Kisah Sebotol OsteMatrix Shaklee

           


Saya tidak pernah menceritakan lagi bila saya mula-mula menggunakan supplemen Shaklee. Supplement Shaklee yang pertama saya makan ialah OsteMatrix. Itu saja sudah mencukupi untuk saya pada keperluan saya pada masa itu. 

Saya ni, seperti kebanyakan ibu-ibu lain yang bekerja, tidak lari daripada merasa keletihan dan lesu-lesu badan. Bekerja dan menguruskan rumah tangga daripada awal pagi, sehinggalah ke  lewat malam. Saya dapati sangat sukar untuk saya bangun awal pagi. 

Memang setiap hari, saya memaksa diri untuk bangun pagi. Bertuah sungguh bagi orang yang dapat bangun pagi secara automatik. Untuk itu, saya bertanya kepada sahabat saya ada tak supplemen Shaklee yang dapat membantu, memandangkan saya masih belum mengenal lagi kebaikan supplemen Shaklee. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.. Ewahhh..haha..

OsteMatrix diperkenalkan kepada saya. OsteMatrix adalah kapsul yang mengandungi sebatian kalsium yang tinggi. Apabila mula mengamalkan OsteMatrix, dalam masa dua tiga hari, saya sudah merasai perbezaan apabila bangun di pagi hari. Saya tidak lagi merasa sukar untuk bangun pagi dan mengantuk tidak lagi terasa apabila bangun daripada tidur. Syukur Alhamdulillah. Sejak daripada itu, memang saya amalkan makan OsteMatrix pada setiap malam sebelum tidur.

Antara kebaikan-kebaikan OsteMatrix ialah:

- Mengekalkan tekanan darah pada tahap normal
- Membantu menenangkan otot-otot badan dan urat saraf
- Memberi kelegaan sewaktu mengalami PMS, seperti mengurangkan kembung perut, angin, kekejangan,dan juga mengurangkan mood swing
- Memudahkan tidur malam dan memberi kesegaran apabila bangun daripada tidur

Satu lagi yang saya hendak tambah kepada kebaikan OsteMatrix ini ialah dalam mengawal tekanan darah. Selalunya apabila kita jatuh sakit seperti demam ke, sakit kepala ke, sedikit sebanyak tekanan darah kita akan terganggu. Tetapi Alhamdulillah, tekanan darah saya sentiasa normal walaupun ketika menghadapi sakit kepala atau demam :)

Saya juga ada mengalami sakit tumit di kaki kanan saya. Pengambilan OsteMatrix secara berterusan sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit di tumit saya. Yang penting, bahan-bahan lain seperti kafein juga hendaklah dikurangkan atau dihentikan terus. Saya ni suka sangat minum kopi. Tapi untuk kebaikan, saya hentikan terus habit tersebut walaupun kadang-kadang ada jugak minum...hehe..

Apa pun, kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita. Selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk menentukan yang terbaik. Jika ada yang berminat untuk mencuba OsteMatrix ini, bolehlah menghubungi saya di 016-2364796

Kalau berada di area PJ, berdekatan Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, Jaya 33, bolehlah ambil daripada saya secara COD 😊.

#shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com
Previous
Next Post »
0 Komentar