Wednesday, 7 October 2015

Atasi masalah kuku dan rambut gugur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... :) Kali ni, nak share lagi la kebaikan salah satu supplemen dalam Set Berpantang Shaklee iaitu Zink Kompleks. Korang tau tak, Zink Kompleks Shaklee ni adalah supplemen yang paling murah iaitu RM33.75 bagi 120 biji. Selain bagus dalam memulihkan luka bersalin dengan segera, Zink Kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah kuku dan rambut gugur.

Saya amalkan zink ini buat pertama kalinya semasa berpantang kali ini. Luka jahitan memang menyakitkan dan agak teruk, memang cepat pulih. Tapi dalam tak sedar, kuku saya yang bergaris-garis pun semakin elok :) Happynya rasa... 

Kuku saya yang bergaris di ibu jari kanan kelihatan seperti gambar ini.


Saya nak masukkan gambar kuku saya, tapi susah nak dapatkan shot yang jelas... Tapi memang nampak perubahan kuku saya. Garis-garis tu memang masih ade, tapi garis timbulnya berkurangan.

Orang cakap rambut akan banyak gugur selepas bersalin kan... Alhamdulillah, rambut saya memang gugur... Tapi tak seteruk mana... Malah saya rasa, rambut gugur kali ini adalah kurang berbanding sebelum saya mengandung dulu. 

Memang best lah supplemen Zink Kompleks ni.... Supplemen paling murah tapi kesannya sangat-sangat memuas dan menggembirakan hati :) Anda nak juga? Hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Memulihkan luka bersalin dengan SEGERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harap semua baik dan sihat-sihat selalu... Sebelum ni saya dah share pengalaman saya bersalin secara paksa iaitu kena induce pada minggu ke-40. Boleh baca di SINI. Kali ni, nak share pulak kisah saya dalam berpantang yang boleh dikatakan lebih mencabar daripada anak sulung dahulu. Yang penting saya nak memulihkan luka bersalin dengan segera.



Saya bersalin secara induce dan divakum serta episiotomy (dipotong tepi). Masa anak pertama pun begitu juga. Tapi mungkin kali ini, jahitan saya lebih banyak (mungkin) sebab saya rasa lebih sakit dan lebih sukar untuk berjalan berbanding semasa anak pertama dulu. 

Saya tak makan apa-apa jamu sebaik sahaja selepas bersalin kerana pemakanan jamu bermula pada hari ke-4. Jadi saya mulakan dengan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Zink Kompleks, ESP, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C dan Vitamin B Compleks. Memang bagus tau Set Berpantang Shaklee ni sebab tidak akan memberi sebarang kesan ke atas bayi.

Walaubagaimana pun, pada hari ke-4 itu juga, saya membawa bayi saya untuk check-up kerana kelihatan wajahnya kekuningan. Masa tu pun dah petang... Ujian darah dijalankan. Lama rupanya nak tunggu result darah untuk jaundice ni... Dalam pukul 5 lebih (klinik pun dah nak tutup, sesetengah staff nurse pun dah balik kecuali yang berkhidmat dengan doktor yang bertugas merawat bayi saya). 

Tengok-tengok keputusan darah untuk jaundice bayi saya sangat-sangat tinggi iaitu 296. Waaaa.... ni confirm kena admit. Memang betul, selepas berjumpa doktor, saya dikehendaki check-in semula ke hospital. Bayi saya terpaksa menjalani rawatan double phototherapy. Allahuakhbar, tak best betul masuk hospital dengan keadaan saya yang sangat kesakitan kerana luka jahitan yang teruk :'( Masa tu dah Isnin petang.

Saya minta suami pulang ke rumah (mujur rumah dekat) untuk mengambil baju, barang-barang keperluan serta tidak dilupa Set Berpantang Shaklee saya kerana keadaan bayi yang kuning tidak berapa sesuai untuk mengambil jamu lagi... Jadi semasa berada di hospital, demi menurunkan demam kuning bayi saya, saya harus menghasilkan susu badan dengan banyaknya. Memang kesemua suppleman Shaklee tidak saya tinggalkan. Untuk mempercepatkan penyembuhan luka, saya makan 2 biji Zink Kompleks setiap hari.

Setelah 3 hari setengah berada di hospital, hari Khamis, setelah bayi saya mengalami penurunan bacaan kuning sehingga 143, barulah kami dibenarkan pulang. Memang setelah pulang daripada hospital, saya tak sentuh langsung jamu kerana bimbangkan keadaan bayi saya. Pengambilan supplemen Shaklee memang sangat konsisten kerana supplemen ini adalah supplemen semulajadi dan sangat selamat serta tidak memberi kesan buruk kepada bayi melainkan memberi lebih banyak manfaat kepada bayi :)

Walaupun hampir sebulan berpantang saya masih belum menyentuh jamu. Apabila bayi saya semakin stabil, barulah saya mulakan rawatan berasaskan jamu seiring dengan pengambilan supplemen Shaklee. Pada hari ke-32, saya ke klinik kesihatan untuk mendapatkan immunisasi sebulan bagi bayi saya. 

Tak sangka saya juga akan dicheck dalam lawatan ini. HB, urin saya sangat ok. Rahim juga telah mengecut dengan baik. Malah jahitan saya juga telah baik. Nurse pun terkejut kerana jahitan telah pulih sepenuhnya dalam tempoh yang pantas (orang yang divakum, jahitannya lebih banyak). Alhamdulillah syukur dan bahagia sangat... Sebab masa berpantang ini, saya terpaksa juga membuat kerja-kerja ringan terutama dalam menguruskan anak sulung dan bayi saya. 

Alhamdulillah dengan ikhtiar pengambilan Zink Kompleks luka memang akan cepat sembuh. Selain itu, pengambilan vitamin-vitamin lain membantu ibu untuk kekal bertenaga dan WARAS dalam menjalani proses penyusuan dan menguruskan rutin seharian terutamanya bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri. 

Apa-apa pun, kita berikhtiar dan selebihnya berserah kepada Allah :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Thursday, 1 October 2015

Pengalaman Bersalin Secara Induce Part II

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok, saya sambung pengalaman saya bersalin secara induce Part II pulak ye :) Boleh refer entry Part I di SINI. Entry Part I saya berhenti masa saya mengalami kesukaran untuk solat Zuhur kerana dah merasa sakit-sakit contraction. 

Selepas solat, saya berjalan mundar mandir di dalam bilik. Semakin lama semakin sakit. Dalam pukul 3pm lebih, nurse datang nak check contraction. Tapi tak perlu CTG. Nurse check contraction dengan hanya meletak tangan di atas perut. Bila kita alami kontraksi kan boleh rasa perut keras, jadi macam tula nurse check.. (heee saya baru tahu). Nurse cakap kontraksi memang kuat.. 2 minit sekali.. (memang sangat sakit masa tu). Saya masih tak tahu berapa bukaan. Dalam hati harap dah banyak cm.

Dalam pukul 4pm lebih, doktor datang bersama nurse. Masa tu VE dibuat. Baru buka lebih kurang dalam 2cm-3cm... Allahuakhbar sakit yang teramat sangat. Doktor cadangkan untuk saya ambil ubat penahan sakit sementara bukaan masih kecil dan taknak saya kehilangan tenaga. Mula-mula saya taknak, kemudian fikir-fikir balik, saya setuju. Ubat penahan sakit disuntik kepada saya.

Alhamdulillah, kurang sikit rasa sakit contraction. Nurse datang untuk check tempoh kontraksi. Kontraksi terjadi dalam 4 minit sekali. Masih kuat, tapi terkawal kerana saya dah ambil ubat penahan sakit. Ubat ni juga membuatkan saya rasa mengantuk. Bolehla terlelap kejap-kejap. Saya tanya nurse, berapa lama kesan ubat tahan sakit ni, kata nurse, dalam 4 - 6 jam bergantung kepada individu. 

Saya juga tanya kesan ke atas baby jika ambil ubat ini. Kemungkinan apabila baby dilahirkan, baby tidak akan menangis (saya pernah baca dalam FB kes-kes sebab ambil ubat penahan sakit dan baby tak nangis dan menyebabkan kecacatan kepada baby). Sebab tu lah doktor suruh ambil masa bukaan masih kecil. Apabila bukaan 10cm, kesan ubat penahan sakit akan hilang sepenuhnya.

Masuk waktu Maghrib, nurse buat VE lagi, bukaan dalam 3cm. Allahuakhbar. Lama sungguh. Saya sudah merasa balik kesakitan contraction yang kuat. Kat dalam bilik tu, kejap saya jalan, kejap duduk. Mostly, saya duduk sambil menahan sakit. Ada juga masa-masanya saya rasa seperti hendak membuang air besar. Dalam waktu Isya gitu, nurse datang buat VE lagi. bukaan masih dalam 3cm ke 4cm. Tapi pintu rahim dah lembut kata nurse. Pada masa itu, dah ade "show" di mana dah ade kesan darah. 

Saya pergi ke tandas selepas tu untuk membuang air kecil. Terkejut tengok darah beku keluar seketul (macam waktu period heavy gitu). Memang banyak darah keluar. Ni bukan show, tapi macam turun darah. Cuak jugak rasa. Dalam pukul 9.20 malam gitu, nurse buat VE lagi. Kali ni, dah dalam 4cm. Masa tu, darah memang keluar dengan banyak. Fresh blood pulak. Nurse rasa pelik, saya apatah lagi kan... Nurse ada tanya sama ada uri saya di bawah. Memang masa awal kehamilan, uri saya di bawah. Tapi dah naik dan tak lagi menutup pintu rahim... 

Saya dengar, salah seorang nurse (agak veteran) cakap apabila dah buka 5cm, saya akan ditolak ke labour room. Nurse pun menyediakan saya dengan memasukkan ubat untuk membuang air besar. Dalam beberapa minit, saya pergi ke tandas. Lama juga dan ada beberapa kali saya ke tandas. Tu pun apabila keluar, saya masih terasa seperti hendak ke tandas. Apabila nurse datang dengan kerusi roda, saya masih rasa macam nak ke tandas... Tapi tak pergi pun..

Dalam pukul 10 malam, (masa tu cerita Mok Cun da abis, saya boleh dengar nyanyian Mok Cun Mok Cun la la la.. haha). Saya ditolak dengan kerusi roda ke labour room. Di sana nurse buat VE. Bukaan dalam 5cm. Allahuakhbar, rasa sakit semakin kuat. Saya terbaring di atas katil. Ada gas etonoks untuk saya hidu kalau terasa sakit. 

Kali ni, baru saya tahu cara betul nak tarik nafas apabila menghidu gas etonoks tu. Tapi masa anak pertama dulu, memang terasa macam takde gas. Sungguh... Kali ni memang rasa macam ade gas sejuk-sejuk untuk dihidu. Nurse suruh tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan dalam topeng gas itu sendiri. Agak membantu juga gas etonoks tu. Setiap kali datang contraction, saya tekapkan topeng gas ke muka dan tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan. Mata saya akan memandang ke arah kanan katil (belakang) (saya mengiring ke kanan masa tu) untuk melihat pergerakan yang menunjukkan saya sedang menarik nafas dengan betul. 

VE dijalankan sekali lagi, kali ini bukaan dalam 7.5cm gitu. Sakitnya waktu tu, tak tahu nak kata. Memang sangat-sangat sakit. Nak teran tak boleh. Memang terima aje sakit tu. Nurse dah minta supaya doktor dipanggil kerana keadaan saya juga agak stress. Masa tu, saya hanya berzikir doa Nabi Yunus dan apa-apa yang terlintas di fikiran. Suami saya memasang ayat-ayat al-Quran. 

VE dibuat lagi, dah buka dalam 8cm. Kali ni, saya terasa jari nurse berpintal-pintal dalam rahim untuk memecahkan air ketuban. Ishhh rasanya... Memang kena banyak bersabar... Lepas tu... terasa air panas keluar. Maknanya air ketuban saya dah dipecahkan... Haishhh jadi wanita ni, walaupun lemah lembut luaran, tapi sebenarnya sangat kuat. Macam-macam dilalui... Hargailah ibu-ibu anda wahai pembaca-pembaca sekalian...

Tak sabar saya nak tunggu bukaan 10cm. Rasa contraction memang sakit tahap gaban. Walaupun sekejap.. lebih kurang less than a minute, buatkan saya tarik nafas dalam-dalam dengan gas etonoks tu. Then doktor pun dah sampai dan saya membetulkan keadaan saya kepada kedudukan berbaring. Katil bahagian kaki dibuka dan kaki saya digantung. Nurse minta kedua-dua tangan saya memegang besi di katil kiri dan kanan dan boleh push apabila terasa contraction sambil mata memandang perut dan dagu menyentuh dada.

Surprisingly, saya tak push. Heeee... Saya ingat pesan doktor, kalau nak push anggap seperti anda membuang air besar macam orang sembelit.... Ingat otot mana yang membantu menolak najis tersebut keluar.. Haha tulah masalah saya. Kalau saya sembelit, saya tak teran, saya tunggu aje najis turun perlahan-lahan. Jadi apabila diminta untuk push, saya push dengan nafas pendek-pendek. Salah ye ibu-ibu yang first time mother sekalian. Kalau nak push, pastikan anda berlatih untuk push dengan nafas yang sangat panjang. Jangan lepas nafas. Curi nafas seperti anda menyelam (kata doktor). 

Saya memang tak dapat push panjang gitu. Masa tu baru teringat anak sulung saya dulu, doktor ada suruh push jangan henti. Masa tu saya terfikir macam mana nak push tanpa henti. Nafas tak cukup panjang. Tapi masa anak sulung dulu, disebabkan nak hilangkan kesakitan, saya push dan push juga walaupun salah dan akhirnya divakum.

Kali ni, doktor dan nurse paksa untuk saya push. Saya biarkan aje waktu contraction datang. Nurse sampai marah kerana saya bazirkan contraction. Saya cuba push tapi perlahan sangat. Doktor sampai bagi amaran, kalau 4 kali lagi saya tak push betul-betul, saya akan di cser. Jantung baby juga semakin lemah. Memang selama saya mengandung ni, kalau boleh saya tak nak cser. Tapi masa sakit tu, saya berserah. Dalam keadaan yang dah tak larat, saya harap doktor cari cara lain untuk mempercepatkan kelahiran. Saya harap doktor vakum aje untuk memudahkan saya bersalin. Tapi kalau nak vakum pun, baby mesti dah nak keluar. Ni baby masih di dalam.

Dengan saki baki tenaga yang ada, dah pukul 12 malam dah pun. Saya push sekuat dan sepanjang nafas yang boleh. Suami saya membantu dengan mengampu kepala saya supaya mata memandang perut dan dagu menyentuh dada. Kemudian saya lepaskan dengan bunyi nafas yang kuat... Nurse dan doktor sekali lagi tegur saya supaya jangan lepaskan nafas dengan kuat, nanti baby masuk balik... Diorang suruh curi nafas.. Adehhhh macam-macam la kan... saya pun dah tak tahu nak buat macam mana... heeee... (sekarang boleh la gelak). 

Saya cuba lagi. Apabila tiba contraction, saya push sepanjang yang boleh. Nurse da bersorak supaya saya push dan push dan push (push panjang dengan sekali nafas tau). Akhirnya selepas beberapa push, saya terasa ring of fire dan saya tahu kepala baby dah hampir keluar. Sekuat tenaga saya push lagi dan doktor melaksanakan episiotomy dan memvakum bayi saya keluar. Pukul 12.17 malam, 21 Ogos 2015, lahirlah anak saya yang kedua...



Allahuakhbar. Pengalaman bersalin kali ini sangat-sangat jelas. Saya dapat merasakan proses bersalin ini dan kesakitannya terjadi satu per satu. Lain sangat dengan anak yang sulung yang terasa terlalu pantas (6 jam). Kali ni sampai 10 jam. Saya tahu ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami proses bersalin yang lebih lama. Kudos to all mothers. Doesn't matter how the process was, either normal or cser, all of you are fighters :) Patutlah ganjaran Allah sangat besar ke atas wanita dan ibu yang solehah :')

Dalam kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Encik Husband yang sabar menemani dari awal sampai saya selamat melahirkan. Apa yang saya ingat sangat ialah masa Encik Husband tolong ampu kepala saya semasa saya push.. Suatu jasa yang saya takkan lupa sampai bila-bila... Saya memang dah tak larat. Tindakan tu memang membantu untuk memudahkan saya melahirkan. Terima kasih sayang... 

Kepada ibu-ibu sekalian, saya doakan anda semua dipermudahkan apabila hendak melahirkan nanti. InsyaAllah, sesungguhnya apa sahaja yang anda rasa, semuanya daripada Allah. Para suami, hargailah segala jasa dan pengorbanan isteri anda.... :)

Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang ni... :)

~The End~

Pengalaman Bersalin Secara Induce

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maafkan saya... sangat jarang saya mengupdate blog sekarang ni. Perhatian banyak tertumpu pada si kecil. Alhamdulillah, saya telah selamat bersalin pada 21 Ogos 2015. Kat sini, saya kongsikan pengalaman saya bersalin secara induce kerana telah over due daripada tarikh EDD dan doktor mencadangkan saya diinduce kerana bimbang berat baby semakin bertambah jika dibiarkan terlalu lama.

Buat pengetahuan semua, EDD saya sepatutnya 19 Ogos 2015. Sepanjang mengandung ni, saya memang kurang merasa contraction dan perut saya masih lagi kelihatan tinggi walaupun da masuk minggu ke 40. Jadi semasa check-up pada 18 Ogos 2015, doktor mencadangkan saya diinduce kerana anggaran berat baby dalam 3.4kg-3.6kg. Dengan ketinggian saya dan sejarah kelahiran pertama yang terpaksa divakum, saya rasa itulah keputusan terbaik. 20 Ogos 2015, doktor suruh saya menyerah diri di hospital.



Dari 18 Ogos sampai 20 Ogos 2015 tu, saya harap juga terjadinya contraction yang membawa kepada kelahiran semulajadi. Teringin nak merasa kelahiran tanpa induce kerana anak pertama pun saya kena induce kerana air tuban saya dah pecah dan doktor sangka baby dan berak dalam perut (sebenarnya takde pun). Tapi ketentuan Allah mencanangkan perkara lain untuk saya. 

Jadi pada 20 Ogos 2015 pagi, dengan agak nervous saya pun pergi ke hospital. Sebelum ke hospital, saya siap sarapan dulu, minum ESP bersama dengan Performance Drink Shaklee dan Susu untuk tenaga nak bersalin nanti. Di samping itu, saya telan juga Ostematrix Shaklee (tablet kalsium) 4 biji kerana kalsium yang cukup dalam badan akan membantu meregangkan otot dan mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Itu ikhtiar saya. Selebihnya saya berserah kepada Allah.

Sampai di hospital dalam pukul 9.00 pagi. Selepas pendaftaran, saya dibawa ke bilik (wad). Selepas menukar baju ke baju hospital, CTG dijalankan ke atas saya. Lama juga proses tu semua sambil menunggu doktor datang untuk memasukkan ubat tablet untuk memulakan proses kontraksi. 

Dalam 11.40 pagi, doktor datang dan melakukan VE (Vaginal Examination) untuk check keadaan pintu rahim. Nampaknya memang tiada sebarang bukaan. Kemudian setengah tablet dimasukkan. Saya tidak dibenarkan turun daripada katil selama sejam.

Dalam pukul 12.00 tengahari, makanan tengahari dihantar. Lapar juga rasa kerana saya belum makan apa-apa sejak sarapan pagi tadi. Tapi saya taknak bergerak sangat. Jadi saya tunggu sampai sejam iaitu dalam 12.30 tengahari, baru saya makan. Itu pun, saya masih duduk di atas katil. Tq Encik husband tolong suapkan... :) 

Saya tak merasa sebarang kesakitan kontraksi walaupun selepas sejam ubat tu dah dimasukkan. Tunggu punya tunggu, masuk waktu Zuhur. Masa tu, sakit-sakit kontraksi dah mula dirasakan. Masih lagi saya boleh tahan. Macam sakit senggugut tahap sederhana (saya pun tak tahu sangat macam mana sakit senggugut, tapi boleh tahan jugaklah sakitnya).


Saya fikir, keadaan saya masih ok. Jadi saya ambil wuduk dan nak solat Zuhur. Masa nak solat, saya macam tak boleh nak khusyuk sebab sakitnya boleh tahan. Ada masa saya terpaksa mulakan semula kerana tak tahan sakit. Masa tu, saya solat duduk. 

Saya sambung cerita selanjutnya in the next entry ya. Taknak panjang-panjang sangat dalam satu entry. Boring pulak nanti... Stay tune :)