleh order secara online, malah kalau customer taknak order melalui komunikasi dengan kak yone, customer boleh order direct melalui link yang kak yone sediakan. Penghantaran tetap sampai ke depan pintu 😊 

InsyaAllah, daripada berniaga secara online, terlalu banyak skill yang boleh dipelajari dan lama-lama boleh diaplikasi secara offline pula, Jadi, apa lagi? Masih belum terlambat untuk bermula sekarang! 

Kalau nak join berbisnes Shaklee, insyaAllah, kak yone boleh membantu. Malah ramai lagi mentor dalam Shaklee yang akan sama-sama membantu dalam memperbaiki diri kita untuk kehidupan yang lebih baik, insyaAllah πŸ˜‰

Mentor dan agen Shaklee anda:
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Adik-Adik Jom!

Baru-baru ni akak ada terdengar berita. Ada pulak geng baru yang mencari dara dan teruna pingitan. Cukup 1000 orang, baru berhenti. Pastikan adik-adik bersedia awal-awal kalau terserempak dengan geng ni πŸ˜…

Tapi yang bagusnya, adik tak payah susah-susah mencari. Sekarang ni, nak mencari pekerjaan yang 'kena' dengan qualifications memang agak mencabar. Rata-ratanya terutama yang fresh grads memang terpaksa terima aje peluang pekerjaan yang lalu di depan mata. Iyola... Duit ptptn nk kena bayar. Nak taknak terima aje. Amik pengalaman dulu katanya.

Ada kawan kak yone yang terpaksa terima kerja sebagai pembantu perpustakaan di FRIM. Alhamdulillah pekerjaan yang rezekinya halal. Tapi memang dia sedih juga sebab FRIM jauh dari rumahnya. Dah la takde transport, kena naik bas. Malam-malam baru balik. Kelayakan sebagai 'budak lepasan U' rasa macam tak berbaloi katanya. Tapi apa pun, bila bersabar, pasti ada kebaikannya. Akhirnya dia naik pangkat mengikut kelayakannya dan tukar department.

Kak yone nak ajak adik-adik memulakan bisnes online. Tak sesusah mana pun sebab tak payah nak sewa kedai, bagai. Paling cikai, ada FB je. Selebihnya pakai topeng sebagai seorang peniaga. Takde siapa yang nampak adik-adik secara fizikal melainkan adik COD la. Tapi tu pun mesti orang WOW sebab muda-muda dah berbisnes sendiri 😊

Kalau boleh diulang balik ke waktu kak yone belajar dulu, ecewahhh.... Kak yone harap sangat masa tu kak yone dah kenal Shaklee ni. Start early succeed early juga la kan 😊 Cumanya hidup kita ni dah ditentukan dengan terbaik sekali. Jadi, adalah hikmahnya tu.

Dengan segalanya di hujung jari, InsyaAllah mudah untuk kita mulakan sikit-sikit. Lama-lama pengalaman berbisnes Shaklee akan membantu dalam bidang pekerjaan. Kalau bisnes dah stabil, boleh tumpukan aje dengan Shaklee 😊 Jadikan sebagai main career. Kan seronok dapat jadi founder dan CEO syarikat sendiri. Tapi make sure la syarikat yang aktif πŸ˜„

Apa pun, kalau nak seribu daya. Kalau masih belum dapat kerja, it's ok. Start small. Buatlah bisnes Shaklee. Daripada tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya ada juga kerja nak dibuatkan? Berbisnes Shaklee bukan goyang kaki je tau. Siapa buat dia pasti dapat.

Gambar ihsan Google


So apa lagi adik-adik sekalian. Kak Yone nak adik-adik join akak dalam meng 'encourage' orang-orang di luar sana tentang pentingnya kesihatan ni masa sihat sebelum sakit. Sebab bila dah sakit, dah tak seronok. So jom whatsapp akak di 012-5538628 pasal bisnes Shaklee ni πŸ˜€ Akak tak kisah walau di mana adik berada πŸ˜‰

Mentor Shaklee anda:
Nurdiana Aniff
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Brokoli Sayur Pelbagai Khasiat Yang Best!

Apabila bercakap pasal sayur-sayuran, saya paling suka makan brokoli. 


Selalunya orang masak dengan sayur campur dengan karot. Tapi saya suka yang makan dengan steak dan mash potatoes tu 😊

Saya tahu banyak sangat khasiat brokoli ni. Tu yang saya suka 😍 Yang best lagi pasal brokoli ni ialah brokoli ni sangat rangup tau. Saya memang suka sayur-sayur yang crunchy ni.

Dengan sukanya saya pada brokoli, saya juga dapat kebaikan yang sangat banyak daripada brokoli. Apa khasiat brokoli?

πŸ’– Mengandungi serat yang sangat tinggi dan bagus untuk pencernaan.

πŸ’– Membantu mengurangkan masalah sembelit.

πŸ’– Membantu mengekalkan kandungan gula yang rendah.

πŸ’– Secawan brokoli mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan kandungan secawan jagung atau nasi. Tapi dengan kandungan kalori yang kurang separuh daripada nasi atau jagung tersebut.

πŸ’– Brokoli juga merupakan sayur yang bertindak sebagai anti inflamasi. Oleh itu meredakan radang di dalam badan yang sangat bagus bagi sesiapa yang mengalami sakit-sakit sendi.

πŸ’– Sangat bagus untuk mata kerana mengandungi kandungan karetenoid. lutein dan zeaxanthin yang tinggi yang memang bagus untuk kesihatan mata.

πŸ’– Kandungan sulphoraphane di dalam brokoli sangat bagus sebagai agen anti-kanser kerana ia membantu membunuh sel-sel kanser.

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan 4 hidangan brokoli setiap minggu membantu melindungi kaum lelaki daripada kanser prostat.

πŸ’– Sulphoraphane juga membantu dalam melambatkan proses penuaan kerana ia membantu dalam menstimulasi antioksidan yang akan menghapuskan radikal-radikal bebas di dalam badan dan pada masa yang sama membantu mempertingkatkan sistem imun.

Banyak lagi tau khasiat brokoli ini. Oleh itu, makanlah sayur kerana banyak sangat khasiat sayur-sayuran ini terutamanya brokoli πŸ˜‹

Tapi, pengamalan supplemen yang mengandungi khasiat-khasiat seperti di atas pun ada juga 😁Supplemen Vivix merupakan supplemen yang sangat powerful. Antara kebaikan Vivix ialah:

πŸ’™ Kandungan Resveratrol dalam Vivix membantu memperbaiki sel-sel yang rosak di dalam badan kita.

πŸ’™ Menghapuskan sel-sel jahat di dalam badan seperti sel-sel kanser dalam proses apoptosis.

πŸ’™ Mengurangkan inflamasi di dalam badan. Sangat bagus untuk orang yang mengalami sakit-sakit sendi.

πŸ’™ Merupakan supplemen anti-aging. Membantu meremajakan semula sel-sel. Memberi tenaga kepada sel.

πŸ’™ Membantu dalam ikhtiar penyakit-penyakit kronik.

πŸ’™ Nak berhenti merokok pun boleh berikhtiar dengan Vivix tau 😎






Haaa banyak lagi kebaikan Vivix ni. Supplemen ni memang powerful. Harga sebotol RM475.00. Tapi kan..... Kalau dibandingkan dengan kesihatan kita, mana yang lebih mahal? Vivix atau kesihatan? Renung-renungkan πŸ˜‰

Ikhlas,
Kak Yone jual Shaklee
012-5538628

COD:
- Petaling Jaya
- Shah Alam
- Klang
- Mid Valley

Postage percuma ke seluruh Malaysia bagi belian Vivix.

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

You Get More Than You Give

Teringat kembali suatu kisah dahulu. Haaaa tengok, masa nak tulis ni Allah bagi ingatan balik.. Tadi dah terlupa apa nama tempat tu πŸ˜›

Dalam tahun 2014, hari Sabtu. Saya join satu group yang nak bawa anak-anak yatim serta asnaf berjalan-jalan ke Putrajaya. Nak dijadikan cerita, group kami berpecah-pecah pula. Ada yang sampai tersesat sampai ke Puchong. Yang ada ni, berkumpul di Taman Wetlands menunggu yang lain. Saya pun baru first time sampai situ.


Saya bawa juga anak lelaki saya yang dalam umur 4 tahun masa tu. Kami menunggu di Taman Wetlands sementara menunggu kereta-kereta yang lain sampai.

Pada hari itu, saya dengan anak saya keluar dari rumah memang awal pagi lagi. Sebab tempat berkumpul di Kajang, jadi agak jauh dari rumah saya. Memang pagi tu, keluar dengan perut kosong. 

Matahari semakin meninggi. Dah dekat tengahari. Jadi cuaca memang terang dan panas. Silap saya tak membawa bekal apa-apa, hanya membawa air kosong. Saya tumpang duduk di salah satu pondok rehat (gazebo) di situ. Disebabkan ramai orang, saya menumpang bersama-sama dengan keluarga yang lain juga.

Kat gazebo tu pulak ada KFC lunch plate. Memang berkotak-kotak. KFC ni dibawa oleh keluarga yang duduk di gazebo tu. Anak saya minta nak minum air gas (pepsi) yang ada di situ. Cepat-cepat saya tegah kerana malu dengan keluarga yang membawa KFC tersebut.

Rupa-rupanya salah seorang ahli keluarga tu (pakcik) mendengar permintaan anak saya. Diberinya air pepsi tersebut. Tak cukup dengan itu, anak saya minta pula nak makan ayam! Allahuakhbar. Segeralah saya cakap tak boleh sebab bukan kepunyaan kami. Orang tu bawa untuk keluarganya. 

Sekali lagi, pakcik tu cakap, "Ambillah ayam tu, takpe ambil sekotak terus." Ya Allah, masa tu saya rasa speechless. Bersyukur sangat.... Saya pandang pakcik dan makcik yang sedang duduk disitu yang meyakinkan saya supaya ambil sekotak tu...

Gambar ihsan Google

Yang terfikir dalam otak saya masa tu ialah Ya Allah, Kau datangkan rezeki pada masa yang tidak disangka-sangka dan di saat-saat yang sangat diperlukan! Masa tu saya fikir, mungkin ada pemberian saya kepada yang lain yang menjadikan saat ini terjadi.

Walaupun untuk anak saya, saya sangat bersyukur. Saya tahu dia lapar sangat masa tu. Allahuakhbar memang tak dapat nak digambarkan perasaan saya masa tu.... πŸ˜“

Walaupun simple sangat kisah ni. Tapi memang tidak tergambar apa yang saya rasa pada masa tu. Saya percaya, setiap yang terjadi kepada kita adalah yang terbaik Allah tentukan untuk kita 😊

Kak yone jual Shaklee
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Lagi Mahal Lagi Tak Berkualiti?

Kisah sekeping file kertas....

Kak yone: Tengoklah file ni.... Ya Allah nipis sangat macam lebih kurang tebal kertas A4 je (exaggerate sikit tapi memang betul nipis, tebal lebih sikit aje dari kertas A4). Kalau dulu-dulu, tebal juga file macam ni....

Gambar hiasan semata-mata. Abaikan brand tu ya.


En. Asben: Itula barang semakin takde kualiti dan semakin mahal. Bukan semakin murah.

Kalau nak mendapatkan yang bagus, semestinya harganya lebih mahal. Tapi dengan keadaan sekarang, ramai yang terpaksa terima adanya aje kualiti yang diberikan. Memang kebanyakan barang semua semakin mahal. Susah nak cari yang murah.

Risau juga apabila difikir-fikirkan keadaan ini. Sekarang ni kalau nak belajar, yuran yang diperlukan mungkin 4 angka. Masa anak-anak kita nanti, silap-silap dah jadi 5 angka.

Penting sangat rasanya kita betul-betul fikir panjang tentang apa yang kita mahukan untuk masa depan. Bukan aja untuk diri sendiri, malah untuk anak-anak kita juga. Mungkin kita dah terlepas. Macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Zaman sekarang ni, ramai juga yang gajinya terpaksa digunakan untuk perbelanjaan bulanan. Nak menyimpan pun rasanya dah tak cukup. Kalau hadap emergency, mana lah nak cekau duit 😞

Dalam keadaan yang sihat ni, banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Orang tua cakap bersusah-susah dulu, InsyaAllah senang di kemudian hari. Kesian tengok orang yang dah tua terpaksa lagi bekerja sebab nak menanggung kehidupan 😒

Banyak rasanya pilihan jika nak mencari pendapatan sampingan. Macam saya pergi main belon besar di Dataran Shah Alam haritu. Semangkuk air sabun tu dah RM4. Padahal modalnya berapa sangat kan? Peluang ada. Cuma kita nak ambil atau tak aje. Macam nak memulakan bisnes sendiri yang rendah modal, boleh pilih untuk berbisnes yang rendah modalnya macam bisnes Shaklee yang hanya bayar RM79.50.

Selebihnya, anda akan dibimbing oleh para leaders yang hebat yang telah berjaya dalam bidang ini. Yang penting buat, jangan tak buat. Apa yang kita dapat, semestinya hasil usaha kita juga kan 😎

Apa yang kita nak buat dengan hidup kita, sebenarnya kita yang menentukan. Kalau follow the flow, taknak ada perubahan, rugilah kita. Kemelesetan ekonomi tu suatu yang external. Yang internal, iaitu diri kita sendiri yang perlu gerak dan keluar dari comfort zone untuk mencapai suatu yang lebih baik untuk diri kita.

It Starts with you 😍

Nak join kak yone dalam berbisnes Shaklee ini, boleh hubungi 012-5538628.

Mentor Shaklee anda:
Kak yone 😊
012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Mulakan Menabung Untuk Anak-Anak

Bahagia sungguh kak yone tengok gambar ni... 😘Tengok muka si adik yang hepiiii sangat. Main raket badminton tu... Tersenyum habis... 😁


Setiap orang pasti nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak kan? Kita memang takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan... Tapi kita boleh bersedia! InsyaAllah πŸ˜€

Kalau sekarang kebanyakan anak-anak yang mendapat tawaran ke universiti, secara automatik akan dapat bantuan PTPTN. Tapi pada masa hadapan, kita takkan tahu. Kalau masuk universiti awam, mungkin ok lagi... Kalau masuk private universiti, kak yone yakin habis pecah semua tabung ayam tu. Bukan muuuuurahhhhh....

Kak yone sendiri pernah melihat keluarga yang anaknya mendapat tawaran belajar ke IPTA terpaksa meminjam sana sini untuk mendaftarkan anak-anaknya kerana pada awalnya duit PTPTN tak dapat lagi. Itu pun beribu-ribu juga nak dibayar. 

Itu yang nak masuk universiti. Ni yang nak masuk darjah satu pun, beratus-ratus juga nak bayar masa orientasi anak-anak. Kalau hidup sekadar cukup-cukup, mana lagi nak cekau duit nak bayar segala keperluan ini. Tak termasuk lagi baju dan kasut sekolah yang kian mahal.

Keperluan pembelajaran anak-anak pada masa hadapan mungkin semua memerlukan laptop sendiri. Semakin canggih teknologi, semakin banyak pula keperluannya.

Jadi, mulai sekarang, simpanlah untuk tabungan pembelajaran anak-anak. Ada banyak cabang nak menyimpan ni. Boleh buka akaun Tabung Haji, SSPN malah setiap bank ada akaun untuk kanak-kanak. Pilih aje mana yang berkenan.

Pasti ada yang berimpian macam kak yone nak hantar anak-anak belajar ke Mekah dan Madinah. Jadi setiap bulan, paksa diri untuk menyimpan demi anak-anak dan jangan lupa berdoa agar semuanya baik-baik untuk anak-anak kita 😊

Kalau rasa macam susah sangat nak menyimpan untuk anak-anak sebab nak menyimpan untuk diri sendiri pun sukar, apa kata join kak yone berbisnes Shaklee.

Korang tau tak, bisnes Shaklee ni, ramai surihati suami yang join untuk mendapatkan pendapatan dalam membantu keluarga. Ada juga yang bekerja kilang, yang suaminya driver, memang ramai sangat orang daripada pelbagai latar belakang. Dulu mereka pun tak tahu apa-apa tapi mereka sanggup belajar dan mencuba. Sekarang mereka dah jadi leader dalam bisnes ini.

Demi anak, apa salahnya kita bersusah-susah. Dari keadaan yang semakin susah, biarlah kita yang susah. Betul tak? Lagipun, dengan memberikan anak-anak pendidikan yang baik, insyaAllah, kita berusaha memberikan masa depan yang lebih baik kepada mereka. Anak-anak kitalah tunjang agama dan negara pada masa depan.


Jadi usah risau... Biar tak tahu sekarang. Once kaki dah melangkah masuk, kami akan tunjukkan caranya. Yang penting semangat nak berbisnes tu kuat dan hati kental.

Apa tunggu lagi... Jom join kak yone sekarang πŸ˜€

Rakan Shaklee anda

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

2017 Tahun Sukar? Fakta Atau Persepsi?

Ramai yang mengadu tahun 2017 akan menjadi tahun yang sukar. Tapi sesukar mana pun, hidup tetap kena diteruskan. Makanan tetap kena hidang atas meja sebab ada mulut-mulut besar dan kecil yang hendak makan. Anak-anak tetap kena pergi sekolah.

Gambar ihsan Google

Jadi apakah langkah yang boleh diambil untuk move on dan hadapi kesukaran ini? Semestinya kita cari backup plan untuk menampung kehidupan ini. Kalau sekarang dengan satu pekerjaan sekadar cukup-cukup makan, takut kak yone nak cakap. Macam manalah tahun depan. Kak yone pun takut πŸ˜₯

Oleh itu, kak yone nak ajak siapa-siapa yang mencari pendapatan sampingan yang kalau dibuat betul-betul boleh convert ke pendapatan sepenuh masa. Kriteria yang dicari ialah:
- Rajin
- Bertanggungjawab
- Bersemangat untuk belajar
- Mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi untuk merubah nasib keluarga.
- Seorang yang konsisten
- Seorang yang mementingkan kesihatan yang baik

Kak Yone nak ajak anda join Kak Yone sebagai pengedar produk kesihatan Shaklee. Sebenarnya kan produk Shaklee ni, bagus sangat tau. Mana ada produk kesihatan lain yang siap buat Landmark study. Boleh refer keputusannya di sini

Kemudian setiap vitamin yang dihasilkan adalah vitamin yang dah melalui pelbagai ujian klinikal sebelum diluluskan untuk dijual. Bukan tu je, vitamin ni bebas daripada bahan-bahan sintetik dan sangat semulajadi dan organik. Memang kualiti terjaga sangat.

Oleh itu, bagi siapa-siapa yang memenuhi kriteria di atas, InsyaAllah boleh meraih:
- Keuntungan jualan runcit
- Bonus bulanan berdasarkan jualan pada bulan sebelum itu.
- Jika ditingkatkan lagi usaha, boleh mendapat 3C iaitu:
• Cash - duit gaji yang dimasukkan bulan-bulan.   
• Car incentive - elaun untuk bayar apa sahaja kereta yang diingini asalkan buat yang terbaik.
• Convention - hadiri konvensyen di dalam dan di luar negara.

Di samping itu, setiap tahun pasti ada trip dalam dan luar negara pakej 5 star. Nak tukar dengan pakej umrah dan ziarah pun boleh.

Jangan takut dan bimbang. Apabila anda join kak yone ni, semestinya kak yone ajak gi kelas. Ada group online dan offline yang boleh beri tunjuk ajar. Kak yone dulu pun tak tahu apa. 

Dari takde blog, sekarang dah ada blog sendiri
www.kindhearty.blogspot.com

Memanglah apabila nak memulakan perniagaan, mengambil masa. Takde bangunan yang siap sehari. Inikan pula empayer perniagaan kan? Memang semuanya bermula daripada bawah.

Yang penting anda nak buat dan anda konsisten. InsyaAllah, nanti-nanti jangan risau dah belanja harian, InsyaAllah beres. Nak beli barang-barang keperluan pun ada lebihannya 😊

Jom... Apa lagi. Hubungi kak yone di 012-5538628 :)

Mentor Shaklee anda:
Nurdiana Aniff atau mesra dipanggil Kak Yone
012-5538628
#PengedarShakleePJ
#PengedarShakleeShahAlam
#PengedarShakleeKlang
#TsunamiShaklee
#9Gemilang