Ikhtiar Kehamilan Bagi Kaum Wanita

Wanita, Cyst dan Kehamilan

Sebelum ini saya ade menulis mengenai Tips Persediaan Kehamilan dan mencadangkan pengambilan Vitamin B Complex dan Vita-Lea Shaklee sebagai persediaan untuk mengandung. Namun masih lagi ada wanita mengalami kesukaran untuk mengandung. 

Terdapat satu lagi faktor yang mungkin menyebabkan kehamilan itu sedikit sukar, iaitu kitaran haid yang tidak teratur. Keadaan kitaran haid yang tidak teratur ini boleh disebabkan oleh banyak perkara, salah satu daripadanya ialah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Disebabkan PCOS, sesetengah kaum wanita ada yang berulang-alik ke hospital melakukan pembedahan untuk membuang cyst-cyst tersebut. Sila rujuk gambar di bawah.



Apakah Simptom - Simptom PCOS?

- Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang (>42 hari), darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang boleh menyebabkan anemia.

- Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama secara klinikal atau ujian darah.
Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormon androgen/testosterone (hormone lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya, wanita ini mempunyai masalah jerawat, alopecia (rambut botak) dan hirsutism (bulu-bulu halus berlebihan di muka, dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.

- Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung mutiara”. Pada setiap ovari terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan kedua-dua ovari bersaiz besar.



Kesan-Kesan Daripada Masalah PCOS

Kesan Jangka Pendek
  • Kitaran haid tidak normal sehingga kadangkala tidak datang haid langsung
  • Masalah hirsutism
  • Masalah kesuburan
Kesan Jangka Panjang

  • Masalah obesiti
  • Risiko mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes semasa mengandung, darah tinggi dan sebagainya.
  • Hyperplasia dinding rahim dan boleh menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama

Rawatan Untuk Pesakit PCOS
  • Mengubah Cara Hidup dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat seperti beriadah dan bersenam.
  • Mengurangkan berat badan. Berat badan berlebihan menyebabkan kesukaran untuk hamil. 
  • Memulihkan masalah kitaran haid yang tidak teratur dengan pengambilan pil perancang keluarga seperti "Diane". Pil perancang keluarga dapat mengurangkan hormon androgen dan mengurangkan simptom "hyperandrogenism".

  • Bagi yang ingin berusaha mendapatkan anak, boleh melalui pelbagai cara iaitu:
        - Menjalani induksi ovari dengan Clomiphene atau Gonadotrophin
        - "Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
        - In-Vitro Fertilisation (IVF)

Selain itu, jika ingin berusaha dengan pengambilan supplemen, GLA Complex Shaklee adalah sangat baik untuk membantu memperbetulkan kitaran haid dan mengecutkan cyst. Kombinasi Vitamin B Complex, Vita-lea dan GLA Complex adalah suatu kombinasi hebat dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata di samping mengubati PCOS.




Penjimatan Berganda-Ganda

Harga Set Ikhtiar Kehamilan ini adalah RM233.75. Berikut adalah harga setiap satu supplemen:
- B Complex (120 biji untuk 4 bulan) - RM53.75
- Vita-Lea (120 biji untuk 4 bulan) - RM88.75
- GLA Complex (60 biji untuk sebulan) - RM91.25

Setiap bulan anda hanya perlu top up GLA Complex. Tapi bayangkan dengan pengambilan GLA Complex yang konsisten, InsyaAllah akan memudahkan anda menyembuhkan PCOS dan pada masa yang sama merupakan ikhtiar anda untuk menimang cahaya mata.

Berminat untuk membeli dan ingin berusaha untuk mendapatkan cahaya mata? Hubungi saya segera :) Saya bertanggungjawab memberi anda panduan dan konsultasi pengambilan supplemen yang terbaik. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 

Reference:




Previous
Next Post »
0 Komentar