Wednesday, 29 April 2015

'S' = Shaklee Produk Yang Berbahaya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Kebelakangan ni, heboh orang memperkatakan produk 'S' yang menyebabkan seorang wanita terpaksa membuang ovarinya. Tapi akhirnya, diketahui bukan produk Shaklee pun yang diambil oleh wanita terbabit....

Kat sini, saya taknaklah memanjangkan cerita tersebut. Bukan Shaklee and it ends there. Cukup cukup dan cukuplah... 



Kali ni, saya nak ceritakan sendiri pengalaman saya, mengambil supplemen tanpa usul periksa... tak tahu dari mana datangnya... 

Macam saya ceritakan semalam, dalam entri ini, berkenaan sakit tumit saya, sebelum mula mengambil Omega Guard, saya diperkenalkan oleh mama saya suatu supplemen / ubat... Lupa dah nama supplemen tersebut. Kalau ingat pun, saya takkan sebut di sini. 

Memang supplemen ni fantastik sangat, mak saya yang ada kencing manis pun... memang terkawal sangat bacaan kencing manisnya... Saya yang mengalami sakit tumit pun, makan sebiji malam tu, esoknya terus hilang... memang WOW!!!! Harga pun murah aje.. belasan atau dua puluhan ringgit untuk 30 biji.

Tapi saya tak makan hari-hari sebab ada rasa ragu... Walaupun memang berkesan menghilangkan sakit tumit, saya macam hairan, sebab takkan cepat sangat kesannya... Oleh itu, saya hanya mengambil ubat tu apabila perlu sahaja, iaitu bila sakit tumit saya sangat menyeksakan...

True enough.... tak lama selepas tu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan bahawa ubat / supplemen tersebut berbahaya kerana mengandungi kandungan dadah yang tidak dibenarkan.... Cepat-cepat saya suruh mama menghentikan pengambilan ubat tersebut. 

Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada saya kerana saya jarang-jarang ambil ubat tersebut... Tapi kepada mama memang agak menyeksakan kerana bacaan kencing manis meningkat semula... Kemudian tangan mama juga macam jadi gatal-gatal... 

Kat sini, apa yang saya nak beritahu ialah, berhati-hati apabila memilih sebarang supplemen atau ubat-ubatan... Kita tak tahu latar belakangnya... Tiba-tiba saja terus keluar dan claim dalam masa seminggu macam-macam kesan dah nampak. Bagi saya produk Shaklee, Nu Skin, Herbalife dan beberapa lagi boleh dipercayai... Kerana ada research dan clinical test yang dijalankan... Tapi saya pilih Shaklee sebab ia adalah produk yang bebas daripada bahan kimia.... InsyaAllah selamat..

Saya tak claim kosong pasal produk Shaklee kerana dalam group kami yang berkesempatan ke US tahun lepas, mereka telah berjumpa sendiri dengan pakar penyelidik yang bekerja keras untuk memastikan supplemen yang dihasilkan selamat.

Shaklee pilihan saya... Alhamdulillah, kesan yang baik telah saya rasai seisi keluarga. Anda bila lagi? Berminat nak sertai saya? Hubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tuesday, 28 April 2015

Suatu Masa Dulu.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni nak citer cerita suatu masa dulu.... Heee.... Banyak benda boleh ceritakan.. Tapi secara spesifiknya saya nak ceritakan pasal..... Suatu masa dulu saya selalu sakit-sakit tumit kanan.... Boleh baca entri saya di SINI :)



Tapi kan... tu cerita dulu.... sekarang tidak lagi... Alhamdulillah syukur sangat-sangat.... Sekarang saya memang tak mengalami dah sakit-sakit tumit walaupun tengah hamil.... 

Apa rahsia saya? Saya rasa yang penting, konsistenkan pengambilan minyak ikan yang dikeluarkan oleh Shaklee iaitu Omega Guard dan tablet kalsium Ostematrix.  Kenapa saya cakap dikeluarkan oleh Shaklee? Sebab supplemen-supplemen Shaklee adalah supplemen semulajadi yang bebas bahan kimia dan telah melalui banyak proses klinikal untuk memastikan keberkesanan serta keselamatannya.

InsyaAllah, badan sihat, sakit atau radang sendi pun hilang. Tapi apa-apa pun, berserahlah kepada Allah. Kita dah ikhtiar untuk mencari penyelesaian... Allah yang Maha memberi kesembuhan :)

Ringkas aje entri ni... tapi sangat bermakna pada saya. Tak perlu lagi bangun tidur dan berasa sakit apabila kaki memijak lantai.... tak perlu lagi jalan terhencut-hencut.... Alhamdulillah...

Anda juga sedang berikhtiar untuk sakit sendi? Hubungi saya di 012-5538628. Konsultasi adalah percuma. Anda boleh tanya apa sahaja mengenai pengambilan supplemen Shaklee.. Jangan malu-malu... :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Baju Menyusu Feedmilk Yang Gojes

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Setiap kali, saya mesti mempromosikan Set Menyusu Shaklee kan... Hari ni saya nak share pasal pakaian untuk BF mummy-mummy yang gojes.. memang up to date, trendy and wahh cun sangattt...


Blouse


Blouse ni nampak sweet sangat kan? Sopan dan menutup aurat. Color pun pastel jee, sape yg suka pastel color mesti kena beli blouse ni... Memang terbaik....


Jubah


Jubah Feedmilk ni boleh pakai kalau ada majlis dinner ke... kenduri ke... Dah tak payah fikir nak pakai apa sebab jubah ni pun dah nampak exclusive sangat. Nak menyusukan anak pun senang sebab takde butang dan zip, selak je anak dah boleh terus menyusu.... Jangan risau... Takkan nampak apa-apa.... Pakai tudung labuh sikit, lagi cantik :)

Jubah sequin

Bagi yang suka sequin sangat tu.... taraaa haa jubah ni ada sequin. Takde lah ibu-ibu asyik merungut baju tak cantik laa... tak nampak bergaya laaa... Jubah ni memang nampak trendy and plus wudhu friendly tau....

Apa perasaan moms out there? Mesti happy kan sebab dah banyak baju yg cantik untuk dipakai kan? Dah takde rasa down bila tengok kawan-kawan yang lain melaram sakannn. So apa tunggu lagi? Grab yours now. Kalau nak tau more details boleh usha dekat sini tau:

   
@feedmilk
  




  



    



016-6744960







Tags: blouse menyusu, baju menyusu, jubah menyusu, baju mengandung, pakaian ibu,breast feeding, jubah, blouse, baby, pregnant mum, ibu mengandung, susu, trendy, selesa, terbaru, fashion, dress, dress menyusu, pakaian ibu, dress menyusu, jubah sopan, jubah menutup aurat, blouse terbaru, jubah terbaru, ibu menyusu, habbasyi oil, feedmilk booster, shah alam, tips menyusu, susu sikit, Shaklee, set bersalin, pakaian bayi, baju baby, kasut baby, expo baby

Monday, 27 April 2015

Batuk dan Warna Kahak Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak tanya, pernah tak anda tertanya-tanya apabila anda batuk bersama kahak, kenapakah warna kahak anda ada warna tertentu? So hari ni jom kita tengok jenis batuk dan warna kahak yang perlu anda tahu.



Terdapat dua jenis batuk yang utama iaitu:


  • Batuk yang berkahak (productive cough)

  • Batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Kedua-dua jenis batuk ini berbeza dari segi penyebab berlakunya. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenalpasti jenis batuk yang dialami supaya kita dapat mengurangkan simptom batuk ini dengan lebih baik.

Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.

Bagi batuk yang berkahak, selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.


  • Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang berbahaya.

  • Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

  • Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

  • Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dan sebagainya. Oleh itu, segera dapatkan rawatan lanjut.


Bagi pesakit asma (lelah) yang kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan mereka yang menjadi sempit, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.

Kadangkala allergik kepada persekitaran atau habuk juga boleh menyebabkan batuk berkahak seperti asma secara tiba-tiba. Pernafasan juga berbunyi seperti wisel atau wheezing. Cara mudah untuk melegakan batuk sebegini adalah dengan mendapatkan gas atau nebulizer. Namun, jika anda bersabar, ia akan hilang begitu sahaja. Perkara ini bergantung kepada usia dan tahap keseriusan serangan tersebut.


Kepada yang ingin mencuba rawatan alternatif untuk batuk, anda juga boleh usaha dengan membuat minyak bawang putih. Boleh baca selanjutnya di sini.

Selain itu, anda boleh juga mencuba supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Sustained Release Vita-C dan Omega Guard. Kombinasi ketiga-tiga supplemen ini memang power. Melegakan batuk, membantu menyahkan kahak dan mempertingkatkan antibodi dan imun sistem.

Nak tahu lebih lanjut, hubungi 012-5538628. Jangan risau, sebarang pertanyaan atau cara-cara pengambilan supplemen Shaklee adalah percuma :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Sunday, 26 April 2015

I am a Proud Mother

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Maaf ye.. dah beberapa hari tertinggal coretan di blog.... Rindu rasanya... Hari ni just nak mengomel kehidupan sebagai seorang ibu.... walaupun saya hanya ada 1 + 1.... Sorang dan sorang lagi on the way :) Tapi tak kisahlah sorang atau ramai, semua ibu, saya yakin merasakan perasaan yang sama... 

Rasa macam nak tulis dalam bahasa Inggeris pulak hari ni.... Heee... Tajuknya.... I am a proud mother....

All these years, I have cherished the presence of a son. Being the only one.... all attention is solely on him. Alhamdulillah, he is a good son, the journey of raising him up is easy. Thank you to my dear husband whom always there for us. I give all the credits to him.

Last Saturday, my son's kindy organized the Annual Sports Day. It was the first experience for us. While my son was in his group, I sat there and looked at him. Thinking of how he has grown up so fast. Tears flow down my cheek uncontrollably. 

He has reached so many milestones in his life and today is one of it. Looking at his achievement, I almost forgot that he is no longer a baby. He has now being independent and smart. He is capable of doing so many things on his own. But still he is always be my baby. 

When the Ustaz recited the doa, I aminkan the doa and wish all the great things for him in his life in dunia and akhirat. May he become anak yang soleh.

As I am writing down this, I feel so emotional. I hope that I will never forget the experience of being a mother. No matter how old my children are, I love them with all my hearts and soul. 


Wednesday, 22 April 2015

Menguruskan Badan dan Milk Booster

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Alhamdulillah.... Syukur dapat melalui sehari lagi kehidupan di dunia ini dengan baik. Hari ni saje lah nak share pasal khasiat 2 dalam 1 Alfalfa dan Lecithin. Alfalfa yang dimaksudkan di sini ialah Alfalfa Complex Shaklee ekk... Apa khasiatnya? Cer teka :) Heee... ye... selalunya dua supplemen ini digunakan untuk menguruskan badan dan milk booster untuk ibu-ibu yang menyusu.



Apakah fungsi Lecithin?

1. Menguruskan badan
Berfungsi untuk membakar dan memecahkan lemak-lemak di dalam badan.

2. Milk Booster
Membantu mengurangkan bengkak-bengkak susu dan melancarkan pengeluaran susu agar tidak tersumbat. Oleh itu dapat mengurangkan bengkak payudara :)

Apakah fungsi Alfalfa?

1. Menguruskan badan
Membuang lemak dan toksin dan badan. 

2. Milk Booster
Membantu merangsang pengeluaran susu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat yang memang sangat baik untuk tubuh. 

**Apabila badan telah menyahkan segala toksin dan lemak yang tidak diperlukan, maka fungsi badan juga akan berjalan dengan baik terutama dari segi penyerapan nutrien yang lebih optimum. Kesannya badan lebih segar dan bertenaga :)

Yang penting, apabila mengambil dua supplemen ini, jangan lupa untuk minum air sebanyak mungkin. Kalau memang berniat nak kurus dan menyusukan pun, air tetap sangat penting.

Macam mana nak tahu keperluan air untuk badan? Mudah aje. Ketahui berat badan anda dulu... Kemudian, bagi setiap 25kg berat anda, keperluan air ialah 1liter. Kalau berat anda 50kg, maka setiap hari mestilah minum sekurang-kurangnya 2 liter air.

Kalau yang menyusu tu, elok kalau lebihkan air. 3 liter sehari pun bagus. Secara logiknya, badan anda menghasilkan susu (dalam bentuk cecair). Kalau kurang air, logik tak kalau kurang susu juga? Haaa fikir-fikirkan :)

Gitu jugaklah kalau nak angkut lemak-lemak keluar, kena minum air. Kalau tak nanti, nak buang air besar pun susah, sembelit, dan mengganggu proses menguruskan badan. Penting sangat untuk membuang air besar setiap hari.

Set 2 in 1 menyusu dan untuk menguruskan badan ini yang terdiri daripada Lecithin dan Alfalfa Complex berharga RM106.25. Sangat berbaloi untuk kesihatan dan pelaburan anda.

Anda nak jimat lagi, daftarlah sebagai ahli. Senang di kemudian hari anda boleh beli sendiri. Nak meniaga pun boleh. Apa-apa pun, hubungi saya di 012-5538628. Konsultasi daripada saya adalah percuma.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tuesday, 21 April 2015

13 Jenis Makanan dan Tumbuhan Yang Menggalakkan Susu Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman.... Semestinya ibu-ibu yang menyusukan serta ayah-ayah yang menyokong penyusuan isteri tercari-cari makanan atau tumbuhan yang menggalakkan susu badan atau milk booster. 



Di sini dikongsikan 13 jenis makanan dan tumbuhan yang menggalakkan susu badan.

1. Ulam-ulaman seperti:
- Jantung pisang yang dicelur
- Daun betik
- Cekur manis
- Peria
- Ulam raja
- Bendi yang dicelur
Enak dimakan dengan sambal belacan dan nasi.

2. Lobak putih yang disagat dan dicampurkan dengan 1 gelas air panas. Minum apabila air menjadi suam. Boleh juga dibuat sup lobak putih.

3. Longan kering yang boleh didapati di kedai-kedai sengsey. Rebus longan tersebut dalam anggaran secawan gelas bersama dengan 3 - 4 gelas air. Rebus sehingga kembang dan minum air rebusan tersebut.

4. Rempah halba atau dikenali sebagai fenugreek. Boleh direbus dan diminum air rebusannya atau makan sesudu halba setiap hari.

5. Jintan hitam boleh dimakan seperti halba. Sesudu kecil setiap hari.

6. Kisar buah sengkuang, rebus dengan gula (ikut rasa yang diingini) dan minum airnya.

7. Makan bubur kacang hijau dengan beras merah.

8. Daun kucai dan ikan bilis yang direbus dan dimakan dengan nasi.

9. Petola, bayam dan daun turi dimasak lemak dan dimakan bersama nasi. 

10. Chia seed yang boleh dicampurkan dengan milo, oats dan minuman malt yang lain.

11. Kurma boleh dimakan secara terus atau kurma merah yang boleh dimasak dengan kreatif bersama ayam kampung.

12. Daun sireh yang disapu dengan minyak kelapa, kemudian dilayur pada api kemudian ditekap pada sekeliling payudara.

13. Bunga melur yang digiling sehingga hancur dan dilekapkan disekeliling payudara sebelum mandi di pagi hari.

*Jangan tinggalkan nasi kerana nasi juga adalah milk booster.

Anda juga boleh amalkan Set Menyusu Shaklee. InsyaAllah, selain makanan, anda juga boleh berikhtiar dengan pengambilan supplemen. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 012-5538628 untuk pertanyaan dan konsultasi serta pembelian.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Monday, 20 April 2015

Surah-Surah Yang Elok Diamalkan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian. Hari ni nak berkongsi Surah-Surah yang elok diamalkan ketika hamil. Semasa hamil inilah masa yang terbaik untuk mula membentuk sikap anak-anak kepada sikap positif. InsyaAllah, apa-apa pun masih tidak terlambat untuk melakukannya :)


Yang penting, jadikan pembacaan Al-Quran sebagai rutin sehari-hari. InsyaAllah hati akan lebih tenang dan urusan semuanya akan dipermudahkan.

Berikut adalah Surah-Surah yang digalakkan untuk dibaca semasa hamil. 


  • Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati dan kuat ingatan. 
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. 
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. 
  • Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak. 
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. 
  • Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. 
  • Surah At-Taubah – Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat. 
  • Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Jika terasa sukar untuk membaca semua sekali, amalkan untuk sentiasa mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. InsyaAllah, apa-apa pun tetap akan memberikan keberkatan kepada si ibu :)

Semuanya daripada Allah.... Banyak-banyakkan berdoa agar segala-galanya dipermudahkan, InsyaAllah. 

Mencari-cari set berpantang? Apa kata cuba Set Berpantang Shaklee. Terdiri daripada bahan-bahan organik dan selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Hubungi saya di 012-5538628.

Saturday, 18 April 2015

Dugaan Itu Suatu Rahmat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Malam ni nak berceloteh aje... Heeee... Nak kata topik kosong... hmmmm harap dapat ambil iktibar bersama-sama.... 

Topik ni adalah pasal sesuatu yang kita alami setiap hari... Iaitu dinamakan dugaan.... Selalunya dugaan dikaitkan dengan sesuatu yang buruk. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari.... kesenangan juga adalah dugaan.... Malah apabila diduga dengan kesenangan, memungkinkan kita menjadi lebih leka dan lalai....

Saya takkan sentuh spesifik apa-apa cerita yang terjadi, cukuplah saya tulis in general. Mungkin pada masa ini, ada yang sedang bersedih... cukuplah saya harap tulisan ini dapat membantu mengurangkan gundah gulana di jiwa :)

Kita mungkin tidak sedar... Apabila diduga dengan kesenangan. Happy je rasa jiwa apabila semua dipenuhi... Tapi... takut dalam kesenangan kita terlupa kepada yang susah.... takut kita menjadi lebih sombong dan bongkak... Takut kepala hanya mendongak ke langit.... Yang paling teruk, takut kita terlupa bersyukur kepada Yang Satu..... 

Sedangkan walau apa pun, tiada satu pun milik kita waima duit yang berkepuk yang ada dalam akaun bank sekalipun... Sebabnya semua tu, hanyalah suatu medium persinggahan sebentar yang akhirnya akan digunakan untuk berbagai-bagai tujuan yang mungkin bukan untuk kita pun....

Apabila kita diduga pula dengan sesuatu yang kita rasa sangat sukar untuk kita hadapi, ketahuilah Allah tidak akan menguji hambaNya itu jika hamba tersebut tidak berdaya untuk menghadapinya.... Pasti kita mampu hadapinya, sebab itulah kita diuji. Lagipun, setiap yang terjadi adalah ketentuan Allah jua. Walaupun kita merancang memang dah elok sangat... Tapi Allah is the final say... Allah yang Maha Berkuasa untuk menentukan segala-galanya. Ketentuan Allah adalah yang terbaik, walaupun pahit untuk kita terima... InsyaAllah akhirnya akan ada hikmah yang manis menanti :)

Jadi, apabila kita merasakan ujian yang melanda diri kita terlalu hebat untuk kita tanggung, bersegeralah untuk sujud syukur kerana kita adalah yang terpilih olehNya untuk mendapat ganjaran yang hebat nanti... Ketahuilah yang Allah Maha Penyayang, kerana itulah kita diuji, tanda Allah merindui rintih suara kita mengadu kepadaNya. 


Oleh itu kawan-kawan sekalian... yang sedang bersedih... yang berasa gundah gulana... senyumlah.... kerana anda adalah insan yang terpilih. Pasti sesuatu yang baik menanti anda nanti. Langit tak selalu gelap, pasti sinar mentari kan memancar jua :) Dugaan itu suatu rahmat....

Friday, 17 April 2015

Masalah Angin Semasa Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Adeh... macam mana lah topik yang paling penting saya "tertinggal" iaitu masalah angin semasa kehamilan. Masa awal-awal kehamilan saya memang mengalami masalah angin yang teruk. Baik semasa kehamilan pertama dan juga yang kedua ini. 



Masalah angin ni lah yang menyebabkan kita berasa loya dan sakit-sakit kepala. Tapi, semasa kehamilan yang kedua ni, saya pernah bertanya gynea apakah punca sebenar yang menyebabkan sakit kepala.... kerana saya mengaitkan dengan masalah angin. "Tiada istilah angin dalam perubatan"

Mungkin betul mungkin doktor yang lain ada pendapatnya sendiri.... Doktor yang saya jumpa ni meminta saya segera ke klinik atau hospital jika mengalami sakit kepala untuk memeriksa tekanan darah. Tapi tekanan darah saya memang sentiasa ok setiap kali check-up. Hahaha...

Setiap kali saya rasa angin, nak muntah dan nak datang sakit-sakit kepala, saya meminta suami mengurut-urut bahagian kepala. Bayangkan macam kita melurut-lurut supaya angin tersebut keluar. Memang hasilnya, saya sendawa dan hilang rasa loya dan sakit kepala berkurangan. 

Adakalanya, saya mengambil 2 biji B Complex dan 2 biji Ostematrix untuk menghilangkan sakit kepala. Tetapi kalau rasa tak tahan angin, ambillah Garlic Complex atau Peppermint Ginger Plus. Memang sangat berkesan untuk mengurangkan angin semasa hamil. Juga selamat diambil semasa hamil.. Jadi jangan risau :)

InsyaAllah, kalau anda nak mencuba mana-mana supplemen Shaklee ini semasa kehamilan atau untuk mengurangkan masalah angin, hubungi saya di 012-5538628. Konsultasi daripada saya adalah percuma :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Bahaya Tidur Terlentang Semasa Hamil!

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua pembaca yang disayangi. Terima kasih sebab menjenguk teratak saya ini. Hari ni nak sembang pasal bahaya tidur terlentang semasa hamil. Dulu-dulu saya tak kisah pun pasal posisi tidur ni.... Memang tak terlintas di ingatan langsung. Tapi saya memang tahu tidur terlantang ini memang tak selesa. Takat tu je....

Rupanya, berbahaya jika ibu-ibu selalu mengamalkan posisi tidur terlentang ni. Saya faham, mungkin ada sesetengah ibu mengalami kesukaran untuk tidur dalam posisi-posisi yang tertentu. Mengiring ke kiri tak best.. Ke kanan pun tak best. Kadang-kadang terlentang tu selesa pulak... Tapi jangan buat lama-lama tau...

KENAPA?

Sebab, semasa ibu-ibu tidur dalam keadaan posisi telentang, berat bayi yang berada di abdomen ibu menyebabkan tekanan darah dan nutrisi yang dialirkan ke bayi menjadi perlahan. Tidur terlentang dalam jangka masa yang lama menyebabkan bekalan ini terganggu dan membawa kepada risiko kematian bayi di dalam rahim (stillbirth). Nauzubillah. Mohon dijauhkan ya.

Oleh itu, cubalah cari keselesaan semasa tidur dengan posisi mengiring ke kiri atau kanan. Kalau tak selesa, gunakan bantal untuk menyokong belakang dan depan anda semasa tidur mengiring.



Yang penting, semasa hamil, amalkan pemakanan yang sihat, cukup nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu yang hamil. Selain itu, jaga diri baik-baik, jangan angkat barang-barang yang berat, terutama ibu-ibu yang mengalami masalah uri di bawah. Sangat berbahaya. 

Nak tahu pasal nutrisi yang secukupnya semasa hamil? Boleh hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Amcorp Mall, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628



Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek