Wednesday, 31 December 2014

5 Senaman di Rumah yang Confirm Boleh Kurus

Entry kali ni khas kepada para isteri yang bekerja atau pun surirumah yang tidak mempunyai masa untuk ke gym. Jom kita tengok senaman di rumah yang confirm boleh kurus jika diamalkan secara konsisten, InsyaAllah :)

1. Push-ups / Tekan-tubi
Dalam banyak-banyak senaman di rumah, push-ups atau tekan-tubi ni memang tidak akan dilupakan. Bagi wanita, kalau berkemampuan nak berdiri dengan hujung jari kaki, bolehlah berbuat demikian, kalau tak mampu, guna lutut pun takpe. Sila rujuk gambarajah di bawah :)

Push-ups atau tekan-tubi ni bagus untuk membakar lemak, menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Buat dalam 10 kali, dalam 3 set pun dah cukup baik. Ikut kemampuan anda. Jangan paksa sangat nanti sakit-sakit otot lengan kena makan OsteMatrix..keh keh keh...



2. Bridge
Senaman bridge baik untuk menguatkan bahagian abdomen, otot-otot kaki yang bersambung dengan lutut, bahagian bawah otot belakang dan membantu untuk mendapatkan pinggul yang cantik. 

Cara-caranya, baring lurus, angkat punggung seperti di dalam gambar, tangan di sisi, pastikan badan lurus. Tahan 30 saat dan perlahan-lahan turunkan badan. Buatlah dalam 10 kali mengikut kemampuan anda.




3. Squats
Squats merupakan antara senaman yang "mesti ada". Kebaikan squats ialah mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik. 

Cara-caranya ialah, buka kaki anda, pastikan apabila lutut diturun dan dibengkokkan, tidak melebihi jari kaki anda. Tangan boleh diluruskan ke depan. Buat dalam 10-15 kali bagi satu sesi (naik turun) bagi 3 set.



4. Walking lunges
Lunges ni seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi, pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah.

Cara buat ialah bengkokkan lutut dalam 10 kali, bergilir dengan kaki sebelah lagi. Boleh buat dalam 3 set.



5. Senaman kerusi
Senaman ni pula bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki. Boleh tengok gambar macam mana nak buat. Cara-caranya, kaki bengkok 90 darjah, badan pula lurus. Naik dan turunkan badan anda dengan memegang kerusi. Macam push-ups tapi anda buat di bahagian belakang.

Macam biasa buat dalam 10 kali kemudian rehat. Buat dalam 3 set.


Semua senaman ini adalah senaman kardiovaskular di mana, penekanannya ialah lebih kepada membuang berat lemak di dalam badan dan membentuk otot. Otot akan membantu meningkatkan metabolisme dan memudahkan pengurangan berat badan. 

Mungkin selepas mengamalkan senaman-senaman di atas, anda tidak kekurangan berat badan, tapi tubuh anda akan lebih kemas dan anda akan kehilangan lebihan inci di badan anda. 

Di samping itu, jika anda ingin mengawal pemakanan anda, sila rujuk link ini untuk membantu merancang pemakanan anda setiap hari :)

Jika selama ini anda terasa susah nak menurunkan berat badan walaupun telah bersenam dan menjaga pemakanan, apa kata anda cuba pula amalkan supplemen-supplemen berikut untuk membantu lagi usaha anda membuang lemak-lemak berlebihan di dalam badan :)

Supplemen-supplemen ini terdiri daripada:



Haaa meh saya share orang-orang yang telah berjaya menguruskan badan dengan Set Kurus Shaklee ini:




Anda juga boleh rujuk beberapa link di bawah:





Nak tahu lebih lanjut atau berminat nak membeli Set Kurus Shaklee? Boleh hubungi saya di 012-5538628.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

No comments:

Post a Comment