Bersangka Baiklah Kita Sesama Manusia

Dalam kehidupan ini, kita dapat lihat terlalu banyak jenis manusia.... Ada pelbagai ragam dan perangainya.... DAN saya yakin... apabila kita melihat orang lain.... yang mungkin kita rasa perangainya agak pelik dan tidak menyerupai kita... mulalah hati kita membuat tanggapan dan kemudian menjatuhkan hukum kita sendiri ke atas mereka. Contohnya... Si Fulan ini memang ahli neraka dah.. tengoklah gaya hidup dia.....

Mungkin sekarang kita merasakan kita lebih baik daripada mereka. Tetapi apakah jaminan yang mengatakan kita akan kekal lebih baik daripada mereka pada masa hadapan? Mungkin pada masa hadapan, mereka jauh lebih baik daripada kita.. Hati mereka jauh lebih suci daripada kita.... Tidakkah kita berasa malu kerana telah membuat tanggapan yang bukan-bukan.... 

Malulah kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Takut-takut orang itu Allah kurniakan Syurga... dan kita? Mungkin kerana tanggapan dan hukuman yang kita jatuhkan kepada orang itu boleh membawa kita ke neraka....

Di sini, saya ingin kongsikan suatu kisah.

Ada seorang pemuda yang memang seorang pembuat maksiat. Hingga di saat akhir, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, berpesanlah pemuda tersebut kepada ibunya yang sebatang kara. Kata pemuda tersebut, "Wahai ibuku, engkau tahu aku adalah ahli durhaka, tidak ada dosa yang tidak aku lakukan, dan ketahuilah olehmu saat aku mati nanti, takkan ada orang yang akan memandikanku, mengafaniku, menyolatkanku dan menguburkanku, hanya engkau sendiri wahai ibu. Untuk itu aku minta engkau meredhai aku yang telah menyakitimu selama ini, dan hanya itu yang aku inginkan."


Memang benar, setelah pemuda tersebut meninggal, tiada seorang pun yang datang menghulurkan bantuan kepada ibu itu dalam menguruskan jenazah anaknya. Segala-galanya dilakukan oleh ibu itu sendiri.


Semasa berada di kawasan perkuburan, bertemulah sang ibu dengan seorang alim dan abid yang bernama Malik Bin Dinar. Malik Bin Dinar berasa hairan kerana tiada siapa pun yang membantu ibu tua tersebut menguruskan jenazah anaknya. 

Setelah ibu tersebut mengebumikan anaknya, maka berdoalah ibu tersebut, "Ya Allah, saksikanlah bahwa aku redha terhadap anakku, dan Engkau berjanji bahawa redhanya orang tua merupakan keredhaan-Mu, maka redhailah anakku!"


Selesai pengebumian tersebut, maka Malik Bin Dinar pun bertemu dengan ibu tersebut dan bertanyakan kenapa hanya sang ibu keseorangan mengebumikan anaknya tanpa kehadiran orang-orang lain. Maka berceritalah ibu tersebut mengenai anaknya dan permintaan terakhir anaknya.


Setelah itu, pulanglah kedua-duanya ke rumah masing-masing. Pada malam itu, Malik Bin Dinar bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W memberitahu, "Wahai Malik, ketahuilah olehmu bahawa pemuda itu mendapat redha dan keampunan Allah SWT, kerana keredhaan orang tuanya."


Something for us to ponder right? Tapi jangan pulak kita membiasakan diri kita dengan maksiat dan fikir mahu bertaubat di akhir nanti... kerana kita takkan tahu bila ajal kita... 

Walau bagaimanapun... sentiasalah kita bersangka baik dengan semua orang. Sesungguhnya setiap yang terjadi, adalah yang terbaik daripada Allah.


Alhamdulillah... syukur... :)

Credit to:

http://sufikakilima.blogspot.com/2012/08/kajian-al-hikam-1.html
Previous
Next Post »
0 Komentar