Wednesday, 24 June 2015

Awas! Bayi Tidak Bergerak Dalam Kandungan II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Syukur, kita melalui satu lagi hari yang membahagiakan di Ramadhan ini. Seperti yang saya janjikan, saya nak share cerita tentang bayi tidak bergerak dalam kandungan. Sebelum ni, saya ade tulis satu artikel berkenaan baby tidak bergerak dalam kandungan dah. So kali ni, anggaplah part II pulak :)

Dalam menjalani proses mengandung ni, kadangkala kita kena percaya naluri ibu mengandung ni. Untuk keselamatan baby dan diri sendiri jugakkan. Hari tu, sahabat saya ade menceritakan pengalaman adiknya sendiri yang terpaksa melalui emergency cser setelah 4 jam tidak terasa pergerakan baby. Adiknya telah memasuki minggu ke 37.

Ceritanya begini, adiknya tidak merasai sebarang pergerakan bayi sejak dari pukul 6 petang sehingga 10 malam. Setelah mencuba pelbagai cara untuk memujuk baby bergerak, akhirnya pada pukul 2 pagi, mereka telah pergi ke hospital. 

Setibanya di hospital, jantung baby diperiksa dengan menggunakan doppler. Keputusannya, jantung baby tak berapa cantik. Kemudian, sekali lagi pihak hospital meminta adik sahabat saya itu melakukan beberapa teknik untuk melihat sama ada baby bergerak atau tidak. Setelah tidak berjaya, akhirnya pada pukul 5 pagi, emergency cser terpaksa dijalankan.

Rupa-rupanya tali pusat telah menjerut leher baby. Alhamdulillah baby selamat. Mungkin kalau dibiarkan lagi, sudah terlambat. 



Apabila saya juga mengalami perubahan pergerakan baby. Daripada aktif dan major movement, tiba-tiba pergerakan jadi lembut, saya pergi melakukan checkup dan detail scan dijalankan. Alhamdulillah baby ok.

Melalui perbualan saya dengan sonagrapher mengenai kes baby terlilit dengan tali pusat, jika kandungan masih tidak memasuki 36 - 37 minggu, kebarangkaliannya mereka tidak akan melakukan sebarang emergency cser kerana keadaan baby adalah lebih baik di dalam kandungan berbanding jika terpaksa dikeluarkan. Selalunya baby boleh untangle tali pusat yang terbelit itu. Doakan supaya bayi dalam kandungan terpelihara selalu.

Berlainan kesnya jika terjadi seperti kes adik sahabat saya tu. Baby dikira dah cukup matang untuk dikeluarkan, maka emergency cser dijalankan.

Jadi, ibu-ibu sekalian, kita berdoalah agar Allah sentiasa memelihara bayi di dalam kandungan dan dipermudahkan untuk kita melahirkan nanti :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tuesday, 23 June 2015

Berpuasa Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah.. dah pun masuk 7 Ramadhan. Macam mana Ramadhan anda setakat ni? Harap semakin bertambah baik dari tahun ke tahun dan hari ke hari. Sama-sama kita usahakan, InsyaAllah. Hari ni nak share cerita pasal berpuasa semasa hamil. Boleh ke berpuasa semasa hamil ni?



Bagi ibu-ibu yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah semasa kehamilan seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah atau diabetes, InsyaAllah anda boleh berpuasa, tapi pantaulah keadaan diri anda dan bayi dalam kandungan ye. Bagi ibu-ibu yang mempunyai risiko, dalam Islam telah diberikan rukhsah atau kemudahan untuk tidak berpuasa.

Saya nak share jugak pengalaman saya dalam 7 hari berpuasa ni. Setakat ni, Alhamdulillah, ada hari-hari yang saya berpuasa, ada jugak yang saya tidak berpuasa. Berpuasa semasa hamil memang berbeza dengan berpuasa semasa anda 'solo'. Banyak yang kena diperhatikan terutamanya keadaan bayi dalam kandungan.

Sepanjang tempoh berpuasa, saya selalunya akan berbuka di tengah hari, melihat kepada keadaan diri saya. Macam semalam, saya selepas sahur, saya rasa macam baby agak tidak aktif seperti biasa. Pergerakan tu ada... cuma pergerakan baby sangat lembut dan tidak seperti selalu. Apabila saya check dengan membuat beberapa pergerakan atau duduk mengikut posisi tertentu (Anda boleh baca cara-cara nak merangsang baby bergerak di SINI), baby masih kurang memberikan respons.

Saya rasa risau juga. Baby bukan tak bergerak langsung (kalau tak bergerak langsung dalam 3 - 4 jam, elok segera ke hospital ye). Pergerakan baby sangat lembut. Terasa seperti hanya jari-jari yang menguis dari dalam. Kurang sangat terasa pergerakan major, seperti tubuh badan bergerak atau kaki menendang. 

Saya tanya-tanya juga ibu-ibu yang berpengalaman, ada yang menyarankan untuk saya makan makanan yang manis lemak berkrim seperti ais krim, kek atau apa sahaja yang anda tahu akan memberikan rangsangan daripada bayi. Ada juga yang saya baca, minuman manis juga membantu untuk mendapatkan respons baby. Sebelum saya sempat makan atau minum apa-apa yang manis, baby telah mula memberikan respons dengan pergerakan major yang sangat meyakinkan saya. Alhamdulillah, lega rasanya. Tak jadi saya nak ke klinik untuk memeriksa keadaan baby. 

Hari ni, saya memang dijadualkan berjumpa nurse untuk checkup. Jadi saya tanya nurse pasal pergerakan baby ini. Seperti biasa, nasihat nurse, kalau tiada gerakan langsung, segera ke hospital. Sahabat saya hari tu, bila terjadinya perkara ini, dia memang kena warded terus. Tapi bagi kes macam saya, iaitu pergerakan baby yang berbeza dari hari-hari biasa, nurse cakap mungkin faktor berpuasa. Apabila kita tidak makan, kemungkinan bekalan oksigen untuk sampai ke baby juga agak perlahan. Jadi kalau rasa risau dan ragu-ragu, tak perlulah berpuasa. 

Sebenarnya kes baby saya, ada jugak dalam last week, saya mengalami perkara yang sama. Yang berbeza adalah masa ia terjadi iaitu semalam dari pagi sampai ke petang. Yang minggu lepas, dari malam sampai ke pagi. Memang saya pergi berjumpa dengan gynea untuk menghilangkan kerisauan saya. Masa tu Ramadhan belum tiba. Gynea cakap, jika ibu berasa penat, kemungkinan akan menyebabkan baby juga merasakan perkara yang sama dan kesannya boleh terasa dengan pergerakan bayi yang kurang. Namun, sentiasa observe pergerakan baby. Kalau ragu-ragu, sila pergi berjumpa dengan pakar perubatan.

saya harap pengalaman ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang membaca. Saya faham sangat, mesti rasa risau apabila baby kurang bergerak. Nanti selepas entri ini, akan saya sharekan juga nasihat dan pengalaman seorang sahabat yang babynya langsung tidak bergerak selama 4 jam.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Monday, 22 June 2015

Menyusu Bayi On Demand

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni nak sentuh pasal topik menyusu lagi... Walaupun dah banyak entry membincangkan cara-cara menyusukan bayi... Tapi saya terdetik nak berkongsi sedikit berkenaan menyusu on demand. 

Kali ini, saya fokuskan bab menyusu untuk newborn. Bayi yang baru lahir dan masih merah lagi... Banyak artikel berkongsi tentang keperluan untuk menyusukan bayi sebanyak 8-12 kali sehari. Iaitu sekurang-kurangnya 2 jam sekali, terutama bayi jaundis yang kerap tidur. Namun, bagi bayi yang tidak jaundis, anda boleh menyusukan bayi berdasarkan keperluan bayi itu sendiri. Maknanya, lihat tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi yang ingin disusukan.

Kadangkala, ada sesetengah bayi ingin disusukan setiap sejam. Ada juga selepas setengah jam menyusu, bayi menunjukkan tanda untuk menyusu lagi. Memang agak meletihkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan. Tapi anggaplah bahawa permintaan bayi itu adalah suatu cara untuk mengeratkan hubungan di antara ibu dan bayi dan pada masa yang sama menstimulasikan pengeluaran susu ibu.

Baru-baru ini, saya ada melawat seorang sahabat yang baru melahirkan bayinya. Di awal tengahari tu, tidur aje baby tu... Selepas saya pulang, sahabat saya memberitahu, dalam jangka masa dua jam, baby bangun untuk menyusu. 

Pada hari yang sama, sahabat saya itu dibenarkan pulang. Saya pergi melawat di rumah pula kerana suami saya masih belum berkesempatan melawat mereka suami isteri. Dalam dua jam lagi, baby menyusu lagi. Tapi kali ini, penyusuan mengambil masa agak lama. Apabila diletakkan baby tersebut, baby tidur-tidur ayam je. Apabila saya mengangkat baby tersebut, baby tersebut menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, iaitu tangan diletakkan di mulut, badan mengeliat dan banyak lagi pergerakan. 

Sah, apabila diberikan kepada ibunya, terus baby tersebut mencari-cari susu ibunya. Hebat deria bau bayi ini. Dapat mengenali bau ibunya.... :)



Satu lagi ialah apabila tibanya waktu malam, bayi akan lebih kerap ingin skin-to-skin contact dan hampir sepanjang masa ingin menyusu. Ketahuilah, bayi hanya mahu berasa dekat dan selamat dengan ibunya. Bayi yang baru dilahirkan, semestinya berasa janggal apabila berada di luar rahim, jauh daripada mendengar degupan jantung ibunya. Oleh sebab itulah bayi akan sentiasa mahu dipeluk rapat oleh ibunya, dan pada masa ini, mungkin akan lebih kerap menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu. Maka susukanlah bayi, tak perlu mengikut kiraan masa dua jam seperti yang dibaca. 

Even kita, sebagai seorang dewasa pun mempunyai pelbagai demand yang kadangkala tidak mengira masa. Jadi kenapa kita perlu strict kepada keperluan bayi yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa kan? Bagi ibu-ibu yang nak menyusu secara esklusif, inilah masanya untuk memberitahu otak dan badan untuk menghasilkan susu dengan banyaknya untuk keperluan bayi :)

Jangan bimbang susu tidak mencukupi kerana pada awal-awal kelahiran, ibu hanya menghasilkan kolustrum. Jadi mungkin tak nampak sangat kehadiran susu. Tapi percayalah, susu ibu cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir dan akan bertambah seiring dengan pertambahan usia bayi.

Mencari-cari set untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran susu? Jom tengok di sini :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Teknik Menarik Nafas Semasa Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Bagi ibu-ibu yang tengah menghitung hari, mesti berdebar-debar jugak menantikan kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan lebih kan.... Walaupun mungkin bukan anak pertama, perasaan nervous tu mesti ade... Ye la setiap kelahiran adalah berbeza-beza. Setiap orang mesti mengimpikan keadaan yang tenang dan terkawal semasa di labour room. Oleh itu, teknik menarik nafas semasa bersalin hendaklah betul.... Barulah tenang :)



Entri kali ni, kita sama-sama belajar... semoga memberi manfaat kepada kita semasa di labour room nanti. Para suami juga memainkan peranan membantu isteri.... sebenarnya untuk menenangkan isteri dan membantu isteri menarik nafas dengan lebih teratur.

Antara teknik yang diajarkan ialah:

1. Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot bahu, tangan  dan muka. Jangan ketap gigi, menggenggam tangan dan mengeraskan badan. Tindakan ini akan melambatkan bukaan. Sebaliknya, alihkan perhatian sakit tersebut dengan menggerakkan kepala ke kiri kanan, atau apa sahaja tindakan yang menenangkan anda.

2. Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk mengurangkan rasa sakit.

3. Apabila rasa sakit kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut dengan nafas yang pendek-pendek.

4. Semasa berlaku kontraksi ini, cuba bayangkan bukaan anda sedang berkembang seperti bunga yang sedang mekar berkembang. 

Jadikan kontraksi ini sebagai rakan baik untuk membantu anda berjumpa dengan bayi yang sudah lama anda nantikan... 

InsyaAllah apabila anda bertenang, hormon oksitosin akan dirembeskan dan memudahkan anda bersalin. Jika anda mengeraskan badan dan melawan kontraksi tersebut, badan akan merembeskan hormon adrenalin yang menyebabkan tubuh melawan dan melambatkan proses bukaan.

Apa-apa pun, banyakkan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin terutamanya di bulan yang mulia ini :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Thursday, 18 June 2015

8 Tips Mengurangkan Mengantuk Semasa Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya... Cumanya, di peringkat awal ni, ramai orang mengadu mengantuk... terutamanya kaum ibu-ibu yang bangun awal untuk menyediakan juadah untuk bersahur. Oleh itu, saya fikir-fikir, jomlah kita berkongsi tips mengurangkan mengantuk semasa berpuasa :)



Tips Mengurangkan Mengantuk Semasa Berpuasa:

1. Cuba untuk tidur awal pada malam harinya. Tidur awal itu sunnah.

2. Minum banyak air kosong atau air suam pada waktu sahur.

3. Dalam setiap hidangan, pastikan ada sayur-sayuran yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Kekurangan zat besi menyebabkan tubuh kurang menghasilkan sel darah merah dan menyebabkan badan lemah.

4. Jika anda seorang peminat kafein, bolehlah mengambil minuman kafein yang disukai. Tapi kuantiti yang tidak keterlaluan seperti dalam secawan. Pada saya, best ambil Cinch Energy Tea Mix dari Shaklee. Segar bugar mata, kuantiti kafein pun ok... 

5. Ambil masa dalam 10 - 15 minit untuk short nap sebelum waktu Zuhur. InsyaAllah anda akan ok selepas itu.

6. Berbuka puasa dengan dimulakan dengan mengambil buah tamar dan minum air suam. Seeloknya selepas itu, segera solat Maghrib untuk mengurangkan rasa malas untuk solat.

7. Jangan makan secara keterlaluan supaya anda lebih bertenaga untuk berterawikh. 

8. Pastikan anda membawa bekalan air kosong semasa berterawikh.


Selain itu, ada juga tips lain yang saya perolehi daripada bacaan saya. Antaranya ialah:

- Berselawat sebanyak 3 kali kepada kedua ibu jari kanan dan kiri dan lurutkan ke kedua-dua bahagian kening.
- Amalkan membaca sepotong ayat dari Surah Qursi iaitu:


Yang bermaksud: Dia - Allah tidak mengantuk dan tidak tidur

Harap perkongsian ini dapat membantu. Sambil-sambil tu, kalau nak beli mana-mana supplemen Shaklee especially yang tengah top semasa Ramadhan ini, seperti Cinch Energy Tea Mix atau pun Set Mighty 3 Gem, bolehlah hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Monday, 15 June 2015

Kembali Pada Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hati ini merasa meruntun hati melihat keadaan dunia hari ini.... Secara spesifiknya negaraku Malaysia.... Ternampak status DrMAZA.com dalam Facebook semalam "Keberkatan Bagaikan Mula Hilang".



Kebelakangan ni, saya bagaikan dikejutkan dari tidur yang susah sangat nak bangun... Biasalah, manusia selalu lalai dan lupa... Bila fikir-fikir balik, semua yang terjadi baru-baru ini - gempa bumi di Sabah, dan gempa bumi susulan yang terjadi kemudiannya, kemudian kapal laut pula hilang... Allahuakhbar.... It's a wake up call for all of us.... Peringatan yang Allah turunkan kepada kita supaya diambil iktibar... bukannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri....

Bagi saya, wake up call saya ialah.... saya terlupa.... tujuan hidup ni... Malu jugak nak tulis... tapi saya harap, pembaca-pembaca mengambil iktibar... Saya akui, saya takut dengan semua yang terjadi. Tapi macam yang saya tulis hari tu la... Dunia dah nak kiamat. Mati tu bila-bila masa aje,... Persoalannya, betul dah ke cara hidup kita ni? Tujuan kita hidup dan akhirnya kembali pada Allah...???

Kemudian saya fikir balik.... Saya join Shaklee dalam setahun lepas... Alhamdulillah, group Shaklee yang saya join, memang bagus sangat. Kuncinya ialah Master Checklist. Kalau yang da join, memang tahu Master Checklist tu apa... Memang bagus sangat sebab pendekatannya ialah mendekatkan diri dengan Allah. 

Silapnya saya ialah.... tujuan saya salah.... Silap saya ialah... buat Master Checklist sebab nak rezeki sales masuk.... Allahuakhbar salah betul konsep saya.... Konsep yang betul ialah, buatlah apa pun, segala yang ada dalam Master Checklist tu... tapi tujuannya bukan nak rezeki masuk.. tapi adalah untuk kembali pada Allah... Bertawakal kepada Allah... Ni saya cakap on my personal experience ye. 

Baru saya faham sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh kawan-kawan dalam group Shaklee saya. Yang penting, kena tahu tujuan sebenar melibatkan diri dalam bisnes. Kalau join atau buat bisnes untuk kaya, alamatnya tak kaya-kaya la... Bukan tak boleh nak target kaya.... Tapi kaya tu bukan target utama.... tu je...

Then saya terbaca pula satu lagi post dari FB yang menjadi sebahagian daripada wake up call saya...



Dalam kehidupan ini, kita sentiasa sibuk dengan dunia... Terkejar-kejar dunia pagi petang siang malam.... Apabila dikejarnya dunia, maka dapatlah dunia sahaja.... Tetapi, apabila kita mengejar Allah, akan dapat dunia dan akhirat..... InsyaAllah, semua perkara yang kita lakukan akan dipermudahkan. Untuk apalah kita rungsing memikirkan duit yang tidak cukup, perbelanjaan yang semakin bertambah, GST, kadar tol yang hendak dinaikkan? Allah telah menetapkan rezeki kita sejak kita lahir sehinggalah kita mati. Tidak akan lebih dan tidak akan kurang walau sedikit pun.

Pagi ni, saya terdengar pulak tazkirah pagi di IKIM fm. Ustaz Ebit Liew pulak yang memberi tazkirahnya. Tajuknya, baliklah kepada Allah.... Allahuakhbar, tidak ada kebetulan dalam hidup ini, melainkan telah ditetapkan Allah. Terlalu banyak peringatan yang Allah beri kepada kita setiap hari tapi adakah hati kita cukup celik untuk memahaminya? Kadangkala, kita tahu... tapi tidak mahu melakukan sebarang perubahan.... sampai bila tak mahu berubah...? Adakah sampai nyawa di hujung halkum baru kita hendak bertaubat? Mungkin sudah terlambat....

Jadi pembaca-pembaca sekalian, jom sama-samalah kita kembali pada Allah... Apa yang kita lakukan hanya untuk Allah. Serahkan semua kepada Allah kerana tiada daya upaya kita, melainkan jika diizinkan Allah.... 


Friday, 12 June 2015

Edema (Water Retention @ Sembab) Semasa Hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.... Hari ni tiba-tiba teringat pulak nurse di klinik kesihatan hari tu, ade menekan kaki saya semasa checkup. Sebelum ni, tak pernah dibuatnya. Saya rasa mesti nak check sama ada kaki saya sembab atau saya mengalami edema (water retention) semasa hamil.



Masa kehamilan pertama dulu, menjelang minggu-minggu terakhir kehamilan saya, memang badan saya agak sembab. Tapi saya rasa idaklah teruk sampai macam dalam gambar tu... Sekarang pun, tak ade tanda-tanda edema lagi... Ada orang yang memang tak kena langsung edema... Memang hebat :)

Jika tiba-tiba badan anda mengalami edema, pastikan anda mendapatkan nasihat gynea, kerana dirisaukan anda mungkin mengalami gejalan pra-eklampsia.

Ada cara-cara mengurangkan masalah edema semasa hamil. Antaranya ialah:
  • Minum air secukupnya iaitu 2-3liter sehari. Dengan minum air secukupnya, maka toksin dalam badan akan dapat dinyahkan secara efektif. Selain itu, sembelit dapat dielakkan. Jika badan kekurangan air, maka badan akan bertindak menyimpan air, maka terjadilah masalah sembab.
  • Bersenam seperti berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman. Pastikan senaman sesuai dengan keupayaan anda yang hamil ye. Senaman juga membantu mengurangkan masalah sembelit.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. 
  • Naikkan kaki anda semasa duduk, seperti meletak di atas kerusi untuk menyokong kaki semasa duduk. Jika di pejabat, anda boleh meletakkan kotak di depan kaki untuk sokongan.
  • Jika anda menaiki kenderaan, banyakkan berhenti untuk meregangkan kaki dan mengurangkan lenguh-lenguh di bahagian pinggul.
  • Pakai stoking sokongan untuk mengurangkan cecair berkumpul di kawasan buku lali.


Selain itu, anda boleh memastikan diri anda mengambil tablet kalsium yang mengandungi magnesium untuk mencegah edema. Ini adalah kerana kalsium membantu pertukaran cecair di dalam badan dan boleh membantu menyahkan cecair daripada sel tisu. Magnesium pula adalah unsur yang membantu mengurangkan edema.

Dalam Set Kehamilan Shaklee, memang telah disertakan sekali tablet kalsium yang diberi nama OsteMatrix. OsteMatrix ini, selain membantu membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu dan bayi, dapat juga membantu mengurangkan edema. Tablet OsteMatrix ini juga mengandungi magnesium untuk penyerapan kalsium yang efektif kepada badan. 

Kalau anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplemen Shaklee ini, jangan malu-malu untuk menghubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Thursday, 11 June 2015

Pangsapuri Indahria Untuk Dijual

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk entri kali ini, ia adalah berkenaan dengan Pangsapuri Indahria untuk dijual di Shah Alam. Rumah di Pangsapuri Indahria ini adalah rumah saya sendiri yang telah saya beli sejak dalam pembinaan lagi daripada developer.

Kenapa saya nak jual? Biarlah saya cerita ye.... Saya beli rumah tersebut sebelum saya berkahwin lagi... Memang masa tu fikir, takpe saya nak duduk takat saya seorang atau dengan parents saya, rumah tu memang da cukup baik. Jadi sejak dapat kunci, saya renovate comel-comel sikit rumah tu, seperti plaster ceiling di ruang tamu, di setiap penjuru bilik ade hiasan plaster ceiling, kitchen cabinet dan almari dibina di kawasan dapur. 

Namun, memandangkan saya akan menjaga rumah keluarga saya tak lama lagi dan saya rasa nak fokus kepada rumah keluarga saya sahaja, maka saya fikir, sekarang adalah masanya untuk menjual rumah di Pangsapuri Indahria. Sedih juga kerana bahagia tinggal di situ... Rumah saya, Alhamdulillah, memang takde masalah maintenance. Semua elok dan happy tinggal di sini.

Buat pengetahuan, rumah tu luasnya 1008sqf dan ada balkoni yang sangat besar. Heeee... sebab utama saya berkenan kat rumah tu ialah sebab balkoninya... Malam-malam rasa tenang aje bila berdiri di balkoni tu. 

Kawasan di Pangsapuri Indahria best kerana:
  • Aman kerana majoriti orang yang berkeluarga tinggal di situ.
  • Takde students sangat.
  • Lif sentiasa pantas untuk naik dan turun.
  • Ada kedai runcit dan cafe di ground floor pangsapuri tersebut.
  • Nursery yang bagus untuk bayi dan kanak-kanak. Ownernya pun memang baik.
  • Maintenance bulanan yang sangat berpatutan.
  • Banyak kedai-kedai makan di kawasan berhampiran yang murah. 
  • Ada 7e dan Speedmart di kawasan perumahan sebelah yang dekat sangat.
  • Berdekatan dengan Komuter. Jalan kaki aje. Jadi senang bagi sesiapa yang kena gi KL atau Klang. Naik komuter aje.
  • Ada Tesco dan Giant berdekatan.
  • Berdekatan dengan exit untuk ke Federal Highway (ke KL atau Klang).
  • Berdekatan dengan exit untuk ke Elite (ke Putrajaya)
  • Begitu juga berdekatan dengan Highway KESAS untuk ke Bukit Jalil, Sri Petaling, etc.

Saya tau, kalau google-google pasal Pangsapuri Indahria, ade isu keretakan tanah di kawasan parking belakang. Jangan bimbang, siasatan terperinci oleh IKRAM telah dilaksanakan untuk memeriksa kestabilan tapak rumah. Alhamdulillah, tak ade masalah. Rumah stabil. Keretakan di parking itu akan diperbaiki selepas kes sivil dengan pemaju selesai, InsyaAllah. Kereta saya pula diparking di bahagian depan rumah. Oleh itu, memang tiada masalah dan gangguan.

Saya buka harga jualan rumah ini bermula dengan RM345,000. Boleh dibawa berbincang lebih lagi jika anda betul-betul berminat. Jom layan gambar-gambar di dalam rumah :)






Untuk view rumah dan perbincangan lanjut, boleh hubungi salah seorang agen saya dengan nombor berikut:

013-6160876 Adi
012-6096670 Radzi

Wednesday, 10 June 2015

Jaundice Susu Ibu - What to Expect?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Kali ni nak share demam kuning atau jaundice lagi... Tapi lain sikit topiknya iaitu jaundice susu ibu atau breast milk jaundice. Haaa... lain macam sikit kan... 



Selalunya kalau baby kena jaundice atau demam kuning ni, ibu-ibu dinasihatkan supaya menyusu dengan lebih kerap lagi, iaitu 8-12 sesi menyusu setiap hari. Kalau baby tidur pun, kejutkan baby tersebut. Sama juga dengan breast milk jaundice ni... apa-apa pun, baby kena minum banyak untuk menggalakkan baby kencing dan berak untuk menyahkan kuning tersebut daripada tubuh baby.

Untuk mengurangkan jaundice susu ibu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan, iaitu:
  • Kurangkan dulu penyusuan susu ibu kerana mungkin susu ibu belum 'kick in' sepenuhnya (sikit) dan tak memadai untuk membantu baby kencing dan berak dengan kerap.
  • Supplemen dengan formula milk. Tapi jika anda hendak memastikan baby teruskan penyusuan susu ibu, bolehlah menyusukan bayi dengan formula milk melalui syringe atau cup untuk tidak mengelirukan baby dengan puting botol susu. Jika bayi ditahan di hospital kerana bacaan kuning yang tinggi, pesan pada nurse supaya memberi susu dalam cup atau syringe ye.
  • Apabila bayi stabil, teruskan menyusu dengan direct latch. Objektifnya, supaya kadar kencing dan berak baby adalah konsisten untuk menyahkan kuning tersebut.
  • Jangan lupa untuk meneruskan stimulasi pengeluaran susu dengan mengepam susu, jika baby tidak menghisap secara direct atau sedang ditahan untuk pemulihan. Anda masih boleh beri susu anda kepada nurse untuk diberikan kepada bayi.
Walaupun sesetengah ibu akan berasa sangat sedih kerana terpaksa supplemenkan dengan formula milk, tapi ingatlah, ini adalah untuk kebaikan bayi anda juga. Bukanlah supplemen dengan formula milk tu lama-lama, just untuk membantu menghilangkan kuning.

Sehingga kini, sebab sebenar terjadinya jaundice susu ibu, masih belum dapat dirungkaikan. Ada yang menspekulasikan bahawa sebab terjadinya jaundice susu ibu adalah berkaitan dengan genetik dalam susu ibu itu sendiri yang menghalang protein di dalam hati bayi untuk diuraikan. Kesan genetik tu mungkin terganggu dengan cara pengambilan makanan semasa pantang. Oleh itu, elakkan halia dan herba-herba buat sementara waktu kerana faktor sebenar masih belum diketahui sehingga kini. 

Yang penting, ibu-ibu hendaklah redha and jangan give up... Objektifnya adalah untuk memastikan bayi stabil dan sihat. Apabila bayi da sihat, tiada halangan untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif :) Pastikan emosi dan kesihatan ibu adalah tiptop pada masa ini ya. Boleh cuba Set Bersalin Shaklee yang sangat baik untuk membantu ibu supaya sihat bertenaga untuk menghadapi perkara-perkara seperti ini.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


Rujukan:

Cara Naikkan HB Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ini saya ade checkup dan minum air gula di klinik kesihatan. Memang saya pilih untuk checkup di klinik kesihatan kerana saya rasa ujian yang dijalankan lebih menyeluruh.... Macam setiap kali datang checkup mesti ambil sampel darah dan urin. Setakat saya ke private, belum pernah mengalami pengalaman diambil darah lagi... Ambil darah ni penting untuk saya kerana saya pernah mengalami HB rendah semasa hamil anak pertama dulu... Sekarang yang kedua, HB saya ok... Alhamdulillah :) Saya juga mengambil Set Kehamilan Shaklee semasa hamil ini. 

Tapi hari ni, HB saya jatuh sikit. HB yang elok adalah bacaan 11g/dl ke atas. Hari ni, HB saya jatuh ke 10.6g/dl. Dah kena tanda dengan pen merah.... haha... Memandangkan saya dah berada di trimester ketiga, maka, saya naklah naikkan HB ibu hamil ni semula :)

Saya terpikir juga, kenapa mula-mula HB ok (atas 11g/dl) dan sekarang menurun? Antara sebab-sebabnya ialah:
  • Peningkatan isipadu darah (baby mula membesar, keperluan darah juga meningkat).
  • Apabila usia kehamilan makin bertambah dan baby membesar, maka keperluan nutrisi seperti zat besi, asid folik dan sebagainya juga semakin tinggi. Kalau kes saya, saya takde selera makan sangat sekarang ni... Mungkin salah satu faktor.
  • Sel darah merah semakin menurun.
  • Apabila sel darah merah menurun, maka akan memberi kesan ke atas penurunan hemoglobin juga.

Tak best juga apabila HB menurun. Banyak risikonya. Antaranya ialah:
  • Keguguran
  • Kelahiran pra-matang
  • Berat bayi yang rendah
  • Anak meninggal semasa kelahiran atau sebelum kelahiran.
  • Berlaku pendarahan kepada ibu
  • Tekanan ke atas jantung kerana badan akan kekurangan oksigen dan jantung akan terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  • Kematian ibu

Oleh itu, saya memang berazam nak meningkatkan semula bacaan HB saya. Cara yang boleh saya lakukan ialah:
  • Makan makanan yang mempunyai kandungan zat besi seperti sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap.
  • Konsisten dalam pengambilan Set Kehamilan Shaklee atau pun jika anda mengambil Obimin atau Iberet, pastikan cara pengambilan tersebut adalah betul, iaitu 2 jam sebelum atau sesudah makan. Tapi apabila HB menurun, maka nurse di KK menasihatkan saya ambil Obimin dua biji, satu biji pagi dan satu biji malam, sebelum tidur.
  • Bagi pengguna Set Kehamilan Shaklee, anda boleh ambil Vita-Lea 1 biji pagi dan 1 biji malam, sama seperti pengambilan Obimin juga ya.
  • Tapi yang bestnya Set Kehamilan Shaklee ini adalah kita juga mengambil Vitamin C. Vitamin C menggalakkan penyerapan zat besi dengan lebih baik. Sebab itu, dicadangkan apabila mengambil Vita-Lea, ambillah bersama dengan Sustained Release Vita-C. Kalau makan obimin sekalipun, digalakkan mengambil dengan jus yang mengandungi vitamin C.
InsyaAllah, checkup yang seterusnya akan berlaku dalam masa 2 minggu lagi. Saya akan update kesannya di entry yang akan datang ya. InsyaAllah, HB saya akan kembali normal :)


In the meantime, kalau nak order Set Kehamilan atau mana-mana supplemen Shaklee, janganlah malu-malu hubungi saya di 012-5538628.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek