Thursday, 17 July 2014

Malaysia 2014 - Muhasabah Diri Dan Kembali Kepada Allah

Tahun 2014 adalah tahun yang terlalu banyak peristiwa yang menduga Malaysia... 

Kita semua dikejutkan dengan kehilangan MH370 pada bulan March lepas yang sehingga kini, menjadi tanda tanya dan misteri. Walaupun pelbagai spekulasi dikeluarkan, sukar untuk kita menentukan kebenarannya... 

Tiba pula isu penculikan di Sabah yang bukan sekali berlaku, malah yang terbaru, wang tebusan sebanyak 10 juta diminta untuk membebaskan Konstabel Zakiah Aleip. Tak sunyi daripada ini, beberapa kawasan di Sabah diisytiharkan darurat... Allahuakbar... Semoga kita semua bertabah hati dan bersatu.

Yang paling menyedihkan seluruh negara sekarang ini, adalah terhempasnya MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. MH17 terhempas di Ukraine, sempadan Rusia. Sekali lagi Malaysia Airlines diduga. Tidak selesai dengan MH370, timbul pula isu MH17. Takziah kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang dan krew MH17. Sesungguhnya hebat dugaan yang menimpa kita.

2014 masih belum berakhir... tak tahu apa lagi yang menanti kita di hari yang mendatang ini...

Sekarang ini, marilah kita berhenti dan berfikir sejenak..... Semua perkara yang terjadi kepada negara kita... Sebaik-baiknya, ambillah iktibar dan peringatan... Tidakkah kita fikir.. ini semua adalah peringatan kecil daripada Allah.. Kita sudah terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini... Islam dipijak dan terlalu banyak dosa-dosa besar berleluasa di depan mata...

Bangunlah daripada tidur... kita tidak boleh lemah lagi... kasar sangat jika saya katakan.. mungkin suatu hari nanti, negara kita menjadi seperti Gaza... mahukah kita melihat anak-anak kita diratah di bumi sendiri?

Sekarang kita bersenang lenang... memikirkan kita tidak terlibat.. Kita tidak fikir bagaimana saudara-saudara kita di Sabah, pihak berkuasa yang sedang mengawal Sabah di sana... kita tidak nampak... sedarkah kita kini menjadi tumpuan? Silap sikit, haishhhh.... Anda fikirlah...

Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuhz. Doalah supaya hati kita tidak lalai dalam mengingati Allah walau sedetik pun... Mati boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Jangan kita mati dalam mensyirikkan Allah... sesungguhnya tanpa kita sedari, sekecil-kecil perbuatan dan ingatan mungkin sudah mensyirikkan Allah.

Terpaksa saya menulis ini. Ilmu saya dangkal... tapi menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan jua.. faham atau tidak... itu urusan Allah... hakikatnya kita ini tidak wujud... bagaikan bayang-bayang... Malah keberadaan kita sekarang ini, bukanlah pinjaman daripada Allah... kerana apabila kita kata dipinjamkan bermakna ada dua entiti.. bila kita mengaku adanya kita dan adanya Allah, maka syiriklah kita.. sedangkan yang wujud.. hanya Allah... 

Peganglah kepada konsep ini... berdirinya kita kerana Allah mengizinkan. Jika Allah tidak mengizinkan, mampukah kita berdiri? Berjalan..? berlari..? makan dan sebagainya..? Semuanya adalah dengan kudrat Allah... Kita umpama wayang kulit yang dikawal dan dimainkan... 

Rasa pening... tuntutlah ilmu lagi... yang penting pegang lah kepada konsep, "Jangan sampai ternampak akan adanya diri"... kita ini tidak wujud.. yang wujud hanya Allah.... 
Fahamilah ayat لاَ إِلَهَ إِلَّاالله. InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki diri untuk mengenal diri dan mengenal Allah... 

Segala kekurangan dan kesilapan, harap tegur dan maafkan.. Sesungguhnya saya masih lagi menuntut ilmu..

No comments:

Post a Comment