Percutian ke Bali 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sambung balik citer percutian ke Bali part 2. Heee... sorry tak sambung direct sebab rasa panjang sangat kalau nak dimuatkan dalam 1 entry...

Ok... Selepas sampai ke Sara Residence, saya bagilah confirmation slip from Agoda... saya booked 3 rooms apartment. Sebab ade 5 orang dewasa dan sorang kanak-kanak. Ntah macam mana, receptionist tu cakap, 3 rooms fully booked. Geram gak hati mendengarnya... Then dia offer 2 bilik 2 rooms. Disebabkan semua orang pun keletihan, maka, saya setuju aje... Parents saya ambil satu bilik, saya suami, anak dan mak mertua satu bilik. Bilik yang diberi adalah sebelah menyebelah dan saya tak perlu tambah extra duit...

Bagi saya Sara Residence adalah tempat yang tenang... Hotelnya tak besar sangat... semasa sampai, kami disajikan dengan air watermelon di lobi.... Bilik yang saya dapat (2 bedrooms) pun ok jugak. Cantik dan selesa dalamannya... Dapat wifi free which is very convenient.... Gambar di bawah adalah pemandangan dari luar - swimming pool menghadap ke lobi dan kawasan makan. sara Residence juga terletak di kawasan yang luarnya terdapat Convenient store macam 7 Eleven tu... Tak jauh sikit, ade McDonald dan beberapa fast food restaurant. Bila tengok dalam Google Earth haritu, saya macam susah hati... Tapi sebenarnya tempat ni not bad... :)



Malamnya, dalam kul 7 selepas maghrib, kami keluar semula untuk dinner. Solat di sini awal. Maghrib dalam kul 6.30. Subuh dalam 5.07am... 

Saya beritahu driver yang saya nak gi makan di area tepi pantai... Tapi si driver (nama dia Wayang), cakap jauh sikitlah.. Fikir balik, kami semua agak letih... jadi saya suruh bawa berdekatan aje.... Saya lupa nama restoren malam tu.. tapi kami makan ala-ala makanan ayam penyet gitu.... Cumanya kami makan ikan lagi... kali ni gurami dan ikan laut.... saya rasa gurami tu ikan sungai kot... Boleh tahanlah makanan di situ.. harganya dalam IDR200,000 lebih2..mungkin dekat IDR300,000 jugak... tak ingat..

Pas makan, kami pulang ke hotel and call it a day. Penat dah...

Hari Kedua

Mengikut itinerary, hari kedua pagi, kami akan pergi ke Ubud Market. Tapi saya buat perubahan sikit pada perancangan kami, memandangkan abah a bit reluctant to enter the temples, jadi saya batalkan terus lawatan ke Tanah Lot dan Batu Bolong. Kasihan jugak, sebab kena naik tangga, ma and mak pun ade sakit kaki. So lebih baik tak payah.... Saya pun bawa budak... jadi tak perlulah rasanya... My intention is the comfort of my parents and MIL. 

Jadi pada pagi hari kedua, kami pergi ke Ubud Market. Ubud ni, adalah kawasan sawah padi. Juga merupakan kawasan diraja di Bali. Jauh jugak dari Sara Residence nak sampai ke Ubud. Saya perasan, kami melalui Sanur (Sebelum memilih Sara Residence, saya ade merancang hendak tinggal di sanur Plaza. Juga menyediakan bilik-bilik seperti apartment. Tapi mahal sedikit dan pada pandangan saya, jauh sikit dari airport). Then, kami melalui Batu Bulan... seterusnya sampai ke Ubud... Dalam sejam lebih juga perjalanan kami.

Mula-mula sampai macam blur-blur jugak... banyak kedai-kedai baju... kalau siapa pernah ke Bazar penang di Penang Road.. haaa lebih kurang gitu la... Ada baju-baju, rempah ratus, souvenirs dan macam-macam.... jeruk aje takde... telekung pun takde ekk.... Kami beli souvenir untuk dibawa balik.... some t-shirts, baju dan cecair pewangi (abah yang beli...haha saya taktau fungsinya).

Okla.. dalam sejam lebih juga di situ. Kemudian kami beredar dari Ubud. Semasa dalam perjalanan ke Ubud, saya perasan Restoren Natrabu (restoren minang) di area Sanur. Memang saya ade survey jugak sebelum berlepas ke Bali. Alang-alang da jumpa, saya request untuk makan tengahari di situ. Restoren Minang ni, diorang tak bagi Menu. Terus aje letak teh tawar untuk semua dan lauk pauk serta nasi putih. Lauk yang tak disentuh tak perlu bayar. Menurut tuan kedai, masakannya halal... Tapi kami semua ambil jalan selamat dan tak makan sebarang ayam atau daging... Tapi termakan jugak otak sapi.... heeee ingatkan telur ikan... hahahaha...

Abah makan bertambah, begitu juga anak saya. Terkejut juga anak saya makan masak lemak... tapi disebabkan dia makan ikan, jadi tak susah hendak carikan makanan untuk dia.. Alhamdulillah puas hati. Natrabu ni, kedainya berhawa dingin (Pawon Pasundan dan kedai makan waktu dinner adalah open space). Amat selesa untuk kami semua. Alhamdulillah.

After that, kami pulang ke hotel. Fuhhhh letih sebab Bali panas.... Tak hujan setitik pun semasa kami di sana. Memang sengaja saya nak avoid waktu hujan-hujan ni...

Semua orang berehat. Petang sikit suami saya bawa anak saya berendam di pool. Lepas Maghrib, kami keluar untuk dinner. Malam tu, saya dah tak tau nak suggest restoren apa. Saya minta driver aje bawakan kami. Kami pergi ke area Kuta. Area Kuta ni memang berdekatan dengan airport dan merupakan kawasan anak-anak muda dan surfers hangout. Happening la kawasannya.

Singgah di sebuah restoren yang menyajikan nasi campur. Ikut kata Wayang, restoren halal.. Ma abah gi tinjau lauk... Tak jadi makan di situ sebab banyak daging.... Jadi wayang bawa kami ke Restoren Taliwang Bersaudara iaitu restoren masakan Lombok. Dalam tengah menunggu makanan, kedengaran azan dilaungkan... mula-mula ingatkan radio mainkan azan, sebab memang restoren Muslim... rupanya di sebelah kedai tu ada Surau rasanya. Allahuakhbar.... selama berada di Bali, itu kali pertama kedengaran Azan. saya tidak sangka pula di Kuta pulak saya dengar... Kami dapat melihat jemaah lelaki menunaikan solat Isya berjemaah melalui tingkap-tingkap restoren tersebut...

Makanannya ok... murah juga.. Dalam IDR200,000. Alhamdulillah. Sebab ma, mak dan suami saya makan mee sup... tengok2 mee nye macam maggi.... heeee... Lepas makan, kami pun pulang... Masa dalam perjalanan, di area Kuta, terjumpa pasaraya Giant... Heeee... kami tak berhenti tapi terus pulang...

Ohhh ye... satu lagi yang bagus di Bali ni, rata-rata di mana sahaja kami pergi, restoren atau hotel, mesti ade orang yang menjaga lalulintas semasa kenderaan kami keluar dan masuk... Jadi sangat senang.... Walaupun trafik di sana havoc, tapi driver semua skillful.. Kalau drive macam di Bali di Malaysia... mungkin da jadi kemalangan parah... dan semestinya dan berbakul-bakul cacian dan makian kita keluarkan kalau trafik begini terjadi di Malaysia... hahahaha... Tapi si Wayang memang relax giler bawa kete... tak keluar sepatah kata pun...

Hari Ketiga

Hari ketiga adalah hari pulang ke rumah... Selepas breakfast, kami bersiap-siap. Dalam pukul 10.30 pagi, Wayang datang mengambil kami di hotel dan menghantar ke airport. Besar betul Departure area. Bayangkan ade 11 gate. Perjalanan dari satu gate ke gate yang lain mengambil masa 1 minit. Gate saya mula-mula no. 9. Rupanya gate paling hujung sekali.. Sian mak and ma.. slow aje diorang jalan... dah sampai di Gate 9, tiba-tiba bertukar ke Gate 3... Adehhh geram betul ngan Malindo ni... Bila sampai gate 3, terus tunjuk pass dan masuk dalam kapal.... fuhhhh... penat jalan aje.. Berada dalam kapal terbang selama 3 jam... adehhh lama betul.. 

Alhamdulillah. Tamatlah percutian saya ke Bali. Saya rasa trip ni sangat refreshing sebab santai dan tak kelam kabut... Baru semalam saya pulang dan hari ni, saya dah masuk kerja.. Alhamdulillah badan pun fresh aje... :) Tempat-tempat yang saya pergi sangat limited. Tapi memang banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati. InsyaAllah, ade rezeki, boleh datang lagi... :)

Ohhh ye, Shaklee bulan ni menawarkan banyak promosi supplemen-supplemen yang best. Akan saya ceritakan pada next entry. Tapi kalau nak beli, boleh hubungi saya. No GST daripada saya tau... hubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 
Previous
Next Post »
0 Komentar