Thursday, 31 July 2014

Serahkan Semua Pada Yang Satu

Hati terasa sangat sayu..... Sesungguhnya mereka bertuah.... berat dugaan mereka di mata kita... tapi... mungkin berat lagi dugaan kita sebenarnya..... 

Tiada tempat hendak pergi... tiada bumbung hendak berteduh...  Allah.... Walaupun yang memandang itu yang dipandang... Yang dipandang itu yang memandang... Iman lebih tipis daripada kulit bawang.....

Kita sudah berada di penghujungnya... saksikan segala kemusnahan... saksikan segala yang telah tertulis... Apa yang mampu kita lakukan..... Bayangkan anak-anak kita di tempat mereka.... Tidak... bayangkan kita di tempat mereka... mampukah kita hadapinya....?

Setiap yang terjadi dan bakal terjadi telah tertulis nyata di Luh Mahfuz... Semuanya bagaikan suatu filem yang dimainkan kembali.... Bertabahlah wahai hati.... Setiap yang terjadi.... adalah yang terbaik daripada Ilahi....

Wednesday, 30 July 2014

Bersangka Baiklah Kita Sesama Manusia

Dalam kehidupan ini, kita dapat lihat terlalu banyak jenis manusia.... Ada pelbagai ragam dan perangainya.... DAN saya yakin... apabila kita melihat orang lain.... yang mungkin kita rasa perangainya agak pelik dan tidak menyerupai kita... mulalah hati kita membuat tanggapan dan kemudian menjatuhkan hukum kita sendiri ke atas mereka. Contohnya... Si Fulan ini memang ahli neraka dah.. tengoklah gaya hidup dia.....

Mungkin sekarang kita merasakan kita lebih baik daripada mereka. Tetapi apakah jaminan yang mengatakan kita akan kekal lebih baik daripada mereka pada masa hadapan? Mungkin pada masa hadapan, mereka jauh lebih baik daripada kita.. Hati mereka jauh lebih suci daripada kita.... Tidakkah kita berasa malu kerana telah membuat tanggapan yang bukan-bukan.... 

Malulah kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Takut-takut orang itu Allah kurniakan Syurga... dan kita? Mungkin kerana tanggapan dan hukuman yang kita jatuhkan kepada orang itu boleh membawa kita ke neraka....

Di sini, saya ingin kongsikan suatu kisah.

Ada seorang pemuda yang memang seorang pembuat maksiat. Hingga di saat akhir, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, berpesanlah pemuda tersebut kepada ibunya yang sebatang kara. Kata pemuda tersebut, "Wahai ibuku, engkau tahu aku adalah ahli durhaka, tidak ada dosa yang tidak aku lakukan, dan ketahuilah olehmu saat aku mati nanti, takkan ada orang yang akan memandikanku, mengafaniku, menyolatkanku dan menguburkanku, hanya engkau sendiri wahai ibu. Untuk itu aku minta engkau meredhai aku yang telah menyakitimu selama ini, dan hanya itu yang aku inginkan."


Memang benar, setelah pemuda tersebut meninggal, tiada seorang pun yang datang menghulurkan bantuan kepada ibu itu dalam menguruskan jenazah anaknya. Segala-galanya dilakukan oleh ibu itu sendiri.


Semasa berada di kawasan perkuburan, bertemulah sang ibu dengan seorang alim dan abid yang bernama Malik Bin Dinar. Malik Bin Dinar berasa hairan kerana tiada siapa pun yang membantu ibu tua tersebut menguruskan jenazah anaknya. 

Setelah ibu tersebut mengebumikan anaknya, maka berdoalah ibu tersebut, "Ya Allah, saksikanlah bahwa aku redha terhadap anakku, dan Engkau berjanji bahawa redhanya orang tua merupakan keredhaan-Mu, maka redhailah anakku!"


Selesai pengebumian tersebut, maka Malik Bin Dinar pun bertemu dengan ibu tersebut dan bertanyakan kenapa hanya sang ibu keseorangan mengebumikan anaknya tanpa kehadiran orang-orang lain. Maka berceritalah ibu tersebut mengenai anaknya dan permintaan terakhir anaknya.


Setelah itu, pulanglah kedua-duanya ke rumah masing-masing. Pada malam itu, Malik Bin Dinar bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W memberitahu, "Wahai Malik, ketahuilah olehmu bahawa pemuda itu mendapat redha dan keampunan Allah SWT, kerana keredhaan orang tuanya."


Something for us to ponder right? Tapi jangan pulak kita membiasakan diri kita dengan maksiat dan fikir mahu bertaubat di akhir nanti... kerana kita takkan tahu bila ajal kita... 

Walau bagaimanapun... sentiasalah kita bersangka baik dengan semua orang. Sesungguhnya setiap yang terjadi, adalah yang terbaik daripada Allah.


Alhamdulillah... syukur... :)

Credit to:

http://sufikakilima.blogspot.com/2012/08/kajian-al-hikam-1.html

Kenapa Makan Supplemen Shaklee Tiada Kesan?

Saya ada terima feedback berkenaan dengan pengambilan supplemen Shaklee... katanya, makan dah dekat sebulan, tapi tak ada kesan apa pun.... 

Ada jugak yang kata, makan Set Kulit Cantik, kulit muka makin berjerawat. Makan Set Kurus Menawan Shaklee, badan makin gemuk..... fuhhhh mesti yang tengah survey-survey nak beli supplemen Shaklee akan terfikir sekejap.. nak beli atau tidak kan?



Mesti frust apabila kita melabur mahal-mahal ke atas supplemen-supplemen ini.. kemudian tiada kesan yang kelihatan. Malah keadaan bertambah buruk jadinya. Maka kita pun berputus asa dan berhenti makan mana-mana set supplemen Shaklee.

Sebenarnya begini, sebelum anda berhenti dan berputus asa dalam meneruskan pemakanan supplemen Shaklee itu, baca di sini dulu ya. 



Apabila kita mula memakan apa-apa supplemen, tiba-tiba kita rasa mengantuk... ada juga apabila makan supplemen, tiba-tiba sukar nak membuang air besar, atau pun mengalami pedih hati, dan banyak lagi simptom yang kurang menyenangkan. Apa yang anda alami itu, sebenarnya dinamakan "Healing Crisis".

Secara ringkasnya, "Healing Crisis" ialah apabila badan kita bertindak balas dengan supplemen-supplemen Shaklee yang kita ambil, maka akan berlakulah kesan-kesan sampingan yang tidak menyenangkan untuk jangka masa yang singkat tapi sangat baik untuk kesihatan jangka panjang anda.

Kenapa berlakunya "Healing Crisis"?

Sebelum supplemen-supplemen Shaklee yang anda ambil itu hendak menunjukkan kesan yang ketara kepada tubuh badan anda, supplemen-supplemen Shaklee yang anda ambil itu, terlebih dahulu akan memperbaiki sel-sel dalaman anda yang memerlukan perhatian. Baca selanjutnya berkenaan "Healing Crisis" di sini.

Anologi mudahnya begini:

Kalau di atas jalan raya ada lubang. Lubang tersebut perlu diperbaiki. Jika dibiarkan akan bertambah besar dan jalan akan menjadi semakin teruk. 

Begitu juga dengan tubuh kita... anggaplah seperti jalan raya..mungkin di sana sini terdapat lubang yang perlu diperbaiki tapi kita tidak perasan. Apabila mengambil supplemen, supplemen tersebut perlu memperbaiki dahulu kerosakan tersebut sebelum menghasilkan kesan baik yang kita perlukan.... 

Kadangkala juga, dalam badan kita, terlalu banyak toksin, kita kena bersihkan dahulu atau buang dahulu toksin tersebut sebelum proses pemulihan yang kita ingini dijalankan. Barulah supplemen-supplemen yang kita ambil mudah diserap oleh tubuh. Hasilnya baru kesan yang baik dapat kita rasai. Cuba baca testimoni seorang rakan saya ini, di mana, untuk mendapatkan kesan kulit cantik, dia perlu detoks dulu.



Tiada apa pun di dunia ini menunjukkan kesan yang cepat. Kalau jadi cepat, mungkin ada yang tersirat... kebanyakannya kurang baik kesan selepas itu. Kalau nak tengok hasil perniagaan kita untuk menjadikan kita kaya pun, kita tidak akan kaya semalaman. Mungkin mengambil masa bertahun-tahun. Begitu jugalah halnya apabila mengambil supplemen. Tambah-tambah lagi supplemen Shaklee adalah supplemen semulajadi. Tiada bahan kimia. Tentunya masa diperlukan untuk melihat hasilnya. 

Penyelesaian Untuk Merasai Kesan Supplemen Shaklee
  • Minum air banyak-banyak. Kalau nak tahu berapa banyak yang anda perlukan, pengiraannya begini. 20kg berat anda, 1 liter air diperlukan. Jika berat anda 60kg, maka 3 liter air diperlukan. Pengambilan air yang mencukupi akan melancarkan proses perkumuhan badan anda dan memudahkan penyahtoksin dalam badan anda.
  • Bersenam. Apabila kita bersenam, peredaran darah akan lebih lancar. Oleh itu bahan-bahan toksin yang tidak diperlukan akan lebih mudah dikeluarkan.
  • Banyakkan memakan makanan yang berserat dan tinggi protein. Makanan jenis ini memudahkan proses perkumuhan serta memberi tenaga dan memperbaiki sel-sel.
Oleh itu, jangan berputus asa apabila anda belum merasai kesan supplemen-supplemen Shaklee yang anda amal. Istiqamahlah atau konsistenlah dalam pengambilan supplemen tersebut, mengikut panduan yang diberikan oleh distributor anda. InsyaAllah, you'll feel the difference :)

Oklah, sesiapa yang nak beli mana-mana supplemen Shaklee atau hendak mendapatkan sebarang khidmat nasihat tentang supplemen yang anda perlukan, bolehlah berhubung dengan saya. Pelanggan-pelanggan saya berhak mendapatkan konsultasi penuh serta cara pemakanan supplemen daripada saya setiap masa. Hubungi 012-5538628 untuk pembelian.

Memandangkan promosi bulan ini, iaitu Vivix beli 6 botol percuma sebotol juga semakin menghampiri ke penghujungnya, jom beli daripada saya sekarang! Rugi tak beli sebab pada masa sekaranglah anda boleh dapat pelbagai tawaran hebat, seperti keahlian percuma, CASH Rebate pada bulan depan, dan Vivix dengan harga yang lebih baik. Stok ada dalam tangan dan untuk kali ini, saya tidak kisah nak COD kepada anda, di mana jua anda berada di Klang Valley ini.

Kalau yang berada di Kota Bharu, Pasir Mas dan kawasan-kawasan berhampiran, boleh juga confirmkan order anda sekarang. Minggu depan saya akan hantar kepada anda directly. 


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


Sunday, 27 July 2014

Selamat Hari Raya - Hati-Hati Di Jalan Raya

Alhamdulillah.. Hari ni dah pun 1 Syawal... Selamat Hari Raya saya ucapkan... Segala salah dan silap saya.. dalam penulisan saya di blog dan Facebook, harap dimaafkan.. Sedih Ramadhan telah pergi meninggalkan kita.. :( Semoga kita direzekikan lagi berjumpa dengan Ramadhan yang mendatang.. InsyaAllah..

Apabila bercakap pasal Raya... memang begitu sinonim dengan kesesakan lalulintas. Hampir semua warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing. Orang yang tinggal di Lembah Klang cakap boleh berbaring di atas jalan.. nak kata kosongnya KL tu.. heeee..

Okla kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya balik berhari raya ke Pulau Pinang... haha... dahsyat2 rakyat Malaysia ni bila balik berhari raya...heee..

Saya bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5.30 petang...pada hari Sabtu, 26hb Julai 2014. Alhamdulillah perjalanan sebaik sahaja masuk highway PLUS sangat lancar...... Dalam fikiran saya, mungkin jalan dah clear dan ramai orang dah sampai ke destinasi masing-masing.. Kemungkinan besar, mereka dah bertolak pada Jumaat malam dan Sabtu pagi. 

Namun tanggapan saya salah...Sampai melepasi Tanjung Malim dan mendekati Behrang, kenderaan semua sudah bergerak perlahan. 


Masa ni, saya tak kisah lagi, kalau setakat beratur tapi berjalan... InsyaAllah..takdelah teruk... suka hati saya..heee... Ada masa-masanye.. trafik berjalan lancar.. Semangat masih kuat...


Matahari perlahan-lahan semakin tenggelam... 





Memang saya nekad.. tidak akan berhenti di mana-mana hentian... faham sajalah perhentian confirm sesak.. Makanan untuk berbuka memang telah saya sediakan dari rumah lagi.. Masuk aje waktu berbuka, saya dan suami hanya berbuka dalam kereta dan dalam perjalanan...


Lama-kelamaan kesesakan jalan raya semakin teruk.. ada masa-masanya mencecah 0km/j... hahaha... sabar banyak-banyak you... Tapah pun tak sampai lagi.. sedangkan dah 2 jam dalam kereta...



Saya meneruskan perjalanan... sampai terasa lenguh kaki membawa kereta..  saya memberhentikan kereta di hentian RTC... Heee.. yang hentian baru yang ada Mydin tu.. jadi tak teruk sangat sesaknya.. Suami saya pulak yang meneruskan pemanduan kerana saya ni penakut skit bawa kete laju2.. Jadi memandangkan kereta dah agak lancar... saya serahkan pada suami saya pulakla bawa kereta...

Rupanya anggapan saya salah... kereta masih lagi beratur selepas-selepas itu... saya berehat aje di belakang.. Sebenarnya, hakikatnya perjalanan memang sesak... lebih teruk daripada beberapa tahun lalu semasa saya drive bersendirian pulang ke Penang... 

Sesak berlarutan sehingga Ipoh.. Ada kemalangan yang terjadi.. langgar belakang.. kereta Waja sama Waja... Kereta yang dilanggar dan kereta yang dilanggar memang nampak teruk.. Tapi InsyaAllah tiada kecederaan yang teruk...

Saya ambil keputusan untuk berehat..sebab saya kan penakut... heee... tak mahu saya tengok jalan... Saya pun melelapkan mata.. Apabila saya buka mata semula.. dah pun pukul 1 pagi... Abang saya dah nasihatkan saya untuk ambil Jambatan Kedua Pulau Pinang... Jadi memandangkan dah hampir, saya suruh suami saya ikut Jambatan Kedua Pulau Pinang...

Fuh..memang kosong... Tapi boleh terasa angin yang terlalu kuat meniup... takut juga angin lintang... rupanya bukan angin lintang tapi angin bertentangan... Takut kereta kami diterbangkan angin.. Tengok gambar dibawah..memang kosong jalan... Adalah satu dua kereta dari jalan bertentangan melepasi kami... Tak nampak langsung pemandangan laut kerana kiri kanan kami pekat dalam kegelapan malam...



Alhamdulillah... dalam pukul 2 pagi... sampailah kami ke rumah... Syukur Alhamdulillah..selepas 8 jam setengah perjalanan... hehe.. perjalanan ke Pulau Pinang, selalunya makan masa 4 jam AJE.... hahaha...

Okla..semoga terhibur dengan perkongsian saya ini.... 

Kedai Online Shaklee saya sentiasa dibuka 24 jam ye.. Nak beli apa-apa supplemen, hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Friday, 25 July 2014

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Perut Berangin

Bila bercakap berkenaan masalah perut, saya tak dapat lari daripada menjadi salah seorang daripadanya. Perut saya selalu berangin. Mungkin disebabkan jadual pemakanan yang tidak teratur. Alhamdulillah bulan Ramadhan ini, kita diajar untuk makan mengikut masa. 

Walau bagaimanapun, masalah perut berangin ini memang tak dapat dielakkan. Mungkin semasa berbuka, saya terus mengisi perut dengan banyaknya dan menyebabkan perut terkejut... Kesannya, tak lama selepas itu, saya akan ke tandas. 

Sebenarnya masalah perut berangin ini berpunca daripada usus kecil, di mana terjadinya proses penghadaman yang tidak teratur dan mengakibatkan penghasilan gas yang lebih banyak daripada biasa. Dengan terhasilnya gas ini, maka perut menjadi kembung atau berangin.

Saya juga perasan suami saya belakangan ini kerap sendawa. Selalunya tidak begitu. Kemungkinan besar perut berangin yang kami alami adalah disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak terjaga.

Berikut adalah makanan-makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan masalah perut berangin.

  • kubis
  • bunga kubis
  • brokoli
  • kekacang
  • bawang
  • makanan berkanji kecuali beras
  • makanan bergoreng serta berlemak
  • susu yang ada gula laktosa
  • buah-buahan yang mengandungi gula fruktosa
  • minuman berkarbonat

Walau bagaimanapun, setiap masalah, ada penyelesaiannya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah perut berangin ialah:
  • Minum air teh halia
  • Perbanyakkan halia di dalam masakan
  • Banyakkan bawang putih di dalam masakan
  • Bawang putih direbus dengan air masak dan diminum

ATAU

Anda juga boleh cuba Garlic Complex Shaklee. Apakah kelebihan Garlic Complex?


- Mempertingkatkan fungsi sistem penghadaman dan membantu mengurangkan masalah kembung perut, gastrik, ketidakhadaman dan sebagainya. 

- Garlic Complex juga menentang bakteria H. Pylori yang menyebabkan perut berangin.

- Garlic juga seperti yang kita tahu adalah antibiotik semulajadi yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan risiko untuk mendapat batuk, selsema, mengurangkan alahan serta gatal-gatal badan.

- Menstabilkan tekanan darah dan mengawal paras kolesterol di dalam darah

- Menstabilkan kandungan glukosa di dalam darah.

- Garlic Complex juga membantu untuk menyahtoksinkan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tubuh.
 
Harga bagi sebotol Garlic Complex ialah RM47.50 bagi 60 biji.

Selain itu, anda juga boleh mencuba Peppermint-Ginger Plus. Kebaikan Peppermint-Ginger Plus ialah:

- Membantu dalam fungsi sistem penghadaman, melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati, cirit-birit, dan rasa loya.

- Melegakan otot perut kesan daripada sakit perut yang melampau.

- Mengurangkan angin di dalam badan

- Mencuci usus dan perut

Harga bagi sebotol Peppermint-Ginger Plus ialah RM45.00 bagi 90 biji.

Anda sebenarnya boleh pilih sama ada hendak membeli salah satu, sama ada Garlic Complex atau Peppermint- Ginger Plus

Namun, jika anda mendapatkan kedua-duanya sekali, kombinasi Garlic Complex dan Peppermint-Ginger Plus akan mengoptimumkan keberkesanan dalam merawat masalah perut berangin di samping membantu memulihkan fungsi-fungsi tubuh yang lain.


Anda ingin menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pembelian? Hubungi saya di 012-5538628. Pembelian daripada saya akan mendapat panduan pemakanan supplemen dan konsultasi daripada saya sepanjang masa.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Reference:

Wednesday, 23 July 2014

14 Tips Persediaaan Untuk Perjalanan Jauh Dengan Menaiki Kenderaan 4 Roda

Ramai orang rasanya sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya minggu depan. Heeee... Alhamdulillah.. yang masih bekerja.. dapat merasa perjalanan ke tempat kerja agak lancar sedikit.. :p

Hari ini dah hari Khamis, rasanya malam esok, selepas waktu pejabat, ramai yang akan mula beransur-ansur pulang ke kampung... Kita tahu, apa saja perayaan dan musim cuti, semestinya highway itu akan penuh sesak dengan kenderaaan. Confirm bumper to bumper la highway Plus dan Pantai Timur... Semua warga kota akan pulang ke kampung halaman.

Bila difikir-fikirkan balik, serik nak tempuh jem di highway ni... panjangnya kesesakan ini bukan 10 - 20 km... tapi beratus-ratus kilometer... memang menguji kesabaran. Saya pernah alaminya sejak sebelum kahwin, hinggalah sekarang.. Bayangkan pukul 1 pagi bertolak pulang... Highway Plus beratur sejak dari keluar Highway Guthrie lagi... Plan nak bersahur di rumah terpaksa dilupakan... Bagi yang nak pulang ke Kelantan, perjalanan pulang yang kebiasaan hanya 8 jam menjadi 13 jam... perghhhh.... bila la nak sampai...heeee...



Kawasan R & R pulak memang penuh sesak.. nak masuk pun menunggu lama.. pernah saya dan suami, hanya berhenti di tepi highway (orang lain semua pun berhenti di tepi highway juga) untuk bersahur di dalam kereta. Memang waktu-waktu begitu, berhenti tepi highway macam jadi kebiasaan pula.

Apa-apa pun, semoga perjalanan kita dilindungi Allah.

Oklah, kali ini, saya nak berkongsi tips persediaan untuk menempuh perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta atau apa-apa sahaja kenderaan 4 roda :)

Tips Persediaan Perjalanan Jauh:
  • Sebelum keluar rumah, pastikan rumah dalam keadaan teratur, suis elektrik semua ditutup dan kepala plug ditanggalkan.
  • Jika anda tinggal di kawasan apartment atau kondo, maklumkan kepada pejabat pengurusan tentang pemergian anda meninggalkan rumah. Kepada yang tinggal di taman perumahan, maklumkan kepada jiran yang anda percayai, guard, atau balai polis terdekat.
  • Sebelum keluar rumah, solat sunat dua rakaat untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah.
  • Kemudian sebelum melangkah kaki keluar pintu, bacalah "Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huwas sami'ul 'alim" sebanyak 7 kali.

    بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم    

  • Pastikan keadaan pemandu sudah cukup tidur dan rehat.

  • Pemandu dan penumpang telah makan dan minum secukupnya.
  • Memakai pakaian yang selesa.
  • Mengambil supplemen untuk membantu menambah tenaga dan kekal cergas.
  • Pastikan kenderaan telah diservis dan tayar-tayar cukup angin dan dalam keadaan yang baik. Jangan lupa, pastikan minyak kereta juga telah diisi.

  • Pastikan telefon bimbit anda mengandungi semua nombor-nombor yang boleh dihubungi semasa kecemasan.
  • Bawa duit yang mencukupi untuk perjalanan ini. 
  • Baca doa naik kenderaan:                                                           سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
  • Bawa bekal makanan dan minuman sekiranya hendak berhenti untuk bersahur atau berbuka (semasa Ramadhan).

  • Bertawakal kepada Allah.


Untuk yang ingin mengambil supplemen, Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan supplemen yang sesuai untuk membantu anda lebih bertenaga dan cerah mata sepanjang pemanduan kereta pulang ke kampung halaman...(dengan izin Allah).

1. Kombinasi dua supplemen Shaklee iaitu Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink. Bancuhkan Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink bersama-sama. Rasanya bukan sahaja lazat malah InsyaAllah anda akan:

- Cerah mata (kesan Cinch Energy Tea Mix). 

- Cergas dan bertenaga (kesan Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink). 

- Mengurangkan rasa haus (kesan Performance Drink).



2. Vivix. Ambil sesudu besar dan minum air secukupnya. Sangat mudah :) InsyaAllah, Vivix adalah tonik ajaib. Anda akan bertenaga kerana sel-sel sedang digiatkan dari dalam.



Anda boleh order supplemen-supplemen ini terus secara online dan penghantaran supplemen-supplemen ini akan sampai ke rumah anda directly tanpa menghubungi saya dengan mengklik butang di bawah:




Tapi, jika anda ingin menghubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut dan lebih selesa membeli daripada saya, hubungi saya di 012-5538628. Pembelian daripada saya atau direct online, semuanya akan mendapat panduan pemakanan supplemen dan konsultasi daripada saya sepanjang masa.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Tuesday, 22 July 2014

Awas! Supplemen-Supplemen Shaklee Ini Tiada Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!

Awas! Berikut adalah supplemen-supplemen Shaklee yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 




Tak percaya ke? Sungguh saya tak bohong, memang supplemen-supplemen dalam gambar di atas tiada kelulusan KKM. 

Sesiapa yang beli supplemen-supplemen ini, cuba check, ada tak pernyataan di bekasnya yang mengatakan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ok, jangan panik dulu. Bawa bertenang... 

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian, supplemen-supplemen ini tidak perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana supplemen-supplemen ini adalah berasaskan makanan :)

Jadi, supplemen-supplemen ini langsung tidak membahayakan kesihatan... Untuk pengetahuan anda semua, supplemen-supplemen Shaklee dibuat daripada bahan-bahan semulajadi yang sihat dan selamat.

Kita ambil contoh ESP. ESP diperbuat daripada soya non-GMO. Dengan kata mudah, soya non-GMO adalah soya asli yang DNAnya tidak diubah untuk disesuaikan dengan persekitaran. Apabila disesuaikan dengan persekitaran, maka soya itu digelar Soya GMO (Genetically Modified Organism), di mana ia lebih cepat membesar, lebih tahan lama, dan telah dicampur dengan bahan-bahan kimia tertentu. 

Jadi jangan bimbang, jika anda sedang mengamalkan mana-mana supplemen di atas, teruskan kerana manfaatnya sangat baik, InsyaAllah :)

Jom ambil peluang beberapa hari yang tinggal ini untuk memborong Vivix yang memang sangat baik untuk kesihatan secara menyeluruh. Memandangkan nak balik beraya ni, belilah sebotol dua Vivix untuk dihadiahkan kepada ayah bonda. Di saat usia emas mereka, sukar bagi mereka menelan ubat-ubatan biji. InsyaAllah Vivix akan dapat membantu menstabilkan masalah kesihatan mereka.



Beli dua botol Vivix, anda akan dapat keahlian Shaklee secara percuma dan CASH Rebate pada bulan hadapan. Jadi jangan lepaskan peluang yang terhad ini. Jika nak beli supplemen-supplemen Shaklee yang lain pun boleh.

Berminat nak tahu lebih lanjut atau ingin beli? Hubungi saya di 012-5538628. Jangan bimbang, dengan membeli daripada saya, anda berhak untuk mendapatkan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya setiap masa. 


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


7 Gangguan Pola Tidur Dalam Kalangan Anak-Anak

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang disayangi sekalian. Kali ini saya nak berkongsi pulak berkenaan gangguan pola tidur kanak-kanak. Hehehe.. pengalaman saya sendiri....

Anak saya, Nur Muhammad memang dari kecik sampai beberapa minggu sebelum ini, mempunyai pola tidur lewat. Umur Nur Muhammad sekarang sudah 4 tahun dan 4 bulan... Memang waktu tidur Nur Muhammad selalunya mencecah pukul 12 malam ke atas. Secara purata setiap hari dia akan tidur dalam pukul 1 pagi lebih.

Tapi pada bulan Ramadhan, sejak tahun lepas lagi, Nur Muhammad akan tidur pada awal malam, dalam pukul 11 lebih gitu dan bangun semula pada pukul 1 atau 2 pagi, dan berjaga sehinggalah selepas Subuh. Hehe.. agaknya nak kejut kami bangun Tahajud. Mudah sikit kan...



Samalah halnya dengan Ramadhan pada tahun ini, cuma ada perbezaan sikit. Sebab sebelum ini, mak saya ada di rumah, jadi Nur Muhammad bebas dan gembira hidupnya. Tapi apabila mak saya pulang dan Nur Muhammad kena ke sekolah, saya perasan, abis tidur "normal" terganggu. Nur Muhammad akan tidur awal.. ada masanya seawal waktu berbuka sehingga ke pagi subuh keesokan harinya... Wahhhh memang pecah rekod. 



Walaupun gembira keadaan tidur begini yang sudah nampak normal dan menyamai pola tidur kanak-kanak yang lain, saya jadi bimbang pulak kerana di siang hari Nur Muhammad tidak berapa aktif... sigh..macam-macamlah kan jadi ibu ni...

Mengikut pembacaan saya di laman webmd, simptom-simptom gangguan pola tidur ini ialah:
  • Berdengkur
  • Pernafasan terhenti semasa tidur
  • Sukar untuk melelapkan mata
  • Masalah untuk tidur sepanjang malam
  • Sukar untuk berjaga di siang hari
  • Tidak begitu aktif di siang hari
  • Mengalami mimpi ngeri atau tidur berjalan


Jika terjadi mana-mana perkara di atas, ibu bapa hendaklah merujuk kepada pakar kanak-kanak.  Walau bagaimanapun, saya akan beri sedikit masa lagi sebab sebelum-sebelum ini, Nur Muhammad macam kurang tidur. Bayangkan malam-malam tidur dalam 2 - 3 jam, kemudian berjaga sampai ke pagi..kadang-kadang sehingga pukul 11 pagi. Mungkin sekarang Nur Muhammad tengah mengqadha tidurnya. Lagipun, buat masa ini Nur Muhammad agak kurang sihat kerana mengalami ulser di tekak.

Namun, jika sahabat-sahabat sekalian ada pendapat masing-masing... bolehla berkongsi dengan saya di sini :)

Kat sini juga, saya ingin berkongsi supplemen Set Cergas Pintar yang sangat baik untuk kanak-kanak iaitu:
- Mealshakes 
- Omega Guard

Harga bagi Set Cergas Pintar ini ialah RM249.75. Gabungan supplemen ini melengkapkan nutrisi anak-anak anda kerana Mealshakes mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang sangat baik manakala Omega Guard berperanan untuk pertumbuhan dan perkembangan minda anak-anak anda.




Berminat nak tahu lebih lanjut atau ingin beli? Hubungi saya di 012-5538628.Jangan bimbang, dengan membeli daripada saya, anda berhak untuk mendapatkan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya setiap masa. 


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


Reference: