Saturday, 30 August 2014

Mengurangkan Hidung Tersumbat atau Selsema Dengan Minyak Bawang Putih

Sebenarnya dah beberapa kali saya bertemu blog entry yang menulis tentang cara-cara meredakan selsema bayi. Caranya ialah dengan menggunakan bawang putih. 

Anak saya, Nur Muhammad kini berusia hampir 4 tahun setengah. Selalu mengalami masalah hidung tersumbat apabila bangun daripada tidur atau semasa hendak tidur... 

Samalah kesnya dengan saya. Perbezaannya ialah saya dah dewasa. Kalau tak boleh bernafas dengan hidung, saya akan bernafas dengan mulut... Kasihanlah pada budak-budak dan bayi yang tak reti bernafas dengan mulut dan mengalami kesukaran bernafas apabila selsema atau hidung tersumbat.




Apabila melihat keadaan Nur Muhammad yang selsemanya semakin teruk dan tidurnya dalam keadaan tidak selesa, maka malam itu, saya nekad untuk mencuba petua minyak bawang putih.

Penyediaan:

1. Ambil 3 - 4 ulas bawang putih.
2. Bakar di atas dapur dengan kulit-kulitnya sekali selama 2 -3 minit, sehingga anda boleh bau bawang putih itu naik (memang akan ada kesan terbakar pada bawang putih tersebut).
3. Selepas itu, letak di dalam mangkuk, campurkan dengan minyak Johnson atau minyak kelapa dara atau apa sahaja minyak yang bersesuaian dan lenyek-lenyekkan bawang putih tersebut.
4. Kemudian, sapukan campuran minyak tersebut ke dada, perut, belakang badan anak anda serta kedua-dua tapak kakinya.
5. Biarkan anak anda berehat. Anak saya terus tidur. Nafasnya tidak berbunyi lagi. Alhamdulillah.



Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama, bolehlah mencuba petua ini. Kesan yang saya lihat keesokan harinya ialah, hingusnya cair dan mula mengalir keluar dan dapat dibuang, berbanding sebelumnya, anak saya langsung tidak dapat bernafas kerana hidung yang tersumbat.

Bagi ibu-ibu yang menyusu, saya cadangkan ambillah Garlic Complex Shaklee. InsyaAllah daripada susu anda itu, bayi anda akan dapat merasai kebaikan Garlic Complex untuk mengurangkan masalah selsema yang dihadapi bayi anda.


Anda berminat untuk mengetahui lebih lagi? Jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628. InsyaAllah, saya akan membantu anda dengan panduan pemakanan supplemen yang betul untuk masalah yang dihadapi. Sesungguhnya kita berikhtiar, selebihnya pulangkan balik kepada Allah :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

No comments:

Post a Comment