Tambah Air Ketuban, Cuaca Panas, dan Macam-Macam Celoteh Lagi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni, saja nak santai-santai aje... Panas batul cuaca sekarang ni kan. Selalunya kurang terasa sebab duduk di ofis, aircond setiap masa. Tapi duduk rumah, takdelah nak buka aircond selalu.

Bila cuaca panas, tambah pula sedang berpuasa, dan sedang mengandung, memang lemau jadinya. Kalau setakat duduk rumah, maknanya rehat-rehat aje... Hari ni, terasa perut mengeras... Brackton Hicks orang kata.... Praktis nak ke arah melahirkan nanti. Agak kerap juga terjadi.... Selalunya abaikan aje tapi hari ni rasa kurang selesa. Hampir seharian terjadi. Tapi mak ok lagi :)

Hati berdebar-debar jugak sebab esok kena pergi scan lagi untuk check kuantiti air ketuban. Harapnya xdela leaking, hanya masalah keputihan biasa aje. Biasalah kan.... da hujung-hujung ni, walaupun belum masanya... Tapi macam-macam ibu mengandung kena tempuh :) Kita senyum aje... 

Tadi google jugak cara-cara nak tambah air ketuban. Antaranya ialah:

1. Minum air kelapa. Bagus jugak sebab orang cakap, baby pun akan bersih aje nanti bila keluar.

2. Minum air tembikai. Kalau buat jus tembikai sendiri lagi sedap and puas hati kan :)

3. Minum air kosong banyak-banyak. Pastikan kuantiti air yang diminum mencukupi. Tambah-tambah sekarang musim panas. 



Bagi saya, semasa bersahur dan berbuka, saya includekan sekali Performance Drink Shaklee dalam minuman. Performance Drink perisa oren ni, memang sedap ditambah dengan air sirap semasa berbuka atau pun ditambah dengan susu semasa sahur. Masam-masam manis gitu.... Performance Drink membantu mengekalkan elektrolit dalam badan, ala-ala minum air 100Plus tapi less sugar and lebih menyihatkan. Bagus sangat untuk ibu mengandung seperti saya :)

Yang penting sekali, apa pun masalah yang dihadapi, banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah, kerana Allah telah menetapkan segala-galanya... Apakan daya, tanpa keizinanNya, kita takkan mampu berbuat apa-apa :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar