Tuesday, 29 December 2015

Cara-Cara Mengurangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Apa azam tahun 2016 anda? Haha.... Setiap orang mesti ada azam yang tersendiri kan... Kali ni, jom kita berkongsi cara-cara mengurangkan perut buncit selepas bersalin.



Selepas bersalin, memanglah ibu-ibu takkan dapat menjadi ramping sekelip mata. Ada yang mengambil masa sebulan, dua bulan... 6 bulan... setahun dan lebih lagi... Tapi... dengan menjaga pemakanan (bukan mengurangkan makanan tau, especially ibu-ibu yang menyusu) dan senaman yang bersesuaian, InsyaAllah, berat badan akan menurun dan badan akan kembali ramping seperti dulu-dulu :)

Ok..kembali kepada cara-cara mengurangkan perut buncit selepas bersalin:

1. Menyusukan bayi
Ini adalah cara yang paling senang.... Memang lumrah setiap ibu ingin menyusukan bayi yang dilahirkan. Maka berusahalah untuk menyusukan bayi anda, walaupun perjalanan menyusukan bayi, bukanlah perkara yang mudah. Lengkapkan ilmu berkenaan penyusuan dan dapatkan pertolongan orang-orang yang mahir dalam penyusuan bayi. 

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, ibu-ibu sebenarnya juga membantu proses mengecutkan rahim dengan lebih cepat. Kalau anak pertama, ibu-ibu tidak akan merasa sangat proses pengecutan rahim tu... Tetapi apabila masuk anak kedua, ibu-ibu mungkin akan terasa sakit yang dipanggil rengat. Rasa macam sengal pinggang atau sesetengah orang cakap macam sakit kontraksi.

Masa tukang urut mengurut saya pada hari ketiga, rahim saya sudah mengecut. Terkejut juga tukang urut tu... saya cakap mungkin sebab penyusuan secara esklusif. Apabila kita menyusukan bayi, badan kita juga akan membakar kalori untuk menghasilkan susu ibu... Maka, susukan bayi anda. InsyaAllah berat badan juga tidak akan meningkat.

2. Pemakaian bengkung semasa berpantang dan sesudah berpantang. 
Waktu berpantang, ada sesetengah ibu tidak dapat memakai bengkung atas banyak faktor... Macam saya, kesibukan menjaga bayi di hospital kerana jaundis, menyebabkan saya mengabaikan pemakaian bengkung... Berbeza dengan anak sulung dulu, bengkung memang dipakai setiap hari. Jadi, untuk mengurangkan perut buncit, disiplinkan diri memakai bengkung setiap hari.

3. Balut perut
Kalau terasa susah memakai bengkung kerana mengganggu pergerakan, maka ibu-ibu boleh mencuba kaedah ini. Gunakan plastik yang digunakan untuk membungkus makanan (yang nipis dan boleh melekat-lekat tu). Gunakan plastik itu untuk melilit bahagian pinggang anda (sebelum melilit dengan plastik itu, anda boleh menggunakan campuran kapur dan jus limau kasturi yang disapu ke perut). 

Kalau pakai krim yang menghilangkan selulit tu pun bolehla... Asalkan plastik tu melekat di perut anda. Balut beberapa layer plastik tersebut di perut anda dan pakai baju dan seluar seperti biasa. Boleh dibuat pada malam hari atau siang selama beberapa jam. Motifnya agar perut berpeluh (macam bersauna) dan InsyaAllah, lama-lama akan mengurangkan inci di pinggang juga :)

4. Senaman
Senaman memang tidak boleh dielakkan. Kalau nak all out, buatlah selepas habis berpantang, luka dah pulih dan badan pun da segar. Sebelum nak fokus kepada senaman tertentu, check dulu sama ada ibu-ibu ada mengalami Diastasis Recti atau tidak. Ini adalah untuk mengoptimakan keberkesanan senaman yang akan dibuat oleh ibu-ibu. 

Apakah Diastasis Recti? 
Diastasis Recti adalah pengasingan otot abdomen yang terjadi disebabkan proses kehamilan. Hampir 2/3 daripada ibu-ibu yang hamil mengalaminya. Dengan keadaan diastasis recti, ibu-ibu harus memperbaiki dulu keadaan ini sebelum meneruskan rutin senaman seperti sit up dan sebagainya yang tidak sesuai bagi kes ini. 


Cara-cara senaman untuk memulihkan masalah Diastasis Recti akan dibincangkan pada entry yang lain,

5. Menjaga Pemakanan
Inilah yang paling penting.... Orang kata...dietla tara mana sekalipun... kalau makan setempayan... tak kurus-kurus juga... heeee... 

Selepas melahirkan anak... adalah sangat penting menjaga pemakanan.... terutama ibu-ibu yang menyusukan bayi... kurangkan mengambil makanan seperti sayur-sayur yang berangin seperti kobis.... kerana takut bayi juga kembung... Makan sikit-sikit tapi kerap... yang penting, pada waktu makan utama, pastikan semua nutrisi seperti karbohidrat, protein, serat adalah seimbang dengan keperluan badan.

Untuk kesihatan dan juga proses mengikis lemak dari perut, anda boleh amalkan epal hijau sebiji setiap pagi selama seminggu. Kemudian pada minggu kedua, amalkan jus lemon suam.... InsyaAllah, ada kesan yang baik untuk kesihatan dan membantu mengurangkan perut buncit :)

Kalau nak cuba pemakanan supplemen yang membantu menurunkan berat badan dengan sihat, boleh amalkan supplemen Shaklee berikut:

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard 
- Herblax

Nak dapatkan supplemen-supplemen di atas? Hubungi saya di 012-5538628. Anda akan diajar cara-cara pengambilan supplemen ini untuk proses mengurangkan berat badan dengan sihat dan InsyaAllah berkesan :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Thursday, 17 December 2015

Penyelesaian Bagi Masalah Bengkak Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian :) Hari ni saja nak sembang pasal bab penyusuan.... Kali ni pasal masalah bengkak susu yang dialami oleh hampir kesemua ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Mari kita tengok penyelesaian bagi masalah bengkak susu ni.



Selepas beberapa hari melahirkan bayi, selalunya ibu-ibu pastinya akan menghadapi masalah bengkak susu. Pertama sekali, ini disebabkan oleh lekapan bayi masih belum sempurna sepenuhnya untuk mengeluarkan susu dengan optima. Penyelesaian pantas ialah, jangan biarkan... Memang masa bengkak ni, sakit sangat kan... Jadi ibu-ibu kena pam susu tersebut untuk mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, kerap susukan bayi anda :)

Ada juga ibu-ibu yang telah pam susu tersebut dan susukan bayi.... Tapi payudara masih lagi bengkak dan sakit. Ini mungkin bermakna puting susu tersumbat dan menyukarkan pengeluaran susu. Jadi bersihkan puting susu dengan tuala suam... Tindakan ini membantu membuang kulit-kulit mati yang menyumbatkan lubang susu.

Pada masa yang sama, ambillah tuala yang direndam dalam air suam, dan tuam ke payudara. Urut-urut payudara (ke arah puting) untuk mengurangkan sakit dan membantu melancarkan pengeluaran susu. InsyaAllah sakit dan bengkak susu akan berkurangan.

Bagi sesetengah orang, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Namun ada juga ibu-ibu yang menderita bengkak payudara yang mungkin menyebabkan kes yang lebih serius seperti mastitis dan sebagainya. Maka, boleh juga dicadangkan ibu-ibu untuk mengambil supplemen Lecithin untuk membantu mengurangkan bengkak payudara dan melancarkan pengeluaran susu.

Kebaikan Lecithin:
- Memecahkan lemak-lemak. Apabila lemak-lemak dipecahkan, maka lebih senang untuk dikeluarkan. Dalam kes ini, pengaliran susu akan lebih lancar.
- Apabila pengeluaran susu lancar, maka puting susu juga tidak akan mudah tersumbat.
- Akhirnya, bengkak susu akan berkurangan.

Selain itu, Lecithin juga bagus untuk mengurangkan berat badan. Kan tugasnya memecahkan lemak, maka Lecithin juga membantu memecahkan lemak-lemak dalam badan :)

Nak dapatkan Lecithin dan nak extra tips macam mana nak mengurangkan berat badan dengan Lecithin? Hubungi saya di 012-5538628

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Wednesday, 2 December 2015

Semuanya naik.... Haishhhhh....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Semoga hari ini lebih baik daripada semalam... Hari ni, saja lah rasa nak berceloteh berkaitan kenaikan harga tol, tambang komuter dan LRT.... Ewahhhh banyak sungguh kenaikannya... Dalam Facebook tengok orang post pasal perbezaan harga tiket sebelum dan selepas kenaikan.... 

Semalam pergi ke Mont Kiara... Saya ni tak pandai sangat jalan kat area sana... dua kali terambil salah simpang dan terpaksa tempuh tol... nak patah balik... kena tempuh balik tol yang sama... Adehhhh... dah la sekali tol RM3.00... Manyak mahal woooo... 4 kali kena bayar tol semalam.. dah jadi RM12... pengsan....

Kemudian, saya survey-survey tambang LRT yang baru dinaikkan.... Allahuakhabar,.. Kalau sekali sekala naik LRT, ok la lagi.. tapi kalau hari-hari naik... memang kena beli yang Smart Pass tu semua untuk berjimat... Orang-orang yang tinggal berdekatan dengan stesen LRT semua tu... mungkin tak terasa sangat kenaikannya berbanding orang-orang yang tinggal jauh, terpaksa memakir kereta di stesen LRT dan naik LRT. 

Rungsing dengan kenaikan tambang yang memang perlu dibayar harian... Tak termasuk lagi segala subsidi yang akan dimansuhkan bermula tahun 2016. Allahuakhbar, semoga Allah memelihara kita semua rakyat marhain ini. 



Pada yang sihat dan kuat, mungkin boleh memikirkan cara-cara untuk mencari rezeki tambahan untuk menampung segala kenaikan yang terpaksa ditanggung nanti... Tak kisahla perniagaan MLM atau apa sekalipun, asalkan halal...

Kalau berminat nak join Shaklee... Yuran seumur hidup adalah RM68.90 (selepas GST). Selebihnya adalah atas usaha sendiri. Namun kami takkan biarkan anda keseorangan... Kumpulan sokongan akan membantu anda dalam memulakan langkah dalam perniagaan ini :) Anda buat, InsyaAllah anda dapat. Lagi pun, kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang tidak harus didustakan...

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tuesday, 1 December 2015

Penawar Bagi Usia Meningkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Cepat sungguh masa berlalu.. Dah masuk Disember 2015. Hari tu ingat baru masuk Januari..sekarang da sampai ke penghujung tahun... Begitu jugalah dengan umur kita... dulu muda remaja, cantik menawan... sekarang ni tak muda remaja dah.. cantik menawan masih lagi... heeee :p

Okla.. cakap pasal cantik menawan ni... apabila usia meningkat... tak bermakna kita pun harus jadi tak cantik dah... Tak bermakna kulit muka pun da mula berkedut... Ada orang yang pandai jaga diri... Walaupun umur 70-an masih kelihatan seperti 40-an. Semuanya bergantung dengan cara hidup kita... Pemakanan kita... Tapi diakui zaman sekarang ni... susah betul nak jaga pemakanan.. Maklumlah semuanya nak cepat... kadang-kadang drive-in aje.... Cara hidup pun da banyak berubah... Nak tidur awal tu...kadang-kadang susah sangat... Kesannya dapat kita tengok pada diri kita sendiri la.. Mata sembab... badan letih... muka pun nampak tak berseri dan tua... 

Orang-orang sekarang... kena jaga kesihatan lebih sikit... Bumi pun dah tua.. pencemaran dan radikal bebas berleluasa. Maka... pengambilan supplemen la yang penting... Kaum wanita tentunya amat mementingkan penampilan luaran yang cantik kan... Badan kita ni, sebenarnya mempunyai kolagen yang menyebabkan tubuh montok dan anjal... Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, rambut (keratin), kuku, rawan sendi dan gigi, tulang sumsum, dan tisu-tisu yang menyelaputi organ-organ dalaman kita. Banyak kan...

Apabila usia semakin meningkat, kolagen dalam badan akan mula berkurangan... Vitamin C menghasilkan kolagen.. Vitamin C pula adalah sejenis vitamin yang tidak disimpan di dalam badan tapi larut air dan akan dikumuh melalui pembuangan air kecil. Oleh itu, proses penuaan yang berlaku menyebabkan kolagen juga semakin berkurangan dalam tubuh. Sebab itulah, apabila usia meningkat, kita mula merasa sakit sendi macam sakit lutut, sakit tumit, muka mula menampakkan kedut-kedutan, kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Nak menggantikan kolagen yang hilang, banyakkan makan vitamin C atau pun ambil terus kolagen. Tapi.... nak beli kolagen di pasaran tu... berhati-hatilah.. banyak sangat di pasaran dan kita tak tahu bagaimana keadaan produk tersebut. Pilihlah dari sumber semulajadi yang diyakini.

Bulan Disember ni... Shaklee ada membuat promosi kolagen beli 6 kotak kolagen dapat free sekotak lagi... Kolagen yang berkualiti, bukan murah... Jadi masa promosi ni lah kita borong kolagen banyak-banyak... Kolagen ni bolehla dikatakan sebagai penawar bagi usia meningkat.

Harga Retail Collagen Shaklee RM298.00 sekotak... Tapi kalau beli bulan ni... boleh jimat banyak sangat. Jom.. cepat-cepat hubungi saya 012-5538628 untuk tawaran hebat... Tawaran yang jarang sekali datang tau... :)



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek