Monday, 22 June 2015

Menyusu Bayi On Demand

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni nak sentuh pasal topik menyusu lagi... Walaupun dah banyak entry membincangkan cara-cara menyusukan bayi... Tapi saya terdetik nak berkongsi sedikit berkenaan menyusu on demand. 

Kali ini, saya fokuskan bab menyusu untuk newborn. Bayi yang baru lahir dan masih merah lagi... Banyak artikel berkongsi tentang keperluan untuk menyusukan bayi sebanyak 8-12 kali sehari. Iaitu sekurang-kurangnya 2 jam sekali, terutama bayi jaundis yang kerap tidur. Namun, bagi bayi yang tidak jaundis, anda boleh menyusukan bayi berdasarkan keperluan bayi itu sendiri. Maknanya, lihat tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi yang ingin disusukan.

Kadangkala, ada sesetengah bayi ingin disusukan setiap sejam. Ada juga selepas setengah jam menyusu, bayi menunjukkan tanda untuk menyusu lagi. Memang agak meletihkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Tapi anggaplah bahawa permintaan bayi itu adalah suatu cara untuk mengeratkan hubungan di antara ibu dan bayi dan pada masa yang sama menstimulasikan pengeluaran susu ibu.

Baru-baru ini, saya ada melawat seorang sahabat yang baru melahirkan bayinya. Di awal tengahari tu, tidur aje baby tu... Selepas saya pulang, sahabat saya memberitahu, dalam jangka masa dua jam, baby bangun untuk menyusu. 

Pada hari yang sama, sahabat saya itu dibenarkan pulang. Saya pergi melawat di rumah pula kerana suami saya masih belum berkesempatan melawat mereka suami isteri. Dalam dua jam lagi, baby menyusu lagi. Tapi kali ini, penyusuan mengambil masa agak lama. Apabila diletakkan baby tersebut, baby tidur-tidur ayam je. Apabila saya mengangkat baby tersebut, baby tersebut menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, iaitu tangan diletakkan di mulut, badan mengeliat dan banyak lagi pergerakan. 

Sah, apabila diberikan kepada ibunya, terus baby tersebut mencari-cari susu ibunya. Hebat deria bau bayi ini. Dapat mengenali bau ibunya.... :)



Satu lagi ialah apabila tibanya waktu malam, bayi akan lebih kerap ingin skin-to-skin contact dan hampir sepanjang masa ingin menyusu. Ketahuilah, bayi hanya mahu berasa dekat dan selamat dengan ibunya. Bayi yang baru dilahirkan, semestinya berasa janggal apabila berada di luar rahim, jauh daripada mendengar degupan jantung ibunya. Oleh sebab itulah bayi akan sentiasa mahu dipeluk rapat oleh ibunya, dan pada masa ini, mungkin akan lebih kerap menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu. Maka susukanlah bayi, tak perlu mengikut kiraan masa dua jam seperti yang dibaca. 

Even kita, sebagai seorang dewasa pun mempunyai pelbagai demand yang kadangkala tidak mengira masa. Jadi kenapa kita perlu strict kepada keperluan bayi yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa kan? Bagi ibu-ibu yang nak menyusu secara esklusif, inilah masanya untuk memberitahu otak dan badan untuk menghasilkan susu dengan banyaknya untuk keperluan bayi :)

Jangan bimbang susu tidak mencukupi kerana pada awal-awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum. Jadi mungkin tak nampak sangat kehadiran susu. Tapi percayalah, susu ibu cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir dan akan bertambah seiring dengan pertambahan usia bayi.

Mencari-cari set untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran susu? Jom tengok di sini :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

2 comments:

  1. owh baru tau, maklum la takde pengalaman lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... tambah lagi pembacaan supaya bila da ade baby lebih bersedia :)

      Delete