Monday, 7 July 2014

Bagaimana Menangani Anak Kecil Yang Suka Melawan

Menjadi ibu bapa, kadangkala kita tidak dapat menahan kesabaran apabila anak yang sedang membesar sudah pandai memberontak dan melawan. Situasi inilah yang sedang dialami oleh saya sekarang...heee...



Dulu-dulu, Nur Muhammad adalah seorang anak yang pemalu dan lemah lembut. Tidak suka bergaul dengan kanak-kanak yang kasar atau agresif. Kini, walaupun Nur Muhammad masih lagi mengekalkan sifatnya yang suka berkawan dengan kanak-kanak yang tidak agresif, namun Nur Muhammad sudah mula pandai melawan saya. Melawan dari segi pandai memukul saya dan memberontak apabila keinginannya tidak ditunaikan. Bagi suami saya, dia hanya melayan aje kerenah anak lelaki sorang ini.

Agak terkejut juga dengan perubahan sikap Nur Muhammad sekarang. Saya kadangkala hilang sabar. Ikutkan hati yang tidak sabar, ishhh..bahaya... Oleh itu, hari ini, saya ingin mencari jawapan bersama anda semua tentang bagaimana menangani masalah anak-anak kecil yang suka melawan.

Mengikut Utusan Online, anak kecil yang suka melawan dan agresif hendaklah ditangani dengan bijak. Jika tidak mereka akan membesar menjadi remaja yang suka melawan dan sukar mendengar kata. Pada masa ini, sukar sudah untuk menasihati dan menarik perhatian mereka untuk mendengar nasihat kita.

Bagaimana menangani anak-anak kecil yang agresif dan suka melawan:

  • Bawa anak-anak keluar bermain secara outdoor atau indoor. Biar mereka berlari, melompat menjerit dan berbuat apa sahaja untuk mengekspresikan diri mereka. Dengan ini, mereka dapat mengeluarkan aura-aura negatif yang tersimpan dan meluahkan sifat agresif mereka.
  • Kurangkan masa menonton TV, bermain Ipad, dan juga permainan games yang boleh menyebabkan hormon adrenalin mereka mengalir. Jika mereka tidak bermain di luar, maka hormon adrenalin itu tidak dapat disalurkan dengan betul. Akhirnya mereka akan menjadi keliru dan menyalurkan kepada tempat yang salah, seperti memberontak kepada ibu bapa, penjaga dan sebagainya.
  • Kurangkan memberi mereka gula yang berlebihan samada secara langsung atau tidak langsung. Gula yang berlebihan menyebabkan anak-anak menjadi hiperaktif.
  • Kurangkan menjerit atau marah kepada anak-anak. Simpan marah tersebut kepada perkara-perkara yang lebih penting seperti bahayanya apabila anak-anak berlari di tengah-tengah jalan atau berlari sewenang-wenangnya di pasaraya yang membawa kepada risiko diculik dan sebagainya. Kerap memarahi mereka menyebabkan mereka tidak lagi berasa takut dan hormat kepada kita.

Jelas sudah mengapa perkara ini terjadi. Tidak saya nafikan, anak-anak kebanyakannya terperap di dalam rumah kerana ibu bapa bekerja sepanjang hari. Tidak seperti kita dahulu, anak-anak ini tidak boleh sewenang-wenangnya dibiarkan bermain di luar tanpa pengawasan penjaga kerana terlalu banyak kes yang tidak diingini terjadi. Mungkin inilah antara sebab-sebab anak menjadi agresif. Mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka dengan berlari, melompat, menjerit di luar rumah. 

Sedih juga rasanya, semoga suatu hari nanti, Nur Muhammad dapat bermain di taman permainan setiap petang... Saya harap, kerja 9am to 6pm ini hanyalah sementara. Suka saya hendak membawa Nur Muhammad berlari dan melompat-lompat di luar. InsyaAllah suatu masa nanti akan menjadi kenyataan... 

Siapa yang ingin bersama saya untuk merealisasikan impian anda untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga? Jom join saya dalam group Shaklee kami untuk membina empayar Shaklee anda sendiri. 



InsyaAllah kami akan bersama-sama berdiri bersama anda hingga anda mengecap kejayaan dalam perniagaan Shaklee ini. Hubungi saya di 012-5538628.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, USJ, Subang Jaya


Reference:

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140130/ke_03/Anak-terlalu-agresif

No comments:

Post a Comment