Kenapa Sakit Tumit Kaki Terjadi?

Saya dapati ramai juga orang yang mengalami masalah sakit tumit kaki. Ahli keluarga saya, seperti mama, kakak ipar... semuanya mengalami sakit tumit. Namun kini dalam keadaan yang terkawal. Begitu juga dengan saya. Saya juga mengalami sakit tumit. Alhamdulillah, keadaan masih terkawal.



Apabila saya berjumpa dengan doktor di klinik sebelum ini, doktor hanya memberitahu untuk mengambil kalsium sebagai makanan tambahan. Katanya salah satu sebab sakit tumit adalah kerana kita banyak berjalan dan berdiri. Doktor pakar kedua yang saya jumpa pula, mengatakan saya tidak perlu bimbang dan suruh saya bersenam dengan konsisten.

Dua perkara yang saya dapat rumuskan daripada maklumat yang kurang jelas daripada doktor-doktor di atas ialah, saya semakin meningkat usia, oleh itu, tisu di tapak kaki saya semakin haus. Satu lagi, berat badan saya bertambah dan kesannya tumit saya sakit... Tu yang doktor pakar tu suruh saya bersenam kot.... Heeee... Hmmmmm....

Apa-apa pun kemungkinannya, eloklah kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada sakit tumit ini daripada menjadi lebih teruk. Jom kita tengok dengan lebih detail, apakah sebenarnya masalah sakit tumit ini...

Salah satu sebab sakit tumit adalah pemakaian kasut yang tidak sesuai, terutamanya kepada wanita-wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi. 



Saya akui perkara ini, kerana dulu saya memang memakai kasut tumit tinggi dan berjalan serta berdiri untuk jangka masa yang lama. Selepas itu, saya ubah pula kepada kasut yang tapaknya rata dan tapak lembut. Tapi tidak sesuai juga kerana kasut yang baik adalah kasut yang mempunyai tapak atau tumit yang sederhana serta lembut untuk menyokong tekanan di tumit.

Kenapa sebenarnya kita sakit tumit?
  • Sindrom sakit tumit atau nama saintifiknya ialah Plantar Fasciitis, merujuk kepada radang pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki (radang di bahagian tisu tapak kaki atau tumit).
  • 70% pesakit yang mengalami Plantar Fasciitis juga mengalami Heel Spur iaitu merujuk kepada tulang yang berbentuk duri pada tumit di mana tisu plantar melekat (tekanan pada saraf di tapak kaki).
  • Apabila sakit tumit dirasai, sebenarnya seseorang itu sedang mengalami radang pada tisu atau kemerosotan degeneratif (proses penuaan di mana lapisan lemak dan tisu mula mengecut).
  • Berat badan yang bertambah secara mendadak dan melakukan aktiviti riadah memberi tekanan kepada tapak kaki.
  • Berlari atau berjogging yang memberi tekanan hentakan kepada tapak kaki disertai dengan pemakaian kasut yang tidak bersesuaian.
  • Sakit tumit selalunya akan lebih dirasai pada waktu pagi, selepas bangun tidur kerana tisu tapak menjadi ketat. Ketika berpijak dan berjalan, tisu tersebut akan meregang, dan sakitnya akan berkurangan.



Bagaimana untuk mengawal atau mengurangkan masalah sakit tumit?

1. Rehat
Kurangkan aktiviti fizikal yang memberi tekanan kepada tapak kaki seperti berdiri lama atau banyak berjalan.

2. Meletakkan ais di tapak kaki untuk mengurangkan sakit tumit.

3. Senaman regangan untuk melonggarkan tisu di sekeliling kaki dan tapak kaki.

4. Pelapik kasut yang sesuai untuk menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan kepada tisu plantar (tisu di tumit kaki).

5. Pemakaian kasut yang bersesuaian apabila bersukan.

6. Memakai sokongan kaki ketika tidur untuk mengelakkan tisu plantar menjadi ketat. Apabila tisu di tumit kaki longgar dan meregang, maka tapak kaki tidak akan sakit setelah berpijak apabila bangun daripada tidur.

7. Ambil ubat anti-radang untuk membantu mengurangkan sakit dan mengurangkan radang.

**Walaubagaimanapun, rawatan di atas bukanlah rawatan yang singkat. Jadi banyakkan bersabar. Pada saya, elok amalkan supplemen secara konsisten daripada bergantung kepada ubat tahan sakit yang tidak baik kepada badan dalam jangka masa yang lama.

Kini, saya amalkan Vivix untuk pembaharuan sel dan OsteMatrix sebagai memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan oleh badan serta mengurangkan bengkak dan kesakitan. Alhamdulillah... sakit tumit kaki saya terkawal. Harga bagi OsteMatrix ialah RM61.00 dan Vivix ialah RM475.00.



Satu lagi, untuk mengawal radang, elok juga mengambil Omega Guard. Selain mengawal dan memperbaiki masalah radang, Omega Guard juga membantu dalam proses mengurangkan berat badan dan mencantikkan kulit. Harga sebotol Omega Guard ialah RM136.00.



Anda nak dapatkan maklumat lanjut? Atau hendak beli?Hubungi saya di 012-5538628. InsyaAllah, dengan membeli daripada saya, saya akan sentiasa memberi panduan dan nasihat tentang pemakanan supplemen Shaklee yang betul.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


Reference:


Previous
Next Post »
0 Komentar