Tuesday, 23 June 2015

Berpuasa Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah.. dah pun masuk 7 Ramadhan. Macam mana Ramadhan anda setakat ni? Harap semakin bertambah baik dari tahun ke tahun dan hari ke hari. Sama-sama kita usahakan, InsyaAllah. Hari ni nak share cerita pasal berpuasa semasa hamil. Boleh ke berpuasa semasa hamil ni?



Bagi ibu-ibu yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah semasa kehamilan seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah atau diabetes, InsyaAllah anda boleh berpuasa, tapi pantaulah keadaan diri anda dan bayi dalam kandungan ye. Bagi ibu-ibu yang mempunyai risiko, dalam Islam telah diberikan rukhsah atau kemudahan untuk tidak berpuasa.

Saya nak share jugak pengalaman saya dalam 7 hari berpuasa ni. Setakat ni, Alhamdulillah, ada hari-hari yang saya berpuasa, ada jugak yang saya tidak berpuasa. Berpuasa semasa hamil memang berbeza dengan berpuasa semasa anda 'solo'. Banyak yang kena diperhatikan terutamanya keadaan bayi dalam kandungan.

Sepanjang tempoh berpuasa, saya selalunya akan berbuka di tengah hari, melihat kepada keadaan diri saya. Macam semalam, saya selepas sahur, saya rasa macam baby agak tidak aktif seperti biasa. Pergerakan tu ada... cuma pergerakan baby sangat lembut dan tidak seperti selalu. Apabila saya check dengan membuat beberapa pergerakan atau duduk mengikut posisi tertentu (Anda boleh baca cara-cara nak merangsang baby bergerak di SINI), baby masih kurang memberikan respons.

Saya rasa risau juga. Baby bukan tak bergerak langsung (kalau tak bergerak langsung dalam 3 - 4 jam, elok segera ke hospital ye). Pergerakan baby sangat lembut. Terasa seperti hanya jari-jari yang menguis dari dalam. Kurang sangat terasa pergerakan major, seperti tubuh badan bergerak atau kaki menendang. 

Saya tanya-tanya juga ibu-ibu yang berpengalaman, ada yang menyarankan untuk saya makan makanan yang manis lemak berkrim seperti ais krim, kek atau apa sahaja yang anda tahu akan memberikan rangsangan daripada bayi. Ada juga yang saya baca, minuman manis juga membantu untuk mendapatkan respons baby. Sebelum saya sempat makan atau minum apa-apa yang manis, baby telah mula memberikan respons dengan pergerakan major yang sangat meyakinkan saya. Alhamdulillah, lega rasanya. Tak jadi saya nak ke klinik untuk memeriksa keadaan baby. 

Hari ni, saya memang dijadualkan berjumpa nurse untuk checkup. Jadi saya tanya nurse pasal pergerakan baby ini. Seperti biasa, nasihat nurse, kalau tiada gerakan langsung, segera ke hospital. Sahabat saya hari tu, bila terjadinya perkara ini, dia memang kena warded terus. Tapi bagi kes macam saya, iaitu pergerakan baby yang berbeza dari hari-hari biasa, nurse cakap mungkin faktor berpuasa. Apabila kita tidak makan, kemungkinan bekalan oksigen untuk sampai ke baby juga agak perlahan. Jadi kalau rasa risau dan ragu-ragu, tak perlulah berpuasa. 

Sebenarnya kes baby saya, ada jugak dalam last week, saya mengalami perkara yang sama. Yang berbeza adalah masa ia terjadi iaitu semalam dari pagi sampai ke petang. Yang minggu lepas, dari malam sampai ke pagi. Memang saya pergi berjumpa dengan gynea untuk menghilangkan kerisauan saya. Masa tu Ramadhan belum tiba. Gynea cakap, jika ibu berasa penat, kemungkinan akan menyebabkan baby juga merasakan perkara yang sama dan kesannya boleh terasa dengan pergerakan bayi yang kurang. Namun, sentiasa observe pergerakan baby. Kalau ragu-ragu, sila pergi berjumpa dengan pakar perubatan.

saya harap pengalaman ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang membaca. Saya faham sangat, mesti rasa risau apabila baby kurang bergerak. Nanti selepas entri ini, akan saya sharekan juga nasihat dan pengalaman seorang sahabat yang babynya langsung tidak bergerak selama 4 jam.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

No comments:

Post a Comment