Thursday, 30 July 2015

Atasi Rasa Letih Semasa Hamil Trimester Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fuhhh lama betul tak menulis... Maaf ye... apabila semakin sarat, badan cepat terasa letih... Kadang-kadang nak bangun tidur pun terasa berat badan, al-maklumlah baby semakin besar. Bila terasa letih ni. jom kita cari cara untuk atasi rasa letih semasa hamil trimester ketiga :)



Cara-cara mengatasi rasa letih semasa hamil trimester ketiga:

1. Makan makanan seimbang yang memenuhi kesemua keperluan nutrisi
Apabila da masuk trimester ketiga, memang makan pun takdelah banyak, sebab perut da ketat :) Tapi makanlah sikit-sikit tapi kerap. Pastikan tidak tertinggal sayur-sayuran dan buah-buahan ya. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi adalah sangat penting untuk pembentukan darah ibu supaya ibu tidak mengalami tekanan darah rendah dan memastikan ibu sentiasa cergas bertenaga. Dalam trimester ketiga ni, bayi juga menyerap sebanyak mungkin nutrien daripada si ibu.

2. Minum air yang mencukupi
Pastikan pengambilan air mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2 liter. Kalau boleh capai 3 liter lagi bagus. Minum banyak air di waktu pagi dan tengahari berbanding pada waktu malam supaya anda tidak perlu berulang-alik ke tandas semasa anda tidur. 

3. Tidur yang mencukupi
Saya faham sangat, dalam trimester ketiga ni, nak tidur malam tu agak sukar. Nak gerak ke kiri atau ke kanan pun dah rasa sukar kan.... Oleh itu, jika sukar nak tidur, luangkan lebih banyak masa berehat sebelum terlelap. Jangan masuk tidur lewat, masuk tidur awal-awal. At least anda berada dalam mode rehat. Kalau tidur dah lewat and kena bangun awal, nanti susah nak bangun pagi dan mungkin anda mengalami keletihan di siang hari.

4. Tidur sebentar di tengahari
Jika anda berasa mengantuk, ambillah masa selama 15 minit untuk melelapkan mata pada waktu tengahari, dalam pukul 1 gitu. Tidur tersebut dapat membantu mengurangkan mengantuk dan membuatkan anda lebih cergas :)

5. Pastikan pengambilan vitamin untuk ibu hamil tidak dilupakan.
Ibu-ibu hamil sememangnya dibekalkan dengan vitamin seperti obimin, iberet ataupun vitamin-vitamin lain yang sememangnya sangat penting. Kalau saya, saya amalkan Set Kehamilan Shaklee yang memang best. Alhamdulillah HB maintain aje. Hanya sekali jatuh sikit, berat badan pun macam statik untuk beberapa bulan.... 

Dalam menjalani tempoh masa kehamilan ni, memang ibu-ibu kena banyak bersabar. Sokongan daripada suami juga sangat penting. Semoga ibu-ibu terpelihara dan sihat-sihat selalu dan dipermudahkan saat hendak melahirkan si comel nanti :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Friday, 24 July 2015

Bagaimana Rasa False Contraction?

Assalamualaikum dan apa khabar pembaca-pembaca budiman sekalian. Alhamdulillah, hari ni Jumaat, hari yang barakah :) Kali ni nak citer pasal false contraction atau kontraksi palsu atau pun mat salleh cakap, Braxton Hicks. Bagaimana rasa false contraction ni kan....



Sepanjang mengandung anak pertama dulu, macam tak perasan sama ada pernah kena braxton hicks atau tak.... Rasa macam happy.... Tak sedar kalau perut ade mengeras atau sakit-sakit pun masa mengandung anak pertama. Ada la satu masa tu... bahagian bawah perut terasa ditekan-tekan... Memang sakit tapi bukanlah macam contraction. 

Kali ni, seawal 2nd trimester, ade rasa perut mengeras... Tapi tak kisah sangat sebab perut sekadar mengeras dan tak rasa sakit apa-apa. Masuk trimester ketiga ni pun, ade juga rasa perut mengeras... Tapi tak sakit, cuma tak selesa aje.... Namun, masa hari raya kedua baru ni, rasanya ni lah pengalaman false contraction yang tak pernah dirasai sebelum ni.... 

Banyak juga membaca cerita-cerita false contraction ibu-ibu hamil yang lain.... Setiap orang rasanya berbeza-beza. Saya pulak terkena pada minggu ke 35. Mula-mula start dengan lenguh-lenguh pinggang yang agak mencucuk-cucuk di bahagian belakang pinggang... Ingatkan salah tidur ke apa. Sebab bangun Subuh tu da terasa sakit.... Ambil wuduk dan solat subuh semua... then ingat nak tidur balik untuk mengurangkan sakit pinggang yang mencucuk-cucuk ni...

Tapi bila baring mengiring, rasa sakit pinggang ni macam makin kuat pulak... masa tu minta tolong husband urutkan sikit kat bahagian pinggang tu.... Tapi memang tak berkurangan la sakit tu.... Rasa nak nangis pun ada... Bayangkan rasa pinggang dicucuk-cucuk.... Masa tu fikir, awal lagi, 35 minggu... takkan nak bersalin dah... Jadi cuba bersabar dulu.

Sebelum ni, da download contraction apps. Jadi setiap kali rasa sakit datang, saya akan kira sela masa.... Memang kejap datang... kejap hilang... Tapi sela masanya agak dekat-dekat.... Purata dalam 3 minit sekali sakit akan datang... Fikir-fikir, takkanlah sela masa dia dekat sangat.... ni dah macam nak bersalin dah... Haha..

Akhirnya dalam kul 8 pagi lebih, sakit dah beransur-ansur hilang.... tapi pinggang masih terasa sengal dan lenguh-lenguh. Rasanya itulah kot yang kita panggil sebagai false contraction.... Sebelum ni tak pernah merasa.... Malah masa anak sulung pun, masa contraction awal-awal jadi tu... rasanya hanya lenguh-lenguh dan tak rasa sakit seperti ini... Alhamdulillah, kita ambil sebagai persediaan nak bersalin nanti :)

Rupanya pengambilan tablet kalsium Ostematrix dari Shaklee penting dan jangan skip semasa trimester ketiga.... Daripada pembacaan saya, ade yang kata, pengambilan Ostematrix ni mengurangkan rasa sakit nak bersalin. Lagipun, memang bagus sangat Ostematrix ni - membekalkan keperluan kalsium kepada ibu dan bayi... Serta mengurangkan masalah sembelit (memang betul.. nak membuang pun, dari sembelit, jadi mudah je nak membuang). 

Kalau nak Ostematrix ni atau Set Kehamilan atau Set Berpantang Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Wednesday, 22 July 2015

Cara Naikkan HB Ibu Hamil Part II dan Hilangkan Batuk Selsema Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk saya wish Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca-pembaca budiman... Maaf sebab saya offline kebelakangan ini. Tapi ade banyak jugak perkara yang nak dikongsikan.. :) Hari ni, saya nak sambung cara naikkan HB ibu hamil part II. Sebab sebelum ni, saya ada kongsikan HB saya yang menurun, iaitu entry saya pada 10 June 2015. Boleh baca di SINI :)



Alhamdulillah, semalam saya pergi checkup di Klinik Kesihatan. Nurse yang memeriksa tekanan darah saya, meminta saya pergi ke bilik darah untuk mengambil darah di bahagian pelipat siku untuk bacaan yang lebih baik kerana rekod HB saya sebelum ini adalah 10.6g/dl. Alhamdulillah... HB saya dah naik dengan bergaya ke 11.9g/dl. Heee... happy rasanya...

Kalau baca part I - cara naikkan HB ibu hamil tu, saya dinasihatkan supaya mengambil dua biji obimin sehari, iaitu pagi dan malam, dalam sela masa dua jam, sebelum atau selepas makan.... Tapi, saya tukar dengan mengambil Vitalea dan Vitamin C. Vitamin C adalah untuk membantu penyerapan iron atau zat besi dengan lebih efektif

Sebenarnya memang bagus sangat kedua-dua supplemen ni, sebab membekal keperluan nutrisi yang semulajadi dan cepat larut di dalam badan. Vitamin C (Sustain Released Vita-C) sangatlah baik untuk diambil oleh ibu-ibu yang sedang mengandung kerana sangat baik untuk meningkatkan sistem imun si ibu.

Seingat saya, selama saya mengandung 36 minggu ini, 3 kali saya terkena jangkitan selsema... Tapi saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Hanya mengamalkan Vitamin C dua biji sehari. Alhamdulillah, sakit tekak saya hilang dalam masa 2 hari. Hingus menjadi cair untuk memudahkan ia dibuang. Batuk tak jadi nak singgah :)

Sekadar perkongsian ringkas saya hari ini, semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Wednesday, 15 July 2015

Kelahiran Anak Sulung - What to Expect

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni, tiba-tiba terfikir.... Nak tulis sesuatu untuk bacaan ibu-ibu yang sedang menantikan kelahiran anak sulung - what to expect. Tapi ibu-ibu yang sedang menantikan anak kedua dan seterusnya pun boleh baca :) 

Alhamdulillah, dalam kalangan sahabat-sahabat saya pun, saya perhatikan ramai yang melahirkan anak sulung sudah bersedia dengan ilmu, terutamanya ilmu penyusuan. Bagi saya yang sedang menantikan kelahiran bukan anak sulung, terasa nervous juga... heeeee.... Terutamanya bab penyusuan susu ibu. saya pasti, ramai ibu-ibu nak menyusukan bayinya secara esklusif.



Pagi tadi saya bersembang dengan ibu yang sedang melalui penyusuan susu ibu dengan baik. Antara soalan-soalan yang saya tanya ialah:

1. Pada hari pertama, selepas bersalin, susu masih belum keluar walaupun dipicit, memang tiada langsung. Oleh itu, nurse memberi formula milk (fm) sebagai supplemen kepada susu ibu. Ok kah itu?

- Bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulung, dan kemungkinan bayi yang dilahirkan agak ringan dalam range 2.2kg - 2.5kg, memang normal tiada sebarang kolostrum lagi pada hari pertama hingga ketiga. Sesetengah orang sampai hari kelima. Oleh itu, nurse selalunya akan beri fm dengan menggunakan cup atau syringe untuk menggantikan susu ibu yang belum kluar. TETAPI, pastikan ibu-ibu stimulate pengeluaran susu dengan memberi bayi untuk menghisap susu anda juga... Teruskan stimulate dengan hisapan bayi... Jangan biarkan bayi bergantung sepenuhnya pada fm tau...

Sebab fm diberi adalah untuk memastikan bayi tidak kekurangan gula. Jika bayi tiada gula, maka bayi akan menjadi tidak aktif dan kurang bertenaga dan asyik tidur aje. Seterusnya mungkin membawa kepada bacaan Jaundis yang tinggi. Risiko yang paling teruk ialah meninggal.

2. Kolostrum atau susu tetap akan keluar akhirnya. Jangan putus asa. Biarkan bayi terbiasa menghisap payudara anda supaya bila dah ada susu, mudah untuk meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Bayi anda juga mungkin akan menghisap payudara anda sekejap-sekejap aje kemudian tertidur. Anda boleh menggeletek dagu, leher bayi anda supaya baby terjaga semula dan meneruskan hisapan. Ibu-ibu pada waktu awal-awal ini juga akan merasai sakit pada puting payudara. Tapi teruskan minda positif dan nekad anda. 

3. Untuk memastikan bayi mendapat lekapan yang betul di payudara, anda boleh menekan atau compress payudara anda apabila bayi membuka mulut luas-luas untuk menyusu. Pastikan pada masa itu, tangan anda membentuk huruf U dan bukan huruf C dan suakan ke mulut bayi anda.

4. Bagi lekapan yang betul, anda akan terasa lekapan yang kuat selepas 2 atau 3 hisapan.

Yang penting, di peringkat awal ini, jangan sesekali berputus asa walaupun bayi dah diberikan fm. Anda masih lagi boleh meneruskan penyusuan esklusif apabila susu dah mula meriah. Perjalanan penyusuan susu ibu ini bukanlah mudah. Tapi dengan determination, InsyaAllah boleh :)

Monday, 13 July 2015

Cara-Cara Mengawal Masalah Keputihan Semasa Mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman.... Alhamdulillah Ramadhan ke-27... Bermakna tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita :'( Hari ni, nak update pasal gi follow up check-up pasal air ketuban bocor atau pun masalah keputihan semasa mengandung.



Alhamdulillah, apabila scan, air ketuban ok... Hari Sabtu hari tu, air ketuban bacaannya dalam 15-16. Tapi yang latest ni. bacaan 18. Bermakna bertambah lagi berbanding masa hari Sabtu. Satu lagi, memang takde any discharge yang cair dah sejak berjumpa doktor... Doktor aritu pun dah bagi ubat insert tu kan... Mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat. 

Kalau yang selalu mengalami masalah keputihan atau jangkitan kulat ni terutama semasa mengandung, cara-cara untuk mengawal masalah keputihan ialah:

- Banyakkan makan yogurt untuk memelihara flora atau persekitaran dalaman vagina agar sihat selalu.

- Minum banyak air agar kencing lawas dan mengelakkan masalah kencing kotor.

- Boleh juga dikawal dengan Garlic Complex daripada Shaklee yang selamat untuk ibu mengandung, membantu mengawal keputihan dan membuang angin dalam badan.

Apa-apa pun yang penting, kena sentiasa pantau.... Kalau ragu-ragu, pergi aje ke hospital untuk mendapatkan confirmation.

Kalau sayalah... kalau nak detail check-up masa mengandung ni, hospital kerajaan adalah lebih baik. Hospital kerajaan akan check betul-betul sebelum melepaskan kita pulang. Silap-silap, mungkin kena admit. Harap-harap, takdelah apa-apa perkara yang meragukan lagi selepas ini. Cuma tunggu masa aje nak bersalin :) Fuhhhh nervous mak...

Saje aje celoteh pendek pagi ni... Okla.... nanti saya sambung lagi... Saayang pembaca-pembaca semua.... :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Sunday, 12 July 2015

Tambah Air Ketuban, Cuaca Panas, dan Macam-Macam Celoteh Lagi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni, saja nak santai-santai aje... Panas batul cuaca sekarang ni kan. Selalunya kurang terasa sebab duduk di ofis, aircond setiap masa. Tapi duduk rumah, takdelah nak buka aircond selalu.

Bila cuaca panas, tambah pula sedang berpuasa, dan sedang mengandung, memang lemau jadinya. Kalau setakat duduk rumah, maknanya rehat-rehat aje... Hari ni, terasa perut mengeras... Brackton Hicks orang kata.... Praktis nak ke arah melahirkan nanti. Agak kerap juga terjadi.... Selalunya abaikan aje tapi hari ni rasa kurang selesa. Hampir seharian terjadi. Tapi mak ok lagi :)

Hati berdebar-debar jugak sebab esok kena pergi scan lagi untuk check kuantiti air ketuban. Harapnya xdela leaking, hanya masalah keputihan biasa aje. Biasalah kan.... da hujung-hujung ni, walaupun belum masanya... Tapi macam-macam ibu mengandung kena tempuh :) Kita senyum aje... 

Tadi google jugak cara-cara nak tambah air ketuban. Antaranya ialah:

1. Minum air kelapa. Bagus jugak sebab orang cakap, baby pun akan bersih aje nanti bila keluar.

2. Minum air tembikai. Kalau buat jus tembikai sendiri lagi sedap and puas hati kan :)

3. Minum air kosong banyak-banyak. Pastikan kuantiti air yang diminum mencukupi. Tambah-tambah sekarang musim panas. 



Bagi saya, semasa bersahur dan berbuka, saya includekan sekali Performance Drink Shaklee dalam minuman. Performance Drink perisa oren ni, memang sedap ditambah dengan air sirap semasa berbuka atau pun ditambah dengan susu semasa sahur. Masam-masam manis gitu.... Performance Drink membantu mengekalkan elektrolit dalam badan, ala-ala minum air 100Plus tapi less sugar and lebih menyihatkan. Bagus sangat untuk ibu mengandung seperti saya :)

Yang penting sekali, apa pun masalah yang dihadapi, banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah, kerana Allah telah menetapkan segala-galanya... Apakan daya, tanpa keizinanNya, kita takkan mampu berbuat apa-apa :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Saturday, 11 July 2015

Air Ketuban Bocor atau Jangkitan Kulat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Harap semua sihat-sihat. Hari ni nak bincangkan pula berkaitan air ketuban bocor semasa hamil. Mungkin bagi yang tidak mengalaminya tiada masalah. Bagi yang mengalaminya, mesti berasa ragu-ragu sama ada cecair cair yang keluar itu adalah air ketuban atau pun hanya keputihan biasa.



Jika ibu-ibu ragu-ragu, segeralah berjumpa dengan pakar sakit puan. Mereka akan memeriksa sama ada air ketuban ibu-ibu berkurangan dengan ultrasound. Jika air ketuban normal, mereka akan kaitkan dengan jangkitan kulat. Untuk mengesahkan sama ada jangkitan kulat, maka sampel akan diambil dan dihantar ke lab untuk mendapatkan keputusan makmal. Ibu-ibu perlu pastikan pergerakan bayi tetap normal ye walaupun anda mungkin sedang menghadapi kebocoran air ketuban.

Sementara menunggu keputusan, doktor akan memberi ubat insert untuk merawat jangkitan kulat dan akan membuat follow up checkup untuk memeriksa sama ada air ketuban masih berkurangan atau tidak. Jika air ketuban berkurangan dan ibu-ibu berada dalam minggu-minggu sebelum mencapai kematangan untuk melahirkan bayi, maka ibu-ibu akan ditahan di hospital. 

Ada juga kes ibu yang hampir dengan due date tidak menyedari bahawa air ketuban sedang bocor kerana keluar bersama keputihan dan apabila diperiksa, didapati air ketuban telah tinggal sedikit, maka ibu tersebut terpaksa dibedahkan untuk menyelamatkan bayi (emergency cser). 

Bagi yang mengalami kes air ketuban bocor atau jangkitan kulat yang cair ini, dinasihatkan sebelum berjumpa dengan doktor, pakailah pad atau panty liner untuk mengesan sama ada pad atau panty liner tersebut basah ataupun ia adalah keputihan biasa yang akan kelihatan di atas permukaan pad atau panty liner.

Bagi ibu-ibu yang sedang menghadapi jangkitan kulat atau masalah keputihan yang teruk, anda juga boleh berikhtiar dengan tablet Garlic Complex yang sangat baik untuk menyahkan masalah keputihan :) Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Thursday, 9 July 2015

Tip Mengurangkan Lapar dan Lemau Semasa Berpuasa Bagi Ibu Hamil

Alhamdulillah.... dah masuknya 23 Ramadhan. Sayu dan sedih kerana lagi 6 hari Ramadhan akan meninggalkan kita... Walaupun lagi 6 hari, bagi ibu-ibu mengandung seperti saya, memang kena kuat semangat jugak. Maklumlah dah petang aje, mesti da jadi agak lembik... Tapi ade jugak ibu-ibu hamil yang lain yang cergas. Takpe, setiap orang ade kekuatan masing-masing :)

Saya nak share based on experience saya sendiri yang berpuasa semasa hamil ni.... Anda tahu kan Set Mighty 3 Gems Shaklee tu.... Bolehlah dikatakan majoriti hari saya berpuasa, saya akan minum Set Mighty 3 Gems ni yang terdiri daripada ESP, Mealshakes dan Performance Drink. Cuma saya improvise sikit, mealshakes, saya tukar kepada susu materna. Tak kisah, asal ade susu :) So ini adalah tip mengurangkan rasa lapar dan lemau semasa berpuasa bagi ibu hamil macam saya. 

Saya akui, ada masa-masa, saya skip minum Set Mighty 3 Gems ni sebab kenyang, makan nasi. Tahu tak apa jadi, tak sampai setengah hari, saya dah rasa lapar. Padahal masa bersahur dah makan nasi. Ade juga suatu hari tu, saya hanya bersahur twiggies (kek Gardenia tu) dicicah dengan Set Mighty 3 Gems ni. Alhamdulillah, elok pula saya berpuasa pada hari itu. Apa-apa pun, semua kehendak Allah jua yang memberi kita tenaga dan kekuatan.

Apa bezanya nasi dan Set Might 3 Gems ni? Nasi adalah jenis makanan yang tinggi kadar glisemik indeks yang menyebabkan makanan mudah terurai dan kesannya kita akan cepat berasa lapar. Bagi Set Might 3 Gems pula, ia terdiri daripada bahan-bahan yang rendah kadar glisemik indeks dan terurai dengan perlahan-lahan dan menyebabkan kita berasa kenyang dan cukup. Antara makanan-makanan lain yang rendah kadar glisemik indeks adalah seperti oats, roti wholemeal, beras perang dan sebagainya. 




Oleh itu, bagi ibu-ibu yang sedang hamil, memang elok sangat ambil makanan yang rendah kadar glisemik indeks untuk mengekalkan tenaga. Orang tak mengandung pun digalakkan juga mengambil makanan-makanan begini untuk mengekalkan tenaga. 

Nak dapatkan Set Might 3 Gems ni? Senang aje, Hubungi saya di 012-5538628 :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tip Ringkas Mengatasi Masalah Sembelit bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni nak share satu tip ringkas mengatasi masalah sembelit bagi ibu hamil. Memang banyak kali juga saya dah kongsikan pelbagai cara nak mengatasi masalah sembelit ni. Tapi yang satu ni..... SATU aje.... saya rasa sangat berkesan, InsyaAllah :)

Apabila da masuk 3rd trimester ni, kadang-kadang nak membuang air besar tu punyalah payah sebab bila nak buang, susahnya terasa seperti kertas pasir. Tak elokla kalau nak teran lebih-lebih sangat. Saya memang geram kalau sembelit ni terjadi. Seksa....



Saya dah amalkan beberapa kali tip ni, dan Alhamdulillah menjadi untuk saya. Harap menjadi juga untuk ibu-ibu yang lain :)

Caranya:

1. Pastikan anda ada tablet kalsium Ostematrix di rumah. Supplemen Ostematrix ni merupakan salah satu daripada supplemen dalam Set Kehamilan Shaklee.

2. Minyak kelapa dara yang memang ramai sangat cadangkan ambil di trimester ketiga untuk memudahkan proses bersalin.


Saya memang ambil Ostematrix hari-hari untuk keperluan kalsium ibu mengandung yang memang sangat penting untuk ibu dan baby. Minyak kelapa dara pula, saya ambil pada hari-hari tertentu aje.. macam hari saya mengalami sembelit. Bagi yang nak ambil hari-hari pun boleh... lagi bagus :)

Ok... Apabila anda sudah merasa susah nak membuang, malam sebelum tu, pastikan anda makan tablet Ostematrix sebanyak 4 biji dan makan sesudu besar minyak kelapa dara. InsyaAllah, keesokan harinya, pasti lancar aje pembuangan air besar. 

Cubalah, InsyaAllah berjaya :) Nak dapatkan Ostematrix? Hubungi aje saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Wednesday, 8 July 2015

8 Amalan untuk Memastikan Penyusuan Susu Ibu Bermula dengan Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni jom kita share amalan-amalan untuk memastikan penyusuan susu ibu bermula dengan baik. Pertama sekali, pemilihan hospital untuk melahirkan bayi adalah sangat penting. 

Kebanyakan hospital kini memang akan menuruti kehendak ibu yang ingin menyusukan bayi secara esklusif. Namun, ada juga sesetengah hospital yang akan memberikan formula milk (fm) kepada bayi yang baru dilahirkan. Jadi, pastikan ibu memberitahu pihak hospital agar jangan memberikan fm kepada bayi selepas dilahirkan ya.



Semasa di hospital pula, perkara-perkara ini akan dapat membantu penyusuan susu ibu bermula dengan baik:

1. Mempunyai peneman semasa proses kelahiran supaya ibu merasa lebih selesa dan secure

2. Elakkan campurtangan sewaktu kelahiran dan melahirkan seperti menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk yang seterusnya boleh mendorong ke arah teknik caesarian tanpa sebab perubatan yang diperlukan. Kalau boleh, tahanlah sakit contraction itu, kerana semua ibu-ibu akan melaluinya. Boleh baca di sini teknik pernafasan semasa contraction.

3. Memastikan proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan sejurus bayi dilahirkan supaya dapat mengekalkan kehangatan badan baby dan juga mendorong baby untuk memulakan rooting reflex iaitu mencari-cari susu ibunya. Boleh beritahu juga pada doktor supaya melaksanakan amalan ini ya.

4. Pastikan bayi bersama dengan ibu setiap masa untuk memudahkan proses penyusuan. Jangan biarkan bayi ditinggalkan di nursery especially yang bersalin di hospital swasta.

5. Ibu hendaklah belajar tanda-tanda daripada bayi iaitu tanda-tanda bayi ingin menyusu, atau lampin bayi basah. Tak perlu ikut masa. Susukan bayi apabila tanda-tanda tersebut kelihatan. Boleh rujuk di sini.

6. Menyusukan bayi sekerap mungkin untuk menstimulasikan pengeluaran susu ibu. 

7. Memberi susu ibu secara esklusif dan mengelakkan daripada memberi formula milk, puting tiruan dan apa-apa sahaja yang boleh mengganggu penyusuan susu ibu.

8. Ibu boleh belajar posisi-posisi yang sesuai mengikut keselesaan ibu dan bayi dan memastikan bayi melekap dengan betul untuk mengelakkan daripada masalah nipple crack dan pengeluaran susu yang tidak efisyen.

Yang penting, ibu-ibu jangan berputus asa ye. Teruskan menyusukan bayi untuk menstimulasikan pengeluaran susu :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

4 Cara-Cara Memastikan Bayi Mendapat Susu Yang Cukup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Malam ni terasa nak kongsi pula cara-cara memastikan bayi mendapat susu yang cukup. Kita pun tahu kan, ibu yang baru melahirkan selalunya berasa ragu-ragu tentang susu yang diberi kepada bayinya. Awal-awal kelahiran, hanya kolustrum yang ada... Susu akan keluar dalam hari ketiga atau hari kelima.



Cara-cara memastikan bayi mendapat susu yang cukup:

1. Bayi kerap membuang air kecil
Bayi membuang air kecil yang berwarna kuning jernih lebih daripada 6 kali sehari. Jika anda nak kepastian, selitkan nappy liner dalam dua keping di dalam pampers bayi anda supaya anda boleh mengetahui sama ada bayi membuang air kecil atau tidak. Tapi jangan biarkan lama-lama ekk pampers bayi anda basah, nanti naik ruam pula. 

2. Bayi membuang air besar 3-8 kali sehari (kekerapan bayi membuang air besar akan berkurangan apabila bayi berumur lebih dari sebulan).

3. Bayi kelihatan sihat dan tidur lena
Bayi tidur lena dan kurang merengek serta kelihatan cergas apabila terjaga. Selain itu, kelihatan otot bayi berkembang dengan baik dan mempunyai kulit yang sihat.

4. Peningkatan berat badan bayi yang normal
Berat badan bayi akan meningkat dalam 100-200g seminggu untuk bulan yang pertama dan meningkat 85-104g seminggu pada bulan seterusnya hingga berumur 1 tahun.

Selain itu, berat badan bayi akan meningkat 2 kali ganda daripada berat lahir apabila bayi berumur 5-6 bulan dan meningkat 3 kali ganda apabila berumur 1 tahun.

Tetapi bagi bayi yang mengalami jaundis dan kebanyakan masanya tidur, anda harus mengejutkan bayi untuk disusukan. Cara-cara mengejutkan bayi boleh dirujuk di sini :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek