Monday, 31 March 2014

Kepentingan Mengambil Supplemen Pada Masa Kini

Kenapa Perlu Ambil Supplemen?

Seperti yang pernah saya kongsikan dulu-dulu, hari ni saya hendak share isu kenapakah kita perlu mengambil supplemen?

Jika ditanya pada setiap individu, kita akan menerima pelbagai jawapan yang menarik. Saya dulu tak mahu makan supplemen sebab saya rasa supplemen ini mahal harganya. Sampai satu tahap, fikiran saya langsung tak mahu berfikir tentang perlunya mengambil supplemen. Tapi itulah, apabila usia semakin meningkat, memang sangat-sangat terasa perbezaan pada sistem tubuh berbanding ketika pada zaman muda-muda dulu. Badan memerlukan sokongan tambahan kerana beberapa faktor:


1. Kita sering terdedah kepada persekitaran yang tercemar 











2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien 
















3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar















4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat














5. Kebanyakan kita makan mengikut selera rasa dan menjurus kepada kehidupan yang tidak sihat dan kegemukan

















6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan





7. Kehilangan nutrien di dalam makanan














Oleh sebab faktor-faktor di atas, maka tubuh badan kita memerlukan sokongan tambahan. Pengambilan supplemen boleh dipilih mengikut kesesuaian daya tahan tubuh masing-masing. Kekurangan nutrien di dalam badan tanpa sokongan supplemen menyebabkan terjadinya:
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan tubuh
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan (sistem imun rendah)
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
serta banyak lagi gangguan kepada sistem tubuh badan.

Supplemen Shaklee menyediakan berbagai-bagai jenis supplemen sesuai dengan kehendak tubuh badan dan bajet yang diperuntukkan. 

Boleh saya katakan disini, sebenarnya supplemen Shaklee tidak mahal pun. Kalau nak enjoy supplemen dengan harga yang lebih murah, maka lebih elok berdaftar sebagai ahli terus :) Bagaimana untuk berdaftar? Serahkan kepada saya dan saya akan tunjukkan satu per satu. Apa pun, langkah pertama yang penting ialah hubungi saya. Jangan malu-malu :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park






Saturday, 29 March 2014

Kepentingan Kesihatan Part II

Pentingnya Mempunyai Kesihatan yang Baik - Part II

Sebelum ini, saya sharekan pasal GLA Complex kerana mengalami masalah haid yang berpanjangan semasa zaman universiti dulu. Sekarang kita masuk ke zaman sekarang.. :) Terus terang saya akui, apabila saya mula bekerja, saya memang seorang "workaholic". Tempat yang saya bekerja dulu pula selalu mengkehendaki saya untuk stayback sampai lewat malam dan ada masanya saya terpaksa stayback sampai ke pagi. Alhamdulillah, saya memang kuat pada waktu itu. Saya akui saya tidak mengambil sebarang supplemen (mungkin ada tetapi tidak konsisten).

Namun kini, apabila memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, pekerja dan sebagainya, saya sangat-sangat memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Dulu saya rasa kuat dah masa zaman remaja dulu. Tetapi apabila memasuki era dewasa ini, cabarannya memerlukan kekuatan yang luar biasa. Apabila bekerja dan pada masa yang sama mempunyai anak kecil, seseorang wanita itu memerlukan determination yang tinggi. Pada masa itu juga, kesihatan seseorang wanita itu hendaklah berada pada tahap yang optimum. Maklumlah menjadi superwoman. Bekerja dan menjaga keluarga. 

Awalnya ego saya masih tinggi. Saya fikir, buat apa lah mengambil supplemen itu dan ini. Saya yakin saya seorang yang sangat sihat dan kuat dan saya mampu menghadapi apa sahaja.. hehehehe... Selepas melahirkan anak, barulah saya tahu langit itu tinggi atau rendah. Saya rasa saya tak mampu nak bangun pagi untuk ke pejabat, saya tak dapat mengelak daripada merasa mengantuk di siang hari, badan terasa sangat penat sampai saya kadangkala tertidur di ofis.. Oleh sebab itu, atas saranan seorang sahabat saya yang ketika itu telah menjadi distributor Shaklee, dia cadangkan saya mengambil B Complex Shaklee. B Complex memberi tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk. Tapi saya bimbang pengambilan B Complex akan menyebabkan berat badan saya bertambah. Alhamdulillah apabila saya mula mengambilnya, berat badan saya maintain je.. heee.. yang penting, saya pastikan diri saya minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaiknya minumlah 3 liter.

Pada malam hari pula, saya mengambil OsteMatrix supaya pada paginya saya dapat bangun dalam keadaan yang segar. Alhamdulillah, syukur, memang terasa perbezaannya. Saya tidak lagi merasa penat apabila bangun di pagi hari. Saya amalkan secara konsisten dan sememangnya saya dapat kekal bangun pagi dengan bertenaga :) Untuk pengetahuan sahabat sekalian, saya juga menghadiahkan OsteMatrix kepada mama saya. Katanya sejak mengambil OsteMatrix, mama yang selalu mengalami masalah membuang air besar, kini tidak lagi mengalami masalah tersebut. Malah badannya dapat merasa kebaikan mengambil OsteMatrix. 

Sekarang ni, saya memang amalkan B Complex untuk memberi tenaga. B Complex elok diambil pada waktu pagi supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari. Tapi saya pula ambil disebelah petang, kerana paginya saya telah mengambil ESP (Energizing Soy Protein) yang memberi tenaga dan membuatkan saya rasa kenyang sampai ke tengahari. Kemudian pada pukul 3 atau 4 petang, barulah saya mengambil B Complex untuk menyediakan diri saya untuk melakukan kerja rumah dan masak memasak selepas habis waktu bekerja. Alhamdulillah, boleh saya katakan mood saya lebih baik di waktu malam, bertenaga walaupun saya melakukan banyak kerja di samping melayan seorang anak yang sedang aktif. 


Supplemen yang saya ambil untuk membekalkan tenaga :)

Pada yang ingin mencuba namun terasa kekangan daripada segi perbelanjaan, hubungi saya dan InsyaAllah saya boleh cadangkan supplemen mana yang sesuai mengikut bajet dan keadaan. Membeli vitamin Shaklee sangat menjimatkan. Kalau rasa nak jimat lebih lagi, jadilah ahli. Sangat mudah. Jangan segan-segan. 


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Friday, 28 March 2014

Kepentingan Kesihatan

Pentingnya untuk Mempunyai Kesihatan yang Baik - Part I

Hari ni, terasa nak bercakap pasal kesihatan.. Heee... saya bukanlah seorang doktor. Tapi saya sangat cakna dengan kesihatan saya. Menjadi seorang perempuan, banyak yang perlu kita jaga. Masih saya ingat, pada zaman remaja dulu, kalau saya terasa perbezaan pada perkara-perkara yang membabitkan kesihatan, saya akan berusaha mencari doktor perempuan untuk memeriksa saya. 

Pernah suatu ketika di zaman universiti, saya mengalami period yang agak lama, menjangkau dua minggu. Pening juga memikirkan kenapa. Tapi saya tahu, apabila stress berpanjangan, sedikit sebanyak akan menyebabkan kitaran haid terganggu. Dulu, saya belum mengenali supplemen Shaklee, maka saya membeli vitamin daripada farmasi sahaja. Untuk membetulkan kitaran haid, elok untuk para wanita sekalian mengambil Evening Primerose Oil (EPO). Namun, jika saya telah mengenali supplemen Shaklee daripada dulu lagi, semestinya saya akan membeli GLA Complex.

Kebaikan GLA Complex

Gla (Gamma-Linolenic Acid) adalah dihasilkan daripada Evening Primerose Oil (EPO). Bagi GLA Complex daripada Shaklee, ia diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih berkesan berbanding EPO. GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Utara Amerika. 

InsyaAllah, pengambilan GLA Complex secara konsisten akan membantu membetulkan kitaran haid seseorang wanita. Di samping itu, dengan adanya gabungan minyak sunflower, vitamin E, dan juga kandungan Omega-6 akan menyumbang kepada kulit dan rambut yang lebih cantik dan menawan. Antara kebaikan lain GLA Complex adalah:

  • Merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan membantu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan membantu mencantikkan kulit.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang Kanser - GLA adalah bahan anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit seperti eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, tinea, kurap. Juga membantu meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma dan artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, mengurangkan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh gula darah yang tinggi. Sesuai untuk penghidap diabetes semasa hamil dan semasa umur lanjut.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - merendahkan kolesterol LDL, memberi tone kepada kulit dan otot secara berperingkat untuk mencapai bentuk tubuh yang menawan. Diambil semasa perut kosong untuk mengelak daripada keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, membantu mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infection.
  • Hiperaktif dan Autisma - Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma dan hiperaktif.
Banyak lagi yang saya nak tulis sebenarnya. Tapi cukuplah dulu saya ceritakan pasal kebaikan GLA Complex. Sesiapa yang berminat dan perlukan lebih maklumat, jangan malu-malu untuk hubungi saya :)


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Wednesday, 26 March 2014

Healing Crisis - When It's Good to Feel Bad

What is Healing Crisis?

It is common when individuals suffer from detoxification reactions when they started a natural healing program. This symptom is called "Healing Crisis". It occurs when the body is removing the toxins into the different systems of the body. This process is also known as "Herxheimer Reaction". When the cells are removing the toxins into circulations, we may experience nausea, fever, heart burn, headaches, fatigues, sleepiness, constipation, diarrhea, etc. This is because the toxins remain in the organs (skin, lungs, liver, kidneys, bladder, etc) for quite sometime before it is being totally eliminated. After that, we will achieve a good health. 

A healing crisis will often bring back past conditions or personal issues. Therefore, during this process, people will be reminded on the conditions that they have faced previously. Sometimes the healing crisis symptoms and pain are more intense than the disease or illness that is being treated. However, remember the symptoms are temporary and it is the path to a renew health. 

The duration of the healing crisis may varies. It usually last from two to three days or sometimes extended into few weeks. In facing a serious diseases, some people may have to go through a series of healing crisis before full health can be restored.

How Healing Crisis Occur? 

Healing crisis occur when the body is going through a dietary changes; example by taking a natural and organic supplements, detoxifying treatment or therapy (chiropractic care, ozone, rife treatment / therapy, acupuncture, homeotherapy, psychotherapy) or fasting for a certain period of time. 

We also need to understand that the time and the intensity of the healing crisis will be depending on the volume of the toxic in the body. If let say the healing crisis symptoms are too overwhelming, then the best solution is to slow down the detoxification process and allow the body to adapt to the changes. 

During the healing crisis process, it is also best to drink more plain water to help getting the toxins out from the body. This is also the time to let the body rest; mentally, physically and emotionally. 

Shaklee Supplements

Shaklee supplements are made from pure natural organics that is safe and have been tested and proven effective for more than 50 years. Shaklee offers many types of supplements promoting great well being, beauty and vitality. For more info on the supplements, please feel free to contact me at 012-5538628 (diana) or email me at n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com.




Thank you.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Monday, 24 March 2014

The End of MH370

MH370 in Southern Indian Ocean

The whole world was shocked to receive the news about flight MH370 on the 24th of March 2014 which stated that the last signal detected was at the Southern Indian Ocean. It is a sad news indeed. Although I don't have any family members on board, I can still feel the feelings of the families and friends of the MH370 crews and passengers. In fact, the wife and two daughters of one of the directors at the current place that I am working at were on MH370. 

What I can say is that we would never know when is our last day breathing on earth. While we are around, give and show love to all. Care for those around us. We would never know when is the last time we are going to see our loved ones. Being a Muslim, the world is just a transit to another permanent life after this. Whatever good or bad that we do now, is a seed that we will harvest in the afterlife. So cherish and spread the love all over. 


InsyaAllah there is always a good reasons behind everything that had happened. We only need to 'redha' and life must move on. If we have the chance we will know the reasons behind it. Janji Allah itu benar, maka percayalah.. :)



Sunday, 23 March 2014

ESP Bersama Vitamin Shaklee

Kebaikan ESP Digabungkan dengan 
Vitamin-Vitamin Shaklee yang Lain




























Bulan March tinggal seminggu je lagi. Bermakna bulan bertuah ESP juga hampir sampai ke penghujungnya. Buat semua yang ingin merasai kebaikan ESP, jangan lepaskan peluang menikmati kebaikan ESP bersama vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Hubungi saya untuk konsultasi mengenai supplemen-suplemen Shaklee :)

Terima kasih.
Diana
Shaklee Independent Distributor
012-5538628
n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Saturday, 22 March 2014

Syukur

Syukur dan Kehidupan

Kebanyakan masanya,kita selalu terlupa. Kita rasakan bahawa kehidupan kita sangat sukar dan terhimpit. Kita mengeluh kesah kerana terasa perjalanan kehidupan terlalu menyesakkan jiwa. Namun kita selalu terlupa, bahawa kehidupan dan nafas yang ada itu sendiri adalah rahmat Allah yang paling besar. 

Bersyukurlah kita kerana masih diberi masa untuk bernafas di dunia ini. Bersyukurlah kita kerana kita masih mempunyai orang-orang yang menyayangi kita yang selalu berada di samping kita dan sentiasa mengingati kita setiap masa. Bersyukurlah kita kerana kita masih mempunyai bumbung rumah yang baik sebagai tempat kita berlindung daripada hujan dan panas. Bersyukurlah kita kerana mempunyai pekerjaan yang baik dan banyak lagi rahmat Allah kepada kita yang selalu kita lupa untuk mensyukurinya. 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Surah ar-Rahman 55:13)



Memang tidak dinafikan kita memang selalu terlupa dan lalai kerana kita hanya manusia biasa. Hatta saya sendiri pun selalu mengeluh dengan kehidupan ini. Daripada saya sendiri, saya rasa baik kita kurangkan bercakap dan banyak beristighfar membersihkan hati dan jiwa kita. Percayalah, setiap apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T dalam kehidupan kita adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah sahajalah yang Maha Mengetahui jalan kehidupan kita, qada' dan qadar kehidupan kita. Maka sebutlah Alhamdulillah dalam setiap perkara baik dan buruk yang terjadi kerana tidak mungkin Allah hendak menimpakan sesuatu yang buruk kepada kita. InsyaAllah, apabila kita redha, segalanya akan dipermudahkan untuk kita.

Alhamdulillah, InsyaAllah :) Senyum selalu...

Diana
Shaklee Independent Distributor
012-5538628
n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Friday, 21 March 2014

Aura Positif dan Aura Negatif

Menarik Aura Positif dan Menolak Aura Negatif

Dalam kehidupan seharian ini, kita dikelilingi oleh aura positif dan aura negatif. Kita ambil contoh keadaan hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Agak-agaknya aura mana yang lebih kuat? Saya tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya sendiri :)

Saya petik daripada website Irfan Khairi. Katanya dalam sebuah kumpulan, terdapat dua orang yang berfikiran positif, berkelakuan positif dan bercakap perkara-perkara yang positif sahaja. Namun terdapat seorang yang berfikiran negatif, berkelakuan negatif, dan bercakap perkara-perkara yang negatif. Tuan-tuan dan puan-puan rasa, apakah aura yang mengelilingi kumpulan tersebut? Jawapannya ialah.................................aura negatif. 

Menjadi lumrah manusia suka mendengar gossip-gossip dan berita-berita sensasi yang tidak diketahui kebenarannya. Selain itu, cakap-cakap berkaitan orang lain, adalah lebih 'hot' untuk dibincangkan. Maafkan saya kalau ada sesiapa terasa, tapi bercakap-cakap di belakang orang..mengumpat itu dan ini adalah berdosa. Mahukah anda menjadi seorang yang muflis di akhirat nanti? Apabila timbangan amalan baik anda sudah bagus untuk membolehkan anda ke syurga, tiba-tiba anda terpaksa memberi pahala anda kepada orang yang anda cakap di belakangnya semasa di dunia. Kalau perkara positif, tiada masalah.. tapi bila perkara-perkara negatif yang dicakapkan... haishhh...Daripada Abu Hurairah R.A, "Sesungguhnya Rasullullah S.A.W telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau diam...." Apabila kita menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaiban kita...



Dengan banyaknya aura-aura negatif di sekeliling kita, maka boleh saya katakan, orang yang berfikiran positif dan menyebarkan aura-aura positif pun, akan terkesan dengan aura-aura negatif yang mudah berjangkit ini. Untuk menjauhi aura-aura negatif ini, caranya ialah berkawan dengan orang-orang yang sentiasa positif dan banyak mendekatkan diri dengan pencipta kita..Allah S.W.T..Memang sukar untuk dilakukan. Tapi sentiasalah banyak beristighfar, banyakkan bertaubat, berzikir dan menyibukkan diri mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat. Memang sebagai manusia, kita tidak sunyi dalam melakukan kesilapan...Yang penting kita istiqamah dalam melakukan kebaikan..

Sekian sahaja nukilan saya... entry kali ini adalah daripada saya sendiri. Andai ada salah dan silap, saya mohon ampun dan maaf. 

Diana 
Shaklee Independent Distributor
012-5538628
n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com


Thursday, 20 March 2014

ESP dan Kecantikan Kulit



Seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan ESP. Dalam post sebelum ini, saya ada kongsikan kebaikan ESP secara general. Kali ini, mari saya kongsikan kebaikan ESP untuk kebaikan dan kecantikan kulit anda. 

Pengambilan ESP secara konsisten, InsyaAllah in the long run akan membantu membina sel-sel baru dan menghasilkan kulit yang lebih licin dan anjal. Hasilnya wajah akan kelihatan lebih berseri-seri dan awet muda.

Di samping itu, kepada yang selalu terdedah kepada pancaran matahari dan mengalami masalah kulit yang mempunyai warna yang tidak sekata, dengan pembaikan sel-sel ini, warna kulit akan menjadi sekata semula. Tambahan lagi, bekas-bekas parut jerawat di muka juga akan hilang dengan pemakanan ESP yang konsisten. 

Kandungan ESP yang mengandungi isoflavones dapat mengimbangkan keadaan hormon di dalam badan dan mengurangkan penghasilan jerawat-jerawat yang baru, Oleh itu, lama kelamaan, kulit muka akan bertambah stabil dan menjadi lebih halus dan licin. 

Kalau anda nak tahu kenalah cuba. Bulan March pun sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dalam bulan March ni, anda adalah orang yang bertuah kalau membelinya sekarang. Apa lagi, hubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan ESP ini :)

Terima kasih.

Diana
012-5538628
n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com


Thoughts and Emotions

What is Your Emotion?



Everyday we faced different emotions based on the situations that we are in. It also affected the way we think and resulted to the actions that we take. Sometime, we feel sad, happy, angry, anxious and so many other emotions that a human being can feel. This is normal. We are human being with feelings.

However, the negative thoughts and emotions need to be controlled as it will also affect our body. Negative thoughts and emotions will drain the energy and left the body weak. At this point of time, the body system is vulnerable to many health problems. For example, stress and anxiety can affect to the blood pressure as well as digestive disorders.  

Therefore, it is important to recognize our thoughts and emotions. Do not allow ourselves to get too emotional on negative things that are surrounding us. Be calm and think positively. Positive thoughts have the power to broaden our perspective of the world. Hence, we will look into things more creatively and will give us better views and options. In addition, the positive thoughts and emotions will create a lasting emotional resilience and flourishing. 

Looking at our environment today, being in hectic life, we tend to fall for negative emotions. Our body and mind become restless and tired. Life became too depressing. Up to certain point, there's a proposal to government to check the mental health of the workers.

As for me, knowing that I have to face many challenges every single day and I know that age is catching up to me as well, what I do is, to ensure that I get a good sleep and take some supplements to support my body. When I was younger, I admit that I don't trust all these supplements. But when age is taking its toll on me, I started to realized the importance of supplements to support our health. Being a Shaklee distributor, I got the chance to enjoy good rate when purchasing the supplements. I take ESP, B-Complex and OsteMatrix to support me so that I have more energy, better mood and emotions to face the day. 




However, no matter what level or in which conditions we are, being a Muslim, what we can do is always to go back to the Creator, Allah S.W.T. Allah always misses us and wants to listen to our thoughts and prayers. Only to Allah we seek assistance. Only Allah can ease and release the burden that we are carrying :)

Alhamdulillah. 

By me,
Diana
012-5538628


Wednesday, 19 March 2014

Sihat dan Cantik dengan Set Kecantikan Shaklee

Set Kecantikan Shaklee





Setiap wanita ingin kelihatan cantik sepanjang masa. Bagi sesiapa yang menginginkan kulit yang cantik dan berseri, bolehlah mencuba Set Kecantikan Shaklee yang terdiri daripada:

1. B-Complex

2. Sustained Release Vita-C Plus

3. Vita-E Complex

Meh saya terangkan kebaikan setiap satu supplemen :)

B-Complex - B stand for Beauty. Fungsi vitamin B-Complex ini adalah untuk menaikkan seri muka. Selain itu, B-Complex juga memberi pemakannya berasa tenang dan ceria.

Sustained Release Vita-C Plus - Nama pendeknya vitamin C. Sangat bagus untuk mencantik dan menganjalkan kulit kerana berfungsi untuk mengikat kolagen.

Vita-E Complex - Vitamin E, sememangnya berfungsi untuk mencantikkan kulit di samping dapat mengurangkan inflamasi, menyembuhkan luka dan bengkak-bengkak serta baik untuk sistem saraf.

Dengan pemakanan supplemen ini secara konsisten dan jangan lupa, minum air kosong dengan banyak (sekurang-kurangnya 2 liter sehari), InsyaAllah, anda akan dapat merasai hasilnya. 

Mari kita lihat testimoni daripada salah seorang pengguna set kecantikan Shaklee ini :)


Wajihah Rashid
Salam semua :)

saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? :)

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :) 





Cantikkan saudari Wajihah Rashid ni :) Jadi pada anda yang ingin keluar daripada masalah kulit ini, janganlah malu-malu untuk menghubungi saya. Saya sedia memberikan cadangan dan nasihat yang terbaik untuk anda.

Terima kasih.

Diana
012-5538628


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Reference:


http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2012/07/set-kecantikan-shaklee-testimonial.html

Tuesday, 18 March 2014

ESP dan Kebaikannya


Dalam kehidupan manusia, protein merupakan sumber penting yang diperlukan dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Protein juga merupakan komponen utama kepada hormon manusia. Di samping, ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. 

ESP (Energizing Soy Protein) memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan juga adalan bukan-GMO (non-Genetically Modified Organism). ESP Shaklee dikeluarkan dalam bentuk canister (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan membekalkan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP daripada Shaklee ini juga merupakan satu-satunya produk yang berada di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan mengandungi Indeks Glisemik (G.I) yang rendah dan sesuai untuk penghidap kencing manis. 

Satu hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

ESP juga sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak. Di sampung itu, ESP dapat membantu mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin dan selepas menjalani pembedahan. Untuk mendapatkan ESP secara COD di Mid Valey, Shah Alam, KLCC dan PNB Darby Park, hubungi saya. Bulan March ini adalah bulan bertuah ESP :)

Terima kasih.
Diana
012-5538628


Complete Weight Loss Program


Supplemen yang Menjayakan 
Program Penurunan Berat Badan 


Berat badan yang ideal sangat diinginkan oleh semua orang. Terdapat banyak supplemen dan ubat-ubatan yang berada di pasaran yang mempromosikan program penurunan berat badan. Walaubagaimanapun, kita hendaklah berhati-hati apabila memilih supplemen yang berkesan. Supplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee adalah supplemen semulajadi yang selamat dan sihat, baik untuk mengurangkan berat badan secara semulajadi dan tidak membahayakan.



Pengambilan OmegaGuard, Lecithin dan Alfalfa Complex adalah suatu gabungan yang mantap untuk membantu dalam proses menguruskan badan. Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini, OmegaGuard akan berinteraksi dengan hormon leptin di dalam badan dan menyebabkan kita mudah berasa kenyang. Manakala Lecithin berfungsi untuk membantu dalam pemecahan dan pembakaran lemak di dalam badan. Akhir sekali Alfalfa Complex berfungsi membawa lemak-lemak yang telah dibakar ini keluar daripada tubuh. 

Dengan pengambilan supplemen-supplemen yang telah dinyatakan diikuti dengan senaman sekurang-kurang tiga kali seminggu, InsyaAllah anda akan berjaya menurunkan berat badan. 

Di samping itu, penambahan Herb Lax ke dalam program ini juga akan meningkatkan lagi peratusan kejayaan dalam program menguruskan badan. Herb Lax akan membantu membersihkan najis yang tersekat di usus. Dalam kata lain, Herb Lax sangat sesuai digunakan oleh orang yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Penggunaan yang konsisten akan membantu mengembalikan semula proses semulajadi dalam pergerakan usus (natural bowel movement). 

Vita-Lea pula bertindak sebagai multi-vitamin untuk memberi tenaga segera dan sebagai pelengkap nutrisi di dalam pemakanan seharian kita. Maklum sahaja, kadangkala pemakanan seharian kita tidak meliputi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan. Vita-Lea akan melengkapkan nutrisi yang diperlukan.

Kombinasi kelima-lima supplemen Shaklee ini, bukan sahaja akan membawa kejayaan kepada program menguruskan badan, malah akan memberi banyak manfaat lain seperti awet muda, kulit yang lebih cantik berseri-seri serta tahap kesihatan yang optimum. 

Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi saya. Saya faham, dalam sesetengah keadaan kita mungkin tidak mahu membeli semua supplemen yang dinyatakan. Tapi anda boleh mencuba mengikut kemampuan anda. Jangan malu-malu untuk Whatsapp, SMS, Telegram saya di 012-553 8628 atau email saya - n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com.










Monday, 17 March 2014

OmegaGuard dan Proses Menguruskan Badan

OmegaGuard - Bagaimana Dapat Membantu Dalam Menguruskan Badan

Sebelum kita pergi ke matlamat utama untuk mengetahui cara-cara menguruskan badan, marilah kita mengenali dahulu sebab-sebab bagaimana lebihan lemak boleh terkumpul di dalam badan.



Untuk memahami dengan lebih terperinci tentang leptin, sila baca di link berikut:


Apa pulak kaitan leptin dengan OmegaGuard Shaklee?


OmegaGuard Shaklee mengandungi kandungan Omega - 3 yang tinggi. Omega - 3 merupakan asid lemak tidak tepu (lemak baik) yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu, kita perlu mengambilnya daripada makanan. 

Lemak yang baik akan:
  • Membakar leptin
  • Menurunkan paras leptin


Dalam proses kehidupan manusia, pembakaran lemak terjadi untuk menghasilkan tenaga. Pengambilan Omega - 3 yang kaya dengan EPA dan DHA akan membantu meningkatkan rasa kenyang bagi wanita yang obes atau mempunyai berat badan yang berlebihan. Pernyataan ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh University of Connecticut International Omega-3 Learning and Education Consortium. 

Bagaimana?

Omega - 3 meningkatkan aktiviti leptin di dalam badan dan menghasilkan rasa cepat kenyang.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh National Institutes of Health Medline Plus, penambahan Omega - 3 di dalam diet seharian, diikuti juga dengan senaman yang konsisten akan membuatkan lemak di dalam badan berkurangan di samping menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Sesetengah orang, berjaya mengurangkan berat badannya dengan mengurangkan makan secara ekstrim. Akan tetapi, cara ini tidak bertahan untuk jangka masa yang lama kerana kaedah ini memberi kejutan kepada sistem badan. Akhirnya keluarlah istilah diet yo-yo.

Untuk mengurangkan berat badan secara sihat, beberapa perkara harus diambil kira iaitu:

  • Menjaga pemakanan secara seimbang dan tidak memotong pengambilan kalori secara mendadak. 
  • Tidak mengambil makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi kerana gula akan diproses dan ditukarkan kepada lemak tepu dan mengganggu isyarat yang dihantar oleh leptin. Hasilnya anda akan makan lebih daripada jumlah yang diperlukan. 
  • Mendapatkan tidur yang cukup. Tidur yang kurang daripada 6 jam akan menyebabkan paras leptin di dalam badan berkurangan dan seterusnya menyebabkan anda berasa lapar. 

Bagaimana OmegaGuard Shaklee membantu dalam mengurangkan berat badan?

OmegaGuard Shaklee mengandungi kandungan Omega - 3 yang tinggi yang akan membantu badan bertindakbalas dengan hormon leptin yang menghantar isyarat kepada otak untuk mengurangkan makan (membuat rasa kenyang). Hasilnya:
  • Leptin meningkatkan kadar metabolisme dengan meningkatkan output hormon tiroid
  • Leptin membakar lemak untuk menghasilkan tenaga
Dengan pengambilan OmegaGuard Shaklee, badan tidak akan melalui proses "terkejut" dalam mengurangkan berat badan. Hasilnya berat badan akan berkurangan secara sihat di samping dapat mengelakkan "Diet Yo-yo". 

Untuk meningkatkan lagi kejayaan dalam proses menguruskan badan, jangan malu-malu untuk bertanya saya, agen Shaklee anda. Saya boleh dihubungi melalui Whatsapp, Telegram, SMS di 012-5538628 atau n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference: 
- http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2013/12/bagaiman-omega-3-berfungsi-menurunkan.html

- http://en.wikipedia.org/wiki/Yo-yo_effect